Wednesday, July 20, 2011

685: Singapore Trip - Day 2


ok sambung.

Hari kedua di Kota Temasik dimulakan dengan bersarap di kedai SD2 semalam tu, kali ni tetap jugak makan nasik lemak hijau - cuma hari ni amek Set B. Set B ade sosej, telur mata dengan daging ayam sekeping2 tu.. apetah namanya. Dan masih lagi macam semalam, nasik itu tak cukup matang untuk dimakan. Namun aku redhaaaaaaaaaaa.. Tak order air sebab sebelum keluar tadi, aku dah minum Oligo go-go sesiap kat hotel. Jimat jimat.

Kemdian, kami pun berbondong-bondong menuju ke Universal Studio. Masih menggunakan khidmat MRT untuk sampai ke sana. Sesampai di sana, turun kat Vivo. Pastu memula dorang nak naik train ape tu nak ke Pulau Sentosa sebab kesiankan yang ade anak pinak ni. Aku plak prefer kitorang jalan kaki sebab nak lalu kat Sentosa Boardwalk tu, balik nanti dah penat-penat baru la naik tren. Syukurlah ideaku diterimapakai.

Owh sebelum tu kotlah ade yang tatau, Universal Studio tu dalam Pulau Sentosa. Kat Pulau Sentosa tu sendiri ade macam-macam. Gugellah ye.



Sepanjang perjalanan. Kecuali tang pokok tipu tu, tu dah masuk kat area Pulau Sentosa.

Kitorang pegi ni gamble je dengan tak beli tiket lagi. Kata pak gad Pulau Sentosa tu, kitorang sangatlah bertuah kerana hari tu pengunjung tidaklah seramai hari-hari biasa. Maka dengan itu aku cadangkan untuk korang, kalau nak pegi USS nanti, silalah pergi pada hari Rabu ye. Ingat. HARI RABU.


Memang tak lama pun kitorang dapat tiket. Pastu apa lagi, terjah arrr. Letak pic jelah ye.



Perkara pertama yang aku nampak lantas teruja seperti seroja adalah ini.


Berkobar-kobar mau naik! Dan berjaya menaiki kedua-duanya ya. Merah dan biru. Wihooooo!!!!! Mak girang!!!! Secara keseluruhannya, aku hanya berjaya menaiki 3 roller coaster saje. Tak puas hati. Kene pegi lagi ni.


Singgah makan kat Oasis ke apetah nama tempat tu. Ye kot. Amek wedges dengan air mineral saje. Wedges = SD4.90, air mineral = SD2. Makan untuk alas perut je..

Berada di dalam USS sampai petang. Ekcely.. malamlah jugak rasanya. Teman Kakak PA singgah Hard Rock. Aku tengok jelah. Macam biasa. Hehehehe.

Lepas tu, yang ade anak pinak dan sorang lagi staff terus balik hotel sebab penat. Kitorang yang lain meneruskan perjalanan ke Promenade sane. Nak gi tengok area Marina Bay waktu malam. Ok ini adalah tugas. Keje punya portion, takleh skip. Aku la rasa camtu, cam berdosa plak walaupun Mr. Sivaji takde.

Kaki sangat sakit tapi jalan jugak. Lawa area situ malam-malam. Dan agak happening. Gambar banyak tapi malas nak letak, boleh?

Dok jalan-jalan amek pic kat area tu dalam sejam dua kot. Takleh lama-lama sebab nak kumpul tenaga. Esok nak jalan lagi T________T

Aku kalau dah penat, akan duduk di mana saje tanpa mempedulikan pandangan masyarakat. Ada peduli sket laa.. sebab kalau tak peduli, aku baring je terus. Penat sungguh-sungguh weh, kaki sangat sakit! Balik hotel terus mandi sambil berlunjur kaki. Nak berdiri pun tak daya.

bersambung lagi. huhu~


13 comments:

❀aRaBeLLa❀ said...

awat x post gambau nasi lemak hijau tuh? rare..

YatT'S said...

wahh akak tak puas naik roller coaster ekk. sy naik junior je. penakut terutamanya biru & merah tuh.

HEMY said...

apsal roller coaster tu tak lompat lompat je ke setiap rel yg ada..baru caraaaaaa..

wah..nk gi gak singapore ngn baby.......mksud aku..baby aku..ahahaha

zonaku said...

dah lama x ke sana..


cewahhhhhh! ayat cam kerap bebeno... hahahahaaaaaaaaa

Masy said...

bella,
kat entry singapore 1st ade akak letak.

yatt,
best tuuuu... rugi woo tak naik hehehe

anul,
apa kau giler? hahahahaha

yelah2 dgn baby ko laa.. :p

Masy said...

zona,
ececececeh hahahahahha

en_me said...

sonok kanns..kalo leh pegi hari2 jakks.. ahaks

Muhaimin said...

External hard disk dah ok ey? Dah tak grrr dah ;p.

Masy said...

en_me,
klu free lg best.. hehhehe

amin,
tgh betulkan lg.. huhuhuhuu

Mr PenyuBiru said...

ala..harga tiket tak mention. entri ni kena karang semula dan letak harga tiket yer.hehe

Masy said...

penyu,
harga tiket Universal Studio ke? SD66 per person. sori lupe nk bgtau hehehehhe

Mr PenyuBiru said...

tak kisahlah tiket apa,janji masukkan harga.senang org yg tak pernah pergi cam aku ni nak buat bajet. maklumlah,nak pergi sana tak mampu lagi,kenalah buat bajet.hehe

Masy said...

penyu,
yg lain2 opis byr. takpe nanti aku tanye kt kakak yg arrange tu, aku bgtau ye :) sori2.. heheeh