Monday, January 03, 2011

613: Dua Puluh Sebelas


Salam semua! blogger-emoticon.blogspot.com

Dah 2011 dah ye. Dan kalau kita bandingkan tahun ni dengan apa yang kita semua pernah imagine zaman kanak-kanak dulu, punyalah jauh beza. Korang ingat tak cikgu lukisan / cikgu BM / cikgu BI suruh lukis / tulis karangan pasal tahun 2000? Kita punyalah bayangkan tahun 2000 tu nanti ada kereta terbang laaaa... KL jadi ala-ala Planet Zargus laaa.. pakai helmet macam angkasawan lepak-lepak kat CM laaa.. trafik udara jadik sesak per sume.. Sekali masuk 2000, nan hado! Yang ada - Y2K je. Hehe.

Untuk aku, everything remains the same.. err.. pada aku jelah. Pada orang lain dah banyak perubahan kot. Cuma satu jelah yang lain tentang aku tahun ni. Aku betul-betul akan tulis diari semula. Eh bukan diari kot. Jurnal I must say. Sebab diari tulis hari-hari kan?

Tahun ni.

Aku cuba.
Kurangkan apa yang patut dikurang.
Lebihkan apa yang patut dilebih.
Banyakkan apa yang patut dibanyak.
Tambahkan apa yang patut ditambah.
Buangkan apa yang patut dibuang.

Lemak.
Amal.
Ruang.
Duit.
err.. nak buang ape eh? T__T

Struggling.

Tiap-tiap tahun macam tulah. Mungkin tahun ni pun macam tu jugak. Harap-harap aku tak terlampau bergelut dengan hal yang patutnya aku letak kat tepi.

Tumpang tanya.

Aku berada dalam situasi yang.. tatau nak cakap. Aku rasa situasi ni comel. Aku gelak sket eh - hahahahahaha. Ok sambung.

Ada seorang makcik berkenan nak bermenantukan aku.
Aku tengok gambar anak dia, macam berkenan jugak nak berlakikan anak dia (gelak reramai).
Tapi!
Anak dia plak tak cakap pape.
Bila ditanya, gelak-gelak je.
Menyampah laa macam ni :p
Aku pinang kang baru tau!

Untuk makcik tersebut.

Makcik,
Saya mengerti perasaan makcik yang berkenankan saya

Sampai sms pun bahasakan diri 'mak' pada saya

Hingga terkedu-kedu saya tatau nak balas apa HAHAHAHA

Makcik kene usaha lebih sket

Makcik pinang je saya ni

Makcik kawenkan je kitorang ni ha

Anak makcik tu kalau tak dipaksa, alamat lambat la nak merasa cucu makcik oit..

Takkan makcik nak saya minang anak makcik tu kan?

Dah laa demand nak 20k, ingat saya anak Datuk K?

So wahai makcik,
Kalau nak merasa dengar saya panggil makcik 'mak'
Saya cadangkan lekas-lekaslah masuk minang saya

Benda baik lagi elok kalau dicepatkan

Tak gitu mak? Eh... makcik.

blogger-emoticon.blogspot.com

25 comments:

achik said...

alalala comelnya makcik tu dan bakal menantunya.. err anak dia malu2 kambing je kot.. mahu tapi malu.. ahahaha..

ehem, ada can la nak makan nasi minyak ni.. ekeke.. ;p

Masy said...

achik,
klu anak dia malu2 camtu, mkn nasik minyak kat kedai jelah achikkk hahahahhaahhaahhhhh

HEMY said...

ahahaha..mmg comel la wa cakap lu...
ceria pagi aku baca entri ko hari ini

Masy said...

anul,
comel kan? anak dia pun apa kurangnya. hahahahhah

hanisakura said...

makcik tu bace x blog nih? hehehhe

Acaii said...

Selamat tahun baru 2011 kak masy :) semoga apa yang akak impikan dalam hidup akan jadi kenyataan pada tahun ni, amin.

Masy said...

hani,
aaaaaa jgn laa.. hahahha tp klu ade org nk sampaikan amanat ni pada dia, takpe. hahaha

acaii,
amiiiiiiiinnnn~ samat thn baru gak acaii kucaii.. moga semuanya yg baik2 utk acai ye :)

cHeN@ said...

slmt thn br...moga sukses utk 2011 ni

PnConfused said...

bak mai no tipun makcik tuh aku tlg ckp kan.... kih3..

Masy said...

chena,
selamat tahun br utk awk gak.. insyaallah sama2 la kita ye :)

pnConfused,
haihh ko ni.. segan la aku. hahahahah

hanisakura said...

hahha.. tau pun takut. mntk la no fon makcik tu. ai tlg habaq kat die. hehe. eniwei, selamat tahun baru. (gatai je ghope entri ni. hik hik! jgn marah :p)

coklat~vanilla said...

aku baca entry hang ni sambel tersengih2..hehehe. smoga berjaya eh. jgn ko plak jual mahal kalo sudah kena kimia nya.
:)

frwls said...

susah bebenor ko pinang aku kak. kekeke

Masy said...

hani,
hahahahahaha malluwwwww lerrr. epy nuyer gak! :)

ann,
hehehe. aku tgh x jual mahal laa ni tp org plk jual mahal dgn aku. demmmmmmmm

caki,
aik? mcm tu plak? ahahahahah

Super Nia Hana said...

aiseyy makcikkkk...nak lagi hardcore pinangkan trus tanpa perserujuan anak makcik.hikssss

Masy said...

hana,
itu laaa cadangan akak.. tp makcik mebi nk bg anak dia masa utk pikir lg kot... haahaahahhaha

en_me said...

salam tahun baru cik masy masy ittewww.. ;-)

Masy said...

en_me,
salam tahun baru jugak ;)

semutzapi said...

semoga segalanya berjalan lancar...

rya said...

wahh.. moga2 termakbul ^o^

Masy said...

semutzapi,
yg mana? tp bole laa..

rya,
wihiiiiiiiiiiiiii~

Mohd Shahrul Hafizi said...

Apa kata Kak Masy hantar surat berisikan perenggan terakhir yg akak tulis tu pada makcik tu. Mungkin dia akan terus masuk minang. Hehehe.

Semoga akak Masy dapat jodoh segera. Dan jangan lupa jemput ya.

Masy said...

shahrul,
hahahahahahah ikutkan hati, nak je ckp camtu. tp cam kesian plk hihi. thanksss insyaallah ye :)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Bak kata pepatah,
Ikutkan hati, mati;
Ikutkan nafsu, lesu,
Ikutkan rasa, binasa.

:)

Masy said...

tu sbb takmo ikut hati, nanti mati. hueheheheheh