Thursday, August 04, 2011

690: Vietnam - Part 2

Hari kedua. Berpecah kejap sebab hanya aku dan sorang kakak iaitu Kak Hijau (bukan nama sebenar LOL) yang berminat nak buat mende lain selain soping. Malam tadi kitorang dah cakap kat budak hotel tu yang kitorang nak gi jalang-jalang. Kat hotel ni ade disediakan pakej-pakej untuk pelancong nak jalang-jalang. Kitorang amek yang paling murah dan setengah hari sajork. Kene bayar USD11 = RM33 hengget. Kami nak ke Cu Chi Tunnel, tempatnye tu macam War Museum kat Penang tu la..

Sebelum pegi, sarap dulu. Nampak tu breakfast start from 6.00 am. Huhu. Lepas tu naik van, kutip peserta² lain dari hotel² sekitar dan bergerak-gerak khas.

Aku tengok dalam list, ade Irish, Australian, Mexican, lagi sape eh.. Yang dok seblah aku tu Irish. Dan dia racist, dia ingat aku tak perasan apa dia cakap dan apa dia buat. Terus hati aku terasa sedih dan terguris. Dan dalam diam-diam, sedikit mood nak berjalan aku terbang ke angkasaraya T_T

Perjalanan nak ke tunnel tu lebih kurang 2 jam, tapi kitorang tak terjah terus la ke sana. Singgah dulu kat tempat orang handicapped buat handicrafts. Spent time kat situ dalam setengah jam kot. Mengagumkanlah. Dorang ni kreatif tu.. Buat kraftangan guna kulit telur. Paling kreatif yang penah aku tengok orang buat kraftangan guna kulit telur ni adalah arwah nenek aku la, dia letak kulit telur kat ujung daun pokok lidah buaya laa.. buat gantung2 macam lampu laaa.. Adekah arwah nenek aku orang Vietnam? Ok merepek.


Yang corak bunga-bunga atas ni, haaa sume guna kulit telurlah tu. Orang tu aku tengok dia kobet sket² kulit telur tu guna kuku dia, pehtu gam buat bentuk cantik-cantik. Aku tengok pun rasa letih seluruh badan. Kagumssssss....

Dah habis kat situ, gerak ke kawasan tunnel tu. 45 minit gaklah perjalanan. Aku melayan perasaan jelah. Aku ni macam takleh handle sangat kot penolakan orang, nak-nak plak kalau strangers. Acaner nak keje obersi ni kalau asek kecik ati je keje mek? Hmmmm..

Dah sampai. Oh ye. Dalam van tadi dah siap-siap bagi duit tiket kat tour guide tu. VND80,000 = RM12++ la lebih kurang. Tengok tu amek pic pun tak ceria. Siyes terganggu betul perasaan aku ni hahahaha.

Lalu pengembaraan Upin dan Ipin pun bermula.. Aku letak pic je sambil cite sket, pape tak paham tanyelah ye.

Antara lubang tunnel yang ada.. sempit-sempit tu tak kuaser la aku nak try masuk, kang takleh kuar satu hal lak.

Hok macam busut tu sebenarnya lubang pengudaraan. Cerdik hoh dorang.

Ni sume trap yang dorang buat sendiri untuk perang. Bayangkan ketiak ko kene paku? Pergghhhhh terus bulu ketiak merajuk takmo tumbuh dah.

Kat shooting range ni boleh laa kalau ko nak merasa menembak guna M16 kaa apa kaa guna peluru betul. Tapi satu peluru = USD1. Minimum ko kene beli adelah 10 bijik bullet. Sekian terima kasih. Tapi perasaan masa tu memang macam berperanglah. Tanjat-tanjat boboi dengar bunyik pengpengpeng. Aku ni walaupun dari kecik duduk dekat-dekat kem sojar, skolah pun dalam kem, tapi takde laaaa dengar bunyik tembak² camni punye kuat. Huhuhu~

Lapar. Makan cekelat je. Nak kuar bekal roti, malu la plak. Dan rasa terhina tadi tak abes lagi. Poyolah aku. Mende kecik je sebenarnya tapi tetaplah aku tersentips.

