Tuesday, June 21, 2011

675: Memuah Putnam's Trip ke Utagha - Part 2

sambung..

Zona kata dia tak reti sangat jalan, tapi nampak ok je dia tunjuk jalan. Aku rasa kalau laa aku yang jadi host (kot la tetobe Memuah nak gi terjah Melaka), haruslah menuju ke jalan yang mungkar je. Err maksud aku, potensi nak sesat tu ade la sket-sket. Tapi.. ok kot. Eh ok sambung sambung.

Pagi hari kedua. Aku, Wafa dan Jard terus menerjunkan diri ke dalam pool selepas solat subuh. Best! Takde la sejuk pon.. suam² kuku Aima je. Tapi tak lama pun kitorang lepak dalam tu, ade laa setengah jam je. Pastu naik atas, mandi-mandi and sambung tidor hahaha. Aku tido kat hall je, dalam bilik sejuk nok mapuh! Itu pun sejam je tido, pastu bangun borak-borak sambil tengok tv. Pukul 10 ke 11 tah baru kitorang sume keluar.

Dah lambat tu, takde makne la nak sarapan kan. So.. we all heading to Jeti Batu Musang ke ape namanya - correct me if I'm wrong (correct eh bukan korek :p) - untuk ke Pulau Aman. Sebelum tu, kami mengutip 13May (eh kutip ke? ntah tatau camne nak cakap) kat tol. Pastu baru berdedai-dedai ke jeti sanun...

Sampai kat jeti aku pun tak tengok jam, ntah pukul brape tah. Sementara menunggu bot (ntah ye tidak la aku pun tak sure hahahaha), kitorang decide untuk mengabadikan kenangan trip kali ni dalam bentuk badge - giler ah skema ayat ni. Aku suka sebut button. Sila sebut dengan gaya kelly yang tebal. BUTTON. Amma *gelek² kepala*. Sebanyak 10 bijik button ditempah oleh kami dengan penuh keyakinan dan harapan yang tinggi.


Dua ahli geng yang sedang memikirkan cemne cara terbaik untuk menggabungkan segala keseronokan dalam satu butang. Button maksud aku.

So kita tinggalkan adik kedai button untuk menyetelkan keje beliau, dan kami terus menaiki bot - yang pada awalnya disebut feri oleh Zona - menuju ke Pulau Aman - yang pada awalnya diwar-warkan sebagai Pulau Ketam oleh Anul dalam thread memuah. HAHAHAHAHAAH sengal! Tengok, cemne laa kitorang tak bergelak macam resaksa tiap kali jumpe? Adeeee je point nak gelak. Hahahahah!! Yang si Wafa dengan Erina plak tak sudah-sudah dengan 4squarenye. Tak sure Bella join ke tak. Hehehe.

Pulau Aman jauh ke tengah


Tujuan utama ke Pulau Aman semata-mata untuk menikmati mee udang yang dikatakan lazat bebenau tu. Bila dah sebut 'semata-mata' tu maknanya tempat lain dalam map di atas tu memang tak pegilah. Memandangkan hubungan antara aku dan udang tu suam-suam je, takde la beriya nau. Cumanya aku lapau, dan aku suka naik bot pegi pulau. Awal-awal je rasa macam biasa, dapat mee udang tu ku balun gak macam nak rak! Sedap! Mekasih Zona selaku mak angkat kerana sudi mengopekkan kulit udang untuk aku. Ahhh sebut pasal kopek udang ni, teringat benda lain pulak. HAHAHAHAHAHAAHAHHAAH demyuh geng memuah!! :))

Lepas makan, tunggu bot untuk ke daratan semula. Ingatkan dah siap button tu, rupanya belum lagi. Tapi yelah.. aku rasa adik button tu bajet kitorang jalan-jalan dulu la kot. Mana la nak sangka kitorang gi makan je hehehe. Makanya kena la tunggu.. dah la takde kipas kat jeti tu. Hadoihhhh. Mujur baju ai nipis je, kuranglah perpeluhan di situ. Dan kami dengan 13May berpisah di sini. Ada hal la tu agaknye. Apepun thanks 13May sebab belanje kitorang makan kat Pulau Aman tu (dalam hati aku : save bajet gua. hahahahah).

Perjalanan diteruskan dengan aktiviti permakanan lagi. Kali ni ke rumah Zona. Nak makan durian dengan buah moktan. Aku terpikir gak dalam cuaca yang panas ni, selera ke aku nak makan benda-benda ni. Tapi bak kata pepatah Ibnu Masy, barang yang lepas jangan dikenang, yang didepan mata jangan dibuang. Makan jugak tuh! Makan sambil menonton estro. Makan makan makan.

Dah setel tanggungjawab di rumah Zona, cadang nak pi Line Clear. Tapi on the way tu aku sebut pasal Muzium Perang yang diadu-dombakan oleh 13may sebelum tu. Nak gak tengok! Nak masuk kalau bole laaaa. Makanya Ahmad Anul pun U-turn semula dan memanjatlah van kami akan bukit yang dimaksudkan untuk ke muzium berkenaan. Ayat ni macam putnam kan? Bukit ape? Berkenaan ape? Hahahaah malas aku nak betulkan.

owhhhhhh~~ i wanna go i wanna goo


Tapi apakan daya. Dapat amek pic je. Bukan sebab takleh masuk, tapi sebab rege teketnye mencekik darah period! RM20 uols. Aku tengok atas meja tu ade pakej-pakej, paling murah RM5. Aku pun dah beriya la ni, skali nyonya maneer tu kata tak valid pulak. Waklu laaa nyonya. Tak valid kalu, jangan laa letak atas meja tu lagi. Pi laa campak dalam laut. Mensakitkan jiwa raga je!! T__________________T

