Monday, February 28, 2011

634: babykah yang bersalah? huuuuu~


Hmmmm.

Minggu ni banyak membuat aku berfikir. Manusia yang berbeza, tapi tiap satu perkara yang dibincangkan tu sebenarnya berputar pada paksi yang sama. Hal hati. Jodoh. Bla bla bla you know what.

Yang sorang situasinya lain.
Yang sorang lagi dah tentu la lain.

Kita fokus pada yang kes kedua tu lah.

Aku tak tahulah orang lain. Tapi aku macam ni lah. Sebagaimana aku berharap bekas-bekas 'tupperware' (boipren) aku hidup bahagia dengan pasangan memasing, begitu jugalah harapan yang sama aku rasakan untuk mereka yang aku reject. Eh tak sedaplah bunyik reject tu. Err.... Untuk mereka yang cintanya ditolak oleh aku (sama je maksudnya kan tapi yang ni sounds better).

Dan bila ada antara dorang yang berduka lara sebab hal hati ni, tak pasal-pasal jauh di sudut hati aku - aku ada rasa bersalah. Walaupun kedukaan dan kelaraan hati dorang dah takde kena mengena dengan aku. Maksudnya, bukan sebab aku la dorang berduka tu. Tapi entahlah kenapa, sedikit sebanyak aku tetap merasakan aku adalah antara punca dorang berduka sekarang.

Termasuklah budak ni. Err.. dia ni dulu aku err.. bukanlah reject, cumanya aku biarkan pending je hehehe. Bukan apa, aku memang elergik sket kalau tau umur ko muda daripada aku. Apatah lagi budak ni muda 3 tahun dari aku. Tatau laa apsal dulu suka nau dia kat aku. Hukhukhuk. Ayat yang paling mengkedukan pernah aku dengar daripada dia adalah "bukan senang nak jumpa perempuan yang macam ni" bila opismate aku yang lain (ok kantoi la budak ni opismate aku dulu haha) cakap kat dia "buat apa tunggu dia lagi". Dia cakap ayat di atas tu depan aku ok.

Dan wajahnya yang bertutur dalam keadaan hampa tu aku ingat sampai sekarang. Aku tak sanggup nak pandang. Rasa nak bukak pintu kereta dan terjun. Tak sampai hati. Aku harap aku bukanlah orang yang menghancurkan hati tapi akulah orang yang sebegitu masa tu.

Kalau ko, tak ke rasa macam nak luruh hati dan perasaan?

Baru-baru ni dia putus chenta lagi. So semalam aku jumpa beliau, sebenarnya nak bagi kad jemputan kahwin. Eh bukan aku punye la! Orang lain punye. Hahaha.

Sambil borak, aku pun korek-korek la cerita. Dan bila akhirnya dia bercerita, rasa kesian sangat. Budak ni hensem, baik pun baik, keje dah stabil pakej all-in la senang cakap. Tapi bab cinta je yang macam malang sket. Kalau aku ada adik pompan ni, dah lama aku kenenkan. Hmm.

Tatau la kenapa bila dorang ni sume bermasalah dalam hal jiwa, aku pulak yang rasa bertanggungjawab. Mebi sebab suatu masa dulu, antara antara mereka ni yang pernah cakap yang dia takkan rasa 'sengsara' kalau aku terima dia dulu. Erkk..

Aku. Sampai sekarang. Selalu rasa tak beryakin (macam translate drama Korea je haha) yang aku boleh membahagiakan siapa-siapa. Yup, mungkin aku boleh buat kau senyum, ketawa sampai meleleh airmata. Tapi bahagia? Ntah la.. Macamana kau boleh yakin yang aku mampu membahagiakan sedangkan aku sendiri pun tak rasa macam tu?
blogger-emoticon.blogspot.com

Setakat hari ini. Aku cuma mampu membuatkan orang gembira. Datang pada aku dengan sedih, tapi insyaallah akan pergi dengan senyuman. Tapi kebahagiaan adalah satu benda yang tak mampu aku beri.

Tapi mungkin suatu hari nanti, aku boleh membahagiakan orang lain. Who knows :)

Orang lain tu. Tolonglah jangan buat dorang ni tak hepi. Plis dong. Kesian la sket.. semua tu lelaki-lelaki yang baik, layan elok-elok sket boleh tak.. huhuh. Dah la aku ni gagal, jangan la korang menggagalkan perkara yang sedia gagal ni. Haihh...

blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, February 25, 2011

633: Lanchang Kuning Belayar Malam - Episod Terakhir

SALAM!!!

