Thursday, December 29, 2011

743: Klise Cerita Melayu

Sekarang semua orang dok pulun tengok Tentang Dhia ye? Atau bak kata member aku, sebenarnya Tentang Mak Mertua Dhia. Hahahaha. Ntahlah, aku rasa macam dah lama gak tak folo sinetron melayu tv3 ni sejak-sejak time dia ke udara tu clash of titans dengan cerita cina kegemaran aku kat 8tv. Maaf, ada masanya memang aku takleh nak bertoleransi dengan keadaan ini. Dilema. Dan aku memilih untuk menonton cerita cina.

Sebab cerita melayu ni kang musti ade kat tonton.com, cerita cina aku sekali putar je. Takde repeat-peat-peat-peat-peat. Racist ah tonton.com! *tetibe* Hahaha.

So semalam berdasarkan makian di tuiter, aku jengah jugaklah kejap Tentang Dhia since Tentang Cerita Cina aku tuh dah abes dah dan cerita baru ni aku cuba untuk tidak folo. Aterrr.. Dhia kena kanser? Hahahaha!! Semedang je kanser! Kanser ape tatau. Cite sket.

aik tadi sihat je cik, ni pehal pengsan kat sini neh?

Tipikal. Aku rasa laaa kebanyakan cerita melayu (ke mana-mana pun sama je?), penyakit yang sering dijadikan alasan untuk mati cepat adalah seperti berikut :

- kanser
- sakit jantung
- lagi senang - mati eksiden

Memula sihat kemain lagi, dah ujung-ujung.. ehhhh.. sakit kanser rupanya. Kesian budak ni. Ataupun.. memula tadi kemain lantang suara bertekak sampai tegang-tegang urat, alih-alih terkejang atas stretcher sebab sakit jantung. De hell... Kemonlah. Dalam dunia ni ade macam-macam penyakit berbahaya yang boleh membawa kematian ok.

- batuk kering
- kanser prostat (errr bayangkan tetibe hero mati sebab kanser prostat? hmm)
- koronari arteri
- kegagalan ginjal
- hepatitis virus fulminan (gugel untuk keterangan lanjut)
- meningitis bacteria
- tumor otak benigna

dan macam-macam lagilah. Aku dapat seme ni pun dari gugel. Dan berdasarkan gugel jugaklah, memang kanser dan sakit jantung tu jenis penyakit yang menjadi penyebab utama kematian. Kira dalam top ranking la. Hmmmm. Ok fine. Tapi kan ade banyak jenis penyakit, kenapa yang dua tu je yang dihighlight? Aku assume orang yang terbabit maleh nak pikir panjang, buat research pasal penyakit-penyakit ni la agaknye. Hihihi.

Tu pasal punca mati.

Kalau bab kerjaya pulak. Biasalah, korporat semedang. Balik-balik kerjanya..

- bisnesman
- arkitek
- doktor
- bisnes bisnes bisnes tapi banyak plak masa nak bercinta berbanding keje, tapi tetaplah kaya rete melimpah ruah!

walaupun tatau amende bisnes yang kita buat, yang penting mesti nampak kaya dan hebat

Kesian. Kakak ipau aku kalau tengok scene arkitek buat keje rilek-rilek, dia gelak je. Ade keeeee arkitek boleh rilek-rilek cenggitu? Memang heavenlah. Ini semua memberi signal palsu pada orang ramai bahawa kerja-kerja ni boleh buat orang kaya sambil goyang prostat.. opssss.. kaki.

Saya nak cadangkan, cuba tengok skop kerja lain. Contohnya..

- perancang bandar (hah nak jugak tu letak keje aku! hahaha!)
- pegawai kerajaan
- pustakawan
- pegawai zakat
- pegawai tadbir dan diplomatik (pandang Rozan. hahahah!!)
- PA
- arkitek landskap
- nelayan laut dalam
- tauke kedai emas

dan sebagainya. Banyak tuu sebenarnya. Dan janganlah pulak kalau dah pilih jenis-jenis keje tu untuk diterapkan dalam drama or filim, tak buat research plak. Aku ingat lagi drama bersiri melayu yang nak tiru stail ER dulu, orang tu sakit macam nak pengsan, si nurse tanye doktor nak bagi ubat ape? Doktor jawab :

PARACETAMOL

Aku yang takde medic background pun tau apekejadahnya paracetamol tu. Takat itu je, baik orang sakit tu singgah beli panadol kat 7 Eleven je daripada susah payah pegi spital. Haigohhhhhhh. Daripada nak cemas, terus jadi cerita lawak lak.

Itu jelah kot. Yang lain rasanya dah nak ok la tu cerita melayu. Korang rasa ape lagi yang klise?

Tuesday, December 27, 2011

742: Ketidaksukaan

Morning people. And I keep hitting repeat-peat-peat-peat-peat!

Aku rasa kita semua ada ketidaksukaan sendiri. Kemenyampahan terhadap certain things yang mungkin pada orang lain adalah bukan apa-apa. Biasalah. Tiap orang ade stail (hah?) masing-masing.

Macam aku, ade beberapa perkara yang aku cukup laaa tak suka. Huhu~

1. Rambut berselirat kat sikat.

pic : google

Geli siot. Aku rasa macam.. ade banyak bakteria, kuman, kelemumur ketombe dan kutu tengah berkampung kat sikat tu. Plislah jangan malas sangat buang rambut-rambut yang berselirat kat sikat tu hah. Kalau kata aku nak pinjam sikat pehtu ada orang bagi sikat berselirat camni, aku ade dua pilihan laaa. Pertama, aku gi buang dulu rerambut berhabuk nan berselirat tu dulu komdian pakai (which I doubt I would ever do that T_T), atau kedua, lupakan saje. Aku sikat guna jari jewwww.. guna jari pun boleeeee...


2. Toilet seat basah

pic : google

Antara punca utama kenapa aku akan berlama-lama kat jamban. Tinja aku takleh dipujuk kuar kalau toilet seat basah. Pelik tapi benar. Takleh. Kalau aku duduk gak, alamat berzaman laa aku bertapa dalam jamban dan kuar tanpa sebarang hasil. Hampa. Sebab bila toilet seat basah, pinggulku terdorong untuk feel macam nak terjerumus masuk dalam lubang jamban.

