Friday, March 25, 2011

643: Yang Selalu Jadi..

Bila tunggu, haram tak bunyik.
Dah nak masuk toilet, baru laaaa nak memekak.

Itu henpon.

Bila takmo pegi, semua takmo pegi.
Bila aku dah bangun, semua berdedai-dedai nak masuk.

Itu toilet opis.

Bila duduk diam-diam dari pagi sampai petang, langsung tak panggil.
Bila aku dah sampai kat pintu kete, baru la sibuk-sibuk memanggil.

Itu Mr. Sivaji.

Bila sorang-sorang, tak rasa ape.
Bila depan-depan orang, baru laaa teringat.

Itu perasaan nak korek idong.

Bila tengah kebulur, takde sape mengajak.
Bila tengah nak diet, semua pakat ajak kuar makan malam² T______T

Itu adalah kawan-kawan saya.

blogger-emoticon.blogspot.com

Tapi masih (but still).
Bersyukur dan terima seadanya.

Ada henpon untuk berhubungan.
Ada toilet opis untuk pembuangan.
Ada Mr. Sivaji untuk penggajian.
Ada idong untuk pengorekan.
Ada kawan-kawan untuk sesi pemakanan.

Sekian, terima kasih.

blogger-emoticon.blogspot.com

15 comments:

cHeN@ said...

so kenala kita menggunakan sumber2 yg ada ini sebaiknya...huhuhu (⌣˘)…ƪ(˘⌣˘)ʃ

Masy said...

chena,
gitulah seadanya hehehe

zonaku said...

caiyokkkkk!!!1

Mr PenyuBiru said...

bila tak tengok,tak tau perkembangan semasa,
bila tengok,kembang pula tengkuk.

Itu Buletin Utama.

tapi

masih nak tengok juga sebab boleh ketawa.

Ya. selain tengok raja lawak, tengok berita pun boleh buat kita gelak.

Masy said...

zona,
chaiyoookkkk jgk!!

penyu,
betul! gelak2 tp telinga panassss je. lama2 bukak tv8, tgk berita cina. heh.

Sierrauniform said...

aku tick mengagomkan..hahahaa

HEMY said...

hahaha...korek idung adalah tab'ii universal..xpresi korekan mu

Masy said...

rembo,
kagom ke? hahahaah

anul,
nk ekspresi pun agak2 ah.. hahahahah

Super Nia Hana said...

Best plak baca entry ni dgn cara deklamasi sajak

Ehehehe

Masy said...

hana,
hahahah bole eh camtu? ;)

Zareda Norman said...

bila kita tak sempat baca
masa tu lah nak wat entry best best...

PnConfused said...

bila malas...
jenjalan baca blog kenkawan, tp mls nak komen...



ehh.. terkomen plak

Masy said...

kak zar,
hahahaha betul2. bila kita x sempat baca, masa tu laa kawan2 buat entry kuiz. hahaahah

pnconfused,
ko ni mmg mengkompiuskan aku la. hahaha

Puan Capa said...

ada aku?????

Masy said...

puan capa,
adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :D