Monday, February 07, 2011

626 : Klebang Kokonat Shek!

Salam semua :)

Aku tak tahu sejak bila wujudnya kedai ni. Tapi memang dah banyak kali aku dengar dan baca, orang dok sebut-sebut pasal kehebatan coconut shake Klebang ni ha. Bukan takat orang Melaka je, orang luar pun dah ulang-ulang bantai, siap buat reaksi sinis plak bila aku kata aku tak pernah try. Kira bangsat abis laaa sebab tak pernah rasa. Tak ke tercabar maruah aku sebagai anak Melaka sejati? Demmit!

So.. sabtu lepas, selepas berjimba dengan Che', makcik ni la sebut nak gi minum coconut shake ni ha. Dulu pernah gak time kitorang keluar ramai-ramai, pakcik coconut ni cuti am pulak. Makanya kali ni, mesti berenti! Mesti mesti mesti!


Kereta punya la banyak! Sampai jem laaaa area ni. Lokasinya secara tepat adalah berhampiran dengan Caltex Klebang nun.. Kalau uols dari Bandar Melaka, Caltex tu belah kanan dan korang akan nampak kedai kokonat shek ni sebelum ko nampak Caltex. Kalau dari arah bertentangan (dari Sg Udang kaaa... Tangga Batu ka... Masjid Tanah kaaa.. belah-belah sanun tu), lepas daripada Pantai Klebang, nampak Caltex belah kiri- dah, ko parking je kat Caltex tu ye. Kedai ni tepi jalan je pun.

Kalau tak paham gak, camni lah. Asal ko nampak kereta bersusun-susun tepi jalan kat Klebang tu, ha itulah tempatnye (make sure takde kenduri kawen kat situ).

Yup, takde la mahal rupanya. Patut laaaaaa ramai semacam! Aku ingatkan dah glemer-glemer ni, mau kena RM5 sekokonat shek. Kalau minum kat situ lagi murah ye berbanding yang tapau. Hmm.. mungkin dorang pun nak Go Green kot.

Tapi ko nampak tu? CUTI BILA PERLU. Maksudnya.. tak kompem lagi wiken dia bukak kedai kan. Beli ikut nasib laa ni huhu.


Nampak macam tenang je kan? Gambar yang tenang jangan disangka takde buaya. Tapi takpelah, bukan aku yang tunggu. Che' jugak yang kena. Oh ye. Gambau-gambau ni sume daripada dialah, tapi sape yang suruh dia amek gambau untuk membunuh keboringan? Aku la jugak. Hahaha. Che', kira halal la eh aku letak kat sini? Auuummmmm jangan marah.


Ni yang spesel dan tidak untuk diminum di tempat kejadian. Dah tu... giler hape nak tapau dapat cawan kaca? T_____T Yang spesel ade aiskrim tambahan, yang biasa diorang dah blend aiskrim sesiap dalam air tu. Aiskrim Wall's uols.


Akhirnya. Dah bertahun (eh ye ke bertahun?) aku dok dengau pasal kau ni, dapat gak kita jumpa face-to-face. Ni yang biasa je, aku saje try yang biasa dulu. Sok-sok balik Melaka, bole la rasa yang spesel gak. Tu pun kalau rajin nak tunggu. Hmmm.


Bole laaaaa. Nak kata sedap giler kang tipu plak. Tapi boleh la untuk aku. Sejam menunggu neh! Dah bersapau aku dalam kete hah. So, bantai jelah. Heheh. Mekasih Che' belanje baby. Lenkali baby nak yang spesel tu plak eh? Yeayyyy!!!


# dengau cite kat Pantai Puteri tu pon ade kokonat shek eh, lagi sedap katanye? Kalau kat situ jem, boleh tahan lagi kot. Sambil-sambil tunggu, bole laa jalan-jalan kat pantai jap.

20 comments:

~mrs azmi~ said...

last minum coconut shake tahun 1997!

zaman skolah, g jamboree kat besut.. time tula baru kenal coconut shake ni... time tu tiap2 hari minum mendaalah tu

zonaku said...

bersapau tu apa mende?

Masy said...

mrs azmi,
perghhhh dah lama! ni pes taim aku minum hahahahaha giler utan aku ni

zona,
aaaaa.. lebih kurang mcm berkurun lama laa gitu....

PnConfused said...

aih.. aku last mkn bnd alah nih ms ngaji di klantan dlu... huihh.. dah bearabad... hahahahah

ymn said...

last aku shake menda nie masa convo uKM (zmn² reformasi dan aspirasi )
:)

Masy said...

pnConfused,
ooo... ntah laa aku x pnh jmpe. biasalah org muda, hahahaah

yaman,
lama dah tu!

nizamsani said...

jauhnya nak ke melaka.

Masy said...

nizamsani,
2 jam je dr KL.. bkn kene naik ketebang pun...

HEMY said...

ooo...sedap dia lebih kurang je..rasa kelapa tu juge..cuma beza tang kelapa tu fresh ke, dara ke, tebuk tupai ke camtu la

aku minum yg kat ganu je

yana said...

owh, sedap sunggoh klu dapat minom masa tgh batuk2, selsema ni..

next time nk ikootttt~
ntah mana ntah tu klebang tuh~

Masy said...

anul,
tu la.. mber aku bgtau kat pantai puteri tu siap ubuh soda. yg tu sedap lg kot? kene rasa ni

dyana,
so nice!

klu lps ni nk ikot, kene ade persediaan mental. lama giler nk tunggu tu ahahaha

en_me said...

vahhh.. patutlar terus puasa semalm.. ahaks

Puan Capa said...

terbaiklah...ada ice cream tu

Masy said...

en_me,
takde kene mengena hokkay :D haha

puan capa,
mungkin yg tambah eskrem tu lebih terbaik kot.. hehe

chii said...

nape x penah tau pun sepanjang chii kat mlk b4 dis..adeih..slalu lepak2 buang masa tgk org2 je...aisey

Aujinz said...

itu hari nak gie try.. tak bukak laa plakkkk

Erina Asmawani said...

uuuuu..cam menarekkk jeee...huhu..lapaaa (motip tgk kokonat shek tapi lapa? hahaha)

Masy said...

chii,
normal laa tu.. heheheheheh

aujinz,
kan bak kata dia, 'cuti bila perlu'. mesti masa ko dtg tu dia tgh perlukan cuti heheheheh

ena,
motipppp lapa????? hahaha

Super Nia Hana said...

ok..watashi terliur.tp sekarang tegahan amat keras utk kokonat.
cesss

Masy said...

hana,
hepppp org peknen xleh minum air kelapa!