Thursday, March 17, 2011

640: ye, saye orang Melaka, tapi...

orang Melaka yang dah lama tak jejak Bandar Melaka


Aku orang Melaka. Korang tau kan?

Ya.. aku menetap di Melaka 19 tahun laaa yang penuh sepanjang tahun. Yang belen-belen tu kat mana lagi kalau bukan kat Shah Alam ni ha. Blajau sini, keje sini. Menggemuk pun kat sinilah jugak. Eh tak. Menggemuk start masa praktikal kat Melaka.

Walaupun aku ni kira anak jati Melaka laa kan, tapi tak bermakna setiap pelusuk rongga-rongga organ tentang Melaka tu aku fasih secara mandatori. Yang aku betul-betul fasih pasal Melaka adalah :

1. Sangat signifikan dengan asam pedas. Kalau dapat hok tetel tu lagi meletop tahap berkecai.
2. Bandar Hilir. Tempat orang berkerumun melihat kesan tinggalan sejarah (pergh ayat, macam keje muzium), naik beca, Mahkota Parade, banyak muzium.
3. Ayer Keroh. Ade JJ (haha), ade MBMB (tempat yang aku berangan sangat nak keje time student dulu, motifff sangat kan), MITC, ade zoo, dataran apetah tempat orang romen² tu.
4. Umbai. Tempat orang makan ikan bakar. Best sangat ke? Aku tak pernah rasa.
5. Klebang. Pantai Klebang dulu macam best la, kalau dari Sungai Udang nak ke bandar, bole buang-buang pandang tengok laut. Sekarang ni pantainya dah tak nampak dah. Sedey.
6. Masjid Tanah. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat menimba ilmu eceh. Masjid Tanah ade ape eh? Pekan koboi, tapi sekarang dah maju. Kalau nak shopping tudung ke, kat sini kire port mantap gaklah.
7. Tanjung Kling + Bukit Darat = kampung mak bapak aku. Syahdu kalau lalu lalang kat situ. Ada Pantai Puteri, dengan kilang U-Wood. Motip laa aku cite pasal kilang ni, tak relevan betul.
8. Lagu Negeri Melaka. Hahaha!! Aku hapal lagi, tapi janganlah suruh aku nyanyi. Sebab baru-baru ni aku dengau ada lirik yang dah tukau. Ape laa. Lagu ni pun nak tukau² lirik. Hmm.
9. Sungai Udang. Umah aku la kan. Ada 2 bijik kem askar, taman pertanian, loji Petronas dan yang terbaru - penjara. Besau weh. Sekali pandang ingatkan cawangan baru UiTM.

Dan yang lain-lain tu tatau la kot ade lagi tapi tak ingat.

Bila orang tau yang aku ni orang Melaka, akan banyaklah soalan yang ditebar-tebarkan. Mana yang aku tau tu, boleh la aku jawab. Tapi ade sesetengah soalan yang selalu orang expect aku fasih padahal aku memang tak berapa fasih.

1. Tanya jalan. Camne eh nak gi situ, sinun, sanun, wohnen (tetibe). Aku bukan reti sangat jalan-jalan ni. Kalau ko tanye mak aku, haaaaaaa insyaallah dia tau. Kalau takat dalam area Sungai Udang tu tau la kot. Ataupun jalan-jalan yang aku biasa pegi, memang fasihlah. Contohnye, jalan dari Shah Alam - Sungai Udang, atau Masjid Tanah - Sungai Udang, atau Sungai Udang - Bandar Melaka, atau Ayer Keroh - Bandar Melaka - Sungai Udang - Masjid Tanah - Shah Alam. Itu pun aku tak reti direct orang. Ujung-ujung kang mesti aku cakap 'ko baca jelah signboard tu, penat je JKR pasang. kalau sesat gak, benti kat petrol pam mana-mana, tanye orang situ'. Huhu.

2. Soalan popular yang selalu orang tanye - kat mana eh makan sedap kat Melaka? Mak aih, fail terus aku. Tahukah anda, bahawasanya aku hanya akan makan kat rumah bila balik Melaka? Melainkan aku keluar dengan member-member atau dengan mak aku (pastu dia yang gatal ajak makan luar), baru la aku makan kat luar. Dan nisbah pengeluaran itu adalah 6:1. 6 kali balik Melaka, 1 kali kuar dengan kawan-kawan. Mungkin 6 tu boleh jadi 7, 8 atau 9. Dan bila keluar tu, takdenye kitorang nak cari tempat makan sedap. Kitorang bantai je makan kat food court Mahkota Parade, takpun kat mana-manalah asal boleh. Takkan bila orang tanye kat mana makan sedap, aku nak jawab 'ko pegi food court MP tu kan, ade jual wantan mee sedap. aku daripada skolah dulu dok makan mende tu la, feberet aku tuh!'. Sesuatu sangat kan promosi food court kat pelancong? Huhu~

3. Lagi. Tanya pasal hotel. hotel mana yang murah, hotel ni katne eh, hotel ni brape hengget bla bla bla. Halamak aih.. Ok la. Kalau tanye pasal hotel kat Bandar Hilir tu mungkinlah aku boleh jawab sket sebab pernah gak tidur kat area tu - masa opis gua ade projek kat Melaka dulu. Tapi kalau tanye yang tempat-tempat lain, sorry ye kawan-kawan. Saye tak tidur hotel kalau balik Melaka, mak saye dah provide master bedroom siap dengan ekon dan estro lagi. Free pulak tu. Makan pun free. Siap water heater, bath tub. Tinggal swimming pool dengan gym je takde. Hehe.

