Tuesday, January 18, 2011

621: Wasiat

@ Muzium Negara. i just love what i see here. do you?


Sebenarnya, ari Jumaat lepas tubuh aku terasa sangatlah sakit. Dua hari sebelum tu pun dah ade rasa camtu, cuma Jumaat malam tu macam terlebih sudah.

Petang tu aku dah siap-siap beli Salonpass sebagai persediaan awal menghadapi sakit belakang nih. Ni sakit yang.. aaaa.. macam salah bantal tapi kat badan. Sakit siak! Nak tampal dah laa terkial-kial, last-last mintak tolong budak bilik depan tampalkan hehe. Sibbaik ade orang, kalau sorang? (tampal pakai kaki laaa).

Ingatkan lepas tampal jadi elok. Sekali bertambah teruk ade laaa T__T Daripada elok² boleh pandang kiri kanan, terus jadi statue. Bayangkan ye.. daripada duduk nak baring pun seksa, tu belum lagi nak pusing dari kiri ke kanan. Dah mengiring pun sakit gak, nak alihkan pun sakit. Pendek kata aku gerak satu mm pun sakitlah. Henpon yang berbunyik kat seblah bantal pun aku tak terdaya nak capai. Sangat sangat sangat sangat sakit.

Badan kaku. Tangan tak boleh angkat langsung. Leher, badan. Semuanya jadi bisu. Dahi je yang masih boleh kerut-kerut.

Helpless.

Mungkin kedengaran berlebihan ke melampau ke. Tapi aku terfikir masa tu, takkan aku dah nak mati kot malam ni? Err.. tapi kalau nyawa ditarik, setahu aku daripada kaki ke atas badan kan? Aku gerakkan jari kaki sket, alhamdulillah boleh. Cuma dari pinggang ke atas jelah langsung takleh gerak.

Struggle sepanjang malam semata-mata untuk tidur je. Nak tarik selimut pun makan masa 10 minit, nak naikkan rambut tambah 15 minit lagi, nak tarik bantal bagi selesa bawah kepala lagi satu hal. Itu lagi lama. Serius aku dah mati akal nak buat apa.

Mulalah terfikir nak buat wasiat. Sekarang aku rasa kelakar la sebab pikir macam tu. Tapi masa kejadian, itu la yang aku pikir. Nak kensel semua appointment esoknya kalau betul aku tak boleh bangun. Ah.. Macamana nak bangun semayang subuh ni? T____T Akhirnya nak dekat pukul 3 pagi gaklah baru dapat lelap.

blogger-emoticon.blogspot.com wuwuwuwuwuw sakit maaakkkkkk~

Esoknya syukurlah boleh bangun. Sakit masih sakit, tapi tak separah malam tadi. Alhamdulillah..

So!

Wasiat. Last week memang kebetulan ade member FB yang approach dan tanya if aku dah buat wasiat ke belum. Dalam hati macam mau jugak tapi amende yang aku nak wasiatkan? Kete? Alahai... kalau anak buah aku nak amek sok, amek jelah. Rumah? Kan dua nama. KWSP, rasanya dah letak nama dah. Insurans, pun rasanya dah setel dah. Apa lagi?

Tinggal dua benda jelah kot.

1. Blog.

Blog. If anything happen to me, harap Yonna atau Qas boleh update kat sini. Memandangkan aku dah bagitau dorang paswed blog ni, bolehlah digunakan untuk tujuan tersebut. Rasanya kalau pape jadi, abang-abang aku akan update kat FB kot? So.. sape yang terperasan apa-apa (in case they missed that updates), please inform budak dua orang tu ye so that they can spread the news in here.

Eh, income Nuffnang tu pon bole masuk dalam wasiat ke? HAHAHAHA kelakar plak tetibe.

Lepas tu terpulanglah. Nak delete ke nak biarkan ke. Aku dah lepas tangan dah masa tu. None of my business. Hihihih.


2. Hutang PiTiPiTieN.

Harimau mati meninggalkan belang, Masy mati meninggalkan hutang T__T tak manislah keadaan ni. Dengar cerita, kalau peminjamnye arwah, PiTiPiTieN kire burn eh? Yang ni ku berserahlah. Aku dah mintak dikurangkan persen tu kepada 1% aritu. Kalau lulus, ok la kan.

PiTiPiTieN ni tengok keadaanlah. Kalau korang nak bagi sorang sikit, ok gak. Bayarkan la kirenya. Ini jelah yang mampu aku wasiatkan kat korang. Hahahahaah.

