Monday, April 04, 2011

646: Hujung Minggu Yang Memuaskan Di Dalam Gagal

SABTU, 2 APRIL 2011

gambar oleh Anul de Kronikel


Yes.. Kami, Geng Memuah yang disegani di kalangan kami je telah pun menghadhirkan diri ke majlis penyatuan dua insan yang penuh bergelodak jiwa dengan rasa chenta yang membuak-buak; satu lagi projek Kerajaan Mesia ni ye. Inilah dia Geng Memuah yang ketiga menamatkan zaman bujang iaitu Erina ;)

Kami sume sebulat tulisan memakai persalinan pink demi menyapot kaler tema perkahwinan beliau walaupun aku tak nampak kat celah mana yang ade kaler pink (pelamin : merah putih, baju pengantin : pepel hitam. kenapa pink eh Ena? kakak kempius). Namun begitu, takde hal lah. Janji hepi hehehehhee.

Dan di majlis nan indah dan meriah inilah, program diet atkinsku musnah terhempas ke bumi. Mana tidaknya, dah laaa meja dekat dengan tempat pengantin potong kek, elok je lepas pengantin potong kek - tinggggggggggg - sepiring kek yang dah siap dikerat indah muncul atas meja. Sugar icing yang membaluti tubuh kek tu macam dibubuh ubat guna-guna yang memanggil namaku agar menjamahnya. Paling tak menahan, kapkek kat keliling kek tu. Sekali si Keri sudu je, RED VELVET tuuu! (aku agak la sebab kaler merah). Mana tahaaaaaaaan T__T
blogger-emoticon.blogspot.com
Dan begitulah. Diet berhari-hari hancur begitu sahaja. Bak kata pepatah, kerana kek kawen Ena setitik, rosak diet atkins sebelanga. Huhu.

Selamat Pengantin Baru, Ena~ Moga bahagia hingga ke akhir hayat masing-masing. Btw, mana sepupu Ena yang macam Hans Isaac tu? Tak nampak pon.. hahahahah~


AHAD, 3 APRIL 2011

Semangat berkobar-kobar nak mensetelkan apa yang patut memandangkan semua orang balik kampung. Yeayyy!! Aku memang suka buat keje rumah time takde orang kat rumah. Senang nak bergerak dan berseksi-seksi hahahaha. Makanya, selepas siap masak dan makan sarapan bertema atkins, aku pun mula basuh baju dan kemas rumah. Kemas dalam ertikata yang sebenarnya. Huh.

Baru rehat jap, Kak Ila call ajak lunch kat rumah dia. Aku tolak mulanya sebab nak stick dengan diet atkinsku, tapi macam tak elok laa plak menghampakan jemputan orang (sila refer pepatah aku kat entry sebelum ini). So.. lepas mandi dan solat zohor, aku pegi laa ke rumah dia. Jamah je kueytiaw goreng beliau itu. Serius jamah je sebab tak topap pun walau aku kelaparan sket T__T Kendian layan DVD sebanyak 2 keping. Menjelang asar, aku pun merambos balik rumah. Dalam kepala, nak basuh toilet pulak lepas solat.

Tapi..

Baru je nak angkat takbir untuk solat asar, Kak Ila call - ajak gi Empire Subang. Haigoh! Hahahahaha macam tetau je aku teringin nak pegi situ. So.. lepas solat, terus shoot ke Empire!

cilok kat tenet la.. mana lagi kan

Takde buat apa pun.. Jalan-jalan je since aku kan menjakunkan diri, pestaim masuk laa katakan hehe. Pastu elooooooook je Kak Ila gi corner masuk Coffee Bean T____T

sori Massssssssssss
ko memang laaaa, saje je nak rosakkan diet aku huhu. Eh, ade Red Velvet!

Hancur lagi untuk kesekian kalinya T____T
blogger-emoticon.blogspot.com

Natijah meminum Cafe Caramel bersaiz regular pada pukul 5.00++ petang, aku tak boleh tidur langsung malam tadi. Sampai pukul 4.30 pagi laa last aku cek jam pagi tadi. Agaknya nak dekat pukul 5 pagi kot baru dapat lelap. Dan sekarang saya mengantuk. Dan pening kepala.
blogger-emoticon.blogspot.com

Sekian, terima kasih.

22 comments:

Puan Capa said...

ko datang keje tak pagi ni?jgn cakap itu adalah akibat coffee caramel ko

Masy said...

pn capa,
kat opis laa ni huhuhu

achik said...

cobaannnnnnnn! ;p

❀aRaBeLLa❀ said...

Omg !! hemy pakai pink??ahahahahahahahha

zonaku said...

ena suka pink, tp since dia x leh pakai pink, dia pun mintak la memuah pakai pink.


dah, p tidur!

Mr PenyuBiru said...

apsal aku nampak hemy cam pakai lipstik kaler pink jer.haha..

Masy said...

achik,
hahahhha

bella,
keri pun pki pink ok! nice hahaha

zona,
ooooooooooooooooo mcm tu kaa.. hehehhe

penyu,
ko tgk dia ke bini dia? heheh

HEMY said...

atkins la yeee...atkins...ahahaha

Masy said...

dengggggggggg

en_me said...

sonoknyer kawen kanns.. ehehe

oranglidi said...

hahaha. hancus la diet ko. tapi takpe la.. makan sikit ape salahnya. lagipun free. hehehe

member aku diet dengan tak makan nasik. kaw2 punya turun berat badan.

Masy said...

en_me,
guess so. dpt byk adiah, dpt pki lawa2. best la kot kan. heheheh

oranglidi,
hancur lebur!

aku dah nk masuk 2 minggu x mkn nasik. tgklah nanti apa kesudahannye. huhuuhuhu

aim-a said...

red velvet ker???? rugi tak rasa...huhuhuhu

semua sweet time tu. i like :D sayag korang..muaahh!!!

eh..empire tu best tak?????

Masy said...

aima,
tp x betul2 red velvet la.. menyerupai.. hehehe

lebiu tuuuu!! aaa.. akak x abes round.. best kot? ntah.. hehe

k.e.r.i. said...

TAHNIAH! dah berjaya jejak kaki ke empire.

Masy said...

keri,
thanks!! nanti kita serbu ramai2. aku dah tau kat mana pintu masuknye hehehe

Muhaimin said...

Tuh Aima kan tuh? 2 dari kanan tuh?

Masy said...

min,
3 dr kananlah.. seblah akak. seblah wafa..

Super Nia Hana said...

sadis sungguh rupanya penangan caramel cofffee itu ya..

watashi dulu minum mocha starbuck je dh jadi hyper active
oleh yg demikian nekad utk tidak minum terutamanya pas kawen
wahahaa

Masy said...

hana,
akak mmg xleh minum kopi klu xde niat nk berjaga.. ade jadualnye. minum ptg2 tu mmg cari nahas laa heheh

hyper? jadi ape? asik lumpat2 je eh hehehehhe

Erina Asmawani said...

maceh kak sebab sudi datang..ala..mamam sikit je tu, x tergugat pun dietnya ;)

hehe..tula, tol jawapan kak zona tu,ena x dpt pakai pink, sbb tu nak sume memuah pakai pink..hehe..

p/s: kazen ena tu katsabah ar skrg.. xdpt datang..huhu

Masy said...

ena,
wah dah lama baru pasan komen ni hahahha. ooo gitu ye :)