Monday, February 28, 2011

634: babykah yang bersalah? huuuuu~


Hmmmm.

Minggu ni banyak membuat aku berfikir. Manusia yang berbeza, tapi tiap satu perkara yang dibincangkan tu sebenarnya berputar pada paksi yang sama. Hal hati. Jodoh. Bla bla bla you know what.

Yang sorang situasinya lain.
Yang sorang lagi dah tentu la lain.

Kita fokus pada yang kes kedua tu lah.

Aku tak tahulah orang lain. Tapi aku macam ni lah. Sebagaimana aku berharap bekas-bekas 'tupperware' (boipren) aku hidup bahagia dengan pasangan memasing, begitu jugalah harapan yang sama aku rasakan untuk mereka yang aku reject. Eh tak sedaplah bunyik reject tu. Err.... Untuk mereka yang cintanya ditolak oleh aku (sama je maksudnya kan tapi yang ni sounds better).

Dan bila ada antara dorang yang berduka lara sebab hal hati ni, tak pasal-pasal jauh di sudut hati aku - aku ada rasa bersalah. Walaupun kedukaan dan kelaraan hati dorang dah takde kena mengena dengan aku. Maksudnya, bukan sebab aku la dorang berduka tu. Tapi entahlah kenapa, sedikit sebanyak aku tetap merasakan aku adalah antara punca dorang berduka sekarang.

Termasuklah budak ni. Err.. dia ni dulu aku err.. bukanlah reject, cumanya aku biarkan pending je hehehe. Bukan apa, aku memang elergik sket kalau tau umur ko muda daripada aku. Apatah lagi budak ni muda 3 tahun dari aku. Tatau laa apsal dulu suka nau dia kat aku. Hukhukhuk. Ayat yang paling mengkedukan pernah aku dengar daripada dia adalah "bukan senang nak jumpa perempuan yang macam ni" bila opismate aku yang lain (ok kantoi la budak ni opismate aku dulu haha) cakap kat dia "buat apa tunggu dia lagi". Dia cakap ayat di atas tu depan aku ok.

Dan wajahnya yang bertutur dalam keadaan hampa tu aku ingat sampai sekarang. Aku tak sanggup nak pandang. Rasa nak bukak pintu kereta dan terjun. Tak sampai hati. Aku harap aku bukanlah orang yang menghancurkan hati tapi akulah orang yang sebegitu masa tu.

Kalau ko, tak ke rasa macam nak luruh hati dan perasaan?

Baru-baru ni dia putus chenta lagi. So semalam aku jumpa beliau, sebenarnya nak bagi kad jemputan kahwin. Eh bukan aku punye la! Orang lain punye. Hahaha.

Sambil borak, aku pun korek-korek la cerita. Dan bila akhirnya dia bercerita, rasa kesian sangat. Budak ni hensem, baik pun baik, keje dah stabil pakej all-in la senang cakap. Tapi bab cinta je yang macam malang sket. Kalau aku ada adik pompan ni, dah lama aku kenenkan. Hmm.

Tatau la kenapa bila dorang ni sume bermasalah dalam hal jiwa, aku pulak yang rasa bertanggungjawab. Mebi sebab suatu masa dulu, antara antara mereka ni yang pernah cakap yang dia takkan rasa 'sengsara' kalau aku terima dia dulu. Erkk..

Aku. Sampai sekarang. Selalu rasa tak beryakin (macam translate drama Korea je haha) yang aku boleh membahagiakan siapa-siapa. Yup, mungkin aku boleh buat kau senyum, ketawa sampai meleleh airmata. Tapi bahagia? Ntah la.. Macamana kau boleh yakin yang aku mampu membahagiakan sedangkan aku sendiri pun tak rasa macam tu?
blogger-emoticon.blogspot.com

Setakat hari ini. Aku cuma mampu membuatkan orang gembira. Datang pada aku dengan sedih, tapi insyaallah akan pergi dengan senyuman. Tapi kebahagiaan adalah satu benda yang tak mampu aku beri.

Tapi mungkin suatu hari nanti, aku boleh membahagiakan orang lain. Who knows :)

Orang lain tu. Tolonglah jangan buat dorang ni tak hepi. Plis dong. Kesian la sket.. semua tu lelaki-lelaki yang baik, layan elok-elok sket boleh tak.. huhuh. Dah la aku ni gagal, jangan la korang menggagalkan perkara yang sedia gagal ni. Haihh...

blogger-emoticon.blogspot.com

19 comments:

Led said...

ada org boleh membahagiakan org disekeliling.tapi apakah org sekeliling dapat membahagiakan org itu?

Masy said...

led,
hmmmmm.. itu hanya org yg terbabit je yg bole menjawab. hehe :)

Erina Asmawani said...

kakak..buang jauh2 lepasni pasal umur lebih muda tu ok. Kalau da ditakdirkan dia yg lebih muda tu jodoh kita, kita kene terima kan? ;)

lagipun kak, bukan semua lelaki muda tu tak berkualiti, malah (cewah..bermalah malah pulak..haha) sesetengah diorg lagi berkualiti dari lelaki tua2 ni ok. Maksudnya,yang layak dibuat suami la.

Gadis baik macam akak deserve lelaki baik macam dia. Oppss!! hehe

Eh, ape aku da merepek ni kak? huhu..klah..babai dulu

Masy said...

ena,
masalahnye akak terus turn off klu tau umor beliau muda. terus rasa cam adik2 gtu huhuhuuh

dia? siapakah dia? hahahaahhaha

Pn.Ibu@Martina said...

adik kawan kite last 2 week kawin...suami dia muda 7tahun....

Masy said...

pn ibu,
klu hati suka sama suka, xde masalah pun... :)

en_me said...

byk2 binatang, anjing gak jadi hiasan.. ihiks

Masy said...

en_me,
dah dia je yg buat aksi camtu hehehehe

en_me said...

nak sate x? alala..

HEMY said...

bukan ko yg rasa tknak budak muda..tu sume saka dalam badan kau..

siyesss

Masy said...

en_me,
nak!!!!!!

anul,
isk ko biau betul.. huhuhu

Puan Capa said...

hmmm..berat jgk kes ni

Masy said...

pn capa,
kes yg mana?

lindosh said...

apa pasat ada kekatak keliling blog ko nih wehh

Masy said...

dosh,
kekatak?? apekah????

Benedict Bernard said...

eh mak kau pocot!

Masy said...

apsal ben? hehehe

Ainul Hayat said...

Kak Masy,

Suke entri ni. Betullah, manusia ni unik. Lain orang lain ragamnye kan.

Masy said...

ainul,
aik.. sibbaik akak perasan :) yelah, mcm2 org mcm2lah perangainya..