Friday, February 25, 2011

633: Lanchang Kuning Belayar Malam - Episod Terakhir

SALAM!!!

Ok ni episod final. Next week dah boleh cerita lain hehehe.

So! Balik daripada aktiviti bergomol dengan gajah, kitorang siap-siap dah nak balik. Wafa bagi bekal macam-macam haa.. Dah tentu buah betik dan kek cekelat trademark Wafa turut dibawa pulang. Yessss me love betik very much!

Kitorang gerak around pukul 5 gak kot. Dan terus shoot ke Bukit Tinggi. Kat Pahang ye. Bukan kat Klang tu :p

On the way ke sana aku banyak tidor je. Aku ni kan.. masalahnya kalau perut penuh dengan makanan kee... ataupun hasil kumbahan ke pastu naik kete plak, memang la tak selesa perasaanku. Sangat-sangat. Jadi sebelum aku bertindak agresif dengan menanggalkan seluar dalam kete tu, baiklah aku tidor.

Tau-tau je dah sampai bila mata ku buka eceh. So.. tak dapatlah nak menghayati sangat perjalanan ke sana. Tiket masuk RM12 katanya, tapi pada hari kejadian kitorang hanya perlu bayar RM6 je. I wonder why. Mebi sebab cuti umum, mebi sebab dah petang sangat, atau mungkin jugak sebab Japanese ape tah tu dah tutup. Rugilah saye tak dapat nak posing. Penat je pakai baju bling-bling kak melah. Hmm.

Antara pose terawal sejejaknya kaki di tanah Bukit Tinggi. Aku sebut 'antara' tu sebab op kos la ade gambau yang lagi awal daripada ni. Tapi perluew ke nak apload semua? Ini blog, bukan flickr. Eh.. tetibe nak sound diri sendiri. Hehehe.

Pastu posing lagi sekali. Eh. Tipu. Letak gambau cantek je.


Terus feel-feel obersi. Teruja weols. Yelah sume pakat menjakun tak penah sampai. Ye ke? Keri penah sampai kot? Ah.. tak kisah! Yang penting kerjasama. Yang tak penting, tak kerjasama.

Untuk mengelakkan sume orang mencebik tanda bosan sebab aku dok letak pic sekeping-sekeping macam nak show-off mende yang tak seberapa ni, maka ku compilekan sajelah gambau posing kitorang. Gambau Keri tak ade sangat sebab .. 1. dia tukang amek gambau, 2. sebab dia tak email pun kat aku pic yang ade muka dia. Eksklusiflah konon. Gambau Anul plak tak berapa nak ada sebab dia bizi layan bini. Makanya begitulah. Hahaha.


Takde apepun sebenarnya. Tapi bolehlah takat nak lepas kempunan tak dapat pegi France, pegi France hok imitation pon jadi la ye tak. Sifat ini seumpama wanita yang tak mampu nak beli Coach ori, dapat beli Coach kat Uptown pun boleh. Tak dapat rotan, akar pun berguna. Ada mak kesah? Hehe.

Sebelum sampai kat area angsa ni sume, aku dengan Aima telah menghilangkan diri buat seketika demi sesuap jamban. Ada toilet pun macam harem. Jadinya dengan penuh keazaman, kitorang pun pergi cari toilet lain sampai ke surau lelaki. Ya.. kita buangkan saja di sana. Bukan dalam surau le, dalam toilet. Tapi toilet tu dalam surau lelaki. Gitulah jalan penceritaan aku yang celaru sekarang ni.


Angsa tu macam suke je kat aku. Aku ni dah la ada pengalaman ngeri dengan angsa. Beliau pulak asik skodeng je pinggul ai. Nebes ok. Haiwan yang punya jiwa kelajuan macam ni memang selalu menimbulkan kecuakan di hatiku yang lembut ini. Apa-apa jelah adik angsa, jangan awak menyudu pinggul kakak sudah la ye? Kalau tak.. kakak ikat reben leher awak tu nanti. Hep hep hep!

Gambau lagilah.

Haaaa.. pic ni daripada Anul. So nice! Aku nampak kuruuuusss nun di bawah sana.


