Thursday, March 31, 2011

645: Diet!


Tengah serius berdiet atkins.

Rasanya, perpisahan paling sedih dalam usaha mengamalkan diet atkins ni adalah perpisahan antara aku dan milo. Walaupun aku kelihatan macam sangat suka minum benda-benda manis (since macam tak masuk akal plak nak minat minum benda pedas²), tapi sebenarnya kalau tak berapa ada pun tak kisah. Cuma jadi susah tu kalau mende tu ade depan mata la. Contohnya orang suruh abeskan marble ciskek tu kee... atau cekelat kee... atau ape-ape jelah. Aku tak menolak rezeki weh. Orang cakap, kalau sekali tolak, bimbang nanti rezeki langsung tak datang lagi. Oh lupe plak. Orang yang cakap tu adalah aku. TM.

Setakat tak minum minuman yang manis-manis time lunch dan dinner, aku tak kisah pun. Kalau ade, bonuslah tu haha. Tapi bila sarapan tak di-sadakallahulazim-kan dengan milo, perasaan aku sentap la sket. Macam lepas makan tak basuh tangan, macam tu la. Rasa macam ade yang tak kena je.

Tapi takpelah. Berkorban sket. Demi untuk mengorbankan lemak-lemak yang memeluk kemas tubuhku sehingga mengakibatkan pinggang rampingku bertukar menjadi pinggang kentang ini. Pasrah.

Semalam je. Aku kantoi sket. Sebab dah mula sendawa gastrik. Sape ada gastrik, tau lah kot apa aku cakap ni. Tapi taklah aku balun milo. Aku gi makan buah betik. Macam takde connection je? Dan akibatnya memang buruk. Mungkin perut aku dah terbiasa 3 hari tak makan menda manis (termasuk buah-buahan), apa lagi.. terberry-berry aku pagi ni.

Budak-budak opis aku plak (yang lelaki laa), menganjing bila tengok aku diet. Sume dah mula meneka-neka aku nak kawen tahun ni. Eh eh camtu eh? :p Tapi takleh la nak marah. Who knows, tetibe betul ke kan? Lalalalala~ Yang perempuan pulak, dua orang menyokong aku berdiet, dengan salah seorangnya turut mendahului aku dengan berdiet awal. Kakak Bebola Ikan plak awal-awal bukan main mencebik lagi bila dengar aku nak diet (&*&^^%%$%#$^%&* kata aku dalam hati), sekali hari ni dia macam nak diet jugak. Haaaa ingatkan... ok takmolah sambung ayat ni. Heheh.

Hey gorgeous, be strong ok? *pandang cermin*
blogger-emoticon.blogspot.com

#harap-harap kenduri Ena sabtu ni takde hidang ABC fradoo T___T

Monday, March 28, 2011

644: sampai sekarang, aku tak paham kenapa orang suka jadi glamer. best ke?

cilok kat fb member


Aku bet ramai yang dah baca paper semalam. Aku tatau la nak cakap apa. Yang pastinya, aku tak suka.

Awak ke wartawan Pancaindera tu? Saya nak slow talk sikit bole ye?

Saya tak sukalah apa yang awak keluarkan tu. Sebab dengan jelas dan nyatanya, takde kene mengena pun apa yang saya tulis dengan status FB artis yang awak nak exposedkan tu. Kalau komen-komen yang lain awak boleh pilih-pilih untuk paparkan dalam paper, kenapa komen saya yang tak berkaitan tu awak selitkan sekali. Saya mencari di mana kelogikan tindakan awak ni.

Saya tak marah. Tapi saya malu. Awak takkan paham perasaan saya ni tau tak.

Punya la bersusah payah saya separatekan sosial life saya dengan kawan-kawan dan bukan kawan-kawan tapi ini yang jadi. Lagi satu, berjuta manusia yang membaca tu bukan semuanya kenal saya. Sedangkan kawan saya sendiri pun kata ayat saya macam nak memancing, apatah lagi orang lain?

Untuk orang lain, mungkin dorang sangkakan saya gembira dengan apa yang awak buat ni. Tapi sumpah saya langsung tak rasa macam tu. Saya ketawa-ketawa semalam, tapi dalam hati saya ni lebam-lebam. I can't barely read the paper. Nak bukak pun malu. Ntahlah.

Saya mungkin nampak macam sukakan glamer-glamer ni (orang laa kata glamer, padahal bukannya glamer apepun. kot laaa satu page tu cite pasal aku, itu barulah glamer). But trust me, I don't. Saya tak sukalah apa yang saya nampak ni.

Bila diberitahu oleh Hana Cempakabiru via sms, dan diterangkan - mati-mati saya sangkakan yang bawah ni yang keluar.


At least yang ni takdelah memalukan sangat berbanding apa yang awak keluarkan semalam. Saya moody satu hari semalam tau dok. Tengok dvd pun rasa macam nak bergaduh je tapi rileks rileks. Susah nak terangkan apa sebenarnya yang saya rasa sebab mesti ramai yang kata 'alaaa bukan amende pun'. Susahlah nak cakap. Takpelah.

Lain kali, cik ke encik ke wartawan, tolonglah. Minggu depan, pilih-pilihlah komen yang berkaitan je. Awak ada kuasa untuk buat benda tu. Janganlah pandang remeh je, ok? Mentang-mentanglah saya bukan retis. Huhuhu~

Haihhh.. ok la. Takde ayat nak sambung.

Friday, March 25, 2011

643: Yang Selalu Jadi..

Bila tunggu, haram tak bunyik.
Dah nak masuk toilet, baru laaaa nak memekak.

Itu henpon.

Bila takmo pegi, semua takmo pegi.
Bila aku dah bangun, semua berdedai-dedai nak masuk.

Itu toilet opis.

Bila duduk diam-diam dari pagi sampai petang, langsung tak panggil.
Bila aku dah sampai kat pintu kete, baru la sibuk-sibuk memanggil.

Itu Mr. Sivaji.

Bila sorang-sorang, tak rasa ape.
Bila depan-depan orang, baru laaa teringat.

Itu perasaan nak korek idong.

Bila tengah kebulur, takde sape mengajak.
Bila tengah nak diet, semua pakat ajak kuar makan malam² T______T

Itu adalah kawan-kawan saya.

blogger-emoticon.blogspot.com

Tapi masih (but still).
Bersyukur dan terima seadanya.

Ada henpon untuk berhubungan.
Ada toilet opis untuk pembuangan.
Ada Mr. Sivaji untuk penggajian.
Ada idong untuk pengorekan.
Ada kawan-kawan untuk sesi pemakanan.

Sekian, terima kasih.

blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, March 23, 2011

642: Es-Pi-Em

takde kene mengena. sumber : tumblr

Arinie budak-budak amek result SPM ye?

Malas nak mengimbau kenangan amek result. Sebab result aku time tu menyebabkan aku tak tau nak bereaksi macamana.

Aku hepi sebab math aku dapat 3.
Tapi aku sedih sebab BI aku pun dapat 3.

Aku hepi math dapat 3 sebab aku selalu dapat 9.
Aku sedih BI dapat 3 sebab aku selalu dapat 1.

Allah memang nak suruh aku bersederhana. Hmmmmmm.
blogger-emoticon.blogspot.com



# gud luck untuk anak-anak buah yang nak amek result arinie. dan juga anak Mr. Sivaji. ingat. result ko tu akan bagi effect pada opis kitorang ni. tak dapat 10A kalu, taulah nasib ko.

Monday, March 21, 2011

641: Menakutkan.


Salam.

Macamana kita nak tau keputusan yang kita buat adalah keputusan yang tepat?

Termenung aku bila ditanya soalan ni. Dah tentulah aku ada idea yang ideal untuk ini, tapi mungkin bunyinya agak naif dan membosankan. Bolehkah aku katakan, yang hati kita akan tau keputusan itu tepat bila dinyatakan secara tepat pada ketika dan waktu yang tepat, setelah berusaha untuk menepati setiap apa yang kita mahukan?

Idea aku. Kebanyakan keputusan adalah berdasarkan gerak hati. Pun perlu ditentukan sama ada hati kita digerakkan oleh Yang Esa atau bisikan syaitan. Kalau dah namanya keputusan yang tepat, rasanya dah tentulah hati digerakkan oleh Pencipta, ye tak?

Aku yakin. Bila tiba masanya, keputusan yang dibuat akan menjadi tepat dan bertepatan dengan kehendak apabila keadaan dan diri berdiri di ruang yang tepat. Di mana satu persetujuan dan perasaan bertemu di titik yang tepat. Dan segala ketepatan yang lain akan menuruti satu demi satu dengan tepatnya keputusan yang dibuat.