Ini adalah hakikat T_T


3. Kasut berterabor

pic : google

Ok seriously. Susah sangat ke nak letak kasut kat rak kasut? Siyesly? T_T Kalau tunggang-langgang sekalipun atas rak tu pun takpe. As long as kasut tu seme atas rak. Sakit mata, sakit hati aku tengok.

Susah sangat ke?

Setakat ni dapat pikir tiga benda ni jelah. Akan bersambung lagi nanti.

Wednesday, December 21, 2011

Monday, December 19, 2011

740: Selesai sudah :)

Alhamdulillah. Macam-macam dah setel masa aku cuti Jumaat lepas. Yang paling utama ada dua iaitu :

1. Potong rambut.

hmmm.. yes. ini rupa yang paling hampir dengan kating rambut aku sekarang.


Masa nak gunting tu, ah so tu tanye.

Takmo luruskan ke rambut you ni amoi?
Takmolah,
kata aku.
Sikit je.. sekarang tengah ade promotion maaa...

Takmo. Takmo. Takmo.
kata aku lagi, siap geleng kepala.

Komdian dia pun kerat. Kerat. Sambil kerat dia tanya.

You ade kalerkan rambut ka?
Ha?
Ada kalerkan jadi hitam?

Takde
Waaaa... tapi manyak hitam rambut you ah.. cantek

Err.. mekasih mekasih.

Tak pernah pulak aku dengar orang puji rambut hitam cantik. Hmmmm. Bila dah siap, dia tacap-tacap rambut aku.

Patutlah you takmo luruskan rambut, manyak cantek hoh
Kan?
kata aku. hahahahah
Haa.. jangan luruskan, jangan..

Memang aku takmo, ah so.


2. Radio kete

yes. mine! at last! *belly dancing*

Aku secara literally tidaklah meminta kat abang aku. Tapi...

Tengok. Dia yang tetobe menawarkan diri. Aku sebagai exploiter yang menunggu peluang memang tidaklah melepaskan diri (apetah ayat ni). Bak kata mak aku.. orang nak bagi, amek. Jangan mintak. Hohoho.

Mekasih abangkewwwwww!!!

And yes. Aku dah takde ape nak mintak lagi. Henbek dah dapat, hempon pun dah tukau, radio kete pun dah tukau. Tapi ade 3 orang tengah tunggu request aku ni untuk my upcoming birthday. Nak mintak ape hoh.

Tukaukan tayar kete aku boleh tak?

Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 13, 2011

738:Kemeren Hailen untuk kali yang ketiga dalam 31 tahun ini.


Takde moodlah nak bercerita.

Yes. Me and my girls ke Cameron Highlands. Owh kali ni ade seorang asben. And sure la not mine LOL. Newly wed couple pun folo.. aterrrr.. bininye tu tetaplah nak mengekor walaupun dah menikah!

lakinye sporting, baik lak tu :) bagus bagus

It's not like I've never been there, tapi saje jeee.. Dah dapat semenye murah, kita jalan jelah. Total cost untuk perjalanan kali ini adalah di bawah RM100. Yaa.. termasuk hotel, minyak, tol dan makan. Murah bukan?

Sejuk nok mapuh! Ujan, jem lagik. Tapi semuanya ditempuh dengan hati dan minda yang terbuka.

muka bengang sebab dapat teh O kelat T_T

Pegi takde hala tuju sangat. Buat aktiviti biasa jelah. Tapi takde la pegi petik stoberi per sume tu. Dah kali ketiga sampai pun tetap tak pegi gak kat Ladang Teh BOH tu. Memang tunggu lain kali laa gamaknya. Huhu. Yang aku dok kejaukan, stoberi cekelat. Stoberi cekelat. Stoberi cekelat.


Takde beli ape sangat. Hari Ahad memang borong sayur je, tu pun sebab dak Che' balik Melaka aritu jugak. So mintak tolong dia singgah umah mak aku dan passkan tumbuh-tumbuhan tu seme. Mak kedengaran girang tatkala menerimanya. Bila aku cek-cek balik, aku hanya beli cekelat stoberi sket, kentang sket, dengan teh je. Itu je? Hmmm..

Owh. Dengan glove.


Best! So.. lepas ni nak gi mana lagi kawan-kawan? :)

#eh dalam kata takde mood, panjang pulak jadinya entry ni. hahahaha

Wednesday, December 07, 2011

737: WW - Kongjaq


#Harimau Laut - Chapter 9, Page 9

Monday, December 05, 2011

736: Komik!


Kak Luna la ni sebut-sebut. Hahaha.

Masa aku dan rerakan sibuk-sibuk nak SPM dulu, entah macamana tah fenomena Harimau Laut melanda seluruh ahlil-kelas-wal-jamaah 5K (kelas aku la). Si Suria laa ni. Tetiap minggu bawak komik ni pegi sekolah. Lama-lama kitorang pulak terrrlayan sekali.

Masalahnya, semorang nak baca tapi tak nak beli! Hahaha! Bila nampak je komik tu tergantung kat kedai, memang ade rasa nak beli tapi.. mesti macam.. 'ah.. tunggu Oya jelah, baca dia punya je'. LOL giler kedekut memasing time tu. Eh bukan la kedekut. Tapi benda yang direbut bukankah lebih seronok dan adventure rasanya. Heheh.

Bila masuk je minggu baru, seme pakat tanye Suria - dah beli ke belom? Pernah gak kuar cadangan nak kumpul duit reramai untuk beli, alaa.. RM2.50 je. Tapi timbul pulak isu pemilikan. Ujung-ujung nanti jadi sape punye? Haaaaaa masalah gak tu. Makanya terus jelah tunggu Suria yang beli.

Asal ade je isu yang baru, memang tak tentu arah satu kelas. Dah amek turn dah lepas ni sape yang baca. Memang penantian satu penyeksaan wooooooo! Nak baca, kene cari time gak tu. Nak baca curi-curi masa kelas ke, masa rehat ke. Ahhhh memang terseksa la. Aku yang pesen gelojoh ni lagi laaaaa memang semedang tak menyabau je. Hehe. Sibbaik laaa kelas aku ada 15 orang je. Bayangkan kalau ade 25 orang ke, 35 orang ke. Tak ke terpanggang perasaan aku nak tunggu turn!