Ok ni episod final. Next week dah boleh cerita lain hehehe.

So! Balik daripada aktiviti bergomol dengan gajah, kitorang siap-siap dah nak balik. Wafa bagi bekal macam-macam haa.. Dah tentu buah betik dan kek cekelat trademark Wafa turut dibawa pulang. Yessss me love betik very much!

Kitorang gerak around pukul 5 gak kot. Dan terus shoot ke Bukit Tinggi. Kat Pahang ye. Bukan kat Klang tu :p

On the way ke sana aku banyak tidor je. Aku ni kan.. masalahnya kalau perut penuh dengan makanan kee... ataupun hasil kumbahan ke pastu naik kete plak, memang la tak selesa perasaanku. Sangat-sangat. Jadi sebelum aku bertindak agresif dengan menanggalkan seluar dalam kete tu, baiklah aku tidor.

Tau-tau je dah sampai bila mata ku buka eceh. So.. tak dapatlah nak menghayati sangat perjalanan ke sana. Tiket masuk RM12 katanya, tapi pada hari kejadian kitorang hanya perlu bayar RM6 je. I wonder why. Mebi sebab cuti umum, mebi sebab dah petang sangat, atau mungkin jugak sebab Japanese ape tah tu dah tutup. Rugilah saye tak dapat nak posing. Penat je pakai baju bling-bling kak melah. Hmm.

Antara pose terawal sejejaknya kaki di tanah Bukit Tinggi. Aku sebut 'antara' tu sebab op kos la ade gambau yang lagi awal daripada ni. Tapi perluew ke nak apload semua? Ini blog, bukan flickr. Eh.. tetibe nak sound diri sendiri. Hehehe.

Pastu posing lagi sekali. Eh. Tipu. Letak gambau cantek je.


Terus feel-feel obersi. Teruja weols. Yelah sume pakat menjakun tak penah sampai. Ye ke? Keri penah sampai kot? Ah.. tak kisah! Yang penting kerjasama. Yang tak penting, tak kerjasama.

Untuk mengelakkan sume orang mencebik tanda bosan sebab aku dok letak pic sekeping-sekeping macam nak show-off mende yang tak seberapa ni, maka ku compilekan sajelah gambau posing kitorang. Gambau Keri tak ade sangat sebab .. 1. dia tukang amek gambau, 2. sebab dia tak email pun kat aku pic yang ade muka dia. Eksklusiflah konon. Gambau Anul plak tak berapa nak ada sebab dia bizi layan bini. Makanya begitulah. Hahaha.


Takde apepun sebenarnya. Tapi bolehlah takat nak lepas kempunan tak dapat pegi France, pegi France hok imitation pon jadi la ye tak. Sifat ini seumpama wanita yang tak mampu nak beli Coach ori, dapat beli Coach kat Uptown pun boleh. Tak dapat rotan, akar pun berguna. Ada mak kesah? Hehe.

Sebelum sampai kat area angsa ni sume, aku dengan Aima telah menghilangkan diri buat seketika demi sesuap jamban. Ada toilet pun macam harem. Jadinya dengan penuh keazaman, kitorang pun pergi cari toilet lain sampai ke surau lelaki. Ya.. kita buangkan saja di sana. Bukan dalam surau le, dalam toilet. Tapi toilet tu dalam surau lelaki. Gitulah jalan penceritaan aku yang celaru sekarang ni.


Angsa tu macam suke je kat aku. Aku ni dah la ada pengalaman ngeri dengan angsa. Beliau pulak asik skodeng je pinggul ai. Nebes ok. Haiwan yang punya jiwa kelajuan macam ni memang selalu menimbulkan kecuakan di hatiku yang lembut ini. Apa-apa jelah adik angsa, jangan awak menyudu pinggul kakak sudah la ye? Kalau tak.. kakak ikat reben leher awak tu nanti. Hep hep hep!

Gambau lagilah.

Haaaa.. pic ni daripada Anul. So nice! Aku nampak kuruuuusss nun di bawah sana.


