Monday, June 20, 2011

674: Memuah Putnam's Trip ke Utagha - Part 1

The best thing about Memuah, everytime we met, we laughed ourselves hard. There would be many sources of laughing stocks and you won't be able to guess what's gonna be blurted out by them. Hahahahahaha!!! - Anul, The Master of Keji
:)

Penatnyee!!! Aku ngantok lagi ni hehe.

Setelah merancang selama hampir setahun, dengan thread di FB melangkau jumlah 1000, on off beberapa orang ahli dan pelbagai rintangan lain. Akhirnya. Jumaat lepas, kami - ahli Geng Memuah telah bergerak ke Penang untuk menemui seorang lagi ahli Geng Memuah cawangan Utara iaitu Zonaku. Kitorang ke sana dengan flite, tiket ditaja oleh Wafa yang baek hati. Metacih Aunty Fafa! *cium pipi melanton bertalu²*. Trip kali ini dihadiri oleh aku, Erina, Bella, Wafa, Jard, Keri, Anul dan wife beliau. Aima terpaksa menarik diri saat-saat akhir kerana pembawakan budak.. huhu. Takpelah, next trip kita plan molek² lagi ok? ;) Kapten tak pegi tu biasalah.. #dasarputnam. Hahaha!!!

Memandangkan flite pukul 6.50 pagi, maka aku, Ena, Bella dan Keri telah sepakat membawa berkat untuk tidur kat epot. Inilah lumrah orang tak berboipren (ini aku je la). Nak soh sape plak antau pagi-pagi buta tu kan? Hehe. Menjelang pukul 1 pagi, kitorang dah start melepak makan dan minum kat mekdi. Ramai plak orang tido kat epot masa tu. Nak cari port pun susah. Surau kunci pulak (or that's what we thought). Akhirnya kitorang tido je kat lantai sebab aku nak gak baring. Ade mek kesah? Hahahaha.

Tapi sejuk uols. Pukul 4 pagi kitorang bangkit, cari port lain. Alhamdulillah surau dah bukak (ke memang bukak pun sebab ade orang lain dah tido dulu). Sambung tido sampai 5.30 pagi. Lepas solat, berkumpul dengan dorang yang lain. Masuk flite, tido lagi. Hahaha.

Sampai Penang hampir pukul 8 pagi. Sempat lagi aku, Wafa dan Ena tapau cool blog tu. Tapi kecewa sket. Issokay. Jumpa Zona, terus amek van (Anul jadi driver berkelajuan tinggi LOL) dan ke destinasi pertama. Sarapan kat Restoran Kayu apetah. Aku terus terjah kek Red Velvet yang Jard bawak. Auummm sedapnye!! Mekasih Jard :) Brekpes memuah pagi tu ditaja oleh Zona. Alhamdulillah.. Mekasih Zona :D

Abes makan, kitorang bergerak gempur. Sekarang masa untuk menapau jeruk :) Orang lain jelah tapau, aku tengok je. Ai tak minat sangat uols. Tapi kalau ade, ai makan je. Membeli jauh sekali.

Memandangkan takleh nak check in lagi, kitorang letak jelah barang² dulu. Kitorang stay kat TM Resort. Aterrrrr.. Kata ade staff TM kat celah-celah kitorang ni kan.. Tukar-tukar subinier dulu. Owh. Kitorang ada banyak ritual sebenarnya. Salah satunya ni lah. Kalau pegi melancong, haruslah belikan subinier untuk Geng Memuah. Kalau gi obersi, dah jatuh hukum wajib! Hehe.

Lepas dah setel mengagihkan harta karun, kitorang pun gerak. Ke Bukit Bendera yeop! (eh?)


Kat sini baru laa terbuka hati nak kuarkan kamera sendiri. Yang lain-lain tu selit kat kamera dorang je. Hehehe. Tak baik membazir kodak.

Train ke trem ke hape nama benda ni kanmain laju lagi mencanak naik. Beza laa daripada hok yang aku naik 3-4 tahun lepas. Bagus bagus. Rege tiket RM8. Rege 3-4 tahun lepas aku tatau sebab Abang Kamarul yang bayarkan. Hehe.


Aku ade dalam pic ni.. Betul laaa.. Kene cari kat dalam cermin tu lah tapinya. Ade tuuuuuu *sambil tunjuk²*.

Nak dekat pukul 3 petang jugak baru kitorang check in. Mandi, solat, rehat². Pukul 5 petang camtu, kitorang gerak lagi. Kali ni ke Taman Botani pulak. Sebelum masuk, nampak pakcik jual eskrem. Kita serbuuuuuuuuuu~

Aku tak gemar sangat eskrem coklat. Aneh tak? Milo suka, cekelat suka berganda², kek cekelat apatah lagi. Tapi eskrem cekelat tak brape minat. Namun begitu, atas rupa parasnya yang menggoda - aku beli gaklah. Eskrem cekelat celup kacang. Giler best ah ding dong. Kalau eskrem tu tukau jadi eskrem vanila ke, haruslah meletopsss pakcik!

