Friday, September 30, 2011

710: Menstrual Cycle like a bicycle

muka Penyu dimekapkan atas sebab-sebab keselamatan


Hormon aku macam tak berapa nak betullah lately. Aku rasalah.

Mana yang tau, hmmm.. menstrual cycle aku macam tak berapa nak betul sangat. Kejap kang bulan ni ade, pastu bulan depan takde, bulan satu lagi ade, pehtu 2 bulan takde. Haaaaa biol tak biol. Kalau dah berlaki ni, haruslah tetiap bulan mak mertua aku kecewa sebab ingatkan aku pregnant. Tapi mende ni memang sejak azalinya lagi.. so tataulah nak komen ape.

Dulu kalau tanye doktel, jawapan dia simple but hurts - "awak kawen je". HAHAHAHAHA! Hurt laa sangat, takdelah. Cumanya macam.. ok... kawen tu boleh tak beli kat kedai hardware? Kalau boleh, sekarang gak saya besit Fahrin pegi beli kawen tu, siap beli lebih nak sedekah kat member-member lagi. Huhu.

Dan melalui kawan-kawan yang pakar, ada yang mensajeskan aku untuk amek pil perancang (so kalau housemate ko ade simpan pil perancang, jangan terus jump into conclusion - mebi dia ade masalah period jugek ok). Sorang lagi kawan aku pulak kata jangan!! Nanti jadi gemok. Ok terus batalkan niat secara serta merta berkuatkuasa hari itu jugek.

Orang kata antara punca menstrual cycle terganggu ni adalah kerana stress la apa laa. Makanya aku cubalah jugak untuk tidak menstresskan diri (macam la selalu stress pon?). Tapi sama je jugek. Lama-lama malas nak layan, aku biarkan jelah.

Kemdian tahun ni macam mengada-ngada pulak dia. Cycle macam ok tapi meleret-leret sebab 'minor bleeding' (if you know what I mean). Menyampah ok tapi takleh komplen nanti kang Allah stopkan sampai bila-bila baru padan muka aku. Untuk problem ni, macam-macam gaklah aku cuba. Minum coke, makan nenas, merentas desa, bertukang, menjala ikan, menebar roti canai, menyangkul tanah dan membajak sawah. Tapi semuanya nyata gagal. Selain itu, aku turut mencuba Jamu Mak-Takde-Dara, bole laaaa.. tapi tetaplah efeknye lambat.

Sekarang ni lain pulak.

Start bulan pose aritu la. Dibuatnya hal lagi. Dah laaaa minor bleeding, meleret-leret pun satu hal. Pastu dua kali lak tu! Ehhhhhhhhhhhhhh biadap ni.. kakak cubit nak? (nak cubit ape pun tatau T__T). Tapi itulah... lumrah alami so takleh nak bising-bising sangat. Elok je dah raya ketiga, beliau tiba lagi. Kali ni bleeding yang sederhana, tapi tetaaaaaaaaaaaaplah meleret-leret sampai nak dekat 2 minggu. Bila macam ni, ade sedikit gusarlah. Bukan gusar amendelah kan.. takut tak dapat nak buat puasa 6 macam tahun lepas T__________T huhuhu. Tu sebabnya bila abes je MC ni, aku terus puasa 1 hari selang, 5 hari dairek. Elok² je abes puasa 6, aku MC lagi!

*pengsan*

Sekarang ni tengah MC ni la. Bila tengah piyet ni kan.. memang sugar craving satu macamlah. Aku tahan-tahan gak tapi ade harinya terlajak juga. Balas balik dengan air masak tu dah semestinya. Tapi tengah hormon ko meledak-ledak ni kan.. macam.. takde.. apa-apa.. perubahan pown.

So semalam Mr. Sivaji bising, katanya aku dah gemuk balik T___T Aritu masa puasa dah kurus dah kata beliau. Hukhuk. Salahkan MC saye, please. Salahkan diaaaaa jangan salahkan kuuuuuuu *nyanyi*.

Sekian. Penjelasan panjang lebar kenapa aku gemok sekarang. Sape tanya lagi, siap! Aku buat semayang hajat, doakan korang pulak gemok 10 kali ganda daripada aku. Huh!

haa tu ade Redmummy. korang suke nau eh aku ubuh nama dia. meh aku letak dengan pic siap. hahahahah!

9 comments:

Mr PenyuBiru said...

dalam banyak-banyak perkara ko cuba tu,satu perkara lagi ko tak buat...

naik bicycle..

maybe nampak meneutral semula mesntrual ko..

Mr PenyuBiru said...

lupa. sepatutnya aku nak komen apa kaitan gambar raya aku ngan mestrual ko ni. haha

Masy said...

penyu,
haa yelah eh. kene beli beskal ni. huhuhuhuuh

hahahaha saje je, punye la takde idea nk cite psl raya aritu hahaahahah

zonaku said...

kalau ada jual kat memana gtau eh... kot la ada diskaun ker.. pakej ke.....




hahahahaa..... xpe la jugak jenis sesuka hati ni... ni dolu2 sopan sokme, sekarang sudah rebel.... lagi pening!

Anonymous said...

Kak Masy,
Why don't u try Maajun Anggun Bistari (MAB). It's same mcm family planning but it also help with your menstrual problem and also control your weight gain. Ianya tak menguruskan cuma mengawal selera makan so leh maintain berat badan. Yang penting, it's doesn't use chemicals semuanya herba2 asli..so, insyaallah selamat.
Sekian, mencuba

HEMY said...

penyubiru nye gambar tu maybe doktor menstrual..ahahahaha

bicycle pn buleh gak hok...try lee..

jgn guna planning2 pil ni la..kang terplan smpi dh kawin bertahun..haru jee

Masy said...

zona,
orait! hehehehe

anon,
mahal tak? org bujang bole mkn tak? mekasih ye :) hehehe

hemy,
hahahhaha..

nk berbeskal tu menarik gak.. ade sape2 nk folo sayep?

betul2.. risau gak tang tu huhuhuh

Anonymous said...

aku ade problem same jugak dgn ko..tak regular sejak bethn2 tapi skali tu dia dtg melambak2 berhari2 sampai jadi lembik selembik2nye. terpaksa warded. hemoglobin dah kurang sgt2. doktor cek2 bagitau darah yg tak kluar monthly tu melekat kat dinding ovari kita pastu bila dah byk sgt tulah dia turun tak hengat2 tu. so seeloknya cek doktor pakar, dia akan bagi pil hormon bagi turun setiap bulan. kita kekurangan hormon apatah tu pasal dia tak turun bulan2...

Masy said...

cik anon yg tak ketahuan namanya,
aku penah dgr gak pasal mende ni. nk jmpe doc pakar pun ade dlm perancangan, cumanya tatau celah mana nk g n x tau kosnya berapa. huhu