Friday, April 29, 2011

657 : aku Public Figure rupanya, amazing!

.. semuanya kerana ini..


baca dari bawah ke atas...
pastu.. arinie plak..

baca dari bawah ke atas gak ye. dah baca?


Tak tahu pulak aku.
Yang once ko jadi blogger, ko dah jadi public figure.
HAHAHAHAHAHA gelak sket.
Jap nak gugel ape makna PUBLIC FIGURE ni.

Ok dapat dah.
Menurut Wikipedia..

Public figure is a legal term applied in the context of defamation actions (libel and slander) as well as invasion of privacy. A public figure (such as a politician, celebrity, or business leader) cannot base a lawsuit on incorrect harmful statements unless there is proof that the writer or publisher acted with actual malice (knowledge of falsity or reckless disregard for the truth[1] ). The burden of proof in defamation actions is higher in the case of a public figure.

Public figures, expecially those in higher positions, play as role models, that is they have a profound influence on the behaviour, lifestyles and culture of the general population.[2][3]

Politikus?
Selebriti?
Bisnes leader?
Blogger takde pun dalam senarai public figure. So camne tu?
Eh kejap. Betul ke dia kata aku public figure?
"public figre" = PUBLIC FIGURE kot?
Ntah la. Tak paham sangat bahasa alien ni.

Public figure akan jadi role model.
Tapi kau tu bodohlah kalau dah tau role model takleh pakai, kau pegi ikut gak.
Kau ikut aku ke?
Kau memang teruja sangat nak ikut aku ke? Kenapa eh?
Tak sangka aku mendapat perhatian sebegini rupa.
Tak sangka aku begitu best sampai orang nak ikut-ikut.
HAHAHAHAHAHA.

Kau nak suruh orang jadi elok, kau tu eja elok-elok boleh?
Kata tua daripada aku, tapi mengeja.. haih.. anak buah aku lagi pandai.
Ke nak cari role model untuk ajar kau mengeja? Jangan risau, kau datang di blog yang betul.
Akulah orang yang sesuai untuk menjadi sifu.
HAHAHAHAHA!!
Aku ni polis typo tau tak.
Jadi, sebelum nak mengajar aku, eja tu betul-betul sikit.
Bila dah eja elok-elok, belajarlah pulak nak bercakap elok-elok.
Lagi-lagi pada orang yang kau tak kenal.
Mak apak kau tak ajar eh? Maaf makcik, pakcik. Bukan salah makcik dan pakcik dapat anak bahlol macam ni. Kalau kat sekolah mak saya dulu, stok macam anak makcik ni akan disalurkan ke kelas pemulihan.

"anying". Ape ni? ANYTHING? ANJING?
Jap belek lagi.
"Annoying" kot.
Kau ni kan.. buat simpati aku luruh satu persatu tau.
Simpati pada mak apak kau yang habiskan duit hantar pegi sekolah.
Simpati pada cikgu yang mengajar kau jugak.
Takpelah. Simpati ni aku simpan dalam hati.

"anying sn anying sini,mcmlah org x anying dgn u"
Bahasa kau ni macam berguru dengan orang utan kau tau tak?
Sakit mata aku tengok spelling error bersepah-sepah ni.
Lagi satu.
Aku terjemahkan. ANNOYING SANA, ANNOYING SINI.
Aku ke? Kitorang (aku dengan Yonna) ke?
Sana sini kau ikut kitorang eh.
Takde keje ke?
Anak-anak tak bagi makan?
Laki kau tak mintak lauk?
Ke kau pun macam aku tak kawen lagi?
Tapi apsallah keadaan kau macam terlalu kesian dan kelihatan seperti attention seeker?
Tolonglah.
Jangan kerana Elisya setitik, rosak pompuan-pompuan tak kawen sebelanga.
*termenung di jendela*

Buatlah blog satu, kakak.
Moga dengan adanya blog yang satu tu..
1. akan dapat mengubati kesunyian kakak
2. akan dapat membantu kakak dalam menajamkan skill menulis dan mengeja
3. akan dapat kawan-kawan jugak
4. dan mana tahu.. akan jadi PUBLIC FIGURE macam kitorang ni.

Seronok tau kak.
Macam-macam kawan kau dapat nanti, percayalah.
Pastu kan kalau untung nasib kau,
Ade pulak orang lain bernama Elisya masuk blog kau
Pastu nanti dia komen-komen tulisan kau, "anying" katanya.
Mesti masa tu kau akan tahu
Betapa tak bestnya menjadi PUBLIC FIGURE.
Ramai sangat manusia menyamar jadi anjing datang menyalak-nyalak.
Bising ok.
Orang nak tulis blog pon tak senang!

blogger-emoticon.blogspot.comTuih tuih!

Wednesday, April 27, 2011

656: Rabu Takde Perkataan Lagi (Wordless Wednesday)


Slave's Favourite Face (Wajah Kesayangan Hamba)

Monday, April 25, 2011

655: Ko ni dah kenapeeeeeee....?? Hmmmm..


Saye menulis bukan kerna nama.
Eceh.
Bukan untuk mengumpul peminat (if any).
Ataupun pemenat.
Bukan untuk mengejar trafik.
Atau duit Nuffnang (if any. hahahaha)
Bukan untuk dipuja-puji setiap hari.
Ataupun untuk di'krutuk' (kritik + kutuk).
Ataupun untuk diberitahu begini dan begini caranya.
Ataupun untuk membuka ruang untuk orang mencari kesalahan.
Ataupun untuk membina kawasan bagi orang-tak-ketahuan-siapakah-dia melurus-lurus telunjuk dan menghentak-hentak kaki.
Ataupun untuk menyediakan gelanggang untuk anda-yang-saya-tak-kenal-siapa mencebik-cebik dengan keadaan kawan-kawan saya.
Atau menaikkan pentas untuk entah-siapalah-awak-itu mendabik dada dan mencemuh saya-dia-semua.

Kalau suka, syukur.
Kalau tak, syukur.
Kalau ada yang berkenan di hati, alhamdulillah.
Kalau tak ada, boleh blah.

So.
Shut up and read.

# bacalah, komenlah. tapi tolonglah komen APA yang saya tulis, bukan BAGAIMANA saya menulis. sebab cara kita semua berbeza. kalau sume orang nak sama, baik kita sume bergabung buat satu je blog. 1Blog - Bergabung, Meletup!

Friday, April 22, 2011

654 : Selamat Ulangtahun, Bonda :)


ALLAH SELAMATKAN KAMUUUUUU
ALLAH SELAMATKAN KAMUUUUUU
ALLAH SELAMