Friday, November 25, 2011

732: Sindrom Hati Lembut


Rentetan peristiwa ini.

Petang semalam, Kakak Insurans call. Menyampaikan berita bahawa bukan duit aku je yang kene sapu dek Minah J, ex-staff dia tu. Baru sebentar tadi, duit kawan dia (Kakak Insurans) tu pun dikesan dah kena songlap. RM8k++. Giler.

Kawan dia macam nak buat report polis. Dalam hal aku, aku memang tunggu masa je nak buat report. Memang duit aku yang disonglap tak sebanyak kawan Kakak Insurans, dalam RM900 tu but still, duit aku kan? Hak aku kan? Yang paling aku marah sebenarnya sebab Minah J tiru tandatangan aku untuk buat polisi insurans baru untuk cover balik polisi pertama yang dah lapse sebab dia amek duit aku tu!

Rascal sangat kan kau tu?!

Aritu aku dah cakap dengan Kakak Insurans, suruh Minah J tu call aku. Aku nak cakap sendiri dengan dia. Aku nak dengar suara perempuan yang dah pecah amanah, pencuri, pensonglap, perampok dan segala macam peeeeeee tu. Aku nak cakap dengan dia!! Aku dah kata, kalau dia tak call, kita jumpa jelah kat akhirat nanti.

Tapi sampai ke saat Kakak Insurans tu call semalam, masih lagi takde panggilan. Dan aku benci mendengar dialog-dialog dia pada Kakak Insurans (yang diceritakan semula pada aku oleh Kakak Insurans) tu. Siyesly, apsal aku tak rasa macam kau menyesal? Macam benda tak ada apa sangat je?

Badawa rascal sangat ye kau ni??!

Aku cakap dengan Kakak Insurans. Aku bagi masa sampai Ahad ni je untuk dia call aku. Ahad ni. Kalau tidak, dengan tanpa ragu-ragu dan kesian, aku akan buat report polis. Aku peduli apa kau ada famili, peduli apa kau ada anak-anak??

Tak lama lepas tu, Kakak Insurans sms.

'Masyita... dia ada dgn akak ni. Tengah menangis. jap lagi akak suruh dia ckp dgn Masyita ya'. Ok, aku balas. Selang beberapa saat lepas aku reply, Kakak Insurans call. Dan passkan telefon dia pada Minah J tu. Aku tunggu.

Menangis. Dia menangis sampai tak boleh cakap. Aku diam, aku tunggu dia cakap 'hello' dulu. Akhirnya dia bersuara dengan tersedu-sedu, dengan tersekat-sekat. Soalan pertama aku ialah.

'Saya nak tau dengan siapa saya bercakap ni'. Dua kali dia terpaksa ulang sebab aku tak dengar dia sebut nama dia. Yelah tengah nangis bersungguh-sungguh la kan.

'Kak.. betul ke akak nak report polis? Tolonglah kak.. jangan buat report polis..' dan panjang lagi dialog dia merayu-rayu. Aku nak marah pun jadi tertahan-tahan. Tapi aku bersuara jugak. Cumanya takdelah sampai menengking, sampai tinggi suara. Aku sebut dua tiga point kenapa aku rasa marah sangat, kenapa aku rasa perlu buat report.

1. Kalau aku diamkan, dan semua orang yang duitnya dirampok oleh minah ni mendiamkan diri, lepas ni macamana? Amek duit orang, nangis sket, mintak maap - dah. Setel. Macam tu? Wah wah wah. Banyak jelita kau punya perangai.

2. Insurans aku sampai LAPSE pasal kau. Kalau dah lapse, maknanya takde coverage untuk aku la kan? Kalau apa-apa jadi kat aku masa insurans tu lapse, macamana? Kau nak tanggung semua bil kat spital tu? Kau nak cakap apa kat waris aku???

3. Tiru tandatangan. Pemalsuan dokumen namanya ye adik (itu pun kalau betul kau tu adik). Ni dah memang kes ni. Sign aku yang begitu pun kau pandai tiru ye. Belajar dengan ex-staff opis aku ke? (ok ni kes lain). Bahaya ni.

Lagi teruk dia menangis-nangis. Dan kau tau apa jadi pada aku? Aku jadi tak sampai hati (ketuk kepala sendiri). Aku jadi kesian. Sebab? Sebelum aku ceramahkan dia kaw-kaw sampai tahap keluar ayat 'awak sanggup bagi anak-anak makan duit haram' tu, aku tanya dia satu soalan yang betul-betul aku nak tahu selain daripada nama dia.

'Awak amek duit tu sebenarnya untuk apa?'

Untuk anak-anak. Suami dia penagih, dah masuk pusat pemulihan. &^@%^#@%@#*@#)(@#^ Aku nak marah. Kau ada kerja kan? Bila aku tanya, ada adik beradik lain tak? Kenapa tak mintak dengan diorang? Kenapa lebih sanggup curi duit orang daripada mintak kat sedara sendiri? Dia ada jawab tapi aku tak dengar. Aku lebih dengar tangisan dia daripada jawapan dia yang tersekat-sekat tu. Malas nak suruh dia ulang.

Aku cakap, aku masih tak tahu lagi macamana. Lupakan semua ni ataupun tetap buat report polis. Dah abis cakap, letak telefon. Aku termenung.... Kemudian SMS masuk. Daripada Minah J.

'Assalamualaikum kak. Ni ** (nama dia). Ni no tepon saya. Saya minta maaf ya kakak'

Aku termenung lagi. Aku mencari balik kewarasan. Aku punggah balik rasa kemanusiaan. Aku bayangkan aku di tempat dia. Aihhh susah. Sebab setakat ni, tak pernah pulak aku teringin nak amek duit orang walaupun tiap-tiap bulan aku dapat duit sewa rumah tu. Nak guna kejap kendian ganti pun tak pernah lagi. Walaupun budak umah aku sendiri pernah suruh aku buat macam tu masa aku sesak-sesak dulu.

Aku bayangkan lain. Bayangkan dia adalah orang yang aku kenal. Kakak² ipar aku misalnya. Sedihnya kalau dicaci maki walaupun dah mintak maaf. Sedihnya kalau dah meletakkan rasa malu di tapak kaki tapi tetap tak diendahkan. Aku tak mahu. Kalau ada kesilapan dan tersilap langkah yang dibuat oleh kakak² ipar aku pada orang (ni konon-konon), aku pun mahu diorang dimaafkan.

Kesian. Jadi kesian.

Aku tanya Kakak Insurans, kawannya yang disonglap RM8k++ tu buat report tak? Tak, katanya. Kalau yang ditipu lebih banyak daripada aku pun sanggup memaafkan, takkan aku tak boleh? Kalau aku di tempat dia yang membuat kejahatan atas dasar terdesak, pun dah tentu aku kepingin dimaafkan, dilepaskan.

Hmmmmm...

Minah J,
bergembiralah awak - jangan sedih lagi. Akak lepaskan awak kali ni. Janjilah, lepas ni janganlah buat lagi. Macam akak cakap semalam, awak nak ke anak-anak awak buat macam ni pada orang lain bila dorang dah besar? Awak sanggup ke nak tanggung malu atas kelakuan dorang, sedangkan yang mendorong dorang dengan rezeki haram tu adalah awak?

Aku mohon padaMu ya Allah. Ikhlaskanlah hati aku.

24 comments:

hanisakura said...

T_______________________T itu je sy bleh ckp.

HappyIrfa said...

siannya dia..mungkin dia sgt terdesak.tapi camner ngan insuran yg lapse tu?

Masy said...

hani,
wuwuwuwuwuwuwu

kak irfa,
dah lapse tu xleh nk watpe dah.. so depends pada polisi baru yg dia sign tu lah. sabooo jelah mek T_T

achik said...

kesian tp pada masa yg sama cara dia tu agak melampau la kan sampai tiru signature bagai.. haih!

*SiRibenMerah said...

tiada kesian bgmu..
kena ajar cukup2..

saya pon melibatkan kawan baik sendiri(agen insurans) yg mkn duit saya tuh..
kes sama cam akak..
skang bg dia setel ngan company dia utk pulangkan duit tuh..
if not, mmg terpaksa report polis..

akak kesian kat dia. sbb dia nangis..
nnt family akak menangis sbb takde sapa nk tolong byr bil spital if jadi apa2.. time tuh akak igt menangis dia lebih UTAMA ke dari air mata yg bakal mengalir dr family akak..
jgn kesian kak.. bukan akak sorg mangsa.. ada org lain.. 8k? ehh hebat anak2 dia belanja mewah ke smp 8k??
org camtuh bangsat.. sbb tuh adik beradik sendiri tanak tolong.

fikirkanlah..jgn menyesal kemudian nnt..

*saya igt dialog citer korea(translate)- kalau semua maaf tuh berguna, buat apa ada polis kat dunia neh.. langgar org, mintak maaf.. rompak bank-mintak maaf..bunuh org- mintak maaf.. so, aman damai tenang je dunia neh kannn..sbb buat salah besar or kecik, mintak maaf- settle.. purff!

Masy said...

achik,
tu laaa huhuhu

iyra,
ahhhh... iyra buat akak dilema la. huhuhuhu. akak pun ade pikir gak pasal dialog korea tu. haihhhhhh cemne ni T_T

*SiRibenMerah said...

dilema sebab kesian kat penipu..
jgn wat lawak la akak.. sedih!

wak gelas said...

wak pon nak pinjam duit dengan masy laaahh jugakkk... eee wak dah datang nih nak komen komennnnnn....

Masy said...

iyra,
huhuhuuh yelah2. tp ade idea lain utk mende ni hehehe

wak gelas,
pinjam? duit sendiri dh kene kapur, camne nk bg org pinjam?

zonaku said...

kesiankan diri n keluarga sendiri.............



kalau ko kesian pd org y sengaja buat jahat camtu, baiklah 900 tu ko sedekah pada aku...... at least ko redha senangkan kawan sendiri secara halal...