Aku percaya. Untuk memastikan setiap keputusan itu tepat, perlulah merujuk kepada yang patut terlebih dulu. Selain keluarga, kawan-kawan, haiwan peliharaan (err tipu je). Paling utama, mohon petunjuk Allah moga keputusan dan pilihan yang dibuat adalah paling tepat dalam hidup kita. Berserah sepenuhnya kepada Dia.

Untuk aku. Akhirnya di situ nanti, restu Dialah yang paling mandatori untuk setiap keputusan yang bakal aku buat. Kerana sebolehnya aku tak mahu hidup dalam kekesalan. Panjang hayat aku, panjang itulah yang perlu aku lalui dengan setiap keputusan yang aku buat. Dan kalau boleh, keputusan yang besar-besar ni biarlah semuanya tepat. Paling tidak, satu keputusan itu pun jadilah. Aku mahu ia yang paling tepat.

Aku yakin, dan aku percaya. Dan itulah jawapan yang aku beri dengan yakin.

Tapi semalam.

Bertemu empat mata dengan sahabatku ini, hati aku terdetik. Sedetik lebih (eceh!). Adakah keputusan dia tidak tepat? Adakah keputusan dia salah, mengakibatkan dia perlu menghadapi keadaan yang semacam ini?

Aku tahu. Selama ini dia banyak berusaha. Sebelum itu pun usahanya ada. Apa kata hatinya, dia ikut semata - aku harap semuanya yang baik. Selidik, minta pendapat - semua dia lakukan. Dan kini selepas 2 tahun, semuanya hancur angkara keputusan yang satu dulu. Bolehkah aku katakan dia telah membuat keputusan yang tidak tepat dulu?

Ini dugaan. Untuk dia hadapi. Dan aku tahu sangat berat. Simpati sahajalah yang mampu aku hulur, dan juga telinga untuk aku dengar setiap keluh kesah. Haihhh.. Sahabat, semalam aku mahu bertanya, tapi aku bimbang soalanku dilontar dalam keadaan yang tidak tepat. Dan bakal membuatkan aku melukaimu secara tepat di hati.

kau tak buat semayang istikharah ke sebelum kawen?

Soalan ini berlegar-legar dalam kepala. Bukan niat memperlekehkan keputusan dia, aku cuma mahu tahu. Aku mahu jadikan ini pengajaran untuk aku. Kalaulah dia buat, aku anggapkan ini semua dugaan Allah untuk dia. Mungkin ada kekhilafannya masa lalu yang perlu dibayar dengan cara ini. Kalaulah tidak, aku anggapkan ini kecuaian manusia yang perlu aku ambil iktibar.

Aku harap. Andai suatu hari nanti aku jatuh cinta lagi, janganlah penilaian aku dibutakan dengan perasaan. Aku harap. Andai suatu hari nanti aku bersedia untuk berkahwin dengan orang yang aku cintai, aku tetap akan berpaling pada Dia dan bertanya,

Ya Allah, sungguh benar aku cintakan dia. Tapi, benarkah dia ini peneman aku dunia akhirat?

Aku mahu. Semoga aku tetap akan mengutamakan redha Ilahi. Kerana aku selalu silap membuat perhitungan. Adakalanya gagal menilai. Ada masanya ingkar. Dan aku mahu. Semoga selepas ini, jika ada cinta dalam hatiku pada insan lain melebihi aku mencintai diri sendiri, cinta ini diterima langit dan bumi.

Cinta. Andai ada nanti. Aku harap diredhai.


# beb, sabarlah. ingat, Allah takkan menurunkan ujian melebihi apa yang hambaNya mampu tanggung. aku doakan yang baik-baik untuk kau.

Thursday, March 17, 2011

640: ye, saye orang Melaka, tapi...

orang Melaka yang dah lama tak jejak Bandar Melaka


Aku orang Melaka. Korang tau kan?

Ya.. aku menetap di Melaka 19 tahun laaa yang penuh sepanjang tahun. Yang belen-belen tu kat mana lagi kalau bukan kat Shah Alam ni ha. Blajau sini, keje sini. Menggemuk pun kat sinilah jugak. Eh tak. Menggemuk start masa praktikal kat Melaka.

