Thursday, May 19, 2011

663: Entry Ini SANGAT PERLUKAN PERHATIAN.

Salam semua..

Harinie aku nak kongsikan sesuatu. Dan mohon perhatian korang semua. Andai ada antara kita yang dapat membantu, aku amat berbesar hati mengalu-alukannya.

Sebelum tu, harap luangkan masa untuk membaca di sini. Bacalah, aku melutut pada korang - tolonglah baca.

Dah baca?

*tarik napas*

Hati aku meronta-ronta mahu membantu. Seusai mesej diterima melalui FB daripada Abang Long, bersegera aku menghubungi seorang rakan. Ketika itu juga diminta resume, tapi feedback masih tiada sampai sekarang. Aku berfikir-fikir lagi di manakah mahu aku cuba tanyakan. Buntu.

Bidang berbeza, dan tentunya rakan-rakan yang berada dalam bahagian perkapalan tak termasuk dalam 'line' aku.

Tadi. Aku cuba letakkan di FB. Alhamdulillah.. walaupun belum ada feedback, sekurang-kurangnya ramai juga rakan-rakan aku yang 'menampal notis' di dinding mereka, ada yang mintak dikirimkan resume Abang Long. Harap benar ada rezeki dia nanti. Namun masih aku rasa usaha ini tidak mencukupi.

Sekarang.

Aku paparkan di blog. Sementelah medium perkenalan aku dan Abang Long adalah blog ini. Walau tak pernah sekalipun aku bertemu dengan dia, tapi tetaplah terasa bagaikan keluarga sendiri. Tetap rasa bertanggungjawab. Abang Long berkali-kali email pada aku, sikitpun aku tak rasa terbeban. Cuma rasa sangat bersalah bila tidak berbuat apa-apa. Rasa berdosa bila aku hanya membaca, dan hati sedih - tapi langsung tak berusaha untuk dia.

Sekarang.

Aku mohon. Marilah kita sama-sama membantu dia. Paling penting. Dapatkan dia kerja tetap. Yang kedua. Usaha untuk membayarkan yuran tahfiz anak-anaknya yang bertiga itu. Aku dah tanya, kosnya RM600 untuk 3 orang (RM200 seorang). Tadi aku terfikir untuk buatkan tabung untuk anak-anak dia, tapi macam tak patut. Nampak tak ikhlas. Lebih baik kita terus berikan bantuan pada orangnya.

Nah. Ini nombor akaun Maybank Abang Long - 112045101747 (Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini). Kau kaya? Duit Nuffnang beribu-ribu tiap bulan pastu tak tahu nak buat apa lantas membeli handbag mahal-mahal? Marilah tolong abang saya ini. Keluarga dia lebih memerlukan. Ingatlah, dalam setiap rezeki yang Allah kurniakan untuk kita, ada bahagian untuk mereka yang kesusahan. Hari ni dia yang susah, tak mustahil suatu hari nanti kita yang berada di tempat dia..

Serius. Menyuap makanan ke mulut hari ni pun aku rasa bersalah..
blogger-emoticon.blogspot.com


# btw, sesiapa yang mahukan resume Abang Long, boleh tinggalkan email di kotak komen, nanti aku forwardkan. terima kasih..

11 comments:

Erina Asmawani said...

Sedih baca entry Abg Long tu :,( Jom kite menderma bersama2..

pB said...

akak pun selalu terima email dia...

memang sedih sebab tak tau nak tolong macam mana ....

Masy said...

ena,
tu lah.. if ade duit lebih, bolehlah bank in..

kak pB,
sy pun slalu tatau nk buat cemana. ini jelah yg mampu sy buat.. huhuhuh

jedi said...

blur xtau nak tolong bagaimana....

Muhaimin said...

Tumpang simpati untuk Abang Long..

mamai said...

bro dah lalui semua tu tabah la dengan ujina dan terus berusaha..allah itu lebih mengetahui

k.e.r.i. said...

abang long ni siapa?

Ainul Hayat said...

Kak Masy,
Abg Long sebelum ni kerja kapal ke? Dia berlayar ke? Sebab saya macam tak berapa nak faham.

HEMY said...

aku pn tgh pk mana kawan yg ada kontek ni...papehal kang aku roger

zino said...

noted

Masy said...

ok thanks sume.~