::sori, aku mmg jahat hal pecah2 amanah ni::

Masy said...

zona,
tu lah. aku fikir2 balik. rasanya aku x report memandangkan duit tu akan dibayar balik. cumanya aku akan folo cadangan syah shah utk buat agreement utk payment tu. in case dia x bayar THEN aku akan report polis.

fair enough kot? or not? huhu

*SiRibenMerah said...

iyra setuju psl agreement payment tuh.. btw, 'kawan' iyra tuh br je bank in kan nilai kerugian iyra didalam akaun.. yesss.. berhasil!
ai kaya... tapi, tgh duk bincang2 blk ngan company insurans tuh nk tuntut balik policy ai tuh.. kalo leh continue, nk buat perjanjian baru..

*hurm, jgn bg muka sgt kak.. nnt dia pijak kepala akak.. skali tgk anak2 dpt IPad2 sorg seketul hasil duit 'kesian' yg dicuri mak dia tuh.. *

sentappp~

adra217 said...

tak mengapalah..hari ini kita maafkan orang, insya allah satu hari nanti orang pula maafkan kita..iye tak?

Mr PenyuBiru said...

1. aku tak faham sgt macamana dia boleh songlap duit ko tu. ko bayar duit insuran melalui dia ke?

2. dalam kes ko ni - mana-mana tindakan yg ko ambil takde salah.kalau ko report polis pun tak salah,kalau ko tak report tapi maafkan dan beri peluang sekali lagi pun tak salah jugak. tindakan ko maafkan dan bagi peluang tu aku rasa dah bagus, dgn harapan org tu menyesal dan tak buat lagi dan seterusnya berusaha bayar balik duit ko tu.

syah shah said...

beri peluang dulu is fair enough... tapi memang kena hati-hati lebih sikitlaa... agreement tu penting... dah ada hitam putih, dah bertandatangan, loyer terel camne sekalipon takleh nak kata apa dah just in case dia buat hal lagi... :D

Takpe kak, kita bagi peluang kat orang hari ni, lain hari ada orang bagi peluang untuk kita pulak... :D

zonaku said...

dialog citer korea tu cam penah tau.. citer apa eh?



bc komen2 syah n penyu n lelain pasal maafkan tu, aku rasa sgt jahat..... buatla y terbaik y ko rasa nk buat.

Erina Asmawani said...

kakak..hatimu sangat suci. Moga rezeki akak melimpah ruah lepas ni sebab maafkan & halalkan duit tu. Allah tu maha Adil dan Pemurah ;)

fndrck said...

Hati emas,mahal hati kau ni.

Anonymous said...

wah, kak masy! terharu-biru adhek baca citer ni. bak kata mak adhek, baju yg bersih bersepah-sepah bleh dicari tp hati yg bersih sukar dicari. hehehe.

Qas Firdaus said...

1. betul ke ape yg dia claimed tu, ckp lagi penagih n whats not tu kak?

2. klu qas, nak ikhlaskan hati tu mmg payahhhhh. unless kalau dah terlupa.

3. OMGOOOOODNESSS tak sangka akak still guna layout ni. :D :D :D dari i belum ada anak, sampai dah beranak sorg dah i ni. :D

4. perghhh lama siak tak komen sini. im chowiiiiiiii. :)

5. selamat tahun baru isley.

6. bai. XOXO

Masy said...

iyra,
oleh kerana xnk nmpk mcm bagi muka sangat, itulah timbul keinginan nk folo idea utk buat agreement. rasanya fair enough..

adra217,
harap2 macam tu lah :)

penyu,
1. aku bank in terus kan acc kakak insurans. minah J tau paswed mebeng2u dia. tatau camne dia transfer /keluarkan duit tu. hmmm

2. kan kan

syah shah,
hmmm... harap2 mcm tu la.. :)

Masy said...

zona,
bukanlah jahat, cumanya bertegaslah kot. aku jenis fleksibel (kadang2 terlalu la pulak). ntahlah, tatau nk cakap. hmmm...

erina,
alamak.. heheh takde la suci mana pun. amin....~ :)

fndrck,
rasa nak gadai je pulak. hahahaha

adhek,
hehehheheh

qas,
1. kakak insurans tu pun kata gitu. kita anggap gitu jelah

2. huihh.. memang. kalau tak sebab kakak insurans tu nk bayarkan bagi pihak dia, rasanya dah lama den heret gi balai

3. tu laaaaaaaaa.. bila nak tolong tukaukan ni?

4. issokay ;))

5. u too

6. XOXOXOXOXOXO hohooh

Mr PenyuBiru said...

aik?? kalau camtu ni kes kakak insuran tu ngan minah J.kakak insuran tu aa kena bertanggungjawab sebab ko dah bank-in ke akaun dia.apa jadi duit dlm akaun dia,dia aa kena bertanggungjawab.

lepas ni ko bayar insuran terus masuk akaun insuran aa senang.tak payah pakai org tengah. kalau Prudential,bleh byr thru mebeng2u

Masy said...

penyu,
memang aku dah start bayar online. guna cimbeng klik. sbb tu dapat detect pasal kes ni sebab tetobe je aku ade dua no polisi. huhuuhhu