Siri Harimau Laut ni tak panjang pun macam Pedang Setiawan ke, Alam Perwira ke ape. Tak sampai 50 pun sirinya. Frust menonggeng rasanya sebab rasa sekejap sangat!

Tadi aku gugel-gugel, terserempak dengan blog ni. Boleh baca Harimau Laut secara online! (eh sebenarnya dulu pun penah terserempak, tapi tak ingat nak save ke ape). Sape nak layan, sila klik SINI. Ada full chapters. Oh ye. Pic atas tu pun cilok kat blog tu jugak, jangan marah ye pemilik blog ittewww ;)

Have fun! (macam kitorang dulu. hehe)

Friday, December 02, 2011

735: Tiada Kali Kedua.


Sebenarnya 2 hari lepas, ada seseorang mencari aku semula. Selepas entah berapa tahun senyap. Senyap tu bukanlah bermakna aku dengan dia dah tak bertegur ke ape, tapi yelah.. masing-masing ada tanggungjawab sendiri. Dia pun dah kawen, ada anak dua orang. Pajadah nak cari-cari aku sangat kan. Kang bini kerut-kerut dahi kang.. dah tak lawa dahi bini tu hehe.

Pendekkan cerita, diorang akan bercerai. Pendekkan lagi, dia ajak aku kawen.

Aku takmo. Hari ni baru aku cakap takmo. Ikutkan hati, malam tu jugak aku cakap. Tapi memandangkan dia pun sedih sentimental dengan hal keluarga yang serabut tu, aku memilih untuk diam saje.

Tahu tak.

Satu masa dulu. Aku dah cukup terluka. Habis dah hati aku sampai kering jadinya. Dulu pun aku jadi pilihan kedua. Sekarang kau nak ulang lagi?

Tahu tak.

Satu masa dulu. Telinga ni jadi saksi perasaan-perasaan kau pada dia. Pada aku. Mata ni jadi saksi jugak betapa pentingnya jaga hati dia berbanding aku ni. Aku tanggung semuanya dulu sendiri. Kau tahu hati aku pedih, kau tahu jiwa aku calar - tapi kau biarkan. Kau sanggup 'hilang' aku asalkan dapat genggam cinta dia tu. Sekarang cinta dia dah nak terlucut dari tangan kau, kau cari aku?

Tahu tak.

Satu masa dulu. Apa je yang aku tak sanggup buat untuk kau? Sayangnya kau memang tak tahu, dan tak akan pernah nak tahu. Sampai aku sanggup menjauhkan diri dari kemesraan sebagai sahabat sepertimana biasanya kita dulu. Semua untuk kau. Kau tau tak? Aku biarkan je perasaan aku menjerut leher. Biarlah. Aku takkan usahakan sesuatu yang jelas tak berpihak pada aku.

Sekarang.

Kau merayu. Kau mahu. Kau kata perasaan pada aku ni dah lama. Dari dulu. Kau bahagia bersama aku. Baru sekarang???

Aku dah lama buang. Dah lama hilangkan. Bukan atas dasar kesombongan dan egonya aku buat macam ni. Tapi apa gunanya ini semua.

Untuk aku, sekali kau dah buang aku - sampai bila-bila kau takkan dapat aku seperti asalnya dulu. Aku masih boleh berjalan saing-saing dengan kau macam dulu, tapi keadaannya dah tak sama. Aku pandang kau purely friend. Itu saja. Walau sejuta kali kau minta maaf, berbillion-billion kali kau kata sayang. Semuanya dah takde makna dah sekarang.

Sakit yang kau tinggalkan dulu, dah diubatkan oleh Encik Ex masa tu. Dan luka dari Encik Ex, diubatkan oleh aku sendiri. Sebenarnya semua kelukaan tu pun, doktornya sama jugak - aku. Aku dah penat lelah mengubat hati aku, sekarang kau nak korek-korek balik bekasnya semua tu?

Aku dah taknak jadi option. Aku mahu menjadi the one.

Panjang lagi sebenarnya aku nak cakap. Tapi dahlah. Malas.

Thursday, December 01, 2011

734: Aku. Bukan.


Aku.
Aku bukan pilihan kedua.
Bukan pilihan tatkala kau tiada apa.
Bukan.

Aku.
Bukan terdesak.
Malah tidak (mungkin)
Tidak.

Aku.
Bukan orang itu.
Bukan.

Tuesday, November 29, 2011

733: Kemalangan Yang Bizzare

Selasa lepas. 22 haribulan November, 2011.

Macam biasa, aku keseorangan kat opis pagi-pagi. Memang selagi belum jejak 8.30 - 9 pagi, takde orang pun yang sampai kat opis tu. Aku je yang datang awal. Hehe.

Dalam pukul 8.15 pagi gitu, tetibe je aku terdengar sepesen bunyik yang bapak segala kuatnya. Ok tipu. Tapi.. camne eh nak cakap. Macam orang tarik shutter opis tapi 4 kali ganda kuatnya. Aku dok terpikir, sape pulak dok tarik shutter ni. Kan tadi aku dah tarik siap-siap. Pastu aku dengar bunyik kecoh-kecoh, macam orang menjerit-jerit pun ade. Ah sudah! Ade orang terlanggau kete aku ke????!! Apa lagi, berdesup aku berlari keluar.

Sekali tengok.

Apakah??!!!! Even worst! Kereta makcik sudah menyodok kedai runcit sebelah opis aku rupanya. Hamagadddddd. Masa aku snap ni, ade sorang lelaki dah tolong mereversekan kete tu. Demmmm lambat aku ni. Kalau masa dengar bunyik berdentum tu aku terus keluar, mesti dapat tengok situasi yang sebenar.

Yes. Tabrak masuk kedai orang, siap terlanggau orang lagi. Aku syak kete ni sudah terlenyek kaki kakak tu. Sebab sampai koyak. Koyak stokin laaa... bukan kulit dia. Memang takde darah tapi kakak tu sampai takleh bangun pada asalnya, terpaksa orang ramai tolong dia bangun dan dudukkan atas kusi tu. Sian dia nanges-nanges.

Jangan panik. Minyak hitam, bukan darah ye.


