Wednesday, August 24, 2011

698: Iftar Geng Memuah Tahun Ketiga :)

haaa pic ni laa yang Keri kata muka aku cam Fazura tu. Faz tak kisah...~ :))

Rasanya betullah kan tahun ketiga? Yang 1st, kat Nyonya Kitchen, 2nd kat padang belakang mesjid Shah Alam. Betul betul. Dah dua tahun berturut-turut ni aku yang uruskan (kalau tak silaplah, rasanya ye), iftar kali ni dianjurkan oleh blogger retis kita, Jard heheheh. Kali ini, Little Pantry di IOI Puchong menjadi pilihan.

Dah beberapa kali aku tengok tempat ni sebenarnya, tapi tak pernah jengah. Mebi sebab decorationnye yang girly² tu membuatkan tak terasa nak singgah (cakap jelah takde bajet HAHAHAHAH). So.. Jard selaku penganjur telah sudi menaja RM120 bagi keseluruhan bil. Alamak ayat macam tambi. Macam ni.. Jard sponsor RM120 hari tu. Means kalau yang datang tu hanya aku je ke, kira makan free la. Lagi ramai yang join, lagi kuranglah jumlah sponsor untuk tiap sorang, jelas? Ke tak jelas? Hahahaha.

Kali ni, hanya Bella dengan Zona je yang tak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat disangkal lagi. Yang lain semua ada, alhamdulillah. Bawak partner plak tu! Aku dengan Keri jelah flying solo. Cadang nak bawah Aeril Zafrel tapi dia bizi la pulak.. lagipun kang orang kempius, ingatkan dia anak ikan ke ape.


Aku sampai kat IOI dalam pukul 6 petang la jugak, ke lebih2 lagi gitulah. Takmo lambat nau, kang tak dapat tempat parking best². Namun begitu alhamdulillah lagi sekali, aku dapat spot yang terbaeeekkk hehe. Jalan-jalan cuci mata sementara menunggu yang lain tiba. Menjelang pukul 7, aku, Wafa dan partner serta Aima dan suami dah menunggu depan LP. Tak lama lepas tu, datang pulak Erina dan suami, Jard pulak rupanya dah ade dalam LP. Masa tu tak pasanlah Keri dah siap-siap kat dalam ke ape. Lupe sudeh. Anul plak dah siap-siap tunggu kat surau.

Sebelum azan, mamat pekerja situ datang dan menyarankan kitorang (kitorang ke aku sorang? time ni memang agak kempius hahaha) gi amek makanan sesiap, aterrrr buffet katanya kan. Lalu.. kami pun menerjah.

menggiurkan. tapi aku tak tamak, aku amek sebijik je mafin. sedap tahap terajang BBNU

keri takut tetamu-tetamu yang lain menghabiskan makanan. hahahaha

aku tak nampak makanan sedap kat meja ni, so begitulah muka aku.

tapi sebab dah bayar, baik amek jelah pape pun. mana tau kot sedap ke *edisi sedapkan hati*

Variety makanan dikira ok la, cuma bab air je.. Tapi baguslah, bagi air masak je. Kan banyak makanan manis-manis.. kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman *cough cough*. Sementara tunggu waktu berbuka, kami pun bertukar-tukar kad raya (sape yang bawak jelah), fridge magnet (sape yang bawak jelah) dan mini tart (sape yang bawak jelah).

mini blueberry cheese tart a.k.a The Stressed Tart pemberian Aima. siap tulis nama kitorang lagi :) thanks!!

Dah masuk waktu, makanlah! Kemdian Anul dan wife tiba, dan makan. Dan mereka yang lain bergilir-gilir solat dan sambung makan. Yes. Tiada sekatan untuk solat. Lagi gambar.


Dah setel makan, tibalah masa untuk selebret sebeday Keri yang dah terlepas 2-3 hari sebelum tu. Kek ditaja oleh Wafa Sdn. Bhd. dan dimakan dengan penuh adab sopan serta kesyukuran oleh Geng Memuah Groups (M) Sdn Bhd.