Buat selipar pakai tayar je. Ade strategi peperangan jugak tu dorangnye selipar ni. Kemdian kitorang ke tempat seterusnya untuk aktiviti sebenar, iaitu masuk dalam tunnel tu. Sempit uols tunnel tu. Nak berjalan dalam tu kene cangkung pehtu bongkok, dan jalan macam tu. Ala-ala jalan itik tapi kene bongkok. Sakit ok kaki aku! Peluh toksah cakap laaaa.. bergarus-garus!

Dah laa sempit, gelap. Ko kalau ade fobia tempat sempit ni, toklah le ngade nak masuk. Takde turning back once dah masuk, ko kene jalaaaan je jugak. Seminit je pun mende tu, tapi untuk aku bagaikan setahun lamanya *over*.

Dah kuar dari lubang puaka tu, kami dijamu dengan makanan rasmi pejuang-pejuang kebebasan Vietnam pada suatu masa dulu (ayattttt) - ubi kayu rebus cicah kacang tumbuk+ gula dan teh pandan. Kalau laaa ade sambal, alangkah heavennya. Ubi kayu itu tak sedap sebab tak cukup empuk. Macam tu laaa agaknya dorang makan eh. Kesian....

Dah habis sume.. baliklah! Takleh tidur pun dalam perjalanan tu sebab lapar. Sambil dengar orang-orang putih yang lain berborak. Sedihlah. Hmmmmm..

Balik hotel, rehat sket terus bedal roti dengan serunding. Mak lapar nyah! Petang tu shopping lagi so.. takde lah pic. Hehehe.

Bersambungg.....

12 comments:

Muhaimin said...

Tapak perang US-Vietnam kak tak pi ke? ;p.

Masy said...

amin,
ade tapaknye ke? ntah2 yg akak pegi ni kot tapaknye. ntahlah. hehehe

Mr PenyuBiru said...

wpun ko cakap ubi kayu tu tak sedap,kenapa time time cenggini aku rasa cam sedap jer ubi kayu tu.lebih sedap dr pizza kut.hehe

en_me said...

ubi kayu rebus xde sambal xper cik masyy.. subernier maner subernier.. uhuhu

HEMY said...

nice....mmg sejarahwati la ko ni..ekekeke

citer skek apa irish lahabau tu cakap weh..

Masy said...

penyu,
ahh ko tu kalau aku letak gambau air longkang pon terliur gaknye heheheheh

en_me,
errrrrr.. nanti sy selongkar2 kot ade belen ye.. hehe

anul,
vell vell vell..

dia bisik2 dgn awek dia sebut 'malaysian muslim'. pehtu tangan kipas2 kat muka mcm nk kata busuklah ini olang. pagi lagi tuuu takkan busuk kot? otw tu mmg muka dia masaaamm je weh. sakit plak ati aku. huhuhuuhuhu

zonaku said...

lepas dah gian ko nk ke muzium perang kannn.........


errrr.. diorg yang biasanya x mandi pagi kan? pesal ko x laung asma ul-husna kuat²? x pun selawat kuat²?? kasik dia trs jemmmmm.... br mood ko ok, mood dia hancussssssss
hahahhahaaaa.. sialan itu orang! budusss!

zonaku said...

satu lagi, kelebaran cam aku mesti x muat kan nk masuk?

Masy said...

zona,
tp tetaplah nak pegi gak yg kat penang tu! tak kiraaaaaaaaa

klu pegi dgn geng2 sebaya, haruslah aku dah borak kuat2 dlm tu sambil jeling2 sket. borak guna alfatihah ke, dia bukan tau pon hahahahahha. benciiiiiiiiiii

hmmmm? bole jadi tak muat gak tu. hehehhehe

jedi said...

wah...bestnya...

Masy said...

jedi,
:) bole laa... hehehehe

HappyIrfa said...

kalau akak masuk lobang tu harus x leh keluar..huhu