Ni pun daripada kamera Anul gak. Inilah kami semua yang terlibat, errr tanpa Wafa T__T Takpe, next trip insyaAllah dijamin lebih meriah! ;)

Nak dekat pukul 7, eh pukul 7 tah gitulah kami pun pakat-pakat meramboskan diri untuk pulang. Singgah kat Genting Sempah, solat segala kat Petronas je sebab RnRnye penuh yaamat! Perut aku masih lagi sangat-sangat berangin tapi takmo singgah toilet sebab kang mesti lama. Kalau lama mesti lambat sampai. Takmo takmo. Aku bertahan.

Sampai kat rumah Aima pukul brape eh? Tak ingat. Yang pentingnya.. sampai kat umah aku pukul 11 malam kot? Almost 12 aku pun tidor la dengan badan yang sakit-sakit dan perut yang sakit-sakit. Ni mesti kes cili kicap yang Keri tumbuk tu. Mesti punyelah!

Sekian. Tammat (takde idea camne nak end up karangan ni huhu).

Eh lupe.

Mekasih Wafa - untuk tempat tinggal, towel, shower gel, syampu, ubat gigi, makanan yang sedap-sedap dan astro. hehe
Mekasih Ena - sebab amek kakak kat rumah dan hampir menderhakai mama kerana keinginan untuk ke Lanchang yang kuat. makcik, jangan marah baby ye.. huhuhu
Mekasih Keri - sebab jadi driver dan jurugambar tak berbayar kitorang. lenkali bawak kete leklok sket. huhuhu
Mekasih Aima - sebab tanggung duit minyak dan tol sepenuhnya. patutnya tong-tong tapi beliau dengan selamba gajah je kata tak perlu. owhhhh T____T terharuu~
Mekasih Anul - sebab bagi kitorang tumpang selit dalam kamera ko. seram uols. hahaha.
Mekasih Nadia (housemate Wafa) - sebab terkejut bila Wafa kata 'kak baby lagi tua dari aku'. HAHAHAHAHAHAHA

Ok sekarang baru bole kata TAMMAT.

blogger-emoticon.blogspot.com

9 comments:

Puan Capa said...

bestnya...aku tak penah sampai lagi sana

frwls said...

lagi best kalau belanja saya makan huhu

Masy said...

pn capa,
sampai-sampaikanlah kaki ke sana.. ajak encik asben :)

caki,
aaaaaaaa.... mcm tu eh? mcm x best je. hahaha

Erina Asmawani said...

sesuap jamban? hohoho..

tla kan kak, akhirnya tercapai jugak impian kita nak g bukuit tinggi nun..hehe..

tula kan, angsa tu cam admirer je kat akak..duk ngendeng2 buntiut akak..haha

macehhh kat akak jugak sebab sanggup pinjam duit kat saya . Shayanggg akak nih! mmuahh!

Masy said...

ena,
mcm nk pengsan cari sesuap jamban. sengsara uols hahahaha

itu laaaaaaaaaaaa.. mujurlah dorg rajin nk layan kan? kot tak, kita terus berimpian jelah.

haa tu pon betul gak~

alaa... bende kecik je tu.. heheheh shayanggggg gak hadek ni muahhhhh

aim-a said...

hahahahaha.sesuap jamban.jenuh tu. sorang tahan erkerg..sorang tahan shushushu..sesuai arrrr tu..kehkehkeh

mmg mcm kat france betul sbb jamban cam hareemmm...huhuhuhu

i like ending tu..kalau ajar anak buah aku utk karangan bm diorg kompem cekgu tu kasik A+ arrr...hihihi. naissss!!!

rase cam Charles Angles lah plak tgk gambau bukit tinggi ni...sbb...3 org je..hihihihi.

next time kite plak amik gambau keri..sian pulok dok banyok gambau dier..

eh...gambau kite lompat² x de pun kan. keri!!!! gambau lompat²...hihihi

KAMATO said...

memang tempat tu cantik, tapi semua nya mahal2

Mak Su said...

paksu tu asik bawak maksu ke bukit tinggi kelang jer.... hu hu hu

Masy said...

aima,
biasalah.. ending nk yg kelas2 je hahahah

kamato,
betul.. sbb tu kitorang x beli ape pun hehehe

maksu,
alahai.. takpe nanti maksu ajak la paksu ye :)