Monday, January 31, 2011

625 : That Rainy Sunday Morning..

Lepas solat subuh semalam, tetibe mata takleh lelap. Hati aku terasa sesuatu yang sangatlah tidak enaknya. Aku berfikir-fikir. Dan tetibe je aku pegi mandi haha. Pukul 6.30 pagi, aku dah otw ke Masjid Shah Alam. Ye, sorang-sorang.

Ada kuliah subuh, dah separuh jalan pun. Sepanjang aku duduk Shah Alam, memang tak pernah sekalipun aku bersubuh kat sini. Rasanyalah. Betul la tu. Hmm.. Usai kuliah, aku terus membuka Al Quran yang aku bawak dari rumah. Sesekali terhenti bila tangan-tangan makcik menghulur salam, semua orang dah nak balik huhuhu. Kipas pun dah off, takpelah asalkan lampu ada lagi. Nak dekat pukul 8, semua lampu pun off termasuk laa lampu chandelier hok dua ketoi beso tu T___T Ok ok aku keluar T____T

Orang dah takde. Abbaya yang tersarung di badan aku gantikan dengan cardigan labuh warna merah. Ke gerai masjid, aku tapau nasik lemak dengan paper. Kemudian Fahrin ku hayak ke area Kedai Kopi. Makan pisang sebijik yang ku bawa belayar, air mineral setengah cawan. Oh... dah hujan rintik-rintik. Bukak payung, dan aku pun mula berjalan keliling tasik..

Banyaknya kenangan di sini. Macam wayang, satu persatu bermain dalam minda bila melalui tiap-tiap kawasan yang bermemori.

Di sini,
tempat bercinta
tempat berjogging
tempat mencari ilham
tempat gath blogger yang pertama
tempat buat projek studio
tempat kenduri kahwin kawan-kawan
tempat kawanku menangis..

Hati jadi sayu. Since I cried too much recently, aku buang-buang pandang pada pokok-pokok hijau. Seriously mata aku dah mula nak kabur-kabur, dah mula rasa silau. Bak kata opismate aku, ubatnya mengaji je. Yup.. aku pun dah lama tak mengaji. Minggu lepas ada la sekali, minggu ni dua kali. Hmm..

Bila melihat betapa besarnya usaha orang terdekat untuk menjauhkan diri, aku tak tahu nak kata apa. Salah aku kot. Takmo cerita panjang, nanti stress.

Besar jugak Tasik Shah Alam ni T___T Aku jalan biasa je, sejam jugaklah baru abes keliling. Nasib baik jugak cuaca mendung-mendung, senang cakap ujan laa... so takde terasa penat sangat. Ketiak pun takde la peluh sangat makanya baju aku pun takde la ucuk². Dan nasib baik jugak jalan sorang, so tak payah nak bercakap. Kalau tak, berganda kot penatnye?

Nanti boleh laa buat lagi. Hehehe.

Dahlah, jangan tensen² baby! Ingat........


ailebiu tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu *echo*

Haaa! Ape nak sedih? Hepi laaaaa beb! HAHAHAHAHAHAHAHHAAHHAHAHA

blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, January 27, 2011

624 : Orientasi

haih.. dah banyak sainbod asrama gua.. siap ade gazebo lagi. maju maju.. kalau dulu² ade kan best, boleh buat port mengendap lelaki idaman opss


Zaman masuk sekolah menengah dulu, orientasi adalah perkara yang paling la aku tak gemar sebenarnya. Err.. masa Form 1 la. Lepas-lepas tu, ade aku pedulik orientasi tak orientasi pun. Hehe. Tapi dalam kata tak pedulik tu pun, kena pedulik gak kalau dah namanya terlibat sekali. Haih~

Masa aku yang kena, senior-senior kebanyakannya macam cilakak sket. Aku rasa dorang sume ada memori kena raging kaw-kaw kot sebelum tu. Aku pulak antara yang kena teruk gak time tu. Stendet laa.. senior sensitip nak mampos. Ko pandang sepi je kat dorang pun boleh jadi isu. Giler sensitip, PMS sepanjang tahun gaknye. Pastu kan ade jenis senior yang suka mengarah tak tentu hala, pastu potong Q per sume. Aku memanglah boleh buat rileks, tapi muka aku tak reti menipu weh. Dalam kata aku kontrol-kontrol tu, akan terpancar gak sinar tensen dari wajahku.

Nasiblah. Hahaha.

So.. bila dah jadi aim, haruslah kena denda yang merepek-repek. Yang paling tahpape laa.. aku kena repeat sesi orientasi sampai 3 kali sebab tak berjaya dapatkan semua signature senior tu sume. Dah tu. Kalau dah kerek sangat, ingat aku rajin nak pegi hadap hari-hari? Yang aku meluat tu kang, bila aku macam keberatan nak buat apa yang dorang suruh, ayat stendet yang akan keluar adalah 'kitorang dulu kena lagi teruk tau, ini kira sikit je ni'. Hek eleh. Ape plak nak ungkit kisah nan lalu. Nasib semua orang bukan sama kan, itu bahagian ko la. Sape soh lahir sebelum tahun 1980. Haha.

