Thursday, December 29, 2011

743: Klise Cerita Melayu

Sekarang semua orang dok pulun tengok Tentang Dhia ye? Atau bak kata member aku, sebenarnya Tentang Mak Mertua Dhia. Hahahaha. Ntahlah, aku rasa macam dah lama gak tak folo sinetron melayu tv3 ni sejak-sejak time dia ke udara tu clash of titans dengan cerita cina kegemaran aku kat 8tv. Maaf, ada masanya memang aku takleh nak bertoleransi dengan keadaan ini. Dilema. Dan aku memilih untuk menonton cerita cina.

Sebab cerita melayu ni kang musti ade kat tonton.com, cerita cina aku sekali putar je. Takde repeat-peat-peat-peat-peat. Racist ah tonton.com! *tetibe* Hahaha.

So semalam berdasarkan makian di tuiter, aku jengah jugaklah kejap Tentang Dhia since Tentang Cerita Cina aku tuh dah abes dah dan cerita baru ni aku cuba untuk tidak folo. Aterrr.. Dhia kena kanser? Hahahaha!! Semedang je kanser! Kanser ape tatau. Cite sket.

aik tadi sihat je cik, ni pehal pengsan kat sini neh?

Tipikal. Aku rasa laaa kebanyakan cerita melayu (ke mana-mana pun sama je?), penyakit yang sering dijadikan alasan untuk mati cepat adalah seperti berikut :

- kanser
- sakit jantung
- lagi senang - mati eksiden

Memula sihat kemain lagi, dah ujung-ujung.. ehhhh.. sakit kanser rupanya. Kesian budak ni. Ataupun.. memula tadi kemain lantang suara bertekak sampai tegang-tegang urat, alih-alih terkejang atas stretcher sebab sakit jantung. De hell... Kemonlah. Dalam dunia ni ade macam-macam penyakit berbahaya yang boleh membawa kematian ok.

- batuk kering
- kanser prostat (errr bayangkan tetibe hero mati sebab kanser prostat? hmm)
- koronari arteri
- kegagalan ginjal
- hepatitis virus fulminan (gugel untuk keterangan lanjut)
- meningitis bacteria
- tumor otak benigna

dan macam-macam lagilah. Aku dapat seme ni pun dari gugel. Dan berdasarkan gugel jugaklah, memang kanser dan sakit jantung tu jenis penyakit yang menjadi penyebab utama kematian. Kira dalam top ranking la. Hmmmm. Ok fine. Tapi kan ade banyak jenis penyakit, kenapa yang dua tu je yang dihighlight? Aku assume orang yang terbabit maleh nak pikir panjang, buat research pasal penyakit-penyakit ni la agaknye. Hihihi.

Tu pasal punca mati.

Kalau bab kerjaya pulak. Biasalah, korporat semedang. Balik-balik kerjanya..

- bisnesman
- arkitek
- doktor
- bisnes bisnes bisnes tapi banyak plak masa nak bercinta berbanding keje, tapi tetaplah kaya rete melimpah ruah!

walaupun tatau amende bisnes yang kita buat, yang penting mesti nampak kaya dan hebat

Kesian. Kakak ipau aku kalau tengok scene arkitek buat keje rilek-rilek, dia gelak je. Ade keeeee arkitek boleh rilek-rilek cenggitu? Memang heavenlah. Ini semua memberi signal palsu pada orang ramai bahawa kerja-kerja ni boleh buat orang kaya sambil goyang prostat.. opssss.. kaki.

Saya nak cadangkan, cuba tengok skop kerja lain. Contohnya..

- perancang bandar (hah nak jugak tu letak keje aku! hahaha!)
- pegawai kerajaan
- pustakawan
- pegawai zakat
- pegawai tadbir dan diplomatik (pandang Rozan. hahahah!!)
- PA
- arkitek landskap
- nelayan laut dalam
- tauke kedai emas

dan sebagainya. Banyak tuu sebenarnya. Dan janganlah pulak kalau dah pilih jenis-jenis keje tu untuk diterapkan dalam drama or filim, tak buat research plak. Aku ingat lagi drama bersiri melayu yang nak tiru stail ER dulu, orang tu sakit macam nak pengsan, si nurse tanye doktor nak bagi ubat ape? Doktor jawab :

PARACETAMOL

Aku yang takde medic background pun tau apekejadahnya paracetamol tu. Takat itu je, baik orang sakit tu singgah beli panadol kat 7 Eleven je daripada susah payah pegi spital. Haigohhhhhhh. Daripada nak cemas, terus jadi cerita lawak lak.

Itu jelah kot. Yang lain rasanya dah nak ok la tu cerita melayu. Korang rasa ape lagi yang klise?

18 comments:

Irfa said...

akak pun baru tengok tentang Dhia ni itupun sbb anak2 duk cakap atok berlakon citer Tentang Dhia(ala watak bapa angkat si Melly tu)so support la sikit..tapi bukan hari2 follow pun

jedi said...

cite orang kaya yang terlampau kaya ni buat aku naik muak kekadang....aku lebih suka cite cam tanah kubur, bakar back hoe dan lain-lain....senang cite, cite orang melayu yang ada di sekeliling kita...

Masy said...

kak irfa,
means bapak akak ke blakon tu? kemain lg. hihihih

jedi,
aku suka tanah kubur tu tp kt umah mak aku jelah dpt tgk, umah aku xde estro.. huhuh

zonaku said...

keta semua hebat2... mana adda y pakai myvi, viva....




pastu keja semedang pakai kot. pelik aku.

achik said...

saya pun x layan sinetron melayu.. sbb mak saya melayan sinetron indon.. adeh!

err suh makan paracetamol tu sungguh x boleh blah.. agak-agak la kan.. ;p

Masy said...

zona,
kan? baik student baik keje opis bodo2 pun kemain dok umah teres 2 tingkat, dok berdua lak tu. kete sorg satu. giler hape x realistik lgsg.

achik,
kesian.. hahahahaa

tau takpe. nmpk nau dia tau nama ubat tu je hahaha

saaba said...

bak kata ayah saya pulak,

"cita melayu ni lain takde; makan, cinta, sedih, mati"

~mrs azmi~ said...

entahnye.. rasa nak gelak golek2 kalau tgk konon architect firm tapi langsung tak bz.. semedang boleh dating2

Masy said...

saaba,
hahahahha betul la tu. pastu gi tengok2 tapak projek sambil pegang plan. hahahaahah

mrs azmi,
dorg ni ingat keje arkitek ni ikut waktu opis hour gak kot. hahahhahaha

syah shah said...

nak tengok cite rakyat sila tonton kat tv1 atau tv2, biasanya tv1 laa banyak cite melayu cite rakyat nih... saya lagi suka layan cite melayu kat rtm sebab ceritanya lagi banyak masuk akal dari cerita kat tv3... haha~ :P

kakak masy, cite cine yang baru ni tak bape syok sangat, tapi bolehlaa... tapikan, masa cite realm of conscience tu tak puas ati betul ending macam gitu. hangen pon ada... hahahahah :P :P

Masy said...

syah shah,
malas nk bukak rtm. hahaahha

akak tau akak tau. mesti nak Kam Ling mati kan? hahahah member kebal tuuuuu.. pastu Sam Ho dgn laki dia pun x tnjuk betul2 kisah dorg last2 tu. maharaja pun sama.. sedihhhhhh

syah shah said...

betul, rasa cam nak tolong sula je beliau... hahahahah

geram betul... kih kih kih

k.e.r.i. said...

keja bidang IT boleh lah nak rilek-rilek. haha!
(kalau tak sampai masa bz dia)

Masy said...

syah shah,
hahahh

keri,
stendetlah kot bab itu. seme org rilek time xde keje ye tak? hehe

Mr PenyuBiru said...

hehe...entri ni pun klise gak. sebab setiap kali sesuatu citer drama melayu habis,mesti ada org buat entri cenggini kan. hehe..

Masy said...

penyu,
ye ke? hahahaha

Irfa said...

faz..bukan bapak akak yg berlakon.
tapi bapak mentua..huhu

Masy said...

kak irfa,
oooo ye ke. kemain glemer lg. hehehe