Monday, August 08, 2011

691: Vietnam - Part Last

The only masjid yang aku jumpa kat sana. macam pesen kat Singapore gak, masjid celah-celah bangunan..

Hari last di Vietnam. Bangun takdelah gegas-gegas macam hari-hari sebelum ni, chill je. Pegi sarapan pukul 7.30 pagi, pehtu rilek-rilek. Malam tadi dah kemas pun barang-barang sume.. so.. layan tv, layan tido sket.. best tuuuuu katil hotel. Bantal best. Bukan senang nak jumpe hotel besau yang berbantal mengikut spesifikasi hati aku.

Pagi tu, aku dok terai baju yang ditempah aritu tuu.. Baju pesen Vietnam aku siap lambat, malam tadi baru dorang hantar kat hotel. So.. pagi tu pegi amek kat reception, terus terai kat bilik makcik-makcik sekelian. Mek sukeeerrr!!!!!! Ni yang tak sabo nak raya ni. Hep hep!

Sebelum balik bilik, terserempak dengan cleaner bilik tu hah. Apalagi aku.. terus mintak kopi ("kami bertiga mintak kopi, makciiiikkkkk.." - Pendekar Bujang Lapok). Ade ke patut semalam dorang tak topap kopi dalam bilik aku. Mana boleh! Dah la sedap, sukat-sukat plak huhu.

kopi ganja. kau tetap dalam anganku..

Kitorang kene check out pukul 12 tengahari, tapi mintak tambah sejam sebab nak solat siap-siap kat bilik. Yelah kat tempat orang ni bukan macam negara kita, ade surau di mana-mana. Lagipun dalam pukul 12.30 tu dah masuk waktu, makanya gitulah. Tambah sejam tu pun untuk satu bilik je, nak jimat uols. Sejam tu dicharge USD10 (x3= RM30 /5 orang = RM6 sorang). Disyaki budak hotel ni mandai-mandai letak harga. Korang nanti kalau pegi, hati-hatilah ye.

Pukul 1, keluarlah kami berdedai-dedai naik teksi. Aku tak taulah pulak brape kene bayau sebab dah bagi VND 100,000 (/6,330 = RM15.80) siap-siap kat makcik sekelian untuk setelkan. Tu siap dengan tip skalilah. Brape tah, nanti aku tanya.

Sepanjang perjalanan, kita layan pic sajork.




Dah sampai epot!

Sampai awal. Berkulat menunggu nak tunggu kaunter drop luggage tu bukak. Kata bukak kaunter pukul 2.20 petang, memang tepat-tepat lee deme bukak kaunter. Ade dorang kesah ko dah bertahun kat depan tu? Hahaha T_T

Nampak tak tv dalam luggage tu? 2 in 1 la kiranya. Macam ala-ala signboard tapi dimanfaatkan oleh dorang untuk letak tv sementara nak tunggu orang datang mintak wrapkan luggage :) Pandai angat-angat!

Patutnya departure pukul 4.20 petang, tapi delayed ke 4.45 macam tu. Stendetlah AA. Tapi memang cuaca tak berapa memberangsangkan pun..

Sepanjang perjalanan, ntah berapa kali plane terhoyong-hayang macam jin mabuk minum todi.

Tammaattttttttt.......~ :) *pheeewww*

12 comments:

Mr PenyuBiru said...

logo kopi tu cam orang muntah dlm sinki jer. so, ko muntah tak lepas minum kopi tu? hehe

Masy said...

penyu,
takde la pulak. sedap koooo.. klu ko pegi, aku nk kirim eh!

zonaku said...

korang ni imaginasi tinggi laaa.....
logo pun ko tilik sampai rupa org muntah...






hahahahhaaaa.........

achik said...

nak tengok baju vietnammmmmm.. ;p

Masy said...

zona,
penyu tu kan mmg suke bg soklan memesong2.. sbb tu tgk logo pon nmpk mende lain hehehe

Masy said...

achik,
tggu raya nanti akak snap ehehehehhehe

Muhaimin said...

Delayed 25 minit takpe, jangan 25 jam (saya pernah, sehari lebih delayed!)

Masy said...

amin,
tu diaaaaa... giler lama! dari mana nak ke mana tuh?

en_me said...

jeles jeles.. mana subenier.. uhuhu

salam ramadhan cik masy masy ittewww

Masy said...

en_me,
meh la amek kt shah alam, leh mkn sate skali eh eh eh hahhhahaahhah

HEMY said...

fuhuhuhu...baju raya vietnam ye...harapnya muat la sampai bila2...

ekekekkee....best ah gi vietnam..perasaan kt tmpt orang sekejap2 tu mmg best

Masy said...

anul,
insyaallah... hahahahahhaah

pegi tmpt yg kita x penah pegi, mmg best sesangat rasanya. hehehe