Monday, June 27, 2011

677:Apa-apa jelah.


Hmmmmm...
Jumaat lepas, aku bergegas pulang ke Melaka dalam keadaan nak demam.
Nak selsema.
Nak batuk.
Mujur tak jadi demam.
Mak tak berapa sihat dari minggu lepas.
Bila call, cakap pun dah lain macam je.
Sebik-sebik macam nak nanges, cakap pun merapu je tahpape sungguh laaa...
SMS Along, mintak dia belikan jelah ape yang mak nak tu.
Letih aku pening-pening kepala pasal perangai orang.
Letih memikir, letih lagi nak nanges.
Tekak pun rasa tak sedap.
Jumaat tu aku lunch makan dadih Abang Long je.
Sampai Melaka malam tu. Along anak beranak dah selamat ke Ganu.
Duduk kejap, cadang nak happy-happy.
Letih belum hilang, hati jadi sakit pulak.
Rasa nak cakap, tapi tersekat. Macam nak nanges pulak.
Malas aku. Terus terjah bilik air.
Sambil mandi, tutup mata. Tarik napas panjang-panjang.
Sabarlah Masyita. Sabarlah.
Iman ko tu dah la sikit, sabar tu kasik banyak la. Kot boleh topap.
Esok lepas subuh, buat sarapan. Sambung tidor.
Tengahari masak lauk kari ayam. Dah lama tak masak neh.
Mujurlah sedap. Mak makan siap bertambah.
Anak-anak buah aku yang berdua tu pun selera nampaknya.
Alhamdulillah.
Lepas masak, teman mak makan walaupun takde selera sangat.
Rehat kejap, gi mandi.
Sambil basuhkan kain-kain batik yang terkena kencing mak aritu.
Dengan cadar lagi.
Abes sume aku bantai basuh manual.
Pastu cuci bilik air skali.
Dah sudah, siap sidai semua.
Kemas bilik mak pulak. Kakak ipau no 5 ade lelah, habuk² ni kang sian kat dia.
Petang. Abang no 5 balik.
Esoknya macam tu jugaklah.
Bangun buat sarapan untuk mak je.
Tengahari tak payah masak sebab dok balun satar.
Nak dekat-dekat balik Shah Alam, hati sentap lagi.
Bencilah macam ni.
Tak boleh ke tahan sikit ayat-ayat tu?
Aku ni bukan nak mengungkit ke ape, ape yang aku buat pun bukan banyak mana.
Tapi takleh ke jaga sikit hati aku? Susah sangat ke nak paham?
Tiap-tiap benda yang aku buat 2-3 hari tu, sumenye sebab nak jaga hati.
Nak berbakti laa senang cakap.
Tapi.......... T___T
Ingat dapat la balik Shah Alam dengan hati licin, ujung-ujung hati komot ni jugak aku bawak balik.
Mak hulur duit minyak, aku geleng je.
Memang aku tak gaji lagi. Takpelah.
Kat rumah aku tahan-tahan lagi.
Paksa diri senyum-senyum padahal skru muka dah ketat habis.
Dalam kete, meleleh gak airmata.
Aku bukan nak merungut, bukan nak simpati ke ape.
Tapi sedihlah.

Mana laaa bakal asben saya ni,
saye nak ngadu dengan awak.
Tapi celah mana la awak menyorok kat dunia yang fana ni.
Sampai sekarang saya tak jumpa.
Saya letih.
Saya penat.
Sedih-kecewa-tertekan-stweesss-benci!
Kalau nama awak Fahrin Ahmad, meh la sini.
Banyak benda saya nak cite ni..

T_________________T

23 comments:

Puan Capa said...

ya...saya pahrin amat..hehe

Mata Hari said...

alahai sian....faham tu perasaan tu..sama la kita...akak ni pun tgh dok tunggu...tak dpt Brad Pitt, anuar zain pun jadilah... :)

cik selamah kundang said...

haha.siap fahrin...dia sibuk suria dicordoba skrang dgn sariyanti.ko sabar sat

Masy said...

puan capa,
euuwwwwww nyah mana ngaku jdi pahrin ni hahaahahaha

mata hari,
tu diaaa selera tak hagak2 hihihi

cik selamah,
bkn dia dah balik ke? huhu

zonaku said...

haih......
aku nk seru macam ko jugak la.
ingat aku jer bawak hati suka dalam duka hujung mgu aritu.

achik said...

akak ni.. sedih2 sempat buat ending lawak.. ;p

Masy said...

zona,
jom seru-seru

achik,
tp ending tu serius gak per. heheh (huhuhu)

HEMY said...

sian ko...saya bukan pahrin ahmad nye pon...

tapi nak memahaminye pn buleh la adoi

Roza Ami Nanomiya said...

Ah Ah Ahmad ada ramai

en_me said...

masing-masing ada masalah sendiri masalah dunia.. fahrin ahmad pon ade masalah peribadi .. kehh

Masy said...

anul,
mekasihnya la aku ucapi adoinya pon..

kapten,
aku nak anak Ahmad tu! hahahhha

Masy said...

en_me,
sy bole tolong fahrin setelkan masalah dia.. bukan susahnya pon adoi.. hahahahah

PnConfused said...

kalo lase2 nak majuk dgn incik asben.. nk citer kt sapa plak weii??? ;)

❀aRaBeLLa❀ said...

elok-elok ngah feeling sedey bila terkuar nama pahrin terus terkekeh..

Andrik McVean said...

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

Zareda Norman said...

masy

bawa bawa bertenang dan sabar ya.. setiap kehidupan pasti ada cabarannya

Masy said...

pn confused,
cite kat blog jelah. hahahahahah

bella,
hihihihi tp ai serius laaa kat fahrin. camne ni? hehe

andrik,
thanks.. will do :)

kak zar,
gitulah ye.. terima jelah apa adanya. hehe thanks kak :)

Muhaimin said...

Banyakkan berdoa kak, tabahkan diri, kuatkan imaaaann, pasti jumpa jalan..

Masy said...

amin,
begitulah.. insyaallah... :)

Sierrauniform said...

aku dah melaluinya..mmg thrill laa dia punya sentapp...

saborlah..

Masy said...

rembo,
kan kan? haihhhhhhh

Mr PenyuBiru said...

cuba ngadu kat karam sigh walia. dia kan sedia menerima aduan rakyat. hehe

Masy said...

penyu,
tp dia bkn Karam Lindungan Bulan. hahahaah