Friday, April 15, 2011

651: I Had A Dream..


Suria berlegar-legar di depan aku. Tapi sikit pun dia tak menegur. Tak pasti sama ada dia sengaja atau sememangnya dia tidak perasan keberadaanku di situ. Aku pula, berfikir-fikir antara nak menegur atau tak. Aku bimbang akan reaksinya. Sambil berfikir, aku berbual-bual dengan teman yang bersamaku dari tadi.

Dia lalu lagi di depanku dengan wajah yang keruh. Kali ini aku kuatkan hati, lalu dengan spontan lengannya ku sambar dengan lembut.

"Acik, kau dah makan ke belum?" tanyaku. Dia berhenti dan menatap mataku. Tersenyum nipis saja. Wajahnya kemerahan berbekas kesan tangisan, tapi masih kelihatan tenang.

"Dah.. kau dah ke? Sorilah tak tegur tadi..", balasnya perlahan.
"Takpe.. aku pun take time tadi nak tegur kau tadi, sori eh... Kau dah ok tak ni?"

Dia menarik nafas. Senyum lagi. "Ok la.. boleh laa.. hmmm..". Aku renung wajahnya. Masih tersisa kesedihan itu. Hatiku pun terus-terusan terpenjara dalam rasa bersalah. Lengannya aku peluk erat, "Aku mintak maaf..".

Dan terjaga. Aku mimpi.

Dalam hati memang ada rasa bersalah. Ada rasa tak kena. Aku...

Dia perlukan masa. Dan ruang. Ya aku tau.. Harapnya, aku tak dilihat sebagai seorang yang langsung tak endahkan sahabat tatkala kesedihan. Aku bukan macam tu, beb. Hang in there! T__T


# malam tadi diet aku jahanam!!


18 comments:

aim-a said...

tgk wayang sambil makan kek ke malam td kak?hehehe

Masy said...

ha'ah. jahanammm sumenyeee tmasuk la duit skali. hahahahahahahahah

Mr PenyuBiru said...

malam tadi diet ko jahanam?? so pagi ni +3kg semula ke? hehe... Harapnya, aku tak dilihat sebagai seorang yang langsung tak endahkan sahabat tatkala kesedihan.

Masy said...

tak jugak.. pagi ni aku try pki jeans putih yg ketat aritu tp skrg dah sedang elok je hohohoo. mekasih penyu sbb mengendahkan aku. :p

achik said...

kalau dah sampai mimpi tu.. err mungkin petanda utk akak tanya khabar dia.. mungkinlah.. :)

13may said...

ni drama apa plak ni? keh keh keh

Masy said...

achik,
ntah la.. dia trauma lg tu..

13may,
drama katanye. hmmmm

Muhaimin said...

Apakah yang telah berlaku terjadi kaakkk?

Masy said...

min,
baca entry 649..

HEMY said...

teknik masy utk kaver cerita sebenar entri ni diet dia jahanam je..dia tmbh awal2 sedih2 tu..novel2 tu

Masy said...

demyuh! tak baik aaa ko huhuhu

zino said...

kena ulang la diet tu.. masuk episod berikutnya...

zonaku said...

harapan aku sama macam penyuk......


u have me always... near or far

Masy said...

abah zino,
mmg hari2 ulang.. hehe

zona,
aku pon harap camtu. tengssss :)

yonna said...

akak,akak tak call or mesej dia? at least give her a call or mesej ke? :)

Masy said...

yonna,
dah msg tp x balas.. mber akak call pun dia x jawab. she needs space i think. hmmm

Sierrauniform said...

masy, anak sakit pun hati tak senang, lagi anak pergi terus..tentu hebat tekanan dia lalui..
sabar la dia hendaknya..

Masy said...

tu lah.. aku pun harap2 mcm tu lah.. huhuhuh