Tapi pun kira boleh tahan la kot. Paling teruk pun dorang soh aku nyanyi. Masalahnya aku ni pemalu laaaa nak nyanyi depan orang. Cumanya bila dorang kata itu je syaratnya dan takde syarat tersembunyi (sebab biasanya dorang siap bagi 'keje sekolah' lagi), terpaksa la. Dan satu lagi masalah aku masa tu bila dah start nyanyi kat sorang senior, dia boleh plak pegi war-war kat orang lain. Makanya lepas tu bila jumpe senior yang lain, dah semua suruh aku menyanyi pulaaaaaaaaaaaaakkkkkk. Demmit.

Lagu Sampai Hati - Spring je pon. Tak mencabar vokal langsung. Hahaha. Nasib baik kan? Kalau dibantainya suruh aku menyanyi lagu Ziana Zain ke, mau kancing gigi dibuatnya.

Bila turn aku pulak jadi senior, takde la pulak aku balas balik teruk-teruk. Rasanya laa. Biasanya aku tanya je, korang nak buat ape? Aku bagi can budak-budak ni tunjuk bakat haha. Yang paling jahat pun aku rasa.. ade sorang budak tu la. Nasib dia tak baik masa tu sebab aku tengah ade mood nak buli orang. So.. aku suruh dia kira barang-barang yang kaler biru - satu asrama ok. Ala asrama bukan besau sangat pun, satu blok je.. Kalau dia tipu, macam la aku nak pegi cek. Haha.

Lain laa kawan aku si Suria tu. Idea membuli orang penuh satu kepala. Ada sekali tu masa kitorang prep kat library, kebetulan sorang budak ni datang nak mintak signature la. Suria pun tanya.

ko nak mintak sign sape? akak ke akak seblah ni? sambil tunjuk aku.
aaaaa.. akak seblah ni sape eh nama dia
hahahahahaha dah tau nama nanti baru bole mintak
kata aku
ko pandai buat bunyik binatang tak?
boleh laaa..

boleh ke tak?

bole bole

cuba ko buat bunyik ikan.


HAHAHAHAHAHAHAHAHA siak betul minah ni.

alaa kak.. mana saya tau bunyik ikan camne..
kalau camtu, buat bunyik siput.


HAHAHAHAHAHAHAHA sakit perut aku gelak.

ha?? camne bunyik siput kak
eh eh tanye plak. mana akak tau, sebab tu la akak soh ko buat.


Ok aku dah pengsan kat luar library.
blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, January 25, 2011

623 : Pentas Opera

Tajuk amatlah takleh blah bukan? Ade mak kisah pun. Haha. Oklah memandangkan jiwa dah stabil pagi ni, aku nak menaip kisah-kisah menonton wayang pada minggu lepas.

1. Khurafat.

Nak dapatkan tiket untuk cerita Khurafat ni memang mencabar akal fikiran sihat aku la. Patutnya Erina belikan tiket dekat JJ Bukit Raja, sekali sume pakat habis. Aku try call online, kakak operator tu boleh plak sebut kod cerita instead of tajuk filim² tu. Ko ingat menghapal kod cerita ni ada dalam job scope aku ke?? Tapi takpe. Berkat minum Milo setiap hari, alhamdulillah aku dikurniakan minda yang bijak. Jadinya terus aku mengecall Keri lantas merekues beliau untuk check online kat mana-mana panggung yang berdekatan kot la ade yang kosong lagi.

Sunway Pyramid - gagal.
Summit (yang tak glemer tu) - gagal.
One Utama - gagal.
JJ Bukit Tinggi - gagal.
e@curve (Cineleisure) - gagal.

Hoih! Apekesejadahnye semua penuh ni. Akhirnya down to 2 options :

Tropicana - takmo sebab tak tau jalan.
IOI Puchong.

Nice. IOI kami datang! Keri yang baik hati telah membeli secara online tiket berkenaan, lantas menjadikan perjalanan kami serasa tenang walaupun... jalan jem macam harem. Giler ah! Dah laa jem, minyak plak dah blink 182. Mujurlah nampak Shell (walaupun saye pengguna Petronas, tapi di saat-saat genting sempah ni tak payahlah nak kerek sangat). Tapi.. jem tetap jem. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk memarkingkan kereta kat kawasan komersial depan IOI tu, lari-lari naik jejantas, lari lari lagi amek tiket, lari lari masuk panggung, letak punggung dan.. cerita terus start. Nice!!

Oh. Cerita Khurafat ni. Ok la, terkejut-kejut haku dibuatnya. Aku kata ok sebab tak aci... time terasa-rasa hantu nak kuar tu, aku dah kaber muka dengan tangan hahahaha. So Erina jelah yang sungguh-sungguh terjerit sampai bergegar kerusi hahahaha. Secara keseluruhannya, adik Syamsul kita pandai buat cite hantu. Aku belum penah tengok lagi hantu tergantung atas kepala pastu tampar muka orang T____T Demmit!~ Komen-komen negatif dah bincang dengan Erina aritu, so malas nak bincang kat sini. Hehe.

Gambau takde. Yang ade pun kat Erina. Pi tengok kat sanun.