Bakal asben - whoever you are - baby nak pegi sini nanti tau? Tak kira!!!!!!!! *meroyan*

Oleh kerana dah gagal, kita teruskan jelah spice route ni ke tempat lain. Line Clear kembali ke landasan. Ok la secara jujur. Aku ni pegi Penang ntah la berapa puluh kali pun tak ingat (eh eh sure ke puluh? belas kot) - tapi tak pernah pun makan kat Line Clear ni. Hahahaha. Tataulah apsal. Mr. Sivaji tak penah ajak pun. So.. bila Erina tergedik-gedik tahap putnam nak ke Line Clear, aku cam eksaited gak la. Tapi tak menggedik sangat sebab tenaga dah habis masa dok sedih-sedih tak dapat masuk muzium tu. Wuwuwuwuw~

Mintak nasik separuh, tapi nasik banyak macam sepinggan gak. Kalau mintak sepinggan, tatau la banyak mana agaknya. Dapat bahagian ayam yang digemari iaitu di bahagian pinggang. Ok tipu je. Peha laa.. hehe. Bertuah sungguh rasanya jika dibandingkan dengan Keri yang bernasib malang. Hehe. Makan dengan syahdu diiringi petikan gitar dan tiupan seruling abang musician kat situ. Masa dia tiup seruling, terus aku feel-feel macam dalam cite Pendekar Bujang Lapok. Dah la makan kat lorong, memang epiklah. Heheh.

Dah setel makan, balik ke apartment laju-laju. Ade dua hajat nak dilunaskan. Pertamanya nak solat, keduanya nak terjun pool lagi. Aku siap pinjam swimsuit Zona lagi. Waaa pestaim pakai swimsuit ni, teruja mek! Muahaahahaha. Nak beli satu laaa nanti. Petang tu hanya aku, Jard, Keri dan Zona yang terjun. Penuh la pulak, aterrr dah sabtu. Ramai le orang huhu.

Lepas mandi manda, balik ke sarang. Rilek-rilek.. Bagi can driver menguruskan hal kekeluargaan beliau. Menjelang pukul 9, kitorang keluar lagi. Memula cadang nak pegi Toy Museum, skali tutup pulaaaaaaakkk T____T Kuciva lagi wuwuwuw.

Ok lupekan. Sekarang nak cari makan, kali ni ke pantai ape hah. Alamak lupe pulak. Deym. Tapi makan kat pantai tu la.. Giler kerek abang waiter tu, nak je aku tampor muka dia dengan menu. Huh! Aku order kerang bakar je, dah malas nak makan ape lagi. Kenyang nasik kandaq tak abes lagi hehe. Pastu datang kawan-kawan Jard, lepak kat situ sampai pukul 11. Kompem abang waiter tu annoying giler agaknya. Ade mek kesah?? #flipmenu.

Siyes masa tu rasa dah lowbatt habes. So rasanya tak dapatlah nak singgah Hard Rock. Aku pun pakat lelaplah dalam van. Skali open-open eyes, aik.. dah sampai Hard Rock. Hehehe. Nak camwhore je uols, tak padan dengan ngantok.

Aku camwhore kat kamera orang lain, kamera sendiri sunyi sepi amek pic kosong-kosong je heheheh.

Kembali ke apartment. Siap packing-packing barang, dan tidur menjelang pukul 1 pagi.

SAMVONGS LAGI....~

update daripada memuah lain:

ANUL - 1 dan 2
ERINA - 1 dan 2
ZONA - 1 dan 2
JARD - 1 dan 2
WAFA - baru 1 hehe

15 comments:

Puan Capa said...

tidur hardrock ke?

Masy said...

pn capa,
ko ni musti x baca kan? ko baca balik. hahahahahahhaah

HEMY said...

bukan setakat tido, mabuk, joget sume kat hard rock!!

oranglidi said...

pehhewww.. best gak jnjalan cmni. hehhe.. takpe, nanti ak bawak ko g muzium tu. wahahhaah.

Masy said...

anul,
hahahahah!!! YMCA YMCA! hahaahah

oranglidi,
yeayyyy!!! nak nak nak! hehehehe

cik selamah kundang said...

aku pun tak penah cecah sana..

zonaku said...

oranglidi di penang jugak ker?? pehal ko diam??? menggagau aku yang penang murtad ni nk bawak jalan2 tau!


kes berlari-larian ahmad?

zonaku said...

owh, gigih aku ensure ada button hijau striking tu, sekali keri #putnam sudah amik.....



*sedey.. kuis2 button pepel aku*

#dasarputnam punya keri!

Masy said...

cik selamah kundang,
hard rock ke?

zona,
sian ko. hehehe aku pon tatau orglidi ni kat penang ke hape. ko x cop siang2 ke yg ijau tu?

zonaku said...

idak ler aku cop, aku kan baik orangnya....


berkenan, tapi diam2 sudeyy.. skali kene sapu. pun aku senyum & redha.........

oranglidi said...

zonaku,
oh. aku bukan orang penang. hahahaa..

zonaku said...

pranglidi, baiklah. diampunkan.

oooo.. dia rupanya propakan soh korang g war museum. seb bek tepi rmh aku jer.... kalau tidak, haruslah aku balas dendam secara putnam sebab mendera aku.. hahahahhaaaaaaa. x per, lenkali, ko datang lagi, kita plan supaya ko leh p semua muzium dalam penang

Masy said...

hehehheh

en_me said...

fenatt tewww.. uhuhu

Masy said...

en_me,
sangat. hehehehe