Wednesday, March 02, 2011

635 : Kenapa Aku Segan Nak Jadi Pembaca Berita

Assalamualaikum!

Beberapa tahun dulu masa tv9 tengah bizi nak buat casting untuk cari pembaca berita, budak-budak umah aku (masa tu la) dok push-push aku untuk cuba. Kuaser aku! Kalau takat kamera macam Keri, Anul dengan Wafa tu takde la aku cuak sangat. Kamera hok rakam gaya seperti ni memang tak berapa nak mesra la.

Aku kan pemalu weh.

Itu budak rumah. Yang lebih tak berapa nak masuk akal, mak aku pun sama gak join sekaki. Calling-calling. Soh aku gi audition T________T Dia hengat aku ni lawa nau ke? Tak sangka bondaku begitu memandang tinggi pada aku yang average ini. Oh ye. Alasannya adalah :

mana la tau kot jadi pembaca berita sok, tetibe dapat jodoh


blogger-emoticon.blogspot.com Wuwuwuwuwu mak saye. Wuwuwuwuwuwuwu mengapakah begini.

Tapi kan.

Aku rasa benda yang mencabar bila menjadi seorang pembaca berita ni adalah bila kena baca berita yang tahpape. Kes mahkamah misalnya. Pasal rogol bunuh tu sume. Macam kes Norr.. errrr... korang ingat kot? Kes yang 4 - 5 tahun lepas tu. Budak sebaya aku yang mati lepas berprojek X tu. Ingat kan?

Bayangkan ko sebagai pembaca berita kena sebut perkataan-perkataan taboo tu depan khalayak ramai. Malu weh. Aku malu la, orang lain tatau la plak kot gembira pulak. Imejin aku sebagai pembaca berita. Sebut benda-benda tu. Balik Melaka, anak buah aku si Adah yang mulut murai dan penuh question mark dalam kepala tu pun datang kat aku seraya bertanya;

busu, air mani tu ape? Adah nak!

Mampos!! Kang dia ingat tu air kotak ke air tin. Mampos aku nak terangkan pulak. Haihhh. Itu kalau dia. Kalau adik dia si Muslim tu? Dah laaa aritu puas aku cakap kat dia, BUDAK LELAKI TAKLEH PAKAI GINCU! (lenkali takleh mekap depan dia la jawabnye huhuhu).

Masalah betul. Hehe.

Pic kredit to : Benny's fb :)

Haaa ni malam tadi. HAHAHAHAH. Aku takleh bayang kalau aku yang kena sebut perkataan BULU tu. Kompem aku gelak guling-guling, tapi on air haruslah aku tersenyum-senyum je. Bukanlah sebab aku turn on dengan perkataan tu, tapi... cemana eh. Aku biasa guna perkataan ni untuk kawan-kawan aku. Ok la terpaksa membuka bulu di dada. Eh, pekung di dada.

Ada masa-masanya aku akan panggil kekawan aku dengan perkataan tu. Kekawan sekolah la biasanya. Sebab dah memang macam tu. Itu jelah. Takde ape pun. Hehehe.

Mak, maafkanlah baby. Kerana gagal menjadi glamer hingga ke tahap itu. Baby tak mampu. Huuuu~

blogger-emoticon.blogspot.com

17 comments:

Puan Capa said...

aku pon nak tergelak smlm...sehelai bulu....hahaha!harus aku ketawa

Masy said...

pn capa,
hahahahahah!! kan? dah la sehelai, dirampas pulak! hahahaahha

cHeN@ said...

hahaha...harus gelak..ilangkan stress keja :)

Kaktiny said...

dh kembung kempis perut kaktiny menahan gelak.. tu baru ko jadi penulis blog..

kalau ko jadi pembaca berita merangkap penulis skrip berita, mmg bleh terkojol kaktiny gelak depan TV.. kahkahkah...

Masy said...

chena,
heheheh betul gak. meh gelak2 heheheh

kaktiny,
utk memastikan akak sihat dan bole memasak utk sy, sbb tu laa sy x jadi mintak keje pembaca berita tu kak. hahahahahahahha

HEMY said...

ko sbgi pembaca berita eh? leh dapat dato' weh..ekekekeke

noorafzan said...

lol!
yang tak malu je leh jdi pembaca berita.

aNIe said...

Alahai baby mak ni pemalulah...

ateekaamer said...

peh lama aku tak tengok berita kat tv. eh dorang baca berita tuh, hapal ke?

Masy said...

anul,
dato'? musti dah jadi brg seken hen je aku nanti huhuhu takmoo

afzan,
dorg bkn x malu... tp berani. hehehe

kak anie,
malu bebanget ni tawuuuuuu

ateekaamer,
eh takdelah. kan ade skrin kt tepi kamera tu.. dorang baca yg tu la.. hehehhe

en_me said...

vahhh.. bulu kanns.. ehehe

Mr PenyuBiru said...

kalau ko jadi pembaca berita,tentu ko dah kawin ngan vip atau datuk.haha..

Masy said...

en me,
suka la tu! :p

penyu,
ehem.. atau dlm kata lain, ko nk kata aku lawa la ni? ehem ehem mekasih penyu. hahahahah

MiLd™ said...

Boleh komen lagi ke? Slowlah hahaha... Dengar pun malu iyek? Kalau part tu bukan "transparent" lagi!!! Kita bako aje!

Masy said...

MiLd,
bole je hehehe.. itu la pasal. tp klu dah kata keje, kene la buat huhuhuhuhu

yonna said...

ohhh ni la kisah rampas bulu tu! HAHAHA mahap la kakak;yonna khatam entry2 akak dr atas ke bawah :p

Masy said...

yonna,
haaaaaaaa baca pun! hahahahahah