Monday, April 11, 2011

649: Takziah, Sahabat..

Pagi sabtu, sebelum aku bergerak pulang ke Melaka, Che' telefon.

ko ada dengar berita apa-apa tak?
berita ape?
pasal Oya (Suria)
hari ni takde la.. nape?
mak orang call tadi, bagitau anak Pakcik Leman eksiden kat Seremban, cucu dia meninggal. Oya dok Seremban kan?
ha'ah, dia jelah yang dok Seremban. errrr....
dia ke ah?
ntah.. ape kata ko pegi call dia
orait
eh pape kang bagitau aku tau, aku tunggu
ok

Beberapa minit berlalu. Che' telefon lagi.

betul la Cheet.. Oya eksiden, anak sulung dia meninggal..
innalillah..
orang call tadi dia tengah nangis², kat hospital so tak dapat nak tanya sangat

Dan aku teruskan perjalanan. Aku terfikir-fikir. Rasa serabut kepala. Dalam hati, aku bercadang untuk singgah di Seremban. Masalahnya aku bukan tau kat mana hospital tu. Boleh nak tanya orang.. tapi.. aku fikir lagi. Mesti dia serabut sekarang, mesti dia sibuk nak uruskan jenazah. Aku pulak dah janji dengan mak. Haihhhhhhh.. yang mana satu ni....

Singgah
Tunggu kat Sg Udang
Singgah
Tunggu kat Sg Udang

Akhirnya aku putuskan. Biarlah aku tunggu di Sg Udang. Entah kenapa yakin sangat jenazah akan dibawa pulang. Aku sms Ieta, sms takziah pada Suria. Dan langsung terkedu sendirian, tak tahu nak buat apa lagi. Petang, aku dan mak pergi ke rumah famili Suria. Kosong, lampu luar menyala.

Sampai sekarang. Aku tak tahu detailnya macamana. Eksiden dengan apa, bagaimana, pukul berapa, siapa yang terlibat, dan segalanya. Aku tak sampai hati nak call dia. Jiwa aku ni pun boleh tahan rapuh bila sampai bab-bab macam ni.

Suria,
Yang aku teringin nak cakap. Tabahlah, sahabat. Aku takkan mampu memahami perasaan kau bila berhadapan dengan kehilangan yang begini sebab aku tak berada di tempat kau. Tapi aku benar-benar berharap, kau dan suami akan kuat menghadapi dugaan ini. Anak ini adalah saham kalian di akhirat, insyaallah.. *hugs*

Moga dikuatkan iman mereka, Ya Allah.. Kurniakanlah sahabat²ku ini kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi ujianMu..


tunggu Umi dan Abah di syurga ye sayang.. kalau sudi, tunggu aunty skali T____T

blogger-emoticon.blogspot.com

21 comments:

aim-a said...

takziah.comel arwahnye.huhu

PnConfused said...

takziah...


air mata aku laju jer babe bila tgk gambo arwah....

saham yg tak ternilai menanti kat sana, allahuakbar

Masy said...

aima,
mmg comel..

pnConfused,
klu kita pun dh rasa mcm ni, mak apak dia entah mcmana la agaknye kan beb T_____T huhuhuhuhu

insyallah....

Sierrauniform said...

takziah kepada suria dan keluarga~

oranglidi said...

uih.. takziah.. moga kluarga dia tabah.

zonaku said...

salam takziah pada mereka sekeluarga..


ya Allah, tabahkanlah hati ibubapa anak ini menghadapi kehilangannya

syah shah said...

salam kak masy, tak sangka... kita kenal orang yang sama... Suria itu sepupu saya.. :)

Masy said...

amin utk doa2 korang..

syah shah,
siyes???? akak mmg kawan dgn dia since skolah rendah.. so katne eh diorg kebumikan anak dia?

HEMY said...

ishy..sedihnya..berita hari isnin yg pilu..budak tu akan tggu mak ayah dia kalau tidak dilupakan insyaAllah

syah shah said...

kebumi kat seremban jugak... pak tam memang tak bagitau sesapa pun... kitorang dapat tau pun dari facebook shahid dengan safwa...

pintu kereta terbuka, ika terjatuh keluar, pastu kereta belakang tak sempat elak... macam tu lah... details tak sure... kitorang dapat tau pun a day after... call semua pakcik makcik, diorang pun semua tak tau...

❀aRaBeLLa❀ said...

al-fatihah..yg pasti syurga tempatnya..

pB said...

Salam Takziah

semoga keluarga yang terlibat cekal hatinya ....


lawa arwah nie

Masy said...

anul,
insyaallah.. harap2 gtulah..

syah shah,
iye ke... akak ingtkan kete dorg berlanggar dgn kete sape2 ke.. hmmm... patutlah kitorang pun tau lmbt.. huhuhuhu

arabella,
alfatihah... insyaallah.. budak2 mmg dah tentu situlah tmptnye kan..

kak pB,
betul betul...

yonna said...

haih... sedihnya... anak sulung ke kak? harap2 kawan akak tu tabah. i'allah ada rezeki lain nanti...

Masy said...

yonna,
ha'ah anak sulung.. baru je bersalin anak kedua bln lps (x silap akak la).. huhu

micro.cuts said...

salam takziah untuk sahabat akak..

Erina Asmawani said...

takziah..sedih :(
yang membacanya nye pun dah sedih, apatah lagi mak & ayah dia..

Masy said...

rya,
mekasih..

ena,
tu laa kan.. huhuhuhuhuh

Mr PenyuBiru said...

la..patut pun aku tunggu takde reply,rupanya komen aku tak masuk.huhu

aku ucapkan takziah pada keluarga arwah.moga mereka bersabar menempuh dugaan ini.aku baca entri ni ko pun dgn gambarnya sekali,tersentuh naluri kebapaan aku.sedih.tapi kita tahu budak kecik yg belum ada catitan dosa & pahala ni akan terus masuk syurga tanpa dihisab.

p/s : ko ade kaitan ngan syah shah ek? sebab komen dia kat atas tu & entri dia pun ade cerita pasal ni.

Ainul Hayat said...

Innalillahiwainnailaihirojiun,
marilah kita sedekahkan Al-fatihah buat arwah. Semoga rohnya sentiasa damai disana.

Masy said...

penyu,
alangkan aku yg bujang ni pun dah terasa, apatah lg la ko yg dah ada anak. sedih mmg sedih.. tp ape2pon life goes on.. kene byk2 sabar, huuhhu

p/s: xde kaitan la kot. tp kawan aku ni sepupu dia..

ainul,
insyaallah.. amin...~