2. Season Of The Witch.

Nampak email kat atas tu? Tak nampak kalu, bolehlah klik. Kalau dah klik pun tak nampak gak, meh sini aku jotos mata korang sebijik-sebijik hehe.

Ye. Bersempena kenaikan umur aku pada tahun ini, Nuffnang telah bergabung tenaga bersama-sama TGV untuk menceriakan hidupku dengan memberikan 4 keping pas percuma untuk menonton cerita samba apa saja yang terdapat di TGV sekitar anda. So NICE!!!!! Aku tak ingatlah aku pernah menang / dapat apa-apa daripada Nuffnang. Eh ye ke tak pernah dapat? Macam pernah je suatu ketika dulu tapi tak surelah. Ah lantakkan kat situ. Nak sambung ni.

Oleh kerana Jalan Yap Ah Shak tu haramlah aku tatau katne walaupun puas gak Mizzy eksplen dalam twitter (hahah!!), aku pun berfikir-fikirlah. Sape aku nak ajak? Sape yang boleh amek cuti untuk aku? Sape yang boleh bawak aku gi amek pas tu? Atau at least temankan aku pegi amek kerana sesat berdua atau bertiga bukankah lebih afdal daripada sesat sorang.

Mula-mula aku try Dyana. Dia lambat reply, aku try Wafa plak. Sekali dua-dua pun on. Nice hehe. Means ade sekeping lagi tiket ni, aku pun ajaklah Keri via twitter. Tapi kan.. Keri kan.. dia sudah kompius antara tiket free dengan tiket berbayar :p makanya, adik Wafa laa yang untung dapat tengok wayang free hahaha.

Muka hepi macam tak percaya dapat pas percuma T_____T jarang sunggoh aku beruntung macam ni. Dapat lucky draw pun pernah 2 kali je sepanjang hayat, inikan pula si tiket belang T_____T Thanks pakcik jaga parking sebab tunjukkan kat mana Heritage House tu. Lenkali kan.. letak laaaaaaa signboard HERITAGE HOUSE tu kat depan bangunan ye, susah ok nak cari!

Proses penamaan tajuk cerita yang terpilih. Kat Capsquare banyak cite Tamil dengan Hindustan je T___T ni kira mujurlah ade cite omputeh sesat seketoi. Kot tak, layan tamil laa kita aritu hehe. Air Tron hok beso tu Wafa belanja, malu ai (tapi suke! hahaha thanks).

Percayalah. Takde orang langsung dalam panggung tu kecuali kitorang. Kalau tak sebab ade sorang mamat ni masuk pada saat-saat akhir, musti aku dah feel-feel Nuffnang dan TGV bookingkan satu panggung khas untuk aku. Hahahaha.

Cerita ini sangat best. Pegilah nonton ya!

Wajah-wajah jakun tak pernah sampai Capsquare. Aku, Dyana & adik Wafa. Wafa ade.. kat depan kitorang. Ada.. hehehe.

Mekasih untuk anda yang temankan saye. Wafa yang belanje popkon dan air, adik Wafa belanja makan. Aku bayar tol je weh. Malu ai T____T Dan terima kasih banyak untuk Nuffnang dan TGV. Dengan ucapan khas daripada saya :

nonton wayang di tingkat tiga,
popcorn yang free enak sekali,
tahun depan di tarikh yang sama,
janganlah lupa bagi free pas lagi.

Mekasseyyyyy!!!!!!
blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, January 24, 2011

622: Nak apdet tapi blur plak

blogger-emoticon.blogspot.com

Yup. Saye hilang kata-kata nak berbicara.

Tuesday, January 18, 2011

621: Wasiat

@ Muzium Negara. i just love what i see here. do you?


Sebenarnya, ari Jumaat lepas tubuh aku terasa sangatlah sakit. Dua hari sebelum tu pun dah ade rasa camtu, cuma Jumaat malam tu macam terlebih sudah.

Petang tu aku dah siap-siap beli Salonpass sebagai persediaan awal menghadapi sakit belakang nih. Ni sakit yang.. aaaa.. macam salah bantal tapi kat badan. Sakit siak! Nak tampal dah laa terkial-kial, last-last mintak tolong budak bilik depan tampalkan hehe. Sibbaik ade orang, kalau sorang? (tampal pakai kaki laaa).

Ingatkan lepas tampal jadi elok. Sekali bertambah teruk ade laaa T__T Daripada elok² boleh pandang kiri kanan, terus jadi statue. Bayangkan ye.. daripada duduk nak baring pun seksa, tu belum lagi nak pusing dari kiri ke kanan. Dah mengiring pun sakit gak, nak alihkan pun sakit. Pendek kata aku gerak satu mm pun sakitlah. Henpon yang berbunyik kat seblah bantal pun aku tak terdaya nak capai. Sangat sangat sangat sangat sakit.

Badan kaku. Tangan tak boleh angkat langsung. Leher, badan. Semuanya jadi bisu. Dahi je yang masih boleh kerut-kerut.

Helpless.