***

Aritu aku dah kemas baju-baju lama. Tatau la nak buat ape. Nak jual ala-ala preloved tu macam tak sesuai je. Takkan nak bagi kat rumah anak-anak yatim plak. Ini pakat baju-baju aku bawak gi keje ni, motipppp budak-budak tu nak pakai ye tak. Ade sape-sape nak amek ke? Baju-baju aku takde yang branded pun, orang semekin cenggitu laa gayanya hehe.

Sekian wasiat saye part 1. Wah macam banyak je nak diwasiatkan. Haha ok² dah berenti merepek.

19 comments:

Puan Capa said...

kalau aku mati,aku nak wasiatkan anak aku kat ko..boleh?hehe

zonaku said...

hehehee......

baju2 tu ko sedekahkan y elok2 kat rmh anak yatim.

or bila ada diorg nk anta ke tempat bencana. x leh dipakai tapi leh jadi alas pun cam ok kann..... asal y elok2 la

Masy said...

capa,
klu wasiat anak, kene bagi pakej dgn bapaknya skali. aku mana larat jaga sorg. hahahahahahahahahahhaha *pengsan*

zona,
masalahnye tu baju2 yg aku pakai pi keje la.. takkan nk bg anak2 yatim? dorg nk pakai gi mana? T____T

sume elok2 lg ni.. hmmmmmmmm~

k.e.r.i. said...

aku nak tudung ko yang ada rambu-rambu tu.
nak buat hiasan bilik. HAHA

yonna said...

lupe dah email dgn pw akak :(( sbb hari tu simpan kat history ym.tp ym pun dah burnnnn! pm kat fb blh? :(

acc NN tu apa kata sedekah kt yonna? #oktaklawak

Erina Asmawani said...

akak.ape yang awak merepek pasal wasiat2 bagai ni? (-_-")

tapi kalau nak bab baju tu, lempar kat kite bley?hoho

ala..cane nak g tgk khurafat ni kak?
moga kak masy cepat sembuh. Aminnn

Masy said...

keri,
hahahahaah yelah. eh tp yg mana? warna merah kaaa yg ade daimen tu?

yonna,
orait nanti akak bg :)

hahahaah klu bole dipass, bole saje

erina,
nak ke baju2 tu? nanti akak bawak, ena pilihlah. tp xde la lawa mana tau.. jgn terpegun lak tgk baju akak tu huhu

akak da ok dah.. belen2 je. sakit tu 2 hari tu je :) tengssssss

yana said...

sy wat list wasiat dalam words senarai sume bank akaun bank no pin sume bagai pastu bg kat adik beradik sume.bukannye dorang leh kuarkan pun masa sy hidup ni (berani ke? ada ke pun? muahahha~).senang nt klu x dorang xtau.

pengalaman dari arwah adik, bile dah bagi penama pun tp x dibagitau, penama susah nak uruskan bile amanah raya dah take over sume. so, ni bagi memudahkan dorang nak wat kenduri arwah sy smpi 100hari(harap2nye la, sape xnak dapat bekalan doa lebih kan) pakai duit2 sy tu kan senang.harapnye camtu la. =)

frwls said...

erkk. bawak bekal cukup cukup kak

Masy said...

yana,
huhuuhuhu.. akak klu bg pun mcm xde faedah je? melainkan masa tu dah gaji laa.. so bole la dorg amek duit tu hehehe

caki,
blom sedia lg ni... bekal sikit sgt T____T tsskkk~

kad0k. said...

wasiat pitipitien? oowhhhh tidak..hahahaha

zino said...

yg last tu bukan kira lansai ke bila dah tak ada ..

adra217 said...

hah..memang dah kena buat Wasiat sangat dah la ni... :)

Mak Su said...

sabarlah, mgkn kifarah, elok juga sekali sekali, penghapus dosa. dan mengingati itu sgt bagus dalam kehidupan. wasiat duit tu masukkan nama maksu ek ;P

Zareda Norman said...

masy

pasrah. sakit tu penghapus dosa dosa kecil. Semoga dah sihat ok

fndrocka said...

Kalau yonna dgn qas pun arwah..bagi aku lah blog ni

Masy said...

bro kadok,
hahahahahah!!!

abah zino,
ntah, sy pon x sure tp klu betul - naissssss heheh

adra217,
cesssss.. :p

maksu,
yelah kot eh.. takpe2 i ok saje :)

kak zar,
alhamdulillah dah ok :)

fndrocka,
hahahahhaha keji!!

oNi said...

ptpnnn burn kalu pemiliknya burn?

betul ke isu ni? dari sudut hukum cik masy?

ingin tahu

Masy said...

oNi,
ini bkn dari sudut hukum, ni undang2 ptptn.. klu x silap laa.. cer cek kat dorg.. klu betul, sume peminjam bole la bunuh diri skrg hahahahah