Walaupun aku ni kira anak jati Melaka laa kan, tapi tak bermakna setiap pelusuk rongga-rongga organ tentang Melaka tu aku fasih secara mandatori. Yang aku betul-betul fasih pasal Melaka adalah :

1. Sangat signifikan dengan asam pedas. Kalau dapat hok tetel tu lagi meletop tahap berkecai.
2. Bandar Hilir. Tempat orang berkerumun melihat kesan tinggalan sejarah (pergh ayat, macam keje muzium), naik beca, Mahkota Parade, banyak muzium.
3. Ayer Keroh. Ade JJ (haha), ade MBMB (tempat yang aku berangan sangat nak keje time student dulu, motifff sangat kan), MITC, ade zoo, dataran apetah tempat orang romen² tu.
4. Umbai. Tempat orang makan ikan bakar. Best sangat ke? Aku tak pernah rasa.
5. Klebang. Pantai Klebang dulu macam best la, kalau dari Sungai Udang nak ke bandar, bole buang-buang pandang tengok laut. Sekarang ni pantainya dah tak nampak dah. Sedey.
6. Masjid Tanah. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat menimba ilmu eceh. Masjid Tanah ade ape eh? Pekan koboi, tapi sekarang dah maju. Kalau nak shopping tudung ke, kat sini kire port mantap gaklah.
7. Tanjung Kling + Bukit Darat = kampung mak bapak aku. Syahdu kalau lalu lalang kat situ. Ada Pantai Puteri, dengan kilang U-Wood. Motip laa aku cite pasal kilang ni, tak relevan betul.
8. Lagu Negeri Melaka. Hahaha!! Aku hapal lagi, tapi janganlah suruh aku nyanyi. Sebab baru-baru ni aku dengau ada lirik yang dah tukau. Ape laa. Lagu ni pun nak tukau² lirik. Hmm.
9. Sungai Udang. Umah aku la kan. Ada 2 bijik kem askar, taman pertanian, loji Petronas dan yang terbaru - penjara. Besau weh. Sekali pandang ingatkan cawangan baru UiTM.

Dan yang lain-lain tu tatau la kot ade lagi tapi tak ingat.

Bila orang tau yang aku ni orang Melaka, akan banyaklah soalan yang ditebar-tebarkan. Mana yang aku tau tu, boleh la aku jawab. Tapi ade sesetengah soalan yang selalu orang expect aku fasih padahal aku memang tak berapa fasih.

1. Tanya jalan. Camne eh nak gi situ, sinun, sanun, wohnen (tetibe). Aku bukan reti sangat jalan-jalan ni. Kalau ko tanye mak aku, haaaaaaa insyaallah dia tau. Kalau takat dalam area Sungai Udang tu tau la kot. Ataupun jalan-jalan yang aku biasa pegi, memang fasihlah. Contohnye, jalan dari Shah Alam - Sungai Udang, atau Masjid Tanah - Sungai Udang, atau Sungai Udang - Bandar Melaka, atau Ayer Keroh - Bandar Melaka - Sungai Udang - Masjid Tanah - Shah Alam. Itu pun aku tak reti direct orang. Ujung-ujung kang mesti aku cakap 'ko baca jelah signboard tu, penat je JKR pasang. kalau sesat gak, benti kat petrol pam mana-mana, tanye orang situ'. Huhu.

2. Soalan popular yang selalu orang tanye - kat mana eh makan sedap kat Melaka? Mak aih, fail terus aku. Tahukah anda, bahawasanya aku hanya akan makan kat rumah bila balik Melaka? Melainkan aku keluar dengan member-member atau dengan mak aku (pastu dia yang gatal ajak makan luar), baru la aku makan kat luar. Dan nisbah pengeluaran itu adalah 6:1. 6 kali balik Melaka, 1 kali kuar dengan kawan-kawan. Mungkin 6 tu boleh jadi 7, 8 atau 9. Dan bila keluar tu, takdenye kitorang nak cari tempat makan sedap. Kitorang bantai je makan kat food court Mahkota Parade, takpun kat mana-manalah asal boleh. Takkan bila orang tanye kat mana makan sedap, aku nak jawab 'ko pegi food court MP tu kan, ade jual wantan mee sedap. aku daripada skolah dulu dok makan mende tu la, feberet aku tuh!'. Sesuatu sangat kan promosi food court kat pelancong? Huhu~

3. Lagi. Tanya pasal hotel. hotel mana yang murah, hotel ni katne eh, hotel ni brape hengget bla bla bla. Halamak aih.. Ok la. Kalau tanye pasal hotel kat Bandar Hilir tu mungkinlah aku boleh jawab sket sebab pernah gak tidur kat area tu - masa opis gua ade projek kat Melaka dulu. Tapi kalau tanye yang tempat-tempat lain, sorry ye kawan-kawan. Saye tak tidur hotel kalau balik Melaka, mak saye dah provide master bedroom siap dengan ekon dan estro lagi. Free pulak tu. Makan pun free. Siap water heater, bath tub. Tinggal swimming pool dengan gym je takde. Hehe.

Mamat-yang-dah-kawen-anak-sorang-nak-masuk-dua-orang tu suka la tanye soklan-soklan tahunan ni. Walaupun dah tau jawapan aku, tetaaappplah nak tanye jugak. Mebi dia ingat seiring dengan peredaran masa, pengetahuan aku akan bertambah T__T Yelah yelah. Lepas ni aku trylah amek tau walaupun macam tak berapa perlu je huhu.

Sementara aku nak menambah ilmu ni, aku sajeskan korang yang nak melancong ke Melaka. Buatlah persiapan awal sebelum pergi. Melaka tu banyak jalan one-way, pastu pembangunan bukan main pantas lagi sampai aku ni pon tercengang-cengang bila jejak Bandar Hilir tu. So, silalah siap-siap gugel pasal jalan, lokasi nak makan-makan, tempat-tempat menarik dan sebagainya. Kerana aku yakin, dalam hal ni - gugel lebih berpengetahuan daripada aku.

Sekian, inilah disclaimer saye dengan penuh rasa merendah diri.
blogger-emoticon.blogspot.com


# ha satu lagi. kat Melaka banyak polis yang berdedikasi. dorang tu adeeee je kat mana-mana. maka dengan itu, berhati-hatilah ketika memandu. jangan menyesal bila dah dapat saman, kerana saman adalah hakmilik setiap insan.

Tuesday, March 15, 2011

639 : Skendel

Alhamdulillah.

Setel sudah majlis kenduri kawen anak buah aku. Ekcely dorang dah nikah bulan 10 tahun lepas. Tapi belah lelaki ni jelah tak setel lagi sebab abang aku kan bizi nak gi haji aritu. Makanya.. bulan 3 ini tahun baru dapat buat. Hehe.

Sabtu malam. Kebetulan Busu sefamily datang sebab tak dapat nak hadir majlis kenduri esoknya. Lagi laa takleh nak rehat. Tapi aku ok je.. Cumanya bila mak aku bising-bising tu kang, cepat jelah amarah aku nak meletop. Tapi! Kita saboooooooo jelah. Pastu datang pulak family Ude. Saje la jengah-jengah.

Masa nak balik, macam biasalah anak-anak buah akan beratur untuk bersalaman (ke kena paksa? hehe). Sampai kat Maman (anak sulung Ude), macam biasalah dia salam dan cium tangan. Tapi tak lepas-lepas pulak menggenggam tangan aku. Aku pandang dia, macam tengah berfikir sesuatu je mukanya. Termenung dalam 2 saat, kemudian barulah dia bersuara,

ape cite skendel?

Ha? Aku ternganga. Dia tau ke pasal skendel aku? Eceh. Eh jap jap. Apekah jenis soklan ni? Tak paham.

skendel amende?
yang aritu busu tulis tu

Aku terdiam. Tulis mana laa pulak. Owh! Agaknya yang ni kot.


Ceh. Ingatkan ape laa.

takde ape. kenapa tanye?
kenapa Adi Putra?
sebab dia da kawen.. kan busu cakap pasal skendel dengan suami orang. kalau bubuh Fahrin, tak kena pulak sebab dia bujang lagi..
tapi kenapa Adi Putra?
sebab dia ensem!

Aku saspek si Maman ni memang rajin skodeng FB aku. Aku rasa laa. Tengok ni ape dia cakap.


Motip sangat.

*****

Masa kenduri ari ahad tu, cuba teka aku nampak siapa di celah-celah keramaian manusia itu?

Yup. Aku nampak beliau. Hahaha. Tapi takde gambau la ye.

Dah tentu-tentu la dia yang tegur dulu. Aku ni tatau la nak cakap. Kadang-kadang perangai jatuh kategori sombong pun ade, tapi sebenarnya bukanlah niat nak menyombong. Lebih pada malu sebenarnya. Tapi.. yelah kan. Ade aku kesah orang nak kata aku sombong? Kang aku dah peramah kang, ko gak yang tak larat nak layan hehe.