Mungkin kedengaran berlebihan ke melampau ke. Tapi aku terfikir masa tu, takkan aku dah nak mati kot malam ni? Err.. tapi kalau nyawa ditarik, setahu aku daripada kaki ke atas badan kan? Aku gerakkan jari kaki sket, alhamdulillah boleh. Cuma dari pinggang ke atas jelah langsung takleh gerak.

Struggle sepanjang malam semata-mata untuk tidur je. Nak tarik selimut pun makan masa 10 minit, nak naikkan rambut tambah 15 minit lagi, nak tarik bantal bagi selesa bawah kepala lagi satu hal. Itu lagi lama. Serius aku dah mati akal nak buat apa.

Mulalah terfikir nak buat wasiat. Sekarang aku rasa kelakar la sebab pikir macam tu. Tapi masa kejadian, itu la yang aku pikir. Nak kensel semua appointment esoknya kalau betul aku tak boleh bangun. Ah.. Macamana nak bangun semayang subuh ni? T____T Akhirnya nak dekat pukul 3 pagi gaklah baru dapat lelap.

blogger-emoticon.blogspot.com wuwuwuwuwuw sakit maaakkkkkk~

Esoknya syukurlah boleh bangun. Sakit masih sakit, tapi tak separah malam tadi. Alhamdulillah..

So!

Wasiat. Last week memang kebetulan ade member FB yang approach dan tanya if aku dah buat wasiat ke belum. Dalam hati macam mau jugak tapi amende yang aku nak wasiatkan? Kete? Alahai... kalau anak buah aku nak amek sok, amek jelah. Rumah? Kan dua nama. KWSP, rasanya dah letak nama dah. Insurans, pun rasanya dah setel dah. Apa lagi?

Tinggal dua benda jelah kot.

1. Blog.

Blog. If anything happen to me, harap Yonna atau Qas boleh update kat sini. Memandangkan aku dah bagitau dorang paswed blog ni, bolehlah digunakan untuk tujuan tersebut. Rasanya kalau pape jadi, abang-abang aku akan update kat FB kot? So.. sape yang terperasan apa-apa (in case they missed that updates), please inform budak dua orang tu ye so that they can spread the news in here.

Eh, income Nuffnang tu pon bole masuk dalam wasiat ke? HAHAHAHA kelakar plak tetibe.

Lepas tu terpulanglah. Nak delete ke nak biarkan ke. Aku dah lepas tangan dah masa tu. None of my business. Hihihih.


2. Hutang PiTiPiTieN.

Harimau mati meninggalkan belang, Masy mati meninggalkan hutang T__T tak manislah keadaan ni. Dengar cerita, kalau peminjamnye arwah, PiTiPiTieN kire burn eh? Yang ni ku berserahlah. Aku dah mintak dikurangkan persen tu kepada 1% aritu. Kalau lulus, ok la kan.

PiTiPiTieN ni tengok keadaanlah. Kalau korang nak bagi sorang sikit, ok gak. Bayarkan la kirenya. Ini jelah yang mampu aku wasiatkan kat korang. Hahahahaah.

***

Aritu aku dah kemas baju-baju lama. Tatau la nak buat ape. Nak jual ala-ala preloved tu macam tak sesuai je. Takkan nak bagi kat rumah anak-anak yatim plak. Ini pakat baju-baju aku bawak gi keje ni, motipppp budak-budak tu nak pakai ye tak. Ade sape-sape nak amek ke? Baju-baju aku takde yang branded pun, orang semekin cenggitu laa gayanya hehe.

Sekian wasiat saye part 1. Wah macam banyak je nak diwasiatkan. Haha ok² dah berenti merepek.

Monday, January 17, 2011

620 : ...

.
.

Love sucks.
Truth hurts.

.
.

Friday, January 14, 2011

619 : Sembang Kencang

it's me with my beloved Tonggeng, 4 years old


Semalam, mak telepon. Ah biasalah dia.. nak ajak borak-borak.

saje je tipon ko.. mak boring ni
boring? bukak la fesbuk HAHAHAHAHAH


Errr.. tapi aku harap mak aku tak mengambil serius kata-kata aku tu. Mak, anakanda gurau je T__T Kalau betul-betul mak buat akaun fesbuk, jangan add anakanda ye. Keep our personal life to ourselves. Hahahaha.

blogger-emoticon.blogspot.com

# The right person will love you as you are, with no changes. Can you love yourself this much? (don't ask me - I don't know)

Wednesday, January 12, 2011

618: Jiwa rasa gelowraaaaaaaaa

hello dear fellas.. this is for uols..


Aku tatau la ni penyakit berjangkit ke atau penyakit keturunan. Tapi rasanya mak apak aku takde penyakit macam ni. Seingat aku la. Bagus diorang tu. Macamana penyakit ni boleh menurun kat aku, masih lagi kekal misteri.

Penyakit benci-komunikasi-sehala.

Contoh la eh.

Aku sms kau. Call ke. Apa-apa jelah yang melibatkan komunikasi.

SMS = tak balas.
Call = tak jawab.
YM = ko bercakap sorang-sorang padahal tadi ade orang.

Bila macam ni, sebenarnya ubat dia senang je. Simple dimple kapadia.

EXPLAIN. Atau dalam bahasa Melayu Hadhari ni, JELASKAN.

