Tuesday, November 29, 2011

733: Kemalangan Yang Bizzare

Selasa lepas. 22 haribulan November, 2011.

Macam biasa, aku keseorangan kat opis pagi-pagi. Memang selagi belum jejak 8.30 - 9 pagi, takde orang pun yang sampai kat opis tu. Aku je yang datang awal. Hehe.

Dalam pukul 8.15 pagi gitu, tetibe je aku terdengar sepesen bunyik yang bapak segala kuatnya. Ok tipu. Tapi.. camne eh nak cakap. Macam orang tarik shutter opis tapi 4 kali ganda kuatnya. Aku dok terpikir, sape pulak dok tarik shutter ni. Kan tadi aku dah tarik siap-siap. Pastu aku dengar bunyik kecoh-kecoh, macam orang menjerit-jerit pun ade. Ah sudah! Ade orang terlanggau kete aku ke????!! Apa lagi, berdesup aku berlari keluar.

Sekali tengok.

Apakah??!!!! Even worst! Kereta makcik sudah menyodok kedai runcit sebelah opis aku rupanya. Hamagadddddd. Masa aku snap ni, ade sorang lelaki dah tolong mereversekan kete tu. Demmmm lambat aku ni. Kalau masa dengar bunyik berdentum tu aku terus keluar, mesti dapat tengok situasi yang sebenar.

Yes. Tabrak masuk kedai orang, siap terlanggau orang lagi. Aku syak kete ni sudah terlenyek kaki kakak tu. Sebab sampai koyak. Koyak stokin laaa... bukan kulit dia. Memang takde darah tapi kakak tu sampai takleh bangun pada asalnya, terpaksa orang ramai tolong dia bangun dan dudukkan atas kusi tu. Sian dia nanges-nanges.

Jangan panik. Minyak hitam, bukan darah ye.


Asal kedudukan rak kat nombol 1 tu adalah di nombol 2 tu ye. Tong eskrem tu pon berganjak kedudukannya. Pergghhhh.

Cemne laaaa sampai boleh lintas longkang ye. Punye la pecut gaknye.


Masa ni orang ramai dah mula bersurai. Polis dah bawak kakak yang kene lenyek tu gi klinik. Tinggallah orang kedai runcit terkapai-kapai memikirkan masa depan. Hmmmmm. Dengar cerita, makcik yang bawak kete tu sebenarnya nak parking sebab macam nak pitam, pastu gaknya tersalah tekan minyak lettewww instead of break kan. Tu lah padahnya bawak kete auto (eh eh). Kalau bawak manual cam aku, insyaallah takde kejadian macam ni. Insyaallah laaaaaa...

Bak kata opismate aku - makcik ni nak meraikan kemenangan gol Malaysia (yang lawan Indon tu) agaknya, terus dia pun masuk gol dalam kedai mamak ni LOL.

blogger-emoticon.blogspot.com
Sekian laporan saye. Hehe.

21 comments:

*SiRibenMerah said...

mujur akak x jd mangsa kejadian..
kalo tak insurans x cover..

oooppssss..
eh ehhhh~

malang tak berbau kan kak..
sbb tuh kita kena sediakan payung sblum hujan... :p~

Si Gadis Semasa said...

ish ish ish . boleh dia lompat longkang tu . hebat .

nasib baik makcik stokin koyak tu tak cedera teruk .

Masy said...

iyra,
opssssss hahhaha

tu laaa....

SGS,
camne la agaknya keadaan masa melayang tu kan. huhu

wak gelas said...

wak pon sukak pakey kete auto jugakkk... X yah kena pegang batang gear tuu selaluu.. dan kalo tengah jam giler bagaii memang rasa dunya wak yg punyahhh... ekekeee2 eee wak dh datang nih nak komen komennnnn.....

HEMY said...

siannya...mungkin tak sempat brek betul kot nk pitam..then kompem tak jadi pitam sebab dh langgar kedai.

tp tak sesadis kemalangan yang keta laju gile terkuar dr highway langgar orang isi minyak kat pam tu..yg tu lagi sadis

Masy said...

wak,
yelah ade baik ade buruknye ye tak huhuh

anul,
mmg tak jadi pitam pun. terus sihat walafiat heheheh

yg tu mmg malang habislah... x masal2 je huhuhuh

zonaku said...

dah jadi camni, sapa y tanggung semua kos? repair kedai/ganti barang, bil klenet, trauma dsb?

Anonymous said...

bak kata boboboi adhek, 'terbaaaeeek!' bala...bala...hehehe.

Masy said...

zona,
ntah, x tanye pulak

adhek,
yg penting takde nyawa yang melayang, dah kira syukurlah tu.. hehe

Erina Asmawani said...

OMA! OMA! syukur xde kemalangan jiwa & nyawa berlaku..uhuk uhuk

Masy said...

ena,
tu laa.. mujur . syukur...

iemah said...

kejadian camnie gak penah jadi kat ayah n mak iemah bbrp tahun yg lepas..bukan kena langgar, tp ayah yg hampir nak langgar kedai ms parking. tu arr keta auto, dh tu ayah suka sgt bila parking letak kat 'N' jer..ms tu mak n anak-buah ada kat seat passenger sblh. nasib baik ms tu ayah lom jauh dr situ. tp teruk jugak keta, remuk kat dpan sbb langgar tiang kat tepi, siap langgar sket keta sblah (pecah lampu keta org tu) n sebijik motosikal yg parking dpan keta tu. kopak jugak ayah kena byr masa tu. yg bestnya kejadian berlaku tak jauh dr opis lama iemah dulu. ms kejadian, muka tauke kedai souvenir tu dah pucat dah..dah kedainya berdindingkn cermin kat belah dpan tu..huhu

Masy said...

iemah,
laaa ye ke? ekcely opis akak ni pon dinding kaca. kalau laaaaaa opis ktorg yg kene, memang laaa haruuuuuuu..... huhuuhuuuh

fndrocka said...

kau boleh jadi wartawan metro separuh masa

jedi said...

kesian akak tue...

kemalangan tak berbau...

Masy said...

fndrocka,
susah gak sebab aku jenis tunggu je berita smpi, nk cari mmg tak rajin. hihi

jedi,
tu laa.. huhuhu

syah shah said...

kalau baca laporan cenggini gaya kat sokabar, nak kesian pun jadik ketawa mengekek... hahahahah :P

tapi alhamdulillah laa takde nyawa yang hilang walaupun terpaksa hilang sket harta... hoho~ :D

zino said...

settle luar ke settle dalam tu

Masy said...

syah shah,
hehehehhee.. tu lah.

abah zino,
tatau la abah, sy x tanye plk huhu

Super Nia Hana said...

bbtol dia meraikan ekk..
watashi harap masa dia langgar msk dalam kedai tu dia tak angkat dua dua tgn smbil bersorak
huhuhuh
heharap mangsa cepat pulih fizikal dan mental

Masy said...

hana,
hahahahhaha kelakau lak klu bayang cenggitu!

harap mcm tu laa.. insyaallah..