Friday, February 18, 2011

630: Lanchang Kuning Belayar Malam - Episod 1

Salam Jumaat uols!

blogger-emoticon.blogspot.comBuat episod² ni bukan ape, pertamanye sebab banyak cerita. Keduanya sebab hok episod kedua tu kene tunggu gambau daripada tuan kamera kedaung iaitu Anul dan Keri. Selagi tak dapat, maka tak dapatlah nak cerita sebab.. apalah ertinya cerita tanpa alat bantuan mengajar.

Ke Lanchang hari Isnin lepas. Memang laa belayar malam sebab aku dan Erina bergerak dari Shah Alam tepat pukul 9 malam. Aku dah bajet baeeekk punya sebelum tu. Lepas berbuka puasa, nak iron baju keje siap-siap, nak lipat baju per sume. Alhamdulillah sume berjaya. Cumanya lepas berbuka tu, tetibe Ena sms kata mak dia macam tak bagi pegi plak. Denggggggggggg gua dah nebes, sampai habislah sepapan cekelat aku makan sebab nebes sangat. Mujurlah berkat idea aku menggunakan pendekatan Islamik untuk memujuk mama beliau, akhirnya berjaya jua. Heee.

Ena rabun, makanya aku la kena drive ke Puchong untuk mengutip Keri kat umah beliau. Kemdian shoot ke umah Aima. Perghhh.. pegi Lanchang naik Perdana Exec tuuu.. kau hado? Hahaha. Tapi Keri bawak kete kali ni cam hareeeemm. Perut aku dah la penuh, siyes sampai satu tahap tu aku dah takleh nak borak, kepala pening ada rasa mau muntah. So.. gua tidorrr je. Terjaga sebab dengar dorang cakap 'ehhhhh ade babi melintass..!! tu ha satu famili'. Aku ni terpisat-pisat bangun, mana la nak nampak huhuhu. Rugi tak dapat tengok babi panjat bukit (lepas melintas, dorang panjat bukit kata mereka).

Sampai rumah Wafa nak dekat pukul 1 pagi kot? Tukau outfit (outfit katanya haha), pastu siap-siap nak masak caramel cream cheese yang aku order kat Aima. Haha. Baiknye hati Aima, sanggup tu pi gugel resipi, siap try dulu kat umah lepas aku cakap aku teringin nak makan heeeee ni yang ailebiu sangat ni!

Bab godak-godak ni suke la aku. Tapi terhad pada bahan-bahan yang mudah terurai sahaja. Kalau ko soh aku godak simen ke (eh godak simen pun macam best gak), ok tukar - godak benda-benda macam nak buat kek tu ke pakai tangan, rasanya.. bole jugak. Tapi lambat laa. Lambat sangat. Hehe. Dah siap, kukus! Sementara nak tunggu masak tu, aku, Aima, Wafa dan Ena main Saidina hehe.

Tema permainan adalah BIAR PAPA ASAL KEDANA. Aku laa tu yang kedana. Awal pusingan bukan main bertuah lagi! Hoiiii KL tu aku punya woi! Tempat best-best tu sume aku punya, tamak! Aku laa pemilik hartanah paling kaya! Tapi, aku laa satu-satunya yang berhutang belas-belas ribu sampaikan kat bank pun hutang jugak hahahahahaha. Kerek tuuuuu takmo gadai tanah! Cadangnya nak cagarkan sume hartanah tu kat PTPTN T_______T

Tamatkan semuanya pada pukul 3.30 pagi. Pastu sume orang tido kecuali Wafa. Dia ade projek nak buat. Kek cekelat! Aku pulak takleh tido sebenarnya tapi tak pulak aku bangun pi tolong Wafa T____T Wafa, akak mintak maap ye sebab tak tolong.. akak ni kalau dah bangun kang, mau tak tido terus huhuhuh.

Esoknya. Shoot ke Deerland. Nak masuk ni kene bayau RM7 (kata RM10? eh nak komplen plak). Hehe. Tapi lambat lak dia bukak, pukul 10.30 baru bukak walhal kitorang dah sampai pukul 10. Ape lagi. Posinglah walaupun tak rela.

Dah dapat tiket, terus berlari-lari masuk. Habis sume orang yang nak masuk kitorang tolak sampai terlentang semata-mata nak cepat masuk. Hahaha tipu je. So.. layankan jelah gambau-gambau ni eh. Sume daripada kamera dorang, aku tak bawak kamera pi Lanchang. Tatau la kenapa, malas.

Aku tak berani nak bagi makan kat rusa ni sume sebab agresif gila rusa dorang ni. Dibuatnya diorang gigit tangan aku, mau laa aku terlatah sambil melempang muka rusa ni sume sampai rosak. Demi kesejahteraan bersama, baiklah aku jangan bagi makan. Aku pegang-pegang jelah badan mereka. Tu pun asik lari jeeeee sume. Huh.