Takde kredit ke.
Meeting ke.
Bizi ke.
Pegi obersi ke.
Internet takde line ke.
PC crash ke.
Baru lepas membidankan orang bersalin ke.
Tengah mencekik sushi ke.

Cakap jelah. Apa masalahnye kau ni? Nak ajak berkomunikasi pun susah.

Tak hari ni, esok. Lambat ke cepat ke. Yang penting, explain. Pastu nanti kang bila aku dah pikir yang bukan-bukan, pandai pulak kata aku buruk sangka la, cepat jatuh hukum la. Dah tu. Kalau takde pilihan untuk menyangka apa-apa, cemana? Kalau cakap dalam hati, ingat aku boleh dengar? Maaf ye. Gua bukan Six Million Dollar Man. Gua takde mukjizat.

Takde kredit, pakai la telepon opis.
Meeting kalu, sms la.
Internet takde line, pun bole guna sms / telepon opis kalau kedekut nau kredit sendiri.

Kalau nak cakap menyampah giler sebab aku sms / call pun, cakap la. Itu pun salah satu bentuk jawapan gak. Jawapan kan subjektif. Belasah jelah pape janji aku tau yang aku ni berkomunikasi dengan manusia, bukan dengan biskut mayat. Bukan dengan peti surat, mentarang, kacang sepat ataupun rel keretapi.

Bila penyakit tak dapat ubat, agak-agak ape jadi?

Yaa... penyakit jadi merebaklah. Untuk aku, senang je.

Kau buat aku sekali, aku akan cuba balas 2 kali.
Akan cuba secara bersungguh-sungguh ye.
Tak kisah la buat baik ke, buat jahat je, buat bodoh ke.
Time tu kalau ada jiwa nak komplen, bersedialah dengan jawapan-jawapan yang sesuai.

Aku ni manusia biasa, paham tak. Manusia yang dicipta oleh Allah. Yang Maha Pengampun tu Allah je, aku ni takde Maha-Maha ni sume. Mahakarya cinta pun takde. Mahathir pun tak. Allah S.W.T kalau dah menyampah kat hambaNya, haram dia tak pedulik kat hambaNya itu. Kau nak susah ke, senang ke - Dia dah tak kisah dah (tetibe cas² Ustazah, pastu lari topik plak).

Aku ni memang la bukan Tuhan. Tapi rasanya tindakan yang semacam itu boleh juga dicontohi. Kalau rasa seronok hidup tertanya-tanya, silalah menjalani kehidupan sebegitu secara solo - sebab aku memang tak suka gaya hidup yang semacam itu. Jangan sampai aku totally ignore nanti dah lah.

Ok, sambung maki-maki dalam diari.
blogger-emoticon.blogspot.com


marah? mana ade marah. gua memang suka orang tak reti merespon ni.

Tuesday, January 11, 2011

617:Monolog

Tidak pernah ku sangka
Rupanya kau lebih ku cinta
Dari hati yang putih

Ku hadir untukmu sayang


Aku turut merasa
Gelora
yang menghempas jiwa
Biar lama ku tunggu

Ku pasti kau tiba


Kau selalu menduga, menguji

Kejujuran di kamar hati

Membuatku dihimpit oleh keresahan


Kita memendam rasa dan bermimpi

Terbang ke langit

Langit yang tinggi
Bertemankan awan indah memutih


Sambut tanganku sayang

Bawaku ke syurga impian

Tiada lagi curiga

Kaulah yang ku cinta


Kasih ku kasihi dia
Cinta mencintai kita

Kasih ku kasihi dia


Sedih la lagu ni. Tak pernah gagal nak buat aku..er.. nanges kalau kena gayanya. Paling cikai pun, airmata kompem genang-genang.

blogger-emoticon.blogspot.com

Dalam hidup kita, bukan semuanya kita akan dapat. Takkan bertuah 24 jam.

Ada duit, takde masa.
Ada masa, takde duit.
Ada kawan, macam takde.
Ada boipren, tapi boipren orang.

Rasa bahagia, tapi sekejap.
Rasa marah, takleh cakap.
Rasa sedih, dapat hadiah.

Ada mata, mata sakit.
Ada hati, hati pun sakit.
Ada jiwa, jiwa rabak.
Ada perasaan, perasaan koyak.

Dapat satu, hilang dua.
Hilang dua, dapat lima.

Nak menjadi manusia yang redha 24 jam dengan apa yang ada pun bukan kerja mudah. Nak istiqamah, nak remind kepala sendiri yang ni semua dunia je. Nak kena ulang hari-hari, macam berzikir tu. Hati manusia yang tak maksum memang macam tu la eh.

Jadi susah bila benda-benda yang tak menyenangkan itu la yang selalu ada dengan diri sendiri. Busuk hati? Dengki? Sakit hati? Cuba kena kat diri sendiri. Kalau boleh berlapang dada, nampaknya diri sendirilah yang memang ada masalah jiwa kot. Bukan salah orang lain, memang salah sendiri.

alone.