Mamat-yang-dah-kawen-anak-sorang-nak-masuk-dua-orang tu suka la tanye soklan-soklan tahunan ni. Walaupun dah tau jawapan aku, tetaaappplah nak tanye jugak. Mebi dia ingat seiring dengan peredaran masa, pengetahuan aku akan bertambah T__T Yelah yelah. Lepas ni aku trylah amek tau walaupun macam tak berapa perlu je huhu.

Sementara aku nak menambah ilmu ni, aku sajeskan korang yang nak melancong ke Melaka. Buatlah persiapan awal sebelum pergi. Melaka tu banyak jalan one-way, pastu pembangunan bukan main pantas lagi sampai aku ni pon tercengang-cengang bila jejak Bandar Hilir tu. So, silalah siap-siap gugel pasal jalan, lokasi nak makan-makan, tempat-tempat menarik dan sebagainya. Kerana aku yakin, dalam hal ni - gugel lebih berpengetahuan daripada aku.

Sekian, inilah disclaimer saye dengan penuh rasa merendah diri.
blogger-emoticon.blogspot.com


# ha satu lagi. kat Melaka banyak polis yang berdedikasi. dorang tu adeeee je kat mana-mana. maka dengan itu, berhati-hatilah ketika memandu. jangan menyesal bila dah dapat saman, kerana saman adalah hakmilik setiap insan.

16 comments:

Puan Capa said...

aku last gi melaka 2008. sangat tak tau nak jalan mana...

zonaku said...

hehee..
mak aku baru2 ni menyuarakan hasrat berholidayan di melaka....

ai cuba yer mak!

Mamarempit said...

hehee.....kami pun kalo masuk bandau melaka...failed....takat banda ilir tu....mau 10 x tawap baru jumpe tmpt nk tuju... :p

achik said...

saya pun skang ni kalau gi Melaka x gi jalan2.. duk melepak kat rumah kakak saya je.. paling hebat pun gi JJ atau Mydin Ayer Keroh tu.. dulu2 je ada la gi Pantai Klebang tu semua..

Masy said...

pn capa,
gugel map kat ada.. hehehe

zona,
ayuh! aku join time mkn je kuikui

mama,
sy pon gitu la.. tp tgk signboard, insyaallah la kot. heheh

achik,
lama x gi JJ ayer keroh tu, rindu la plk. heheheh

Erina Asmawani said...

kak..melaka dan kampung saya ibarat isi dengan kuku je..haha..maksudnya dekat la tu..kampung saya kat muor, ade shortcut lalu jalan kampung g melaka 30 minit je..slalu g tgk wayang kat MP tu la..tapi haritu g bandar melaka tu terus stroke kejap..tol la kak..jalan sume dah lain..huhu

ikan bakau umbai..mmg sodap! Plus murah ok ;) jom g makan sana kak

Masy said...

ena,
akak mcm tau je short cut tu hehehe. mmg stret je kan? dah lama x layan wayang kt situ, rasanye last masa raya thn lps kot. byk bangunan baru, tu pun ade lg tgh develop. huhu

sedap eh? jom jom! ;)

ymn said...

ehh .. yg udang kecik² yg buat sambal (lupa apa namanya) sinonim gak dgn Melaka.
kali terakhir aku jln jln kt melaka masa time study 10++ lepas. jln jln ke tmn pertanian malaysia ..pusing² naik basekal - tu pun trip ramai² masa cuti semester.

ymn said...

FYI, 10++ means 10 tahun lebey .

Masy said...

yaman,
geragau namanya.. ade org buat sambal ke? setau aku org buat cencalok dgn belacan. tp klu dpt yg baru naik dr laut tu, buat cekodok la sedap! kesian kt aku yg elejik ni, takleh mkn byk sbb gatal. huhuh

lama tu! meh la dtg.. Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia. hehehehe

Ainul Hayat said...

Kak Masy,
Anak sedara saya kemain kemaruk nak datang Melaka...nak gi tengok A Famosa katenye,hehehe

Masy said...

ainul,
ye ke? hehehehe. bawaklah dia, kat area Bandar Hilir tu seronok jln2.. akak pun suka jln2 kat situ, tp dah lama x pegi :)

HEMY said...

sentap hati mak nak....

en_me said...

berat kan keteapi tewwww kak mas.. ahaha

Masy said...

anul,
aikk ko plk sentap? hahahaah

Masy said...

en me,
mmg laaaa :p haha