Asal kedudukan rak kat nombol 1 tu adalah di nombol 2 tu ye. Tong eskrem tu pon berganjak kedudukannya. Pergghhhh.

Cemne laaaa sampai boleh lintas longkang ye. Punye la pecut gaknye.


Masa ni orang ramai dah mula bersurai. Polis dah bawak kakak yang kene lenyek tu gi klinik. Tinggallah orang kedai runcit terkapai-kapai memikirkan masa depan. Hmmmmm. Dengar cerita, makcik yang bawak kete tu sebenarnya nak parking sebab macam nak pitam, pastu gaknya tersalah tekan minyak lettewww instead of break kan. Tu lah padahnya bawak kete auto (eh eh). Kalau bawak manual cam aku, insyaallah takde kejadian macam ni. Insyaallah laaaaaa...

Bak kata opismate aku - makcik ni nak meraikan kemenangan gol Malaysia (yang lawan Indon tu) agaknya, terus dia pun masuk gol dalam kedai mamak ni LOL.

blogger-emoticon.blogspot.com
Sekian laporan saye. Hehe.

Friday, November 25, 2011

732: Sindrom Hati Lembut


Rentetan peristiwa ini.

Petang semalam, Kakak Insurans call. Menyampaikan berita bahawa bukan duit aku je yang kene sapu dek Minah J, ex-staff dia tu. Baru sebentar tadi, duit kawan dia (Kakak Insurans) tu pun dikesan dah kena songlap. RM8k++. Giler.

Kawan dia macam nak buat report polis. Dalam hal aku, aku memang tunggu masa je nak buat report. Memang duit aku yang disonglap tak sebanyak kawan Kakak Insurans, dalam RM900 tu but still, duit aku kan? Hak aku kan? Yang paling aku marah sebenarnya sebab Minah J tiru tandatangan aku untuk buat polisi insurans baru untuk cover balik polisi pertama yang dah lapse sebab dia amek duit aku tu!

Rascal sangat kan kau tu?!

Aritu aku dah cakap dengan Kakak Insurans, suruh Minah J tu call aku. Aku nak cakap sendiri dengan dia. Aku nak dengar suara perempuan yang dah pecah amanah, pencuri, pensonglap, perampok dan segala macam peeeeeee tu. Aku nak cakap dengan dia!! Aku dah kata, kalau dia tak call, kita jumpa jelah kat akhirat nanti.

Tapi sampai ke saat Kakak Insurans tu call semalam, masih lagi takde panggilan. Dan aku benci mendengar dialog-dialog dia pada Kakak Insurans (yang diceritakan semula pada aku oleh Kakak Insurans) tu. Siyesly, apsal aku tak rasa macam kau menyesal? Macam benda tak ada apa sangat je?

Badawa rascal sangat ye kau ni??!

Aku cakap dengan Kakak Insurans. Aku bagi masa sampai Ahad ni je untuk dia call aku. Ahad ni. Kalau tidak, dengan tanpa ragu-ragu dan kesian, aku akan buat report polis. Aku peduli apa kau ada famili, peduli apa kau ada anak-anak??

Tak lama lepas tu, Kakak Insurans sms.

'Masyita... dia ada dgn akak ni. Tengah menangis. jap lagi akak suruh dia ckp dgn Masyita ya'. Ok, aku balas. Selang beberapa saat lepas aku reply, Kakak Insurans call. Dan passkan telefon dia pada Minah J tu. Aku tunggu.

Menangis. Dia menangis sampai tak boleh cakap. Aku diam, aku tunggu dia cakap 'hello' dulu. Akhirnya dia bersuara dengan tersedu-sedu, dengan tersekat-sekat. Soalan pertama aku ialah.

'Saya nak tau dengan siapa saya bercakap ni'. Dua kali dia terpaksa ulang sebab aku tak dengar dia sebut nama dia. Yelah tengah nangis bersungguh-sungguh la kan.

'Kak.. betul ke akak nak report polis? Tolonglah kak.. jangan buat report polis..' dan panjang lagi dialog dia merayu-rayu. Aku nak marah pun jadi tertahan-tahan. Tapi aku bersuara jugak. Cumanya takdelah sampai menengking, sampai tinggi suara. Aku sebut dua tiga point kenapa aku rasa marah sangat, kenapa aku rasa perlu buat report.

1. Kalau aku diamkan, dan semua orang yang duitnya dirampok oleh minah ni mendiamkan diri, lepas ni macamana? Amek duit orang, nangis sket, mintak maap - dah. Setel. Macam tu? Wah wah wah. Banyak jelita kau punya perangai.

2. Insurans aku sampai LAPSE pasal kau. Kalau dah lapse, maknanya takde coverage untuk aku la kan? Kalau apa-apa jadi kat aku masa insurans tu lapse, macamana? Kau nak tanggung semua bil kat spital tu? Kau nak cakap apa kat waris aku???

3. Tiru tandatangan. Pemalsuan dokumen namanya ye adik (itu pun kalau betul kau tu adik). Ni dah memang kes ni. Sign aku yang begitu pun kau pandai tiru ye. Belajar dengan ex-staff opis aku ke? (ok ni kes lain). Bahaya ni.

Lagi teruk dia menangis-nangis. Dan kau tau apa jadi pada aku? Aku jadi tak sampai hati (ketuk kepala sendiri). Aku jadi kesian. Sebab? Sebelum aku ceramahkan dia kaw-kaw sampai tahap keluar ayat 'awak sanggup bagi anak-anak makan duit haram' tu, aku tanya dia satu soalan yang betul-betul aku nak tahu selain daripada nama dia.

'Awak amek duit tu sebenarnya untuk apa?'

Untuk anak-anak. Suami dia penagih, dah masuk pusat pemulihan. &^@%^#@%@#*@#)(@#^ Aku nak marah. Kau ada kerja kan? Bila aku tanya, ada adik beradik lain tak? Kenapa tak mintak dengan diorang? Kenapa lebih sanggup curi duit orang daripada mintak kat sedara sendiri? Dia ada jawab tapi aku tak dengar. Aku lebih dengar tangisan dia daripada jawapan dia yang tersekat-sekat tu. Malas nak suruh dia ulang.

Aku cakap, aku masih tak tahu lagi macamana. Lupakan semua ni ataupun tetap buat report polis. Dah abis cakap, letak telefon. Aku termenung.... Kemudian SMS masuk. Daripada Minah J.