Mungkin banyak sangat kekurangan diri, sebab itulah macam-macam yang jadi. Semuanya serba tak kena, serba tak jadi. Tak ada satu pun yang memuaskan hati, yang membanggakan. Yang tak memalukan. Bila semuanya serba tak masuk, maka bawalah diri tu keluar. Jauhkan. Elak. Tak perlu dicari lagi.

Hmm.

Kalaulah dapat pindah keluar dari Shah Alam ni, best kot. Gaji banyak kalu, ulang alik dari Keramat macam aritu pun aku sanggup. Sejak akhir-akhir ni selalu terfikir. Best gak kalau ade DSLR. Hujung minggu bila boring duduk rumah sebab takde sape nak ajak keluar, boleh la bawak diri pi taman kaa.. zoo kaa.. muzium kaa.. Menembak-nembak gambau. Kalau jalan sorang-sorang merambu, bahaya la pulak. Sebab nanti mesti kena beli pape. Kalau menembak-nembak ni, paling banyak pun kena beli air sebab penat jalan.

Hmmmm...

Pengajarannya.

When you allow your happiness to be controlled by someone else, you are handing them your power.



Takpelah baby. Ayat seterusnya simpan dalam hati je. Ni kang kerana entry setitik, rosak kawan-kawan sebelanga. Hohehohe~
blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, January 10, 2011

616: Saya bantah keputusan ini, Yang Kasim! Eh.. Yang Arif!

Semua yang ditulis dalam ni adalah pendapat peribadi gua yang bengang malam tadi. Ko tak setuju dan nak backing? Sila backing kat blog memasing.

blogger-emoticon.blogspot.com

Bodoh giler ok AnRaf tu menang. Haa pagi² dah cakap bodoh kan. Hamek sebijik hahaha. Tak pernah² aku tutup tv awal, malam tadi lepas announce je sape menang - gua terus blah. Apsal plak dia menang?????? Dah laaa nyanyi buat² suara sedap (walhal biasa je), ehhh menang plak. Oh ye.. bertanding lagu eh? Lagu dia.. emmm... entahlah, tak pernah nak menghayati lagu beliau sebab suara dia tak mencapai piawaian telinga aku.

Eceh sedap je komen suara orang eh. Cer try nyanyi.

Malam tadi pun ala-ala orkestra kan, macam tahun lepas? Rock + orkestra kali ni kedengaran amat berjaya pada Bangfes dan kurang menjadi pada Hujan - kesian aku. Haha. Sebab aku kan tak suke dorang (Bangfes le). Tapi malam tadi bila digabungkan dengan bunyi biola, adoihhh kalah jiwa aku sebab bunyiknya sangatlah best! Suara budak Bangfes tu pon ok laa kali ni, kalau tak tu kang tah hape dia nyanyi aku pun tak paham.

Tengok Bangfes, teringat Anul. Hahaha.

Yuna.. ok ok je. Lagu tu aku kurang sket. Sebenarnya sangat berharap Yuna akan bangun dan jalan-jalan atas stage. Motip laa asik duduk je daripada tahun lepas? Aku nak gak tengok baju ko tu camne, dari sisi macam gaya ular je? Nak tengok overall, tinggal harapan jelah since dia tak menang amende pun huhu.

Hafiz.. ok ok jugak.. Sayang eh masa adegan kecoh-kecoh kena tembak tu diorang gelapkan stage. Gua tau laa lu nak sorokkan aksi Hafiz tukau baju tapi... sampai aku tak nampak apa yang dorang dok lakonkan tu, tak ke kesian kat pelakon² tersebut. Penat je beraksi tapi? Sape pun tak nampak ape ko buat atas tu.

Black. Ooooooooooooooooooooooooooooooooo Black!!! Kenapa tak panggil Sofea Jane naik pentas weh???? Masa dia turun bawah tu aku ingatkan ade laa Sofea Jane kat bawah, rupanya takdo! Frusttttttt!!!!
blogger-emoticon.blogspot.com

Kalau camtu, siapa yang patut menang?

Ntah. Aku pun takde idea. Sebab aku takde calon feberet dalam line since Manifestasi Cinta tak masuk. Selamat Malam tu ok ok laa aku boleh terima la sket. Ehhh ntah kenapa aku rasa kelakar laaaa persembahan FT untuk lagu tu. HAHAHAHAHAHAHAHHAHA takleh menahan tengok Noorkhiriah miming. Tapi bila ujung-ujung tu best la.

dorang ni pon ok sebenarnya malam tadi, tapi tu lah.. &*^^%$#%&**)*()(&%$##

Aku tak kisah pun sape menang asalkan bukan budak AnRaf tu ataupun Bangfes.

Malangnya, malang menyebelahi kita (pe-takminat) Anraf.
blogger-emoticon.blogspot.com

#Mak Iti pun apsal dapat nyanyi sampai 3 lagu? TokpahBot dengan Kak Ziana 2 lagu je tau. Dah la asik lupe step. Huh!

Thursday, January 06, 2011

615: Pertama

me @ Empangan Putrajaya


Sambil menggodak adunan kek pada malam kejadian, Kak Ila bertanya satu soalan yang anggun pada aku. Anggun bebangat, macam Kipas Anggun.

sape orang first yang wish ko arinie? maksud aku, tepat-tepat pukul 12 tu dia wish.

Aku harap orang yang aku dah biasa tu akan jadi orang pertama tahun ni. Malangnya, atau dengan kata lain - kesiannya kat aku, bukanlah orang itu. SMS pertama yang aku dapat sejejaknya waktu menjengah pukul 12.01 malam adalah daripada kawan aku. Classmate senang cakap. Ye, lelaki.

Kalau nak diikutkan, masa zaman student dulu kitorang takde laa rapat mana pun. Kawan macam gitu-gitu jelah. Aku kenal ko, ko kenal aku. Pernah sekali jelah kitorang minum berdua kat cafe. Ntah apsal tah masa tu. Aku gastrik kot masa tu, dia temankan aku minum? Agaknyelah.

Bila dah nak tamat belajau tu, dengar-dengar dia dah ade partner. Bukan orang lain pun, kekawan kitorang gak.

Dan bila masing-masing dah keje, tah cemana tah aku boleh terclose-up dengan dia. Tetibe je rajin lepak minum sama-sama, gi beli makanan berbuka sama-sama (mende ni aku penah buat entry) dan nyaris laa pegi tengok wayang sesama jugak. Haha. Ntah berapa kali asal dia ajak aku tengok muvi je, musti time tu aku tengah drive nak balik Melaka. Takde jodoh kata orang tua-tua.

Cuma dalam masa setahun sebelum dia kawen, ada laa sket kata-kata dia macam.. ntah la cemana nak cakap? Tapi yang pastinya, ada la dia komplen yang dulu masa study, aku takde pun nak kawan dengan dia (fitnah!). Hahah tetibe teringat dia marah bila dapat tahu aku save nama dia 'Mat Bunga' dalam henpon aku masa study dulu. Err lepas tu abes satu phonebook aku dia delete T___T

Yang lain tu sume, kita simpan dalam peti jelah eh. Hehe.

Tapi apa yang aku nak cakap. So far dia belum pernah lagi gagal mengwish aku pada 4 Januari setiap tahun. Dan sepanjang lebih 10 tahun aku kenal dia, dah dua kali nama dia akan terjojol kat hp aku bila aku sedang mengharapkan nama orang lain yang terjojol. Dua kali di sini bermaksud, dua kali birthday la. Yang 1st masa tahun 2004, dan kali kedua - tahun ni la. Tatau la kategorikan keadaan ni sebagai ape. Menyedihkan la.

Haih. Malas nak sambung dah.

blogger-emoticon.blogspot.com

oklah ayat sedih sebaris. aku sebenarnya rindu tahap keterlaluan. tapi aku cuma mampu pandang je, dan terima apa yang datang. kan dah janji, aku takkan merungut lagi di sini.. *tarik napas panjang²* <-- ayat takde kene mengena dengan kawan aku ni ye.

the winner takes it all.

blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, January 05, 2011

614: dan semalam adalah 20+11

Salam mengkawan baby..~

Semalam genap sudah umurku 31. Oh.. camni rupanya perasaan berumur 31 ye. Macam masa umur 17 jugak. Rasa muda, kelihatan muda dan jadi muda *denial. hahahaha*

Mengejutkan bila dinding mukabuku aku dipenuhi contengan ucapan dan doa daripada kekawan, sedara mara, artis (ala sorang je pon tapi ade la gak, kau ade? HAHAHA), kaum keluarga dan juga ada beberapa orang yang cara cakap macam kenal aku bebetul tapi siyes aku tak ingat sape dorang hahahaha keji betul! Must be people from my past, I guess. Di twitter, YM, inbox FB dan jugak SMS dan by call jugek. SMS dan yang by call memang akan menyentuh hati sebab ucapan tu direct pada aku. Eksklusif laa kiranya, bukan semua orang dalam list fb tu ade no phone aku kan. Hehe.

Tapi yang paling spesel. Ada tiga. Tak bermaksud yang lelain tu tak spesel eh! Maksud aku, tiga ni jadi spesel sebab lain dari yang lain.

1. Entry - Wafa buat entry khas untuk aku! Ok walaupun macam boleh agak dia akan buat entry untuk aku (sebab rasanya tahun lepas pun ade gak dia buat tapi simple je entry tu), tapi this kind of writing adalah di luar jangkaan. Hohoh terharunyaaaa rasa macam nak terbang gi Korea, singgah kat Jepun menari dengan bunga sakura yang berguguran lantas pulang ke tanahair untuk makan lemang periuk kera.

blogger-emoticon.blogspot.com

Itu satu hal. Yang asyiknya, komen dalam entry tu la kan. Ini dia.

klik gambarajah untuk pertumbuhan tulang yang kuat

Komen Anul memang macam bangang ok. Waklu love bite! Hahahahahah! Dan komen Erina.. ooo.. aku kelihatan garang rupanya bila demam. Lepas ni takleh laa nak dating-dating time demam. Hmmmm.

