Friday, August 19, 2011

696: Kalau korang, ape korang buat?


Ok la mende ni dah lama dah. Dah hampir setahun la kot.

Untuk yang dah folo blog ni dari tahun lepas, tau kan tahun lepas aku wat umrah bulan 3? Aku pun ade buat entry yang berjela-jela tentang tu. Tapi ade seperkara yang aku tak cerita. Sebab macam malas nak cite. Tetibe tahun ni baru nak cite, hahahahaha.

Kat sana, aku bertemu dengan seorang orang (memang laaa). Lelaki, muda, hensem tapi dah bergelar Haji *cough cough*. Sebenarnya dia kerja dengan travel agent yang bawak kitorang ni, cumanya dia handle group yang awal beberapa jam daripada kitorang. Group kaya (kalau diteliti laa). Aku terperasan kewujudan dia masa di Madinah. Ingatkan salah seorang jemaah, rupanya staff..

Memula ingatkan aku yang perasan, tapi bila seorang opismate aku bagitau.. memang betullah ada masanya dia curi-curi pandang. Mak cuak. Sebab mak datang nak buat umroh, bukan nak mengurat uols. Lagipun.. selalunya stok-stok cenggini haruslah dah ade yang punye, ye dop? Dan berdasarkan risikan sapetah, memang mamat tu dah kawen. Frust? Aaaaa.. tataulah.

TAPI! Dia pernah kawen. Means, sekarang dia dudaaa dudaaaa. Anak dah dua ye.

Hari terakhir di Madinah. Aku dan kakak opismate pergi membeli belah sementara nak tunggu Zohor. Masa berjalan-jalan dalam shopping kompleks tu, tetibe ternampak beliau kat ruang legar level B. Dia pun nampak kitorang, tegur sapa biasa-biasa jelah. Pastu kitorang nak balik kena la naik tingkat atas (G). Tengah jalan menuju pintu keluar, tetibe terdengar orang berlari kat belakang kitorang, aku pun dah siap ketepi sambil pandang belakang. Rupanya mamat tu, dia kejar uols.

'dah abes shopping ke?', tanya dia. Pastu ade la borak sikit-sikit sambil jalan keluar. Tapi takdelah pulang ke hotel bersama, sebab rasanya dia memang nak jumpe member. Eh lupe nak cite.. mamat ni memang familynya tinggal kat Mekah, dan dia pun lahirnya di Madinah. Habis kisah kat situ. Kita sambung cerita di Mekah plak.

Di Mekah, group kitorang dengan group yang mamat ni bawak dah tak sehotel (kan aku cakap, dia bawak jemaah kaya. so duduk kat hotel yang up sket laa). So masa kat Mekah ni, dah susah nak nampak dia, tak macam kat Madinah - tetiap masa adeeeeeeeeeee je nampak. Hahahaah. Tapi sesekali dia datang jugak kat hotel kitorang ni, makan ke ape ke. Check jemaah ke ape, tatau la aku.

Hari ke berapa tah yang kitorang pegi ziarah sekitar Madinah. Program haritu bergabung meletup dengan group kaya tu so adelah mamat tu kan. Dah la pegi sekali, naik bas pun sekali. Aku macam tak yakin je boleh muat sebab yelah.. dua group tapi satu bas, giler tak giler. Tapi sebelum buat keputusan, aku naik dulu bas tu - kot laa ade seat kosong. Elok je masuk bas, mamat ni terus lambai-lambai aku, pastu tunjuk seat kosong dekat dia. Owh. Dah cop sesiap ke? Hmmmm.

Sepanjang perjalanan, mamat ni berdiri je seblah aku. Sambil tanya itu itu. Sambil berbual-bual. Aku tak ingat keseluruhan. Tapi ade sekali tu, bas kitorang lalu kat area fun fair (ko jangan tak percaya kat sana ade fun fair hahahaha). Mamat ni kata, orang lelaki kalau nak pegi situ kene bawak isteri, gepren tak boleh. Pastu dia tanya aku,

nak pegi?

Errkkk.

Ok la banyak lagi kisahnya tapi malaslah aku nak cite detail, dah la ingat-ingat lupe ni. Sekarang kita ke kisah yang aku nak tanya korang ni.

Tahun lepas kita raya bulan brape? 10 kot eh. Ok.. Satu hari tu, aku dapat sms. Jemputan ke rumah terbuka Big Boss travel agent umrah ni. Dekat Shah Alam ni ha je.. dekat je. Tapi aku ignore sms tu sebab.. alaaaa.. Mr Sivaji pegi la tu kot, malaslah aku. Pastu aku pun terlupa nak tanya opismate aku yang lain, kot laaa dorang pegi.

Isnin. Aku tanye la opismates aku. Rupanya sorang pun tak dapat sms tu voley??? Aku macam.. okkkk..... takpe aku tanye Mr Sivaji plak. Sekali Mr Sivaji pun tak dapat sms tu ok! Apekah? So masa tu, semua orang assumed yang mamat tu laaa sebenarnya yang sms aku. Aku plak tatau nak buat ape. Makanya sms tu terpendinglah tak berjawab sampai sekarang.

Kalau korang. Korang balas tak sms tu? Aku simpan lagi sms tu, dengan nombor-nombor alternative lain yang turut dismskan pada aku.

Amacam?


#berdasarkan kata-kata staff travel agent tu, muka aku sebenarnya ade iras-iras ex wife dia. voleyyyy???

25 comments:

Erina Asmawani said...

Voleyyy!! kak, mungkin jodoh dari Mekah :)

k.e.r.i. said...

Alhamdulilah. lepas ni buat umrah free. boleh?

Ainul Hayat said...

Kak Masy,
Boleh jadi beliaulah yg SMS tu. Entah2 ini petunjuk dan petanda kak. :)

achik said...

awat pending lama benor.. err sms je la ucap selamat hari raya.. mana tau pastu ada sesi balas2 sms yg seterusnya.. ;)

HEMY said...

ada iras kang kena cerai lagi payah..takpe kita citer kat twitter

Masy said...

ena,
tak mcm dah lambat nau ke?

keri,
klu keje kt travel agent tu bole laa pegi umrah free hehehe

ainul,
hmmmmmmmmmmmmm mcm tu eh?

achik,
entah. akak pun tatau nape. kahkahkah

Masy said...

anul,
aaaaaa.. ok ok~

zonaku said...

apesal 'turun' ?????

apa salahnya kalau reply pun. kalau dia ingat, dia ingat la, kalau x ingat pun rasanya x rugi apa2.

mana tau kalau bertul ko berjodoh, blh memuah buat trip umrah. dengan diskaun la pastinya.......

rezeki yang baik sama dikongsi ye dak?

zonaku said...

aku bantah twitter2 ni.. x best la sebab aku x layan twitter... huhuuuu

Masy said...

zona,
ape yg 'turun'?

aku masih pikir2 lg ni hehehe

zonaku said...

'Aku simpan lagi sms tu, dengan nombor-nombor alternative lain yang TURUN dismskan pada aku.'

Masy said...

oooooooooooo x pasanlah kakak. jap aku betulkan. huhuhu

en_me said...

kawen sonok tau cik masy masy tewww.. tapi kalo kawen dpt gi makkah tiap2 bulan lagi sonok.. ekeke

Masy said...

en_me,
x abes2 ye hahahahhaha. yelah eh.. tp tatau laa tu..

kingbinjai said...

Wah bila dpt makan nasi minyak ni?

Zareda Norman said...

masy

give yurself a chance dear..

reply jer sms tu ucap salam nuzul quran ke.. selamat berbuka ke.. tanya khabar dan ucap terima kasih

no hal kalau dia tak balas but kalau dia balas, dont hesitate to the next step..

SZ said...

kalau hati rasa nak reply tu, reply kan aje.
voley sesangat.
hehe.




hai. 1st time komen,
selalu follow dari jejauh je.
:)

captainlukman said...

balas akak oi, jgn tak balas,kawan2 katanya bukan soh berchenta tros pun kan*wahh skali masuk trus komen blog org*

Masy said...

kingbinjai,
bila2 pun bole.. sila order di kedai mamak hehehehhehe

kak zar,
baeklah :D

SZ,
hai hai.. folo la dekat sket.. hihihhiihi

captainlukman,
hahahahahh!! baiklahhhhhh

hanisakura said...

salam,
sbb soklan tny "kalo korang, ape korang buat?", hani akan reply sms tny "ni sape ye sbnrnyer?" or just kol tny khabar :P

Masy said...

hani,
yaa.. itulah yg akak buat. kuikuikui

hanisakura said...

yaaaaa!! kt mmg sehati sejiwa :p. dah tu ader reply ke? cecite cecite

kakLuna said...

cer cer cer balas.tak cuba tak tahu.

Masy said...

ok ok hehehhehe

HappyIrfa said...

tetiba akak suka je baca