'Assalamualaikum kak. Ni ** (nama dia). Ni no tepon saya. Saya minta maaf ya kakak'

Aku termenung lagi. Aku mencari balik kewarasan. Aku punggah balik rasa kemanusiaan. Aku bayangkan aku di tempat dia. Aihhh susah. Sebab setakat ni, tak pernah pulak aku teringin nak amek duit orang walaupun tiap-tiap bulan aku dapat duit sewa rumah tu. Nak guna kejap kendian ganti pun tak pernah lagi. Walaupun budak umah aku sendiri pernah suruh aku buat macam tu masa aku sesak-sesak dulu.

Aku bayangkan lain. Bayangkan dia adalah orang yang aku kenal. Kakak² ipar aku misalnya. Sedihnya kalau dicaci maki walaupun dah mintak maaf. Sedihnya kalau dah meletakkan rasa malu di tapak kaki tapi tetap tak diendahkan. Aku tak mahu. Kalau ada kesilapan dan tersilap langkah yang dibuat oleh kakak² ipar aku pada orang (ni konon-konon), aku pun mahu diorang dimaafkan.

Kesian. Jadi kesian.

Aku tanya Kakak Insurans, kawannya yang disonglap RM8k++ tu buat report tak? Tak, katanya. Kalau yang ditipu lebih banyak daripada aku pun sanggup memaafkan, takkan aku tak boleh? Kalau aku di tempat dia yang membuat kejahatan atas dasar terdesak, pun dah tentu aku kepingin dimaafkan, dilepaskan.

Hmmmmm...

Minah J,
bergembiralah awak - jangan sedih lagi. Akak lepaskan awak kali ni. Janjilah, lepas ni janganlah buat lagi. Macam akak cakap semalam, awak nak ke anak-anak awak buat macam ni pada orang lain bila dorang dah besar? Awak sanggup ke nak tanggung malu atas kelakuan dorang, sedangkan yang mendorong dorang dengan rezeki haram tu adalah awak?

Aku mohon padaMu ya Allah. Ikhlaskanlah hati aku.

Monday, November 21, 2011

730: Serangan Psikologi

Malam ni, Malaysia vs Negara-Kurang-Adab. Aku doakan yang terbaik. Barracuda ke, Anaconda ke - biarkan saja.

doa jelah senjata kita, Harimau Muda! padaNya kita serahkan segalanya

Dan kalau ditakdirkan kita di tempat kedua (aku takmo sebut kalah. eh dah tersebut lak), tenangkan hati. Tonton video di bawah - dan gelak kuat-kuat.



Kesian.

Friday, November 18, 2011

729: Salam 1-0! Wkwkwkwkwk

lepat labu. siyes ai suke kuih ni. eh ape je yang aku tak suke ye tak? haha


Tahniah Malaysia! Itu je aku nak cakap. Haters seberang diharap dapat mengawal kata-kata. Ingatlah, makin banyak anda mencemuh, makin terserlah ke..ermmm.. ke-tidakpandai-an anda. Dan ke-tidakbertamadun-an anda jua. Malah ia tidak akan mengubah apa-apa kecuali pandangan luar terhadap peribadi anda. Ckckckckckckck.

OK la, cerita lain.

..

..

..

Ah. Takde idea nak cerita lain. Hahahahaha!!

nama kuih ini Nagasari. dulu aku gugel macam nak rak tak dapat. nah, the only Nagasari's pic kat internet!

Wednesday, November 16, 2011

728: Kak Bebola Ikan in action. LOL

Petang semalam..
Kan hujan kat Shah Alam
Masing-masing kelaparan
Aku takpe, aku ade roti
Hahhaha

Kak Bebola Ikan sudah mengidam nak makan gorpis
Tau tak amende gorpis tu?
Goreng pisang lewww..
Tu pun tatau, lemp-punk kunk.

Nak ke gerai tu kene seberang jalan kecik je
Tapi sebab takde payung
So.. akan kene hujanlah jugak kan

Maka Kak Bebola Ikan sudah menyatakan hasratnya
Untuk pinjam sesuatu milik Adik Kenteng
Kitorang terkesima bagai tak percaya
Biar rosmah Kak Bebola Ikan ni????

Ingatkan dia main-main
Sekali betei-betei laaaaa dia buat

Hamagaadddddddd!
blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, November 14, 2011

727: Skunk? Cow niew bar-ngunk kew?


Skunks (in the United States, occasionally called polecats) are mammals best known for their ability to secrete a liquid with a strong, foulodor. General appearance varies from species to species, from black-and-white to brown or cream colored. Skunks belong to the family Mephitidae[1][2] and to the order Carnivora. There are twelve species of skunks, which are divided into four genera: Mephitis (hooded and striped skunks, two species), Spilogale (spotted skunks, four species), Mydaus (stink badgers, two species), and Conepatus (hog-nosed skunks, four species).

The two skunk species in the Mydaus genus inhabit Indonesia and the Philippines; all other skunks inhabit the Americas from Canada to central South America. Skunks had been classified as a subfamily within the family Mustelidae, which includes ferrets, weasels, otters and badgers. However, recentgenetic evidence suggests that skunks are not as closely related to the mustelids as previously thought; they are now classified in their own family.

Skunk species vary in size from about 15.6 to 37 inches (40 to 94 cm) and in weight from about 1.1 pounds (0.50 kg) (spotted skunks) to 18 pounds (8.2 kg) (hog-nosed skunks). They have a moderately elongated body with relatively short, well-muscled legs, and long front claws for digging. Although the most common fur color is black and white, some skunks are brown or grey, and a few are cream-colored. All skunks are striped, even from birth. They may have a single thick stripe across back and tail, two thinner stripes, or a series of white spots and broken stripes (in the case of the spotted skunk). Some also have stripes on their legs.


Skunks are crepuscular and are solitary animals when not breeding, though in the colder parts of their range they may gather in communal dens for warmth. During the day, they shelter in burrows that they dig with their powerful front claws, or in other man-made or natural hollows as the opportunity arises. Both genders occupy overlapping home ranges through the greater part of the year; typically 2 to 4 square kilometres (0.77 to 1.5 sq mi) for females, up to 20 square kilometres (7.7 sq mi) for males.