Ni pun daripada kamera Anul gak. Inilah kami semua yang terlibat, errr tanpa Wafa T__T Takpe, next trip insyaAllah dijamin lebih meriah! ;)

Nak dekat pukul 7, eh pukul 7 tah gitulah kami pun pakat-pakat meramboskan diri untuk pulang. Singgah kat Genting Sempah, solat segala kat Petronas je sebab RnRnye penuh yaamat! Perut aku masih lagi sangat-sangat berangin tapi takmo singgah toilet sebab kang mesti lama. Kalau lama mesti lambat sampai. Takmo takmo. Aku bertahan.

Sampai kat rumah Aima pukul brape eh? Tak ingat. Yang pentingnya.. sampai kat umah aku pukul 11 malam kot? Almost 12 aku pun tidor la dengan badan yang sakit-sakit dan perut yang sakit-sakit. Ni mesti kes cili kicap yang Keri tumbuk tu. Mesti punyelah!

Sekian. Tammat (takde idea camne nak end up karangan ni huhu).

Eh lupe.

Mekasih Wafa - untuk tempat tinggal, towel, shower gel, syampu, ubat gigi, makanan yang sedap-sedap dan astro. hehe
Mekasih Ena - sebab amek kakak kat rumah dan hampir menderhakai mama kerana keinginan untuk ke Lanchang yang kuat. makcik, jangan marah baby ye.. huhuhu
Mekasih Keri - sebab jadi driver dan jurugambar tak berbayar kitorang. lenkali bawak kete leklok sket. huhuhu
Mekasih Aima - sebab tanggung duit minyak dan tol sepenuhnya. patutnya tong-tong tapi beliau dengan selamba gajah je kata tak perlu. owhhhh T____T terharuu~
Mekasih Anul - sebab bagi kitorang tumpang selit dalam kamera ko. seram uols. hahaha.
Mekasih Nadia (housemate Wafa) - sebab terkejut bila Wafa kata 'kak baby lagi tua dari aku'. HAHAHAHAHAHAHA

Ok sekarang baru bole kata TAMMAT.

blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, February 23, 2011

632 : Rilek jap!

Sebenarnya pagi ni aku nak cite pasal kisah Lanchang tu lagi, kira final episode la. Tapi pagi ni aku kena pagi Kole Kangso. Kuala Kangsooooo Bandar Dirajaaaa.... So takde la aku buat entry tu sebab Mr Sivaji kata nak gerak pukul 8.30 pagi.

Tapi tengok ni. Dah pukul 9 lebih pun tak sampai lagi. Janji melayu sunggoh! Janji melayu, lidah kelly! Huh. Sibbaik dah siap-siap buang ape yang patut, kalau tak lagi laa boleh mendatangkan marah ni.

Ha dah sampai dah. Babai.
blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, February 21, 2011

631: Lanchang Kuning Belayar Malam - Episod 2

Mak aihhhhh jenuh nak pilih gambau!! Ok sambung cite.

Lepas lepak-lepak kat Deerland, kami pun bergerak-gerakhas pulang tapi split dua tempat - aku, Ena, Anul dan biniknye ke Pusat Konservasi apetah nama panjangnya untuk mengutip tiket nak naik gajah sementara Wafa, Keri dan Aima bergegas pulang ke rumah untuk bersiap-siap nak masak. Kisahnya Wafa nak buat pemanasan rumah (house warming) sebab baru pindah umah gitu.

Dah amek tiket, berpusu-pusulah kami pulang. Dan terus terjah dapur. Eh bukan semua terjah dapur ye.. hohohoho. Tolong²lah apa yang patut, perut lapau so lagi laa kene masak pantas²! Buat keje pantas²! Hehe.


*telan air lior* sabo Baby.. ni sume ACCHOBAAAAAANNNN.... huhuh~


Dah siap masak, baru boleh tolong makan. Makan yok!

Dah kenyang tahap boncet perot, solat dan siap-siap nak pi Kuala Gandah. Mau nunggang gajah! Ah layan gambar saje la kot. Ops sebelum terlupa. Tiket kat sana ade dua jenis - hok kaler merah untuk masuk dan round² je dan kaler kuning untuk menunggang gajah dan juga mandi mande dengan beliau. Aku amek hok kuning tapi skip bab mandi manda. Malas nak ngangkut baju basah walaupun aku ada bawak baju extra. Hehe.

Ok layan pic je.

Masuk free je uols. Tapi tiket terhad, cuma dikeluarkan errrr brape eh Wafa? Lupe dah fakta ni. Hahahaha.

Budak yang panggil² kitorang untuk naik gajah tu punye la kekwat. Ena dengan penuh takzim pi la tanye dia 'bole ke naik sekali 3 orang yang dewasa ni'. Member jawab canteeeeek je 'kalau tak boleh, takde la saye panggil..'. Amboih.. Indahnya bahasa seindah orangnya! *tangan kat dada, mata pandang atas*


Gambar bawah kanan, gajah baru pas berak. Ape kes asik tengok haiwan berak je ni? Hmmm.. heheh.


Adik gajah si capik kakinya.. kene jerat uols. Sian adik gajah.. kakak sayang dia ni.. hmmm..


Ni aktiviti yang kitorang skip. Pun dapat tengok gajah berak dalam sungai. Motifff sangat T___T Tapi tak kisahlah, janji Aima bahagia. HAHAHAHAHAHA!!!


Tamat! Mau pulang!


Ok ni my personal favourite pic! Comel kan? Mekasih Wafa sebab melayan kitorang ni ha hehe.
blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, February 18, 2011

630: Lanchang Kuning Belayar Malam - Episod 1

Salam Jumaat uols!

blogger-emoticon.blogspot.comBuat episod² ni bukan ape, pertamanye sebab banyak cerita. Keduanya sebab hok episod kedua tu kene tunggu gambau daripada tuan kamera kedaung iaitu Anul dan Keri. Selagi tak dapat, maka tak dapatlah nak cerita sebab.. apalah ertinya cerita tanpa alat bantuan mengajar.

Ke Lanchang hari Isnin lepas. Memang laa belayar malam sebab aku dan Erina bergerak dari Shah Alam tepat pukul 9 malam. Aku dah bajet baeeekk punya sebelum tu. Lepas berbuka puasa, nak iron baju keje siap-siap, nak lipat baju per sume. Alhamdulillah sume berjaya. Cumanya lepas berbuka tu, tetibe Ena sms kata mak dia macam tak bagi pegi plak. Denggggggggggg gua dah nebes, sampai habislah sepapan cekelat aku makan sebab nebes sangat. Mujurlah berkat idea aku menggunakan pendekatan Islamik untuk memujuk mama beliau, akhirnya berjaya jua. Heee.

Ena rabun, makanya aku la kena drive ke Puchong untuk mengutip Keri kat umah beliau. Kemdian shoot ke umah Aima. Perghhh.. pegi Lanchang naik Perdana Exec tuuu.. kau hado? Hahaha. Tapi Keri bawak kete kali ni cam hareeeemm. Perut aku dah la penuh, siyes sampai satu tahap tu aku dah takleh nak borak, kepala pening ada rasa mau muntah. So.. gua tidorrr je. Terjaga sebab dengar dorang cakap 'ehhhhh ade babi melintass..!! tu ha satu famili'. Aku ni terpisat-pisat bangun, mana la nak nampak huhuhu. Rugi tak dapat tengok babi panjat bukit (lepas melintas, dorang panjat bukit kata mereka).

Sampai rumah Wafa nak dekat pukul 1 pagi kot? Tukau outfit (outfit katanya haha), pastu siap-siap nak masak caramel cream cheese yang aku order kat Aima. Haha. Baiknye hati Aima, sanggup tu pi gugel resipi, siap try dulu kat umah lepas aku cakap aku teringin nak makan heeeee ni yang ailebiu sangat ni!

Bab godak-godak ni suke la aku. Tapi terhad pada bahan-bahan yang mudah terurai sahaja. Kalau ko soh aku godak simen ke (eh godak simen pun macam best gak), ok tukar - godak benda-benda macam nak buat kek tu ke pakai tangan, rasanya.. bole jugak. Tapi lambat laa. Lambat sangat. Hehe. Dah siap, kukus! Sementara nak tunggu masak tu, aku, Aima, Wafa dan Ena main Saidina hehe.

Tema permainan adalah BIAR PAPA ASAL KEDANA. Aku laa tu yang kedana. Awal pusingan bukan main bertuah lagi! Hoiiii KL tu aku punya woi! Tempat best-best tu sume aku punya, tamak! Aku laa pemilik hartanah paling kaya! Tapi, aku laa satu-satunya yang berhutang belas-belas ribu sampaikan kat bank pun hutang jugak hahahahahaha. Kerek tuuuuu takmo gadai tanah! Cadangnya nak cagarkan sume hartanah tu kat PTPTN T_______T

Tamatkan semuanya pada pukul 3.30 pagi. Pastu sume orang tido kecuali Wafa. Dia ade projek nak buat. Kek cekelat! Aku pulak takleh tido sebenarnya tapi tak pulak aku bangun pi tolong Wafa T____T Wafa, akak mintak maap ye sebab tak tolong.. akak ni kalau dah bangun kang, mau tak tido terus huhuhuh.

