Tuesday, January 25, 2011

623 : Pentas Opera

Tajuk amatlah takleh blah bukan? Ade mak kisah pun. Haha. Oklah memandangkan jiwa dah stabil pagi ni, aku nak menaip kisah-kisah menonton wayang pada minggu lepas.

1. Khurafat.

Nak dapatkan tiket untuk cerita Khurafat ni memang mencabar akal fikiran sihat aku la. Patutnya Erina belikan tiket dekat JJ Bukit Raja, sekali sume pakat habis. Aku try call online, kakak operator tu boleh plak sebut kod cerita instead of tajuk filim² tu. Ko ingat menghapal kod cerita ni ada dalam job scope aku ke?? Tapi takpe. Berkat minum Milo setiap hari, alhamdulillah aku dikurniakan minda yang bijak. Jadinya terus aku mengecall Keri lantas merekues beliau untuk check online kat mana-mana panggung yang berdekatan kot la ade yang kosong lagi.

Sunway Pyramid - gagal.
Summit (yang tak glemer tu) - gagal.
One Utama - gagal.
JJ Bukit Tinggi - gagal.
e@curve (Cineleisure) - gagal.

Hoih! Apekesejadahnye semua penuh ni. Akhirnya down to 2 options :

Tropicana - takmo sebab tak tau jalan.
IOI Puchong.

Nice. IOI kami datang! Keri yang baik hati telah membeli secara online tiket berkenaan, lantas menjadikan perjalanan kami serasa tenang walaupun... jalan jem macam harem. Giler ah! Dah laa jem, minyak plak dah blink 182. Mujurlah nampak Shell (walaupun saye pengguna Petronas, tapi di saat-saat genting sempah ni tak payahlah nak kerek sangat). Tapi.. jem tetap jem. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk memarkingkan kereta kat kawasan komersial depan IOI tu, lari-lari naik jejantas, lari lari lagi amek tiket, lari lari masuk panggung, letak punggung dan.. cerita terus start. Nice!!

Oh. Cerita Khurafat ni. Ok la, terkejut-kejut haku dibuatnya. Aku kata ok sebab tak aci... time terasa-rasa hantu nak kuar tu, aku dah kaber muka dengan tangan hahahaha. So Erina jelah yang sungguh-sungguh terjerit sampai bergegar kerusi hahahaha. Secara keseluruhannya, adik Syamsul kita pandai buat cite hantu. Aku belum penah tengok lagi hantu tergantung atas kepala pastu tampar muka orang T____T Demmit!~ Komen-komen negatif dah bincang dengan Erina aritu, so malas nak bincang kat sini. Hehe.

Gambau takde. Yang ade pun kat Erina. Pi tengok kat sanun.


2. Season Of The Witch.

Nampak email kat atas tu? Tak nampak kalu, bolehlah klik. Kalau dah klik pun tak nampak gak, meh sini aku jotos mata korang sebijik-sebijik hehe.

Ye. Bersempena kenaikan umur aku pada tahun ini, Nuffnang telah bergabung tenaga bersama-sama TGV untuk menceriakan hidupku dengan memberikan 4 keping pas percuma untuk menonton cerita samba apa saja yang terdapat di TGV sekitar anda. So NICE!!!!! Aku tak ingatlah aku pernah menang / dapat apa-apa daripada Nuffnang. Eh ye ke tak pernah dapat? Macam pernah je suatu ketika dulu tapi tak surelah. Ah lantakkan kat situ. Nak sambung ni.

Oleh kerana Jalan Yap Ah Shak tu haramlah aku tatau katne walaupun puas gak Mizzy eksplen dalam twitter (hahah!!), aku pun berfikir-fikirlah. Sape aku nak ajak? Sape yang boleh amek cuti untuk aku? Sape yang boleh bawak aku gi amek pas tu? Atau at least temankan aku pegi amek kerana sesat berdua atau bertiga bukankah lebih afdal daripada sesat sorang.

Mula-mula aku try Dyana. Dia lambat reply, aku try Wafa plak. Sekali dua-dua pun on. Nice hehe. Means ade sekeping lagi tiket ni, aku pun ajaklah Keri via twitter. Tapi kan.. Keri kan.. dia sudah kompius antara tiket free dengan tiket berbayar :p makanya, adik Wafa laa yang untung dapat tengok wayang free hahaha.

Muka hepi macam tak percaya dapat pas percuma T_____T jarang sunggoh aku beruntung macam ni. Dapat lucky draw pun pernah 2 kali je sepanjang hayat, inikan pula si tiket belang T_____T Thanks pakcik jaga parking sebab tunjukkan kat mana Heritage House tu. Lenkali kan.. letak laaaaaaa signboard HERITAGE HOUSE tu kat depan bangunan ye, susah ok nak cari!

