Monday, March 21, 2011

641: Menakutkan.


Salam.

Macamana kita nak tau keputusan yang kita buat adalah keputusan yang tepat?

Termenung aku bila ditanya soalan ni. Dah tentulah aku ada idea yang ideal untuk ini, tapi mungkin bunyinya agak naif dan membosankan. Bolehkah aku katakan, yang hati kita akan tau keputusan itu tepat bila dinyatakan secara tepat pada ketika dan waktu yang tepat, setelah berusaha untuk menepati setiap apa yang kita mahukan?

Idea aku. Kebanyakan keputusan adalah berdasarkan gerak hati. Pun perlu ditentukan sama ada hati kita digerakkan oleh Yang Esa atau bisikan syaitan. Kalau dah namanya keputusan yang tepat, rasanya dah tentulah hati digerakkan oleh Pencipta, ye tak?

Aku yakin. Bila tiba masanya, keputusan yang dibuat akan menjadi tepat dan bertepatan dengan kehendak apabila keadaan dan diri berdiri di ruang yang tepat. Di mana satu persetujuan dan perasaan bertemu di titik yang tepat. Dan segala ketepatan yang lain akan menuruti satu demi satu dengan tepatnya keputusan yang dibuat.

Aku percaya. Untuk memastikan setiap keputusan itu tepat, perlulah merujuk kepada yang patut terlebih dulu. Selain keluarga, kawan-kawan, haiwan peliharaan (err tipu je). Paling utama, mohon petunjuk Allah moga keputusan dan pilihan yang dibuat adalah paling tepat dalam hidup kita. Berserah sepenuhnya kepada Dia.

Untuk aku. Akhirnya di situ nanti, restu Dialah yang paling mandatori untuk setiap keputusan yang bakal aku buat. Kerana sebolehnya aku tak mahu hidup dalam kekesalan. Panjang hayat aku, panjang itulah yang perlu aku lalui dengan setiap keputusan yang aku buat. Dan kalau boleh, keputusan yang besar-besar ni biarlah semuanya tepat. Paling tidak, satu keputusan itu pun jadilah. Aku mahu ia yang paling tepat.

Aku yakin, dan aku percaya. Dan itulah jawapan yang aku beri dengan yakin.

Tapi semalam.

Bertemu empat mata dengan sahabatku ini, hati aku terdetik. Sedetik lebih (eceh!). Adakah keputusan dia tidak tepat? Adakah keputusan dia salah, mengakibatkan dia perlu menghadapi keadaan yang semacam ini?

Aku tahu. Selama ini dia banyak berusaha. Sebelum itu pun usahanya ada. Apa kata hatinya, dia ikut semata - aku harap semuanya yang baik. Selidik, minta pendapat - semua dia lakukan. Dan kini selepas 2 tahun, semuanya hancur angkara keputusan yang satu dulu. Bolehkah aku katakan dia telah membuat keputusan yang tidak tepat dulu?

Ini dugaan. Untuk dia hadapi. Dan aku tahu sangat berat. Simpati sahajalah yang mampu aku hulur, dan juga telinga untuk aku dengar setiap keluh kesah. Haihhh.. Sahabat, semalam aku mahu bertanya, tapi aku bimbang soalanku dilontar dalam keadaan yang tidak tepat. Dan bakal membuatkan aku melukaimu secara tepat di hati.

kau tak buat semayang istikharah ke sebelum kawen?

Soalan ini berlegar-legar dalam kepala. Bukan niat memperlekehkan keputusan dia, aku cuma mahu tahu. Aku mahu jadikan ini pengajaran untuk aku. Kalaulah dia buat, aku anggapkan ini semua dugaan Allah untuk dia. Mungkin ada kekhilafannya masa lalu yang perlu dibayar dengan cara ini. Kalaulah tidak, aku anggapkan ini kecuaian manusia yang perlu aku ambil iktibar.

Aku harap. Andai suatu hari nanti aku jatuh cinta lagi, janganlah penilaian aku dibutakan dengan perasaan. Aku harap. Andai suatu hari nanti aku bersedia untuk berkahwin dengan orang yang aku cintai, aku tetap akan berpaling pada Dia dan bertanya,

Ya Allah, sungguh benar aku cintakan dia. Tapi, benarkah dia ini peneman aku dunia akhirat?

Aku mahu. Semoga aku tetap akan mengutamakan redha Ilahi. Kerana aku selalu silap membuat perhitungan. Adakalanya gagal menilai. Ada masanya ingkar. Dan aku mahu. Semoga selepas ini, jika ada cinta dalam hatiku pada insan lain melebihi aku mencintai diri sendiri, cinta ini diterima langit dan bumi.

Cinta. Andai ada nanti. Aku harap diredhai.


# beb, sabarlah. ingat, Allah takkan menurunkan ujian melebihi apa yang hambaNya mampu tanggung. aku doakan yang baik-baik untuk kau.

12 comments:

zonaku said...

moga dia tabah.

buat keputusan yang terbaik dan berdoalah moga itu memang yang terbaik yang Allah tetapkan buat kita.

jangan dikesali tiap keputusan, redha andai kita diuji atas keputusan kita itu. mungkin perit bila diuji, tapi itu kan sebahagian dari hidup?

apa yang terjadi memberi pengajaran dan pedoman buat kita yang mengalami, orang yang membantu, juga panduan untuk orang yang mengetahui secara kangsung atau tidak langsung.

juga, kita mendoakan yang terbaik buat semua.

Puan Capa said...

aku pening kepala..aku cuba tolong pikir masalah ko plak.hehehe

en_me said...

feningg kanns.. uhuhu

Benedict Bernard said...

belajar take risk through your decision. kita belajar dari kesilapan..

Masy said...

zona,
ye betul2.. kita mendoakan org, harap2 org pun mendoakan kita :)

pn capa,
ah ko tu semedang je pening hahahaha

en_me,
bila nk mensate ni?

ben,
betul.. tp utk menghadap another mistake itu bkn mende yg mudah. ape2 pun harap2 aku akan jadi berani la nanti, mcm besi berani. hehe

Ainul Hayat said...

Metoi...Allah takkan membebani hamba-hamba-Nya dengan ujian yang tak tertanggung...mungkin dah tertulis ini ujian yang perlu dihadapai. Kak Masy...tetibe tersayu plak baca entri nih.

HEMY said...

smbhyg istikharah ni lebih tepat utk orang yg mmg takde keputusan. kalau ada 2 org,mmg takde rasa apa kat dua tu. takde sekelumit pn rasa cinta kat sorg tu ke atau camne

utk buat pilihan lebih tepat smyg istikharah ni. kalau dh mmg sorang je calon nak kawin tu, tak seswai sangat..ni kata ustaz la.

tp nk ikhtiar gak..sbgi manusia fragile ni..try je la

Masy said...

ainul,
itulah eh.. makanya kena la selalu bersangka baik denganNya. akak pun muhasabah diri la ni jgk.. takpe2 jgn sayu2 huhuh

anul,
klu nk ikutkan, nk kawen tu pon satu keputusan gak. kadang2 manusia ni terlampau yakin apa yg dia buat tu betul, so dia folo je hati dia.. dlm bab kawen, klu kita pikir lojik la eh.. mmg dah kompem nk kawen dgn sorg tu, patut x pyh nk istikharah lg. tp utk aku, ni kira mcm final cek la..

mak ayah setuju - cek (tanda rait)
adik badik ok - cek (tanda rait)
kawan sume thumbs up - cek (tanda rait)

aku prefer bawah check list tu :

Allah - cek (tanda rait)

ntah lah. mebi aku ni slalu rasa x yakin, so mende2 kawen pun klu ade peluang nanti nk buat solat istikharah. mcm tu la.. hehehe

ymn said...

wat eva hapen it b hapen we cant undo it - now, wat we do we must do some adjustment or correction to make it acceptable or ppl understand,otherwise we ll carryfwd all the error - and wll b haunting us .its not only in accouting- we can apply the concept in our life :) - my ex boss (lebey kurangg ahh bunyinya)
so jgn takut wat keputusan .

Masy said...

yaman,
insyaallah bila sampai masa yang tepat, dah tentu keputusan yg tepat akan dinyatakan. ehehehe

Zareda Norman said...

ingat, ujian itu bukan kerana keputusan kita tidak tepat tetapi ianya kerana kita perlu menjadi lebih baik..

Masy said...

kak zar,
ye betul tu kak..