Keri terharu lettewwwww hahahhaa

Dah siap makan kek pe seme, ape lagi.. challohlah! Tapi sebelum tu, kena laa berpicture-picturean. Tindakan ini sejajar dengan Undang-Undang Memuah yang telah digariskan sebelum ini yang berbunyi "sebarang perjumpaan dan pertembungan antara mana-mana memuah perlu disertakan dengan bukti berbentuk gambar pegun. COMPULSORY. denda akan dikenakan sekiranya gagal berbuat demikian". Undang-undang ini adalah yang pertama sebelum kewajipan membeli fridge magnet dikuatkuasakan dan berada di tempat kedua.

satu je sudah. banyak-banyak kang habislah kertas dalam blog aku. nanti cemne nak apdet lagi? hehe

Mekasih semua! Mekasih Jard sponsor sorang RM8, mekasih Aima bagi The Stressed Tart, mekasih Wafa bawak kek, mekasih Ena bagi kad raya, kat Keri nak terima kasih pasal ape eh? HAHAHAHAH!! (ok pembetulan. mekasih Keri bagi fridge magnet Bandung!) Aaaaahhh yang lain-lain tu, mekasih sebab datang!

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang gigi emas boleh dibayar (eh eh)
Hutang budi dibawa mati.

Sekian, pantun yang ade kene mengena sket dengan entry andai kau fahami sebagai penutup. Hehe.


#pic dari koleksi Jard, Anul dan Wafa.

20 comments:

Erina Asmawani said...

hohoho..sy bangga sbb join 3-3 iftar memuah even yg first tu lom ade memuah lagi ;)

Keri bagi FM Bandung ar kak..hoho

Masy said...

ena,
ha'ah laaaaaa lupe plak. hamagad hamagaddd nak betulkan stetmen skrg!

en_me said...

meriahnyerr uoolss.. bagus bagus, yg jauh kita dekatkan, yg dekat kita rapat rapatkan.. kanns

❀aRaBeLLa❀ said...

undang-undang tu x tahan okehh..hahahha

zonaku said...

waaaaaaaaaaaaaaaaa...........

yang first jer aku ada. itu kita sambut bday kueh.


x per, lepas ni kita buat trip holiday, aku join.


sesi breaking dawn ada x bulan 11 ni? nak beli tiket kalau ada. insyaallah!

zonaku said...

bab undang2 FM tu kan dah disahkan masa memuah holiday aritu kan?

Masy said...

en_me,
begitulah.. hehehhe. bila nk mensate ni? kuikui

bella,
hahaahahah tak sengaja tetobe dpt idea :D

zona,
betul2, kek wafa jugek yg jadi bahan time tu heheheh. aku on je!

iye kot, lupe dah :)

HEMY said...

hehehe..smlm aku pergi majlis buka skolah bini aku.ada saing2 cikgu dia ckp

"akil hay macam muka laki ko pn ada"

fulalalalala

Masy said...

anul,
ade bakat laaa nak berbini muda nanti ni hahahhahhahaha

Mr PenyuBiru said...

takut pulak aku baca undang-undang yg ko gariskan tu. macam ko sendiri yg gariskan jer.hehe

zonaku said...

COMPULSORY la...........


patut aku baca pelik! sampai ulang baca ni ha tau!

Masy said...

penyu,
tidak syak lg. hahahahahha

zona,
bagus pon org nmpk, saje je aku nk tgk sape nk tego. hohohohoho ok skrg dah tukau :D

aim-a said...

haah lah.macam fazura dari tepi.!!!

hahaahha.the stressed tart!!!

sgt best!! yezza...dah tahun ke-3.tp tahun ke-2 tu saya tak join.huhuhu

Masy said...

aima,
hah ye ke? *belek pic berjuta2 kali*

tu laaaa.. tapi ok la kan kali ni? ai loikeeeeee :) klu bella dgn zona ade sure lg best...

Jard The Great said...

makasehhh.. raya kita terjah rumah penyuk. di mana saja dia berada. haha

Masy said...

jard,
mekasih mekasih kembali.. hahahahahahha!!! mari kita serang!!!

Mr PenyuBiru said...

walaupun dilautan dalam.. korang nak terjah jugak ke.ehehee..

Masy said...

penyu,
klu ko bole survive di lautan dalam, takkan kitorang takleh kot. hahahhah

Super Nia Hana said...

ooooooooOOOOOOOOOOOOOOooooooo
barulah watashi paham mana datangnya nama Fazura di FB
ahakssss

psttt itu kanda jard ekkk

Masy said...

hana,
hahaahhahahh

ohh bukan. itu kapten. hehehe tp tatau la kot diam2 rupanya mmg dia ;D