Monday, August 15, 2011

694:Cepat sikit bole tak???!


Sabtu haritu, aku dan geng-geng sekolah pergi berjimba sebelum berbuka puasa beramai-ramai. Lepas bersesak di Jalan TAR, kami bergegaslah nak ke Putrajaya, rancangan berbuka puasanya di Alamanda.

Dari Jalan TAR nak dekat zohor, so aku memang rasa resah je sebab nak jalan jauh ni tapi tak solat lagi. Dari area Sogo, terus ke Bandar Tasik Selatan sebab nak naik ERL pulak ke Putrajaya. Kire cepatlah sikit sampainya. Sampai kat kaunter tiket ERL, lengang je. Masa tu dah pukul 2.15 petang kot. Ada sorang budak pompuan tengah beli tiket. Aku tengok jadual, lagi 2 minit ERL akan tiba. Sempat ni, kata aku dalam hati.

MASALAHNYA! Pompuan tu tanya macam-macam pulak kat mamat kaunter tu. Cemne nak naik bas laaaa, ape laaaaaa. Yang mamat tu pulak, bila member aku dah depan muka dia, boleh pulak dia bantai borak dengan geng dia. BOLEH????!

Aku pandang jadual lagi sekali. 1 minit. OK sekarang aku dah panas hati.

"Bang! Cepat laaa sket bole tak? *tepuk tangan dua kali*. Kitorang tak semayang zohor lagi ni! Nak borak ke apa, karang-karang laaa"

Kan dah kena. Huh!!

19 comments:

Ainul Hayat said...

Cayalah Kak Masy. Kadang-kadang kena buat macam tu. Saya pun selalu terkena macam tu. Kalau kita tak rush takpela...huh

Masy said...

ainul,
akak pun sesekali je buat mcm tu.. hari tu mmg x tertahan betul rasanya. org dah la x solat lg, jauh lg perjalanan ni. macam laa member tu takleh nk diajak borak kendian2. benciiiiiii

en_me said...

bengang kanns.. uhuhu

Masy said...

en_me,
sangat. huhuh

HappyIrfa said...

MMG KENA SGT KALAU DAH BUAT CAMTU KEJE KAT KAUNTER..AKAK PANTANGGGG KALAU ORF KEJE KAUNTER SUKA SEMBANG..angin je

Abang Long said...

Nasib baik, kalau Abang long soalan nya mudah sahaja. Kalau awak nak sembang dengan bini awak, sembang dirumah. Eh, perempuan tu bini dia ke ? Hehehehe

Masy said...

kak irfa,
kan? tau la sorg je yg bli tiket tp kitorang ni mengejau tren. haihhhhhh...

Masy said...

abang long,
masalahnye yg sembang dgn dia tu lelaki gak.. huhuhuhu

zonaku said...

dah la org tu baru lepas kesesakan shopping di TAR, ngan letih, x solat lagi.....



PADAN MUKA!!!! dia jawab apa?

Masy said...

zona,
aku x surelah dia dgr ke x, tp pastu bergerak la dia.. tp pak guard tepi tu dgr rasanya.. huh!

Erina Asmawani said...

congtazz kakak..congtazzz! ;)

Masy said...

ena,
congtazzz ye hehehehhehe

jedi said...

xpasal 2 kena sound ngan gangster...hahahhaha

Masy said...

jedi,
gengster blom semayang lg tu yg marah semacam je, dah la penat. heheehhehhe

HEMY said...

lenkali ko tepuk dada..tanya selera..lagi cepat org tu respon

Mr PenyuBiru said...

ayat teguran ko tu kira ok lagi tu. patutnya ko cakap "sayang...tiket erl 2, anje nak cepat ni..." sambil mata kelip-kelip banyak kali. haha

Masy said...

anul,
tepuk dada dia? hahahaah :p

penyu,
takde masa :p weeekkk hehehe

Sinful_Angel said...

padannn

Masy said...

sinful_angel,
huhuhuhuh