Geli ok time bagi makan kat burung puyuh ni. Patuk-patuk atas tangan aku, sikit lagi aku nak lempang dorang hahahaha. Tapi comel! Demi laaa nak bagi makan kat burung puyuh, sampai lengan baju aku terkorban - koyak sebab tersangkut kat jaring tu T__T huhuhu.

Ular? Sorilah aku nak posing dengan dorang. Sekian terima kasih. Eh tapi bila ular tu dalam dakapan Wafa, nampak macam humble je hewan tu. Macam seekor ular yang bermoral. Tetibe rasa sayang pulak kat ular tu. Hmmmm.

Lepas amek gambau ni, ular tu pon beraaaaaaaakkk. Ko penah tengok ulau berak? Aku tak pernah. Kitorang sume tak pernah oi! Berak dia macam beranak je. Terkejut gua. Najis eh kaler putih, macam ketul-ketul susu basi tu. Alaaa.. sape ade snap ah aritu? Bak la sini aku nak letak kat dalam blog. So.. David Teo, kami dah matang!

Banyak lagi hewan dalam tu tapi tak dapat nak pegang semua. Ferret yang comel tu pon tak dapat nak pegang sebab tuannye ntah pegi mana ntah.

Ini yang paling best! Memula tu aku dah set takmo amek gambau dengan beruang matahari ni sebab.. masa kitorang datang tu, dia dok melilau dalam kandang tu, macam lapau giler je. Aku tengok jam, oooo dah lunch time kot. Takmo la masuk, kang dia mamam aku plak. Aku ni dah la menyelerakan HAHAHAHA. Tapi bila nampak je dia duduk, okkkk terus rasa nak serbu masuk kandang. Sangat laaaa comel ko ni wahai beruang!
blogger-emoticon.blogspot.com

Next week la aku sambung. Banyak lagi cite ni. Hehehe.

blogger-emoticon.blogspot.com

19 comments:

moment said...

its ok kakak, xde hard feeling..hikhik

sunbear tu mmg sgt aktif kan? tapi masih gk byk lemak! kikiki

Masy said...

wafa,
hehehe mekacih fafa :)

itu laa pasal. tp baguslah dia mcm tu. akak xmo tgk beruang yg kurus! takmo takmo heheheh

Puan Capa said...

wah!bestnya~

Masy said...

sangat!! :D

zonaku said...

muahahhaaa.....
tahap glukos berunag tu masih normal ker?

Masy said...

zona,
normal normal.. dah dpt honey dgn susu strawberry, tu yg behave tu heheh

achik said...

bestnyaaaaaa..

dah berkurun rasanya x main saidina..

Masy said...

achik,
akak lg laa x ingt bila last main. masa skolah rendah kot? hehehehe

Ainul Hayat said...

klakala kak tang ayat..."aku ni dahlah menyelerakan"...

Masy said...

ainul,
hehehehehheehhe

k.e.r.i. said...

nanti buat entry Bukit Tinggi pakai gambar Hemy je lah yer.

ahahaha.

Masy said...

mengada aaaa keri! HUH!

HEMY said...

aku mcm takde gambar deerland yg berhutang dengan ko...kat bukit tinggi pn cam takde..aku assume kamera keri la ek..

Benedict Bernard said...

aku dah pergi dah lanchang itewww! best

Ungku Nor said...

aaa?? Deerland dah kena bayau eh?
dulu kitaorg masuk pree, kasik derma ikut suka dan dapat pemandu pelancung yg baik sangat2.
masa kasik makan rusa memang heaven, dorang rebut2 keliling akak..hahaha

beruang madu tu nama dia Muda kan?
masa akak datang dulu tu, dia kenmain manja. pehtu punya la pemalas, makan pun sambil terlentang, letak kacang kat atas dada dia..adeihss..

kuala gandah tak pegi ke?

zino said...

nampak ceria je binatang2 tu hehe

Masy said...

anul,
baeekkkk T___T

ben,
iye? bila tu?

kak ungku,
ye kakak :) bayau sudah huhu.

ha'ah nama dia Muda. dah x brape muda la ni kot hihihihih. kuala gandah pegi gak. nanti kang sy buat entry. penat nk ponyok sume cite skali dlm satu entry huhuuh

abah zino,
ramai dtg melawat, mau tak ceria heheheeh

Erina Asmawani said...

cian akak, demi puyuh ku rela korbankan lengan baju..hahaha..

beruang tu sangat la comel..rasa nak gomol2 je..sekali da dekat, bau dia..
perghhhh!!! "wangi" gila!!!

best2!!! nak pergi lagi dan lagi dan lagi ;)

Masy said...

ena,
tau takpe.. haihhhh sabo jelah.

akak x pasan plk bau dia. ucuk2 eh? ntah la akak x pasan hehehehehheheh