Mekasih Wafa!
blogger-emoticon.blogspot.com

2. Kek sebeday - ok rasanya sepanjang hayat aku, inilah pertama kali orang buatkan kek sebeday untuk aku. Rasanyalah *berfikir panjang*. Ha betullah kot? Maknanya malam tadi adalah pertama kali aku makan kek sebeday sendiri secara panas. Suka sangat!!!!! Mekasih Kak Ila! Muuuaaaaaahhhhssss! Nah, tengok kek beliau yang dah dipotong halus. Masa gi rumah dia, aku tak bawak kamera sebab tengah charge so.. tak dapatlah nak tayang gambar kek panas. Hehe.

Gambar fresh aku amek pagi ni tau. Hehe. Makanya aku sarapan makan kek je arinie. Bagi-bagi laa kat budak opis nanti. Tak abes kang baru bagi kat housemate. Hahahahah keji lagi! Thanks beb!!!! Takde ikon peluk la plak. Heeee~

3. Present - abang aku je pun yang bagi. Itu pun... macamana nak cakap?


Serius, masa aku tulis status tu, takde niat walau seposen pun untuk mengepau mana-mana pihak. Tapi yelah kan.. rejeki tu datangnya dari Allah S.W.T, makanya kita terimalah seadanya. Hahahahaha. Seiring dengan kata-kata beliau tu, esoknya terus aku amek cuti weh! Terus gi terjah Low Yatt, terus beli!! Memula nak amek 1TB, tapi macam melampaulah nak pau abang aku sampai RM300. So... aku loweredkan expectation, aku amek hok 500gb je. Jadilah kan. PC aku dah berat cam ade 300 tongkang bawak pendatang asing je, sebab tu menggedik nak beli EHD tu..

Mekasih bro! I love you sampai mati-idup balik-mati balik-idup balik-mati sampai mati *peluk kekuat sampai kiamat*

blogger-emoticon.blogspot.com

Best kan jadi 31? Hehe. Aku cerita yang best jelah kat sini. Yang tak best kan dah janji nak cerita dalam diari. Huahahahahaha!! Sekali lagi, terima kasih semua yang wish ye, dengan ucapan - kalau nak wish kat FB, mintak tolong sangat jangan mention pasal blog. Mintak tolong sangat-sangat ye :)

Bai! (gaya Yonna)
blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, January 03, 2011

613: Dua Puluh Sebelas


Salam semua! blogger-emoticon.blogspot.com

Dah 2011 dah ye. Dan kalau kita bandingkan tahun ni dengan apa yang kita semua pernah imagine zaman kanak-kanak dulu, punyalah jauh beza. Korang ingat tak cikgu lukisan / cikgu BM / cikgu BI suruh lukis / tulis karangan pasal tahun 2000? Kita punyalah bayangkan tahun 2000 tu nanti ada kereta terbang laaaa... KL jadi ala-ala Planet Zargus laaa.. pakai helmet macam angkasawan lepak-lepak kat CM laaa.. trafik udara jadik sesak per sume.. Sekali masuk 2000, nan hado! Yang ada - Y2K je. Hehe.

Untuk aku, everything remains the same.. err.. pada aku jelah. Pada orang lain dah banyak perubahan kot. Cuma satu jelah yang lain tentang aku tahun ni. Aku betul-betul akan tulis diari semula. Eh bukan diari kot. Jurnal I must say. Sebab diari tulis hari-hari kan?

Tahun ni.

Aku cuba.
Kurangkan apa yang patut dikurang.
Lebihkan apa yang patut dilebih.
Banyakkan apa yang patut dibanyak.
Tambahkan apa yang patut ditambah.
Buangkan apa yang patut dibuang.

Lemak.
Amal.
Ruang.
Duit.
err.. nak buang ape eh? T__T

Struggling.

Tiap-tiap tahun macam tulah. Mungkin tahun ni pun macam tu jugak. Harap-harap aku tak terlampau bergelut dengan hal yang patutnya aku letak kat tepi.

Tumpang tanya.

Aku berada dalam situasi yang.. tatau nak cakap. Aku rasa situasi ni comel. Aku gelak sket eh - hahahahahaha. Ok sambung.

Ada seorang makcik berkenan nak bermenantukan aku.
Aku tengok gambar anak dia, macam berkenan jugak nak berlakikan anak dia (gelak reramai).
Tapi!
Anak dia plak tak cakap pape.
Bila ditanya, gelak-gelak je.
Menyampah laa macam ni :p
Aku pinang kang baru tau!

Untuk makcik tersebut.

Makcik,
Saya mengerti perasaan makcik yang berkenankan saya

Sampai sms pun bahasakan diri 'mak' pada saya

Hingga terkedu-kedu saya tatau nak balas apa HAHAHAHA

Makcik kene usaha lebih sket

Makcik pinang je saya ni

Makcik kawenkan je kitorang ni ha

Anak makcik tu kalau tak dipaksa, alamat lambat la nak merasa cucu makcik oit..

Takkan makcik nak saya minang anak makcik tu kan?

Dah laa demand nak 20k, ingat saya anak Datuk K?

So wahai makcik,
Kalau nak merasa dengar saya panggil makcik 'mak'
Saya cadangkan lekas-lekaslah masuk minang saya

Benda baik lagi elok kalau dicepatkan

Tak gitu mak? Eh... makcik.

blogger-emoticon.blogspot.com