Thursday, January 06, 2011

615: Pertama

me @ Empangan Putrajaya


Sambil menggodak adunan kek pada malam kejadian, Kak Ila bertanya satu soalan yang anggun pada aku. Anggun bebangat, macam Kipas Anggun.

sape orang first yang wish ko arinie? maksud aku, tepat-tepat pukul 12 tu dia wish.

Aku harap orang yang aku dah biasa tu akan jadi orang pertama tahun ni. Malangnya, atau dengan kata lain - kesiannya kat aku, bukanlah orang itu. SMS pertama yang aku dapat sejejaknya waktu menjengah pukul 12.01 malam adalah daripada kawan aku. Classmate senang cakap. Ye, lelaki.

Kalau nak diikutkan, masa zaman student dulu kitorang takde laa rapat mana pun. Kawan macam gitu-gitu jelah. Aku kenal ko, ko kenal aku. Pernah sekali jelah kitorang minum berdua kat cafe. Ntah apsal tah masa tu. Aku gastrik kot masa tu, dia temankan aku minum? Agaknyelah.

Bila dah nak tamat belajau tu, dengar-dengar dia dah ade partner. Bukan orang lain pun, kekawan kitorang gak.

Dan bila masing-masing dah keje, tah cemana tah aku boleh terclose-up dengan dia. Tetibe je rajin lepak minum sama-sama, gi beli makanan berbuka sama-sama (mende ni aku penah buat entry) dan nyaris laa pegi tengok wayang sesama jugak. Haha. Ntah berapa kali asal dia ajak aku tengok muvi je, musti time tu aku tengah drive nak balik Melaka. Takde jodoh kata orang tua-tua.

Cuma dalam masa setahun sebelum dia kawen, ada laa sket kata-kata dia macam.. ntah la cemana nak cakap? Tapi yang pastinya, ada la dia komplen yang dulu masa study, aku takde pun nak kawan dengan dia (fitnah!). Hahah tetibe teringat dia marah bila dapat tahu aku save nama dia 'Mat Bunga' dalam henpon aku masa study dulu. Err lepas tu abes satu phonebook aku dia delete T___T

Yang lain tu sume, kita simpan dalam peti jelah eh. Hehe.

Tapi apa yang aku nak cakap. So far dia belum pernah lagi gagal mengwish aku pada 4 Januari setiap tahun. Dan sepanjang lebih 10 tahun aku kenal dia, dah dua kali nama dia akan terjojol kat hp aku bila aku sedang mengharapkan nama orang lain yang terjojol. Dua kali di sini bermaksud, dua kali birthday la. Yang 1st masa tahun 2004, dan kali kedua - tahun ni la. Tatau la kategorikan keadaan ni sebagai ape. Menyedihkan la.

Haih. Malas nak sambung dah.

blogger-emoticon.blogspot.com

oklah ayat sedih sebaris. aku sebenarnya rindu tahap keterlaluan. tapi aku cuma mampu pandang je, dan terima apa yang datang. kan dah janji, aku takkan merungut lagi di sini.. *tarik napas panjang²* <-- ayat takde kene mengena dengan kawan aku ni ye.

the winner takes it all.

blogger-emoticon.blogspot.com

15 comments:

KAKTINY said...

tak kisahla sapa wish awal ke lambat ke.. yg penting syukur kepada Allah, ko dpt lagi tgk dunia pad tanggal 4 januari aritu.. dan semoga setiap 4 januari akan datang masih ebrnafas segar. ameen..

... eh.. nak wish jugak ah kat sini..

Selamat Ulangtahun kelahiran.. semoga dirahmati Allah selalu.. ameen.

.. dan.. kaktiny harap, ko takmo selalu sedih-sedih or marah-marah or geram-geram yg banyak sangat yer.. semoga ko happy happy jer.. (tu doa kaktiny la tuh.. hihihi)

PnConfused said...

bukan aku ek wish fes???/


kih3...

hepi besday bebeh...

Masy said...

kaktiny,
baeeeeeeeekk~ mekasih kak :)

pnConfused,
tetibe aku plk yg keliru. hahahaha

NONIE ROSSI AZIZ said...

lorr camne bleh terlepas nih!! hepi belated besday baby!! semoga semua yang baik2 & best2 dapat pd tahun ni amin...

HEMY said...

bagi aku yg plg best adalah wish bday yg plg hampir dengan waktu ko betul2 dilahirkan...haaaa

kalau maghrib..kena la tunggu 7 ptg..bukan tgh malam..baru bermakna..

hehehe

Masy said...

kak nonie,
takpe2 ai redha heheheh thanksss :)

anul,
yepp.. tp aku x kisah pun.. klu nk diikutkan, aku lahir tghari, 12.03 klu x silap aku hihihhihi...

Mr PenyuBiru said...

aku tau sape org pertama tu. debik kan?kan? aku tahu dah.hehe..

zonaku said...

jangan berhenti berharap...

ikon y last tu sangat nice...... bkenan tul aku

Zareda Norman said...

yelah adikku

tak kisah lah siapa yang wish paling awal atau tak . yg penting ikhlas dan sejujur jujurnya dari hati

Mohd Shahrul Hafizi said...

Jodoh oh jodoh. Huhuhu.

Masy said...

penyu,
tetibe laa kan dia jadi classmate aku. nmpk sgt aku kelihatan muda. hahahahah

zona,
tak berhenti tp dah malas kot..

nice kan? me likey toooo

kak zar,
ye betul betul betul :)

shahrul,
hohehohehohe

achik said...

err mesti mamat tu suka kat akak dulu kan.. :)

Masy said...

achik,
errrr.. ntah. adekah?

zino said...

masih ada yg ingat masih ada yg wish masih ada yg doakan kesejahteraan ...itu yg lebih penting....

Masy said...

abah zino,
sokong sokong :)