Friday, September 09, 2011

702: Terima Kasih, Makcik Bibah

Sebelum bergerak pulang ke Melaka, aku ke bengkel dulu. Fahrin dah mula nak meragam sikit-sikit. Sebelum dia meragam secara besar-besaran, baiklah aku bawak dia jumpa doktor.

Sejam. Dua jam. Tiga jam. Nasib baik aku bawak buku sebijik, bolehlah baca. Lama-lama sengal gak punggung yang eksotik ni bila menunggu. Kebetulan ada seorang makcik baru sampai. Servis kereta jugak. Aku pandang dia, dia pandang aku. Aku senyum, dia senyum. Ok, saya suka pesen macam ni. Pesen yang kita senyum pastu pandang kita macam kita mintak sedekah memang pesen manusia mintak sup selipar.

Aku beralih tempat. Dekat sikit pada makcik tu. Makcik pun tegur. Aku balas. Bila lama-lama sangat menunggu ni ada masanya membangkitkan semangat aku untuk berbual dengan strangers.

Entah macamana. Terkeluar cerita pasal bujang-tak-bujang. Aku pun tak taulah apsal kalau borak dengan makcik-makcik, 8 out of 10 mesti akan keluarkan topik ni. Memang topik wajib kot?

datang sorang je?, tanya makcik.
ha'ah
tak ajak kawan-kawan ke mintak temankan, kata makcik lagi
semua keje cik.. saya je yang cuti ni hehe
yang lelaki ke..
ha?
suami tak temankan?, makcik kata lagi
kalau ada bolehlah nak ajak hehehe, kata aku
owh.. boipren?
Aku geleng kepala sambil senyum.
kirenya tengah mencari la ni....?, makcik pandang aku.
hmmm.. lebih kurang macam tu lah, aku senyum

Makcik pun berbicara pasal anak-anak dia. Semuanya lelaki. Yang sulung berumur 28 tahun, bujang lagi. Yang nombor 2, kerja chef. Yang bongsu masih belajar. Pandai budaknya. Makcik tu laa yang kata. Tapi gaya makcik bercerita langsung tak menjengkelkan. Sekadar bercerita, bukan nak membangga diri. Haa macam tulah. Kadang-kadang ada pesen yang bercerita tu sebab nak bangga-bangga. Sebenarnya kan, aku macam nak panggil dia 'akak', tapi dah dia bahasakan diri dia 'acik', aku layan jelah.

takpe kalau tak kawen lagi.. ada kereta sendiri, boleh jaga diri sendiri tak susahkan orang, kata makcik
betul betul, aku angguk-angguk
awak pun muda lagi kan..
muda tak muda jugaklah heheheheh
tapi tak sampai 30 lagi kan.. kata makcik lagi
err.. saya dah 31 dah cik

Makcik ternganga. Pandang aku tepat-tepat.

iye??? tapi nampak muda je.. acik ingatkan baru umur 27 tadi.

Owh. Patutlah dari tadi makcik dok sebut-sebut pasal anak sulung makcik umur 28 tu tak kawen lagi eh? Hehehe.



aku bawak buku ni pada hari kejadian. tataulah ada kaitan ke tak dengan kejadian di atas

18 comments:

zonaku said...

motip penceritaan ialah ko nk gtau ko nampak muda kannnnnnnnnnnnnnn?????????

Masy said...

zona,
HAHAHAHH!! kau memang memahami. aku suke. hahahahhhhahaha

jedi said...

hahaha....awet muda...

Masy said...

jedi,
ala2 laa.. hehehehe

HEMY said...

makcik tu mmg pandai jaga hati ko

Masy said...

anul,
dasar komen haters. hahahhahha

❀aRaBeLLa❀ said...

hahaha curlast!! tetiba ade lak buku "kaum yg pupus" tu kan..haha

Masy said...

arabella,
buku tu mmg dah lama beli tp baru nak baca hihihihiih

en_me said...

tengok nama penulis buku ingatkan kisah nabi harun tadik.. ihiks

tengok tajuk entri pulak, ingatkan ko dah tukar beli viva (ala sebijik nama macam makcik bibah tuu).. kehh

selamat ariraya cik masy masy, maaf zahir batin..

Masy said...

en_me,
nmpk sgt x baca entry kannnnnnnnnn :p selamat hari raya gak en me. maap 0-0 lah ye :)

en_me said...

cik masy, me baca baca.. ahaha

Masy said...

en_me,
baru laa entry baca lps baca komen ni kan? hahahaha tau dahhhhhhh

fnd said...

betul betul..nampak muda.pastu mkcik tu tak tanya ke kau pakai produk apa?

Masy said...

fnd,
takde pun.. dia cuma tercengang2 sajerk.. hahahahhah

Zareda Norman said...

dah beraya rumah cik bibah tak?

Masy said...

kak zar,
makcik bibah tak bg alamat.. kot tak bole dtg jengah hehehe

HappyIrfa said...

adui..gelak sensorang akak baca tau.nakal la baby ni..yg best part tu makcik tu siap bgtau anak sulung dia bape umur..hahahha

takpe..baby face mmg gitu le

Masy said...

kak irfa,
eheheheheh.. sy x buat pape pun kak :D mekasih2 hehehehe