Dah makan, start jalan-jalan kat taman tu.. Best walaupun tak sure apa yang best. Pemandangan cantik mek suker. Tapi macam biasa, pic sume kat kamera orang lain. Hahahahaah!!

Setel. Sekarang masa untuk makan lagi. Kali ni ke Gurney Drive kot nama tempat tu. Hahaha yelah rasanya. Dorang dok order macam-macam. Laksa laaaa... Char Kueytiaw laaa... Sate laaa.. Aku? Order air je sebab tatau nak makan ape. Tak minat sangat laksa, char kueytiaw suka gak tapi tak lapau nau. Tapi ujung-ujung aku kenyang giler gak macam anakonda makan sekandang kambin (ni stail orang Penang sebut).

Dah setel makan, kitorang terjah Night Market plak. Waaaaa aku suka ni! Aku suka pasau malam. Hahahahaa. Sakit kaki pun aku gagahkan jugek! Jalan sampai kaki menangis airmata darah. Aku beli T-shirt dengan suau pendek je. Nak mandi kat pool nanti. Takde laaa aku nak mandi pakai suau pendek tu je lerrr.. Aku bawak legging, segan nak pakai dia sajork. Hehe.

Puas berjalan, kitorang pun pulanglah. Tak larat dah kaki weh.. Tu pun kat bilik bukan tidor terus, tengok tv lagi. Borak lagi. Tapi tak tidor lambat sangatlah sebab dah plan nak bangun awal untuk mandi kat pool pagi esok. Hohohohoo!!!!

BERSAMVONGSSSS~

22 comments:

Puan Capa said...

best ko nok

zonaku said...

banyak la ko orang penang sebut camtu

Masy said...

puan capa,
best la noksss.. hehe

zona,
classmate uitm aku dulu ckp camtu la.. KAMBIN.. PENIN.. hehehehe

k.e.r.i. said...

itu lah aku kepelikan biar ko kuaukan kamera.
dalam hati mengutuk "saving kodak minah ni"
HAHA.

zonaku said...

hahhaaaa...

aku x perasan pun bila ko kuarkan kamera?

mabuk kamera kot aku masa tu. posing manjangggg

Masy said...

keri,
dlm kes aku, nk save bateri. malas nk cas. hahahaahaa

zona,
kuar senyap2 je hahahaah

❀aRaBeLLa❀ said...

geng memmuah mmg gelak tak reti nak cover..hahahah

HEMY said...

fuh..padat sungguh entri utk satu hari terus..aku bukit bendera pn baru part 1.ahaha

Masy said...

bella,
nak2 dak keri dgn anul. demmmmm betul hahahaaha

anul,
pic kt aku x byk tu yg aku mampat2kan skali heheheehhe

zonaku said...

aku cam biasa, guna korang punya pic sesaja...

Jard The Great said...

hehehe.. padat entri neh. i loikee!

Mr PenyuBiru said...

aku sampai skang tak pernah pi bukit bendera lagi. mak sedih nok.haha

Roza Ami Nanomiya said...

#dasarputnam tak suka eskrim coklat, suka pasar malam

aim-a said...

hahahhahahaha.ais kerim tu menggoda!!!

sgt best entry ni..mmg padat!!!!!

zonaku said...

hari tu saja, makan 3 eskrem....



dasar putnam betul!

Masy said...

zona,
aku guna pic aku je sbb pic aku sket hahahhaaha

jard,
letih niiiiii nk padat2kan heheh

penyu,
alahai.. putnam sgt ko ni. nanti pegi la.. smentara rege still RM8 tu hehe

kapten,
cis!!

aima,
mmg godaan besau heheheh

zona,
best2!!

zonaku said...

pastu balik jer.. memasing komplen berat naik....

en_me said...

bestnyerr gi penang teww.. uhuhu

Masy said...

zona,
aku x timbang lg. takotttttt

en_me,
manakan sama dgn pegi KK. ehem. hahahaahaha

yonna said...

yonna paling menyampah pegi night market tu hahaa.serius rasa nak muntak gi sana. dgn panjangnyaaaa.grrrrrrr.

tp ni qas nak datang ni, nampak gaya kena bawak la -____________- hahaha.

zino said...

seronok nya jalan2...

Masy said...

yonna,
waaa x aciii.. dgn qas bole plak jmpe, dgn akak xde pon.. wuwuwuwuw pilih kasih wuwuwuwuwwuuw

abah zino,
best best heheheehh