Friday, September 23, 2011

707: Kisah Tacing Di Hari Raya


Orang lain dah abis cerita pasal raya, aku baru nak cerita ye. Hihihih.

Sebenarnya raya kali ni ok-ok je, macam biasalah aku. Tapi aku terspot dua perkara yang agak tacing untuk aku.. ahh.. ngade kan aku. Heheh.

1. Ramai anak-anak sepupu aku yang umur tak jauh pun dari aku. Siap ada yang panggil aku 'akak' instead of 'busu' walaupun dah banyak kali aku cakappp.. aku ni sepupu mak kau, apsal ko degil nau nak panggil aku akak? Awkward ok. Yang sebaya dan lebih tua dari aku pun ada hahahaah. Jangan pelik sangat, kan sepupu-sepupu aku mostly sebaya abang-abang aku. Yang 80's kid macam aku ni boleh kira dengan jari sebelah tangan (kid la sangat).

Anak buah sepupulah kiranya budak-budak ni kan. Ada yang memang aku dah biasa huhahuha sebab pembawakan diri budak-budak tu yang pandai menonjolkan diri depan aku. Means bila beraya tu reti laa cari mak sedara ni haa kat dapur. Kot yang pesen bersantai-santai seperti di tepi pantai tu mungkin takdelah close sangat gitu.

Tapi ada jugak yang aku jarang sangat jumpa - maksudnya setahun sekali pun belum tentu jumpa - pun rupanya ada yang masih ingat dan sayang mak sedara dia ni. Siyesly aku tak sangka mende ni ok. Ada lah yang sorang ni, rasanya last aku jumpa tahun lepas kot. Kalau ditelusuri sejarah lama, mebi dia rasa rapat dengan aku sebab masa kecik-kecik dulu, memang kitorang ni ala-ala teman sepermainan tiap kali aku ke rumah arwah nenek.

Mengejutkan bila pagi raya pertama tu masa aku tengah sibuk kat dapur, tetibe anak buah (anak abang aku le) datang dan bagitau, "busu, ade orang cari busu". Sape pulak sedara yang beriya benau nak jumpe aku, pacal yang hina ni kan huhuh. Bila pandang ke pintu dapur, rupanya budak ni. Terus dia datang bersalam cium tangan dan peluk aku sungguh-sungguh. Peluk macam peluk orang yang rindu, ko paham tak? Bukan peluk manja-manja je.

Nak balik pun macam tu jugak, siap cium pipi berbagai. Mek terharuuewwwwww tak sangke ade gak anak buah yang cenggitu yeww *kesat ingos*

2. Adik-beradik aku semuanya dah diajar dari kecik, bila bersalam dengan mak, abah, mak sedara / pak sedara, selain salam dan cium tangan, kene gak cium pipi / dahi atau kedua-duanya sekali. Ok aku dulu tak pandai cium bapak aku, sekarang menyesal ok (tapi at least beberapa tahun sebelum abah meninggal, aku ade gak belajar cium pipi dia. bukan ape, aku malu siot!). Jadinya bila aku dah ada anak buah yang berkoyan ni, macam tertunggu-tunggu pulak budak-budak ni buat benda yang sama.

Tapi memang takde la. Dapat dorang salam cium tangan tu pun dah kira syukur. Kadang tu bukan reti nak salam, tunggu aku panggil baru nak salam cium tangan. Lalu depan orang nak tundukkan badan tu lagi laaaa, boleh kira sape je anak buah aku yang buat cemtu. Haihhhhh... Tataulah kot sebab aku ni yang macam ais ke sampai budak-budak ni macam tu, tatau la. Rasanya takde laa ais sangat kot?

Tapi tahun ni ade kejutan sket. Ada sorang anak buah aku kali ni salam, cium tangan, cium pipi dan dahi! Complete set ok.

Oklah tu. Wakil untuk semua. Nak tunggu semua buat cemtu, mebi dorang nak tunggu aku dah kawen la kot. Baru la ade feel nak salam cium dahi mak sedara. Kot tak rasa macam salam kakak sendiri je, ye tak? HAHAHAHAHAH~

8 comments:

zonaku said...

hhhhhhmmmmmmmmmmmmmmm...........

HEMY said...

aku plak adik2 pompuan aku salam aku tknak pn cium2 pipi aku..skali2 nk gak adik yg cium..asek awek n bini je...ahahahaha

ber_u_wang said...

Ok la tu meriah dengan anak sedara.... Pas ni akan menurun plak kat anak sendiri dengan sepupu mereka nanti.

Masy said...

zona,
hmmmm?

anul,
ko suruh laaaa dorg buat. aku ni pun abg aku cium lg woooo.. aku je x cium dia sbb dia x suruh ahahahahhaha

ber_u_wang,
insyaallah.. kot ade rejeki nk beranak hehehehehhe

en_me said...

mensate bile mensate.. ahaha

Masy said...

en_me,
dah sihat ke? sy puasa minggu ni tu yg x contact tu. hmm.. kalau hari ni bole ke? ke nk blk kg? heheheh

limaedua said...

masy, dalam gambau sumo anak buah ke? wow, vouge mak sedare.. :)

Masy said...

kak ida,
yg baju ijau, kuning & baju pepel tu anak2 buah. heheheheh