Monday, June 06, 2011

670: Hilang

Aku ni ada masalah hilang ingatan sejak akhir-akhir ni. Ok la ngaku, bukan baru pun hehe.

Berapa banyak barang aku yang dah MIA (missing in action)?
Pen.
Cincin.
Jam.
Brooch.

Ah macam-macamlah kalau nak disenaraikan. Ada yang jumpa, ada yang langsung tak dapat dikesan sampai sekarang. Sedih ok.

Tapi yang terbaru.
Passport T_T


Ini sangat meresahkan okeh.
Bulan depan dah nak guna neh. Gi mana tu nanti-nantilah kita cite.
Passport ni.
Kali terakhir yang aku ingat, aku bersama beliau di atas katil.
Biasalah aku. Intim dengan barang-barang sendiri :p

Pastu aku lupa.
Aku campak dalam beg ke, dalam paper bag ke, dalam paper box ke.
Mana tah aku letak T_T

ni risau 2 in 1. hehehe

Makanya hujung minggu dihabiskan dengan treasure hunt.
Korek-korek bawah katil.
Habis sume kotak aku korek.
Walaupun rasa mustahil giler boleh jumpe passport dalam kotak² tu sume.
Sebab aku takkan bubuh passport aku dalam tempat-tempat yang sukar digapai.

Hari Sabtu.
Korek punya korek, selongkar punya selongkar.
Sekali jumpa! Dalam fail (errrrr? bila tah aku letak)
Dah bawak ke depan dah, tunjuk kat Anne.
Sekali..
Rupanya cover je, isinya takde!!!! T________T
*(&^%%*((_)&*^%$##%^(*&())(_)%^$#@#@#@%*(&^%%*((_)&*^%$##%^(*&())(_)%^$#@#@#@%$&^&*$^&Q%@$!#@!!!
amp;^&*$^&Q%@$!#@!!!
Ayat di atas bermaksud "cilake!!!!! penat aku happy, akhirnya kecewa semula".

Sedih.

Hari Ahad.
Korek lagi tempat-tempat yang sama.
Bilik aku je pun. Sekangkang beruang panda je, bukan laa besau nau.
Korek handbag² lama.
Sekali..
Jumpa cincin mutiara! YES!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kat sini rupanya adik menyorok. Tau tak kakak susah hati? Sibbaik mak tak tanye tau!

Happy tapi sedih.
Mana passport aku ni?????

Petang. Dah petang sangat.
Aku duduk diam-diam dalam bilik.
Berfikir sedalam-dalamnya.
Korek otak dan fikiran.
Ah!

Aku tarik handbag ke sisi.
Sentuh compartment tengah². Senyum.
Tarik zip.
Passport tersenyum sambil makan gula-gula (?)

Haiiihhhh!!!!!!!!!! Dalam handbag je rupanya!!!
&*^!@&*#@*()#&^$^%#!$@^%!&$#*($
Maksudnya.. begitulah.
Tapi takleh nak marah, sebab..
Kalau tak kerana aku lupa kat mana passport ni berada, mesti aku tak korek-korek.
Kalau tak korek-korek, mesti tak jumpa cincin mutiara tu kan? Heeee~

aaaahhhhh... senangnya dalam hatii...

Sekarang,
Nak korek ingatan lagi. Kat mana aku letak cincin intan pemberian arwah nenek aku tu?
Wuwuwuwuwuwu~
blogger-emoticon.blogspot.com

18 comments:

mya said...

akak pun selalu hilang barang.
tabiat buruk campak barang merata2 ini harus kita ubah.
kalau tak selamanya kita akan berputnam

Masy said...

kak mya,
itulah nye kak! sy ni slalunya akan letak barang yg penting2 ni kt tmpt yg senang nk nmpk. tp dah #dasarputnam, kadang2 tu lalai gak siap pelupa tu dtg, ala2 amnesia jadinya huhuhuuhu

Erina Asmawani said...

Passport tersenyum sambil makan gula-gula (?)

dem! ayat akak ni berjaya wat saya ketawa cam orang sewel pepagi ni..hahaha..

saya pun sama gak,kekadang lupa je mana campak barang2. Yang nyampah tu bila kite xnak guna ade je depan mata, bila time nak guna tulah dia nak ilang..haiyo..kite kena banyak makan gingko lah kak

Masy said...

ena,
hahahahahah akak siap ckp kt passport 'nape tak nyahut time kakak panggil????". saboo jelah

kan kan? slalu camtu laa. gingko tu sedap x?

en_me said...

lega kanns.. ehehe

Aimi dan Pakcik Hashim said...

kalau nak buat pertandingan treasure hunt

buat kat bilik ko pun cukup
semua barang hilang susah nak jumpa situ

Masy said...

en_me,
sangaaaattttt heheehehehe

kapten,
bole bole tp kene make sure sume org terlupe kt mana bilik aku tu berada. kompem lg susah nk jmpe barang hilang. huhu

Super Nia Hana said...

ayooo apa sudah jadi
kena cari lelaki yg kuat memory nih\
ehehehe

Muhaimin said...

Nasib baik kaki dan tangan melekat kat badan kan kak?

Masy said...

hana,
aicehhhh.. tu lah. tp ramai org lelaki skrg ni mudah lupe. cepat ilang ingatan huhu

muhaimin,
mujurrrrrrr.... hahahahaha

ymn said...

hahahaha - byk sgt kotak/barang nak disimpan mesti byk habuk :P
contohi lelaki mcm saya -
suka buang or minimizekan brg brg yg ada -
so senang cari dan simpan brg .
ohh .. rumah saya empty (almost) dan almari sya juga almost empty : ))

Masy said...

yaman,
tau takpe. mmg nk buang tp nk kene wat saringan dulu la.. almari penuh dgn baju. hahahaha

oranglidi said...

hhahaa.. jgn nanti hilang diri sndiri sudahh.. hehe.

Masy said...

oranglidi,
selagi takde org culik, takde la hilang.. awwwwwwwwwwuuuuuuu ahahahahha

kakLuna said...

tp kalau taik idung,penat2 korek,buang pulak.dan tak sedih.

Masy said...

kakluna,
klu korek2 idong pastu simpan - itu sedih. hehehe

HEMY said...

patut abang jiran tu buang kondom luar tingkap..sbb sakit hati kondom dia ko salah letak bilik ko then ilang tak jumpa smpi skang

Masy said...

anul,
hahahaah waklu lah!