Esoknya. Shoot ke Deerland. Nak masuk ni kene bayau RM7 (kata RM10? eh nak komplen plak). Hehe. Tapi lambat lak dia bukak, pukul 10.30 baru bukak walhal kitorang dah sampai pukul 10. Ape lagi. Posinglah walaupun tak rela.

Dah dapat tiket, terus berlari-lari masuk. Habis sume orang yang nak masuk kitorang tolak sampai terlentang semata-mata nak cepat masuk. Hahaha tipu je. So.. layankan jelah gambau-gambau ni eh. Sume daripada kamera dorang, aku tak bawak kamera pi Lanchang. Tatau la kenapa, malas.

Aku tak berani nak bagi makan kat rusa ni sume sebab agresif gila rusa dorang ni. Dibuatnya diorang gigit tangan aku, mau laa aku terlatah sambil melempang muka rusa ni sume sampai rosak. Demi kesejahteraan bersama, baiklah aku jangan bagi makan. Aku pegang-pegang jelah badan mereka. Tu pun asik lari jeeeee sume. Huh.


Geli ok time bagi makan kat burung puyuh ni. Patuk-patuk atas tangan aku, sikit lagi aku nak lempang dorang hahahaha. Tapi comel! Demi laaa nak bagi makan kat burung puyuh, sampai lengan baju aku terkorban - koyak sebab tersangkut kat jaring tu T__T huhuhu.

Ular? Sorilah aku nak posing dengan dorang. Sekian terima kasih. Eh tapi bila ular tu dalam dakapan Wafa, nampak macam humble je hewan tu. Macam seekor ular yang bermoral. Tetibe rasa sayang pulak kat ular tu. Hmmmm.

Lepas amek gambau ni, ular tu pon beraaaaaaaakkk. Ko penah tengok ulau berak? Aku tak pernah. Kitorang sume tak pernah oi! Berak dia macam beranak je. Terkejut gua. Najis eh kaler putih, macam ketul-ketul susu basi tu. Alaaa.. sape ade snap ah aritu? Bak la sini aku nak letak kat dalam blog. So.. David Teo, kami dah matang!

Banyak lagi hewan dalam tu tapi tak dapat nak pegang semua. Ferret yang comel tu pon tak dapat nak pegang sebab tuannye ntah pegi mana ntah.

Ini yang paling best! Memula tu aku dah set takmo amek gambau dengan beruang matahari ni sebab.. masa kitorang datang tu, dia dok melilau dalam kandang tu, macam lapau giler je. Aku tengok jam, oooo dah lunch time kot. Takmo la masuk, kang dia mamam aku plak. Aku ni dah la menyelerakan HAHAHAHA. Tapi bila nampak je dia duduk, okkkk terus rasa nak serbu masuk kandang. Sangat laaaa comel ko ni wahai beruang!
blogger-emoticon.blogspot.com

Next week la aku sambung. Banyak lagi cite ni. Hehehe.

blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, February 16, 2011

629 : Lanchang Kuning Belayar Malam - Sneak Peak


Pic kredit to tuan rumah, Wafa. More pics to come! Itu pun depends pada ketangkasan Keri, Wafa dan Anul selaku jurugambar rasmi pada hari kejadian untuk upload gambar-gambar sekelian!

Badan penat. Jumaat nanti kita cerita ya. Ataupun kalau aku rajin (dan dapat pic2 sekelian), esok jugak gua apdet!

Hepi-tak-hengat mode is ON!

blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, February 11, 2011

628 : Bayi~

beybeh beybeh beybeh owuuuuuuuuuuuuu~weks!


Salam..

Terlupalah dengan siapa aku berborak pasal nama 'baby' ni. Orang itu (tak ingat siapa tapi perempuanlah) ingatkan aku dok bahasakan diri 'baby' ni sebab family aku panggil macam tu. Abang-abang aku nak panggil aku BABY???? Meninggal! Hahahahah. Abang aku dulu try nak panggil aku ADIK pun aku tak respon, inikan plak Baby? Nanges airmata darah. Hehe.