Ha. Dia tegur. Pastu bila dia kata 'dah lama tak jumpe', aku siap cakap 'memang lama giler'. Pehtu dia kata 'last jumpa kat rumah ni jugak kan.. masa tu ade bawak orang rumah ni ha, mak (mak aku la) ade kat atas'. Dem. Seposen pun aku takde memori pasal ni. Ade ke? Aku tak ingat pun T___T Ekcely, bila last aku jumpa dia pun aku tak ingat. Tapi bila dah dia bermati-mati kata ada jumpa aku masa tu, aku ok jelah. Walaupun serius aku tak ingat amende. Hmmmmm.

Bini dia kuruuuuuuuuuuuuuuuuuuus. Jeles laaa aku dengan kekurusan dia. Aku agak ketumpatan tubuh dia adalah separuh daripada ketumpatan tubuh aku. Rasa terhina plak tetibe. Orang tu dah ade 3 orang anak woi, yang aku ni blom buat production ape-ape (kecuali najis la op kos) pun dah berbadan sofa. How how?

blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, March 11, 2011

638 : Dine-In (Makan Dalam)

Salam jumaat semua!

Baru-baru ni, opismate aku yang sorang ni tetibe hilang masa opis hour. Rupa-rupanya adik dia pengsan kat rumah. Oh. Opismate aku ni lelaki, adik dia pompan. Dok rumah famili la senang cakap.

Sebagai kakak opismate yang prihatin, aku pun bertanya laaa keadaan dan situasi kejadian sejurus dia menjejakkan kaki ke territory aku.

"bole plak dia pengsan kat dapur masa tu tengah buat air", cerita budak tu.
"abeh cemana ko buat?", tanye aku dengan penuh minat.
"angkat la dia.. adik saye tu dah laaa gemok, macam nak mampos ngangkat budak tu", kata dia lagi.
"gemok sangat ke?", aku tanye.
"gemok laa.. lebih kurang.. hmmmm.. haa macam Kak Mas la badan dia".

Cilake sangat kan? T_______T

Yang baju merah. Ada masanya mulut memang cam puaka. Grrrrrrrrr~

Wednesday, March 09, 2011

637: Kompromi?


Salam..

I'm in a middle of something. Sounds serious eh? Not really actually. As for now, I just give myself the freedom to understand, thinking, analyzing, and digest everything that came out from one mouth and soul to me. Still struggling to take this as one part of my life. IF it will be one laa..

Seriously, I don't know if I can ever fall in love again. Lost hope. It's not like I don't even try at all. I've tried. Several times I must say. And I'm not giving up yet. Hope I'm not.

It just.. I don't know if I can 'be there' again. Or.. should I compromise?

blogger-emoticon.blogspot.com

Compromising my life definitely is a big thing. If I'm destined to live until 80 years old, it's crystal clear that I have to compromise that 80 - 31 = 49 years. Dare enough, baby?

I need Him to walk with me through this path of my life. And I know He is.

"I had to pick myself up and get on with it, do it all over again, only even better this time." - Sam Walton.


# The greatest pain that comes from love is loving someone you can never have. Period. T___T

Monday, March 07, 2011

636: 10 Bukan Perkara Mudah

Mak aku dah bebel-bebel pasal kontur tubuh aku yang dah melepasi paras bahaya bagi seorang anak dara katanya.

blogger-emoticon.blogspot.com

Dia suruh aku turunkan 10kg! AS SOON AS POSSIBLE! Gelabah laa mak gua. Macam la aku nak kawen bulan depan. Wuwuwuwu~
blogger-emoticon.blogspot.com

Beberapa hari dia ada dengan aku, asal nampak je mata aku jeling-jeling kat makanan, dia dah sound-sound. Tu blom lagi time aku termenung seketika bila aku rasa perut macam lapau tapi nasik dalam pinggan dah abes. Naik birat laa telinga aku kena marah.
blogger-emoticon.blogspot.com

