
Sebenarnya 2 hari lepas, ada seseorang mencari aku semula. Selepas entah berapa tahun senyap. Senyap tu bukanlah bermakna aku dengan dia dah tak bertegur ke ape, tapi yelah.. masing-masing ada tanggungjawab sendiri. Dia pun dah kawen, ada anak dua orang. Pajadah nak cari-cari aku sangat kan. Kang bini kerut-kerut dahi kang.. dah tak lawa dahi bini tu hehe.
Pendekkan cerita, diorang akan bercerai. Pendekkan lagi, dia ajak aku kawen.
Aku takmo. Hari ni baru aku cakap takmo. Ikutkan hati, malam tu jugak aku cakap. Tapi memandangkan dia pun sedih sentimental dengan hal keluarga yang serabut tu, aku memilih untuk diam saje.
Tahu tak.
Satu masa dulu. Aku dah cukup terluka. Habis dah hati aku sampai kering jadinya. Dulu pun aku jadi pilihan kedua. Sekarang kau nak ulang lagi?
Tahu tak.
Satu masa dulu. Telinga ni jadi saksi perasaan-perasaan kau pada dia. Pada aku. Mata ni jadi saksi jugak betapa pentingnya jaga hati dia berbanding aku ni. Aku tanggung semuanya dulu sendiri. Kau tahu hati aku pedih, kau tahu jiwa aku calar - tapi kau biarkan. Kau sanggup 'hilang' aku asalkan dapat genggam cinta dia tu. Sekarang cinta dia dah nak terlucut dari tangan kau, kau cari aku?
Tahu tak.
Satu masa dulu. Apa je yang aku tak sanggup buat untuk kau? Sayangnya kau memang tak tahu, dan tak akan pernah nak tahu. Sampai aku sanggup menjauhkan diri dari kemesraan sebagai sahabat sepertimana biasanya kita dulu. Semua untuk kau. Kau tau tak? Aku biarkan je perasaan aku menjerut leher. Biarlah. Aku takkan usahakan sesuatu yang jelas tak berpihak pada aku.
Sekarang.
Kau merayu. Kau mahu. Kau kata perasaan pada aku ni dah lama. Dari dulu. Kau bahagia bersama aku. Baru sekarang???
Aku dah lama buang. Dah lama hilangkan. Bukan atas dasar kesombongan dan egonya aku buat macam ni. Tapi apa gunanya ini semua.
Untuk aku, sekali kau dah buang aku - sampai bila-bila kau takkan dapat aku seperti asalnya dulu. Aku masih boleh berjalan saing-saing dengan kau macam dulu, tapi keadaannya dah tak sama. Aku pandang kau purely friend. Itu saja. Walau sejuta kali kau minta maaf, berbillion-billion kali kau kata sayang. Semuanya dah takde makna dah sekarang.
Sakit yang kau tinggalkan dulu, dah diubatkan oleh Encik Ex masa tu. Dan luka dari Encik Ex, diubatkan oleh aku sendiri. Sebenarnya semua kelukaan tu pun, doktornya sama jugak - aku. Aku dah penat lelah mengubat hati aku, sekarang kau nak korek-korek balik bekasnya semua tu?
Aku dah taknak jadi option. Aku mahu menjadi the one.
Panjang lagi sebenarnya aku nak cakap. Tapi dahlah. Malas.
21 comments:
wak nak makan sate sorang2 lah jugakkk... eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn..........
wak gelas,
makan sorg ye.. heheheh
sabar ye...
xtau nak kata apa...pernah jua aku lalui...nasib baik aku masih waras....
yang dah lepas tu, sudahla.... tak payah nak diulang......
nak pesan apa lagi, satu je y sesuai.. sabar!
jedi,
owhh... penah jugek?
zona,
tu lah. mekasih mekasih~
nk terima boleh je..mintak umah atas nama kau sebijik bayar cash..eh..ko dah ada umah..mintak BMW sebijik kan..haa...wat ubat luka hati
kakak masy meh sep saya meh, saya tolong sekehkan kepala lutut beliau... besa dia tu... Grr!
anul,
nak mintak kat org yg x mampu, pajadaahh.. hehehehe
syah shah,
takpe2.. biarkan je dia. sep sep sep, mi mi mi. hehe
4 word je
BAGUS! AKU TABIK HANG
ann
Masy
Kalau bujang berbaloi juga bagi seken can tu tapi klu anak dua dan duda.. Bagi seken penampor ajelah.. U deserved more than that dik.. :-) peace
kalau dia boleh tinggalkan isteri pertama ..tak mustahil bakal isteri kedua juga akan di tinggalkan..
so kita satu malaysia mesti maw jadi pilihan no satu gak la...
sy sokong ber_u_wang
jangan sedih-sedih.
nanti gaji kita gi makan mitbol Ikea.
ann,
sila undi aku! hahaha mekasihhh
kak zar,
tak sampai ati plk nk tampo. kawan saye gak tu hehehe.. yelah kan. me think like dat olso :)
angkel,
ekcely.. bkn dia yg meninggalkan.. hmmmmm...
maksu,
sokong sokong hehehe
keri,
ai ok je (ye ke). belanje eh? yeaaayyyyy
pisang jgn berbuah tiga kali.. sebab dua kali pon x pernah...
iyra,
goreng pisang dan cekodok pisang enak rasanya.. eh? hehe
the one is still an option..
u.
i.
others.
will never be the one.
maafkan.
dan berikan hati sedikit ruang.
yang lain, serah Tuhan..
Masy.ade kedai tpon ' The One' kat Temerloh ni..berfrancais lagi..~ heheh~
senyum sokmo!
setuju ngan kak zar..apa igt best sgt barang sekehen?eh barang ke orang?hehe
anon,
maaf itu sentiasa, terima itu tiada..
skidg8,
amboiii.. jauh lagi xde? hehehhe
kak irfa,
heheheh ntahlah.. huhu
Post a Comment