Skunks are not true hibernators in the winter, but do den up for extended periods of time. However, they remain generally inactive and feed rarely, going through a dormant stage. Overwinter multiple (as many as twelve) females huddle together. Males often den alone. The same winter den is often repeatedly used. Although they have excellent senses of smell and hearing – vital attributes in a crepuscular omnivore – they have poor vision. They cannot see, with any clarity, objects more than about 3 metres (10 ft) away, making them vulnerable to death by road traffic. They are short-lived animals: Fewer than 10% survive for longer than three years.


.. dan banyak lagi, sila cari kat Wikipedia. Nah link, leh baca terus.

Bebudak SKUNK suke nau kan cakap SKUNK SKUNK ni? Cow tow keww are-men-der SKUNK two? Skunk cow dar tow? Bar-ghost!

Friday, November 11, 2011

726: 11.11.11, mari kaplabanakan orang

ASSALAMUALAIKUM SEMORANG!

Aku ni marah ni, tapi semalam la. Cuma kalau diingat lagi, memang rasa nak marah lagi.

Hmmmmmm.......

Wednesday, November 09, 2011

Friday, November 04, 2011

724: Tahpapetah

Aritu aku MC. Selalunya kalau MC tu memang maksudnya aku tak daya betei laa nak bekerja. Tapi hari yang aku dapat MC tu sebenarnya aku nak keje. Sebab memang tengah banyak keje masa tu. Huhu.

So.. bila doktel tanya..

nak ubat ngantuk ke nak ubat tak ngantuk?

Aku jawab - kalau saye MC, yang ngantuk pun takpe
Pastu doktel tanye lagi..
nak MC ke nak keje?

Aku jawab - saye nak keje.. tapi.. ntahlah (lepas berpikir-pikir kondisi diri)
Doktel senyum je. Pehtu dia kata..
macam ni la.. saya bagi awak MC dalam tangan, kalau nak guna, gunalah.. kalau taknak guna pun takpe..


Dia ulang ayat ni dua kali ok. Hehehehe.

Akhirnya. Aku MC. Pada hari kejadian.

Tapi kan.. malam tu.. Kak Bebola Ikan call. Aku ingatkan nak tanya aku dah sihat ke belum ke. Rupanya..

datang opis tak malam ni?


WTF.

Wednesday, November 02, 2011

Monday, October 31, 2011

722: Perbelanjaan Tak Terancang

Aku beli tipon ni haa Sabtu aritu. Macam bagus-bagus je kan? Rege RM300 je, pajadah kalau aku tak beli ye tak. Samsung Galaxy Mini yang aku aim tu pon dah nak dekat RM600. Half aku dapat save ni. Hebaklah aku (perasan).

Padahal baru je simpan duit dalam RM150 je. Over bajet dah aku bulan ni T_T Takpe-takpe.. insyaallah selagi panjang umur aku, ade la tu rejeki aku di mana-mana kan kan. Aku redha. Dan aku suke! Koff koff koffffff~

Hari ni aku rasa nak demam pulak. Tataulah. Aku syak ade dua sebab :

1. sebab dah terover bajet dek kerana membeli hempon inniew; atau
2. aku rindu hempon aku ittew. aku masih pakai hempon lama sebab belom beli lagi baju untuk hempon baru. macam sayang boipren kayaknya ni! takot kotor, takot calar. takot hoi!

Kepada hempon baru kakak,
bebaik dok umah tu ye.. jangan lompat turun rak tu pulak.. jangan mandai-mandai pegi dapur kot nak mop lantai ke ape. jangan nak gi angkat baju kakak kat ampaian tu, biar je. jangan nak ngade-ngade. dok situ dendiam, petang kang kita jumpe ye? i miss you sayang.

Sekian aduan rakyat saye.

Friday, October 28, 2011

721: Bayi!

Pertama sekali, berjuta-juta lemon ucapan tahniah aku taburkan kepada Anul dan isteri di atas kelahiran Xiyad Asytar (tu dia namaaaaaaa.. X-Men betei namanya kan) pada 26 Oktober baru-baru ni. Baby Deepavali githooooo...

Xiyad Asytar yang diperkatakan ittewwww.. ;)

Aku.. personally. Takut banget-banget bab nak beranak ni. Oklah dah penah cerita dah dalam entry² sebelum ni. Bukan nak cite pasal ni sebenarnya. Tapi nak cerita benda lain.

Dulu laa kan. Kakak ipau aku pernah bersalin kat rumah aku. Rumah mak apak aku la, bukan rumah aku. Bukan sebab tak sempat nak bawak ke spital ke ape, tapi memang dia (ke abang aku?) yang teringin nak merasa beranak kat rumah, voley githoo?

Kalau tak silap masa tu aku baru Darjah 6 ke Form 1 tah. Ahhh lupe lah. Yang pastinya, aku baru balik sekolah masa tu, doktor pe sume dah ade kat rumah. Kakak ipau aku dah dok dendiam dalam bilik ujung tu (bilik aku laa tu tapi masa tu blom jadi kepunyaan aku lagi). Bila tau je yang dia nak beranak, aku memang tak stay lama laaa.. Amek je baju aku mana yang berkaitan pastu pakat nak melarikan diri. Eh.. rupanya dah beranak pun. Cessssss..

Dah siap kemas-kemaskan baby tu, bapak aku bawak keluar. Pastu terus suruh aku pegang. Ape motip ni???? T____________T

takmolahlaa
apsal plak, pegang la cepat, kata abah
takmoooo.. budak ni kecik nau, kang jatuh kang
jangan la kasik jatuh. cepatlah!

Errr.. aku dengan separuh hati pun amek jelah baby tu. Hmmmm.. In my hands, I'm holding this tiny 2-hours-old baby. Takut woo.. Aku takut aku salah pegang, jadinya aku duduk je dendiam sambil pangku beliau. Keciknya.. hmmmmm.. wangi plak tu. Nak cium pun takut-takut, sebab muda sangat baby ni! Hahaha!!

Sekarang dah besau panjang dahhhh..

bila dah beso, pakai baju pink. sebelum pakai siap tanye,'busu, ok ke orang pakai pink? tak kelakau ke?'. hahaha!

Monday, October 24, 2011

720: Darah


Akak ni darah O ye? tanye budak kedai El-li-yan-to yang mulutnya sedikit berbau pada aku. Aku hentikan tarikan napas sebentar.
Ntah, akak tak tau la pulak darah akak O ke A ke. kenapa? tanye aku penuh naif.
Sebab orang yang berdarah O kalau pakai lipstik, lama-lama kaler lipstik tu jadi pepel² sket, kata budak kedai tu. Aku menahan napas sedikit.

Betul ke eh?


#tapi memang lipstik yang aku try tu kaler pepel-pepel sket. budak ni kelentong akukah?

Friday, October 21, 2011

719: ini bukan entry sentap taw awak

Orang kebanyakannya suka tanye aku.

- Tak sunyi ke tak kawen lagi?
- Tak rasa ke macam takde halatuju hidup? Yelah kan.. orang dah kawen kan komit kat famili, balik umah ade anak-anak sambut, ade asben di sisi. Bila berbelanja tu selalu terpikirkan orang-orang kat umah, kiranya bermakna aaaaa hidup tu sket daripada orang bujang yang balik umah, bukan ade orang sambut pun. Gi mana-mana pun takde orang kisah, nak berbelanja pun untuk diri sendiri je. Pendek kata, memang lone rangerlah. (ni dalam bahasa kasarnya, ala-ala tak guna la hidup tu kalau tak kawen).
- Dah tua tak kawen lagi.. kang susah lak nak beranak.

Dan macam-macam lagilah. Hmmm..

Bila aku terlalu memikirkan kata-kata orang camni, siyes boleh merundum keyakinan aku nak idup lama tau tak? Tu kalau pikir la, I choose not to think about it too much. Sikit-sikit sudeh. Bende-bende cemni kalau aku jawab depan-depan, nanti kang mendatangkan komplikasi pulak pada kesihatan hati sendirik, dan kalau dapat pendengarnye jenis jiwa nipis, bole koyak rabak gak aku kerjakan (tak sengaja uols).

Camnilah. Yang bertanya-tanya soklan ittew.

Awak tau tak betapa bergunanya saye dalam famili? Ok la tak tau la ye tak sebab memang awak bukan famili saye. Awak tau tak saye ni sangat berguna pada mak saye. Walaupun dari segi material, saye ni memang tak berkemampuan nak bagi mak saye duit banyak-banyak, tapi saye ade banyak masa untuk dia. Dia boleh call saye bila-bila dan mintak saye cuti. Saye sorang je yang boleh wat keputusan on the spot macam tu, awak tau? Sebab saye takde suami so tak payahlah nak tanye bole ke tak, dia free ke tak. So mak saye rasa senang dengan saye. Dan mak saye memang lebih suka kuar berjalan dengan saye berdua-duaan, kalau anak buah saye nak folo pon sume kene halau. Sebab dia suke jalan dengan saye. Walaupun saye jahat T_T

Awak tau tak kalau mak kita meredhai hidup kita, hidup kita akan senang?

Saye perasan tau awak, memang ade masanya saye rasa tersepit sangat bab-bab kewangan ni. Rasa cam nak termenung je kalau kena time semput tu. Tapi alhamdulillah.. tak pernah lagi saye jadi kurus sebab tak makan akibat tak berduit. Tak penah lagi saye pegi keje jalan kaki sebab takde duit nak isi minyak. Tak pernah lagi, awak. Mebi Allah kesiankan saye, mebi doa mak saye, mebi rasa senang hati mak pada saye yang buat Allah Taala layan saye baik macam ni. Walaupun saye jahat T_T

Awak tau tak, dunia ni takkan pernah buat kita sunyi?

Awak pernah ke jumpa satu tempat yang sangat-sangat sunyi? Kalau ada, bak meh bagitau saye. Saye tak pernah lagi rasa sunyi keterlaluan. Cuba awak duduk dalam rumah sorang-sorang, tutup tv, tutup lampu, tutup kipas semuanya. Awak rasa sunyi? Betul ke? Awak tak dengar bunyik cengkerik, bunyi angin yang bertiup kat luar, bunyik kereta, bunyi orang main guli kat atas rumah (ok itu hantu) - awak tak dengar? Mesti awak tak perasan kan. Sebab awak fokus sangat pada kesunyian tu, sampai bunyik-bunyik lain yang temankan awak tu pun awak tak perasan.

Sunyi tu kan awak.. dalam hati kita. Kita yang pilih untuk rasa sunyi, kenapa pilih rasa itu?

Tapi saye paham maksud awak tu. Mekasih sebab ambil berat tentang kesunyian saye. Tapi jangan difikirkan sangat laa awak. Tak dinafikan ada masanya saye rasa macam tu. Bila nampak couple sorong baby dalam stroller, orang upload pic anak kat fb kat blog kat tuiter kat mana-manalah ruang yang ade dalam internet, tengok couple yang dah tua - saye terasa jugak kadang-kadang. Tapi itu kan bahagian orang. Awak tau tak betapa ramai kawan-kawan saye yang dah berkahwin tu jeleskan kehidupan saye? Awak tak pelik? Awak fikir dorang tak sunyi, tapi dorang pandang kehidupan saye sangat menyeronokkan. Awak tak pelik?

Bahagia ni kan awak.. dalam diri kita. Macamana kita nak berbahagia, dengan apa yang kita ada. Jangan bersedih dengan apa yang kita tak ada.

Suami.. anak. Ini semua dah ada untuk saye, saye percaya ada bahagian ini untuk saye. Cumanya tak ditemukan lagi. Tak diserempakkan lagi dalam kehidupan saye. Saye tak cukup usaha? Saye tak berdoa? Saye tak cari peluang? Saye memilih? Eh mestilah. Saye mesti pileyyyy!!! Opss. Awak tau kan.. ada yang dah kawen bertahun-tahun pun tak dapat anak, ada yang baruuu je kawen terus dapat anak. Ada yang tak kawen pun boleh beranak (eh?). Tiada jaminan langsung sebenarnya bab anak ni tau. Kalau Allah kata ada, adalah. Kalau takde? Apa lagi, takdelah.