Asalnya macam ni. Kisah lama dah ni. Takde kaitan dengan kisah-kisah bercinta pun ye.

Zaman aku sekolah menengah dulu, ada laa sorang budak pompan ni ha. Ala-ala cia laaa. Tau tak CIA tu ape? Bohsia la. Kawan-kawan dia panggil dia Baby. Gelirs ok! I was like 'badan tinggi menggalah tak pakai kain dalam, ade hati soh orang panggil baby? kamon la' dat time. So.. bila dalam kelas, aku pun menganjing sesama kawan aku laaa.

korang panggil laa aku Baby gak. Baby Ctah hahahahahah

Op kos la takde sape nak layan. Heheh.

Cumanya beberapa tahun lepas, tetibe aku teringat balik pasal baby baby ni. Makanya setiap kali budak-budak opis ni nak suruh aku buat keje pape je, aku pun sound.

panggil Baby dulu, kalau tak orang takmo buat!

Dan dalam keterpaksaan, dorang pun panggil la. Pastu... tak pasal-pasal sampai sekarang pun dorang panggil macam tu. Hahaha nais. Yang tak best sket la, kalau dorang panggil aku macam tu - sekali Mr Sivaji dengar.

BABY????!!! sape Baby??? sape?

Mampos. Hahaha.

Tapi kan. Senang je rupanya nak bahasakan diri BABY. Mebi sebab aku tak maksudkan nama tu dalam hati la kot. Aku rasa senang je, berbanding nak sebut nama sendiri. Errr.. tak retilah aku. Mas ingat Mas nak ajak korang pi jalan-jalan laa, nak ikut tak? Errrr???

blogger-emoticon.blogspot.com

#budak Baby yang cia tu ade add kat fesbuk. aku musykil la. adekah dia lupa bahawa aku adalah orang yang pernah dia 'serang' kat kelas aku satu ketika dulu?? dia tau tak aku ni sape? nak aku UNFRIEND kang, sen-thap hatimak nak. hmmmm~

Wednesday, February 09, 2011

627: Spekulasi Cacing

gambaran lokasi sebenar, pic cilok kat sini. mekasih ye :)

Salam..

Semalam masa keasyikan menonton TV, salah sorang housemate aku bukak cerita. Alkisah ada sorang pakcik teksi ni cerita pasal kedai goreng pisang kat area rumah aku ni. Sape-sape yang duduk Shah Alam tau kot.. kedai Azmy tu. Femes tuuuu.

Katanya, bisnes encik Azmy ni laku sebab ade menerapkan unsur-unsur ilmu hitam dalam masakannya. Ada sorang dukun ni yang sahkan laa kiranya. Sang dukun tu yang cerita, amek kat Thailand laaaaaa.. guna serbuk cacing laaa.. bla bla bla bla bla. Aku dengar je cerita budak ni sampai habis. Kemdian aku pun bertutur.

dalam kes macam ni kan, ade dua je kemungkinan. pertama, memang betul benda tu ada. kedua, orang saje nak dengki.

Kan? Ok laa.. kadang-kadang memang ada orang buat macam tu. Ilmu hitam, biru, pepel, merah bata, hijau pucuk pisang, kuning Diraja dan macam-macam kaler lagi. Memang tak mustahil. Tapi ada masanya, orang suka sangat buat spekulasi. Pantang tengok bisnes orang lain maju sikit, terus je cop orang tu guna itu laa ini laa.

Lagi-lagi pulak kalau yang berniaga pastu maju giler tu orang kita jugak. Lagi laa berproblem. Benda yang tak ada pun nanti tetibe je ada. Tak boleh tengok orang senang sikit eh? Ada masalah eh? :p

Ok la. Katakanlah betul encik Azmy tu ade letak barang terlarang tu. Biasalah ubat berunsur guna-guna ni akan buat kita addicted (kecuali dadah la, itu tak masuk kategori guna-guna lagi dah :p) kan? Aku pun pernah makan goreng pisang tu, takde pun addicted. Sebab biasa je rasanya.

Tetaplah orang akan syak wasangka kenapa bisnes dia maju? Maju betul ni, kalah Maju Junction. Orang yang nak beli goreng pisang encik Azmy ni biasanya memang akan beratur panjang. Panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang ok. Kenapa maju? Kenapa maju sangat?