Proses penamaan tajuk cerita yang terpilih. Kat Capsquare banyak cite Tamil dengan Hindustan je T___T ni kira mujurlah ade cite omputeh sesat seketoi. Kot tak, layan tamil laa kita aritu hehe. Air Tron hok beso tu Wafa belanja, malu ai (tapi suke! hahaha thanks).

Percayalah. Takde orang langsung dalam panggung tu kecuali kitorang. Kalau tak sebab ade sorang mamat ni masuk pada saat-saat akhir, musti aku dah feel-feel Nuffnang dan TGV bookingkan satu panggung khas untuk aku. Hahahaha.

Cerita ini sangat best. Pegilah nonton ya!

Wajah-wajah jakun tak pernah sampai Capsquare. Aku, Dyana & adik Wafa. Wafa ade.. kat depan kitorang. Ada.. hehehe.

Mekasih untuk anda yang temankan saye. Wafa yang belanje popkon dan air, adik Wafa belanja makan. Aku bayar tol je weh. Malu ai T____T Dan terima kasih banyak untuk Nuffnang dan TGV. Dengan ucapan khas daripada saya :

nonton wayang di tingkat tiga,
popcorn yang free enak sekali,
tahun depan di tarikh yang sama,
janganlah lupa bagi free pas lagi.

Mekasseyyyyy!!!!!!
blogger-emoticon.blogspot.com

24 comments:

Mizzy said...

capsquare? mkn sarapan di Tappers.. tenang jiwa..

mya said...

tunjuk arah akak hari tu membantu tak? ke tak membantu langsung? heee...

Masy said...

mizzy,
Tappers? ok tatau katne. huhuhu

kak mya,
mbantu la gak cuma tang kaler tu tak brape membantu HAHAHAHAHAHA apepun thanks kak. lupe nk mention nama akak T___T sori2

Puan Capa said...

apa kata bagi aku sedas tiket wayang tu

Masy said...

dah selamat ditonton dah tiket2 tu sume wahai puan capa.. hahaha

HEMY said...

hye adik wafa

zonaku said...

anul miang semula....



er... aku penah g capsquare sensorang n sesat ngan jayanya... dan aku tanya pakcik polis ..eh abang polis kat balai dang wangi soh dia tunjuk jalannn


hehehe.. aku hebat kan?

Masy said...

anul,
hai laki cembam (jawabkan bagi pihak adik wafa). hahaha

zona,
hebatttt.. kitorang jmpe by accident. tatau pun yg CS dgn heritage house tu satu area. heheheh..

achik said...

ok la tu penah gak dpt something dari nuffnang.. saya nan ado..

Masy said...

makanya akak bersyukur saje ni achik hehehhehe

moment said...

mana pic patung ku? bersungguh tu mencari seluruh mentakab.. haha

Tapers tu, kedai yg byk kaler putih kt main entrance itu. blah kanan pintu yg konon2 kita malu nk masuk itu..huhu

*xtau pun adik wafa blanja akak mkn.. akak sendiri dia xpnh blanja pun.. ces!~
** sy rela saja amik cuti demi insan seperti kamu.. ^___^

Masy said...

wafa,
akak x snap lg pic bear tu heheh. nantilah akak up utk ditonton :D

oooooooooooooooooo.. yg tu ka? nanti bila2 kita pegi nak? yeahuuuuuuu

*errr dia pecah duit 50, akak bg dia takmo plak. berkeras plk tu takmo.. hehehe..
** mak terharu uolssssss T____T metacih fafa :)

frwls said...

sampai hati tak ajak titer

Mak Su said...

tahniah utk tiket free, dapat pegi tgk dengan geng. :)

en_me said...

meriahnyerr akak tewwww.. ehehe

Masy said...

caki,
camne titer nk ajak awok.. titer tade no pon awok.. :p

maksu,
mekaseh mekaseh heheeh

en_me,
meriah uolssss

Erina Asmawani said...

perbezaan ketara kakak pergi menonton wayang bersama saya dan wafa..hehe

Masy said...

ena,
hahahaah ketara sbb xde gambau. akak x bawak kamera pun.. dgn wafa pun x bawak. tu dia snap guna hp..

tp dua2 pun best, dua2 pun akak shayangggg ;) auuummmmm nyam2

k.e.r.i. said...

ramai betul orang nak jadi khurafat aritu yeh.
penat aku check satu-satu.
HAHA

Masy said...

keri,
giler khurafat! mcm Kak Limah dia pnye full house. hadoihhhhh

yonna said...

baru dapat benda2 lucky? ohh #tandatandapenuaan tu hahahaha okbai!

Masy said...

dem yuuuu yonna! hahahahahah

kakLuna said...

nmpk slim sikit ek

Masy said...

takde pun kak.. masih mok-mok lg huhuuh