Ini semua kan awak.. ada. Awak percaya kan Qada' dan Qadar? Awak percaya kan rukun Islam? Awak hafal tak Rukun Negara? Ingat apa Rukun yang pertama? KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. Negara kita pun meletakkan kepercayaan kepada Tuhan pada tempat pertama, takkan awak terlupa?

Macam saye cakap dulu. Daripada awak tanye saye soalan-soalan yang amat berilmiah ni, apa kata awak carikan calon untuk saye? Ciri-cirinya ada pada lelaki ini.. lebih kurang la eh.

malas nak elaborate. hehe.

Wednesday, October 19, 2011

718: Tahun Ke 11 Tanpa Dia

Alfatihah untuk almarhum ayahanda tercinta T_T


Sebenarnya
Aku bercadang nak bercerita
Sepenuhnya pengalaman aku
11 tahun lalu masa menerima berita kehilangan

Minggu lepas
Sebelum tidur
Aku mengarang-ngarang ayat
Sambil mengorek-ngorek memori
Aku susun patah perkataan dalam kepala

Akhirnya.
Sampai pukul 2 pagi tak boleh tidur
Dan dalam gelap malam
Dalam mata terpejam
Airmata mengalir panjang.

Lain kali jelah aku cerita.
Huhu

Monday, October 17, 2011

717: Holiday @ Good Widow

Sabtu aritu, geng bujangan dah bertolak ke Good Widow a.k.a Janda Baik. Saje je nak jalan-jalan tengok pemandangan. Bajet semuanya di bawah RM100 untuk setiap seorang, RM55 jeww termasuk minyak kete dan tol (agaknyelah). Ye kot. Hehehe.

Gerak pukul 12 lebih gak kot.. sampai kat Janda Baik ngam-ngam nak zohor. Masuk je bilik, terus azan. Tapi tah apsal aku tak semayang terus.


Ada gambau cantek aku snap kat area reception sana tapi acik ni lupe nak upload kot. Malas aku nak tunggu hehe. So inilah tempatnye. Kete takleh masuk ye. Kene jalan kaki sebab tempat ni garden concept katanyaa... Oh ye. Chalet sebijik yang kitorang sewa tu berharga RM125 semalam, ade 5 buah katil, peti es, bilik air siap heater, aircond ade, kipas ade. Tapi tv je takde. Sediiiiiiihhhh *gaya Azwana Alia lagi*

Dalam pukul 2 lebih, kitorang tak menyabau nak mandi sungai. Ekcely belakang chalet kitorang ade sungai. So pegilah ke sanun... Namun begitu, aku terkesima...


Terkesima sebab sungai tak macam sungai sangat. Macam longkang jewwww T_T Try gak nak mandi tapi asik tereuuwww-euwww bila pijak batu. Last-last cari port lain. Kebetulan kakak chalet tu nampak kitorang terkial-kial cam sial kat situ, dia pun bagitaulah katne ade sungai yang layak untuk dimandikan. Eh. Untuk kitorang memandikan diri.

So.. basah-basah gitu, naik kete terus zoom... cari tempat yang berkenaan. Dan jumpa!

Ternampak sekampung batu tengah sungai tu, agak cantek gak kalau bercamping kat situ. Nampak biasa je kan. Tapi azab gaklah nak menyampai kat tengah tu. Banyak batu kecik-kecik, yang beso-beso lak aku tereuwww-euww sebab geli banyak lumut hahahaha!! Macam buat refleksologi je T_T Tapi demi kepuasan maksima, mak redha!

Motip sangat letak-letak je bontot terus masak megi. Aku ni dah la tak menyabau nak mandi tapi dorang soh makan dulu. Keciiiiiii..~ Masak megi dua bungkus + telur 3 butir + sosej black pepper 2 ketoi sorang. Mantapppp....! (tapi kalau ade sos mesti lagi sedap. hehe)

Pastu apa lagi, berendamlah. Sejuk nok mapuh cam biasa laaa.. kata sungai. Nak panas-panas gi la mandi air panas ye tak.

Oleh kerana tak solat lagi, pukul 5 macam tu aku dah menggelupur ajak dorang balik. Tu laaa.. Kalau tadi dah solat sesiap, boleh berendam sampai pukul 7 ye tak. Rugi-rugi. Huhu.

Aku suka pic ni. Nampak langsing. Hai.. my name is Bluunis.

Malam tu kitorang keluar cari makan. Aku kene drive sebab driver pening paler pulak. Makan biasa-biasa je. Semorang kat kedai dok layan bola. Tapi masa masuk kedai tu, giler senyap sunyi padahal orang penuh. Nyaris-nyaris aku nak menyangka yang kitorang ni terrrmasuk kedai orang bunian ke. Huhu.

Lepas makan, lepak kat hall area chalet tu tengok tv. Takde wifi, sedihhh lagi skali tapi takpe. Kitorang bertiga je yang tengok tv pun. Aku plak belajau main angry bird. Tapi bird tak angry, aku yang angry lelebih. Huh!!!!! Sebab?

Giler tak logik kan?????!! Boleh plak dia bertahan macam tu. Di alam nyata ni, patut dah berderai dah semua. Bongok nye angry bird! Angry aku dibuatnya!

Pukul 12 lebih dah tido. Aku suka. Dapat tido nyenyak.. Alhamdulillah.. :) Siap dengar bunyik sungai kat belakang. Hohoho.

Esoknya, bangun rilek-rilek je. Masak air, buat vanilla latte dengan air coklat. Memasing blur tatau nak watpe dengan belen-belen sosej semalam. Nak masak, stove dah simpan dalam kete. So.. aku mencadangkan. Masak je dalam cerek letrik tu. Bwahahahahah!!

Kan setel. Sempurna sarapanku.

Menjelang pukul 1, dah gerak nak balik KL. Amek pics buat kenang-kenangan terindah.


Aku menggedik kata member aku. Maaflah, saya baru nak remaja. Jerawat pun baru nak tumbuh. Maaf ye kak..

Terus shoot ke KL. Wangsa Walk laa senang cakap. Nak tengok muvie. Sampai, dapat parking - alhamdulillah rejeki tu. Terus terjah tiket, solat, makan!

Cite Al Hijab ni.. ermmm.. ok laaa. Sapetah punya idea tu. Hehehe.

Sampai kat umah Shah Alam pukul 6.50 petang (ke malam?). Sekian cerita saye. Ada soklan?