Tengoklah lokasi kedai dia kat mana. Dekat stesen komuter. Dekat dengan sekolah. Depan kawasan perumahan. TAKDE PESAING. Takde sape yang jual goreng pisang kat area tu melainkan dia saje. Memanglah maju. Mende simple macam ni pun orang tak nampak. Tetaplah jugak orang nak kaitkan dengan serbuk cacing tu ha.

Tapi ayat housemate aku yang suka kirim barang tu lagi best.

alaaaa... ntah² dukun yang cakap tu dulu jual goreng pisang.. pastu tak laku, tukar keje jadi dukun. pastu cakap orang tu guna itu laa ini laa

Hahahahaha. Boleh jadi tu!

blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, February 07, 2011

626 : Klebang Kokonat Shek!

Salam semua :)

Aku tak tahu sejak bila wujudnya kedai ni. Tapi memang dah banyak kali aku dengar dan baca, orang dok sebut-sebut pasal kehebatan coconut shake Klebang ni ha. Bukan takat orang Melaka je, orang luar pun dah ulang-ulang bantai, siap buat reaksi sinis plak bila aku kata aku tak pernah try. Kira bangsat abis laaa sebab tak pernah rasa. Tak ke tercabar maruah aku sebagai anak Melaka sejati? Demmit!

So.. sabtu lepas, selepas berjimba dengan Che', makcik ni la sebut nak gi minum coconut shake ni ha. Dulu pernah gak time kitorang keluar ramai-ramai, pakcik coconut ni cuti am pulak. Makanya kali ni, mesti berenti! Mesti mesti mesti!


Kereta punya la banyak! Sampai jem laaaa area ni. Lokasinya secara tepat adalah berhampiran dengan Caltex Klebang nun.. Kalau uols dari Bandar Melaka, Caltex tu belah kanan dan korang akan nampak kedai kokonat shek ni sebelum ko nampak Caltex. Kalau dari arah bertentangan (dari Sg Udang kaaa... Tangga Batu ka... Masjid Tanah kaaa.. belah-belah sanun tu), lepas daripada Pantai Klebang, nampak Caltex belah kiri- dah, ko parking je kat Caltex tu ye. Kedai ni tepi jalan je pun.

Kalau tak paham gak, camni lah. Asal ko nampak kereta bersusun-susun tepi jalan kat Klebang tu, ha itulah tempatnye (make sure takde kenduri kawen kat situ).

Yup, takde la mahal rupanya. Patut laaaaaa ramai semacam! Aku ingatkan dah glemer-glemer ni, mau kena RM5 sekokonat shek. Kalau minum kat situ lagi murah ye berbanding yang tapau. Hmm.. mungkin dorang pun nak Go Green kot.

Tapi ko nampak tu? CUTI BILA PERLU. Maksudnya.. tak kompem lagi wiken dia bukak kedai kan. Beli ikut nasib laa ni huhu.


Nampak macam tenang je kan? Gambar yang tenang jangan disangka takde buaya. Tapi takpelah, bukan aku yang tunggu. Che' jugak yang kena. Oh ye. Gambau-gambau ni sume daripada dialah, tapi sape yang suruh dia amek gambau untuk membunuh keboringan? Aku la jugak. Hahaha. Che', kira halal la eh aku letak kat sini? Auuummmmm jangan marah.


Ni yang spesel dan tidak untuk diminum di tempat kejadian. Dah tu... giler hape nak tapau dapat cawan kaca? T_____T Yang spesel ade aiskrim tambahan, yang biasa diorang dah blend aiskrim sesiap dalam air tu. Aiskrim Wall's uols.


Akhirnya. Dah bertahun (eh ye ke bertahun?) aku dok dengau pasal kau ni, dapat gak kita jumpa face-to-face. Ni yang biasa je, aku saje try yang biasa dulu. Sok-sok balik Melaka, bole la rasa yang spesel gak. Tu pun kalau rajin nak tunggu. Hmmm.


Bole laaaaa. Nak kata sedap giler kang tipu plak. Tapi boleh la untuk aku. Sejam menunggu neh! Dah bersapau aku dalam kete hah. So, bantai jelah. Heheh. Mekasih Che' belanje baby. Lenkali baby nak yang spesel tu plak eh? Yeayyyy!!!


# dengau cite kat Pantai Puteri tu pon ade kokonat shek eh, lagi sedap katanye? Kalau kat situ jem, boleh tahan lagi kot. Sambil-sambil tunggu, bole laa jalan-jalan kat pantai jap.