Wednesday, January 05, 2011

614: dan semalam adalah 20+11

Salam mengkawan baby..~

Semalam genap sudah umurku 31. Oh.. camni rupanya perasaan berumur 31 ye. Macam masa umur 17 jugak. Rasa muda, kelihatan muda dan jadi muda *denial. hahahaha*

Mengejutkan bila dinding mukabuku aku dipenuhi contengan ucapan dan doa daripada kekawan, sedara mara, artis (ala sorang je pon tapi ade la gak, kau ade? HAHAHA), kaum keluarga dan juga ada beberapa orang yang cara cakap macam kenal aku bebetul tapi siyes aku tak ingat sape dorang hahahaha keji betul! Must be people from my past, I guess. Di twitter, YM, inbox FB dan jugak SMS dan by call jugek. SMS dan yang by call memang akan menyentuh hati sebab ucapan tu direct pada aku. Eksklusif laa kiranya, bukan semua orang dalam list fb tu ade no phone aku kan. Hehe.

Tapi yang paling spesel. Ada tiga. Tak bermaksud yang lelain tu tak spesel eh! Maksud aku, tiga ni jadi spesel sebab lain dari yang lain.

1. Entry - Wafa buat entry khas untuk aku! Ok walaupun macam boleh agak dia akan buat entry untuk aku (sebab rasanya tahun lepas pun ade gak dia buat tapi simple je entry tu), tapi this kind of writing adalah di luar jangkaan. Hohoh terharunyaaaa rasa macam nak terbang gi Korea, singgah kat Jepun menari dengan bunga sakura yang berguguran lantas pulang ke tanahair untuk makan lemang periuk kera.

blogger-emoticon.blogspot.com

Itu satu hal. Yang asyiknya, komen dalam entry tu la kan. Ini dia.

klik gambarajah untuk pertumbuhan tulang yang kuat

Komen Anul memang macam bangang ok. Waklu love bite! Hahahahahah! Dan komen Erina.. ooo.. aku kelihatan garang rupanya bila demam. Lepas ni takleh laa nak dating-dating time demam. Hmmmm.

Mekasih Wafa!
blogger-emoticon.blogspot.com

2. Kek sebeday - ok rasanya sepanjang hayat aku, inilah pertama kali orang buatkan kek sebeday untuk aku. Rasanyalah *berfikir panjang*. Ha betullah kot? Maknanya malam tadi adalah pertama kali aku makan kek sebeday sendiri secara panas. Suka sangat!!!!! Mekasih Kak Ila! Muuuaaaaaahhhhssss! Nah, tengok kek beliau yang dah dipotong halus. Masa gi rumah dia, aku tak bawak kamera sebab tengah charge so.. tak dapatlah nak tayang gambar kek panas. Hehe.

Gambar fresh aku amek pagi ni tau. Hehe. Makanya aku sarapan makan kek je arinie. Bagi-bagi laa kat budak opis nanti. Tak abes kang baru bagi kat housemate. Hahahahah keji lagi! Thanks beb!!!! Takde ikon peluk la plak. Heeee~

3. Present - abang aku je pun yang bagi. Itu pun... macamana nak cakap?


Serius, masa aku tulis status tu, takde niat walau seposen pun untuk mengepau mana-mana pihak. Tapi yelah kan.. rejeki tu datangnya dari Allah S.W.T, makanya kita terimalah seadanya. Hahahahaha. Seiring dengan kata-kata beliau tu, esoknya terus aku amek cuti weh! Terus gi terjah Low Yatt, terus beli!! Memula nak amek 1TB, tapi macam melampaulah nak pau abang aku sampai RM300. So... aku loweredkan expectation, aku amek hok 500gb je. Jadilah kan. PC aku dah berat cam ade 300 tongkang bawak pendatang asing je, sebab tu menggedik nak beli EHD tu..

Mekasih bro! I love you sampai mati-idup balik-mati balik-idup balik-mati sampai mati *peluk kekuat sampai kiamat*

blogger-emoticon.blogspot.com

Best kan jadi 31? Hehe. Aku cerita yang best jelah kat sini. Yang tak best kan dah janji nak cerita dalam diari. Huahahahahaha!! Sekali lagi, terima kasih semua yang wish ye, dengan ucapan - kalau nak wish kat FB, mintak tolong sangat jangan mention pasal blog. Mintak tolong sangat-sangat ye :)

Bai! (gaya Yonna)
blogger-emoticon.blogspot.com

15 comments:

achik said...

hepi belated besday kak baby..

mmg spesel pun tiga2 tu.. :)

Lelaki Ini said...

he[i belated bufday!

Super Nia Hana said...

eheheheh..apa hadiah terbaik yag dapat tahun ni?

mya said...

happy belated bdae baby.. :)

Zareda Norman said...

makan kek tu untuk akak jua okeh...

en_me said...

sonokk kanns.. ehehe

zonaku said...

muaahahahhahaaa... kita dah sebaya!

Mr PenyuBiru said...

hepi belated besday... ala baru 31..blum 51 lagi..hihi..

err..hadiah besday ko aku syer-syer ngan abg ko tau..haha..

Erina Asmawani said...

komen hemy mmg cam haram kan kak..hahahah..adoyai..

heppy sebeday again..
moga anak "mak" tu cepat2 dtg minang akak..nyam2! :)

Masy said...

achik, lelaki ini,
mekasseyyyyy :) heheh

hana,
apa2 yg akak dpt semuanya terbaek hehe

kak mya,
mekasih kakak :)

kak zar,
baeekkk.. ada belen lg ni kak hehe

Masy said...

en me,
sonok banget! :D

zona,
ahahhahahahahah tggu smpi bday ko aku kene panggil ko akak! haha

penyu,
mekasih mekasih.. haa yelah tu nk nompang sekaki kan :p

ena,
mmg! hahaha

hopefully! hahahha nyam2

arianna adrizal said...

alamak.. terus lapa kek..

Masy said...

ade lagi belen kat umah, jgn lupe perabihkan ye..

Mohd Shahrul Hafizi said...

Untuk makluman akak, 28-30hb Jan 2011 ada ICT Fair di Midvalley. Beli la dua ketul ext HD tu. Bagi saya sebijik. Eh. Bagi pendrive pun okay. Ngeee.

Masy said...

shahrul,
mekasih jelah... akak da beli pon hueheheheheh~