'Pinggang dah hilang!' kata mak aku. Huhuh. Aku pegang-pegang, ade je. Tapi yelah.. dah tersorok sket dihempap tisu adipos yang mula membina tapak di situ. Tapi ade lagi laa. Kakak ipau aku pun kata, pinggang aku ade lagi. Wuwuwuwuwuwuwu~

blogger-emoticon.blogspot.com

Aku tau, salah satu caranya adalah BERSENAM. Tapi aku tak minat laa. Daripada zaman aku kurus melengkung dulu pun, memang aku tak minat. Apa kes senam-senam. Kalau cycling ok gak. Nak kene beli beskal laa pulak. Nak cycling pun kene pikir-pikir. Kena laa ade kawan. Dunia sekarang bukan boleh percaya sangat. Dibuatnya kena culik ke, ade orang nak merampas bulu ke (HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA) kan, mana le nak tau ye tak. Hmmmm.

blogger-emoticon.blogspot.com

Ok la. Banyak sangat alasan. Doakanlah aku berjaya. Berat badan yang kurang 10kg daripada sekarang ni, rasanya last aku rasa adalah pada tahun 2004. Lepas tu beratku bertambah up up and awayyyyyy~ 7 tahun dah weh. Takkan nak suruh aku putus chenta lagi kot? Nak jatuh chenta pun tak terjatuh-jatuh, cemana plak nak memutus? Hmm. Eh terkona citer lain plak.

blogger-emoticon.blogspot.com

Okthanxbye.

Wednesday, March 02, 2011

635 : Kenapa Aku Segan Nak Jadi Pembaca Berita

Assalamualaikum!

Beberapa tahun dulu masa tv9 tengah bizi nak buat casting untuk cari pembaca berita, budak-budak umah aku (masa tu la) dok push-push aku untuk cuba. Kuaser aku! Kalau takat kamera macam Keri, Anul dengan Wafa tu takde la aku cuak sangat. Kamera hok rakam gaya seperti ni memang tak berapa nak mesra la.

Aku kan pemalu weh.

Itu budak rumah. Yang lebih tak berapa nak masuk akal, mak aku pun sama gak join sekaki. Calling-calling. Soh aku gi audition T________T Dia hengat aku ni lawa nau ke? Tak sangka bondaku begitu memandang tinggi pada aku yang average ini. Oh ye. Alasannya adalah :

mana la tau kot jadi pembaca berita sok, tetibe dapat jodoh


blogger-emoticon.blogspot.com Wuwuwuwuwu mak saye. Wuwuwuwuwuwuwu mengapakah begini.

Tapi kan.

Aku rasa benda yang mencabar bila menjadi seorang pembaca berita ni adalah bila kena baca berita yang tahpape. Kes mahkamah misalnya. Pasal rogol bunuh tu sume. Macam kes Norr.. errrr... korang ingat kot? Kes yang 4 - 5 tahun lepas tu. Budak sebaya aku yang mati lepas berprojek X tu. Ingat kan?

Bayangkan ko sebagai pembaca berita kena sebut perkataan-perkataan taboo tu depan khalayak ramai. Malu weh. Aku malu la, orang lain tatau la plak kot gembira pulak. Imejin aku sebagai pembaca berita. Sebut benda-benda tu. Balik Melaka, anak buah aku si Adah yang mulut murai dan penuh question mark dalam kepala tu pun datang kat aku seraya bertanya;

busu, air mani tu ape? Adah nak!

Mampos!! Kang dia ingat tu air kotak ke air tin. Mampos aku nak terangkan pulak. Haihhh. Itu kalau dia. Kalau adik dia si Muslim tu? Dah laaa aritu puas aku cakap kat dia, BUDAK LELAKI TAKLEH PAKAI GINCU! (lenkali takleh mekap depan dia la jawabnye huhuhu).

Masalah betul. Hehe.

Pic kredit to : Benny's fb :)

Haaa ni malam tadi. HAHAHAHAH. Aku takleh bayang kalau aku yang kena sebut perkataan BULU tu. Kompem aku gelak guling-guling, tapi on air haruslah aku tersenyum-senyum je. Bukanlah sebab aku turn on dengan perkataan tu, tapi... cemana eh. Aku biasa guna perkataan ni untuk kawan-kawan aku. Ok la terpaksa membuka bulu di dada. Eh, pekung di dada.

Ada masa-masanya aku akan panggil kekawan aku dengan perkataan tu. Kekawan sekolah la biasanya. Sebab dah memang macam tu. Itu jelah. Takde ape pun. Hehehe.

Mak, maafkanlah baby. Kerana gagal menjadi glamer hingga ke tahap itu. Baby tak mampu. Huuuu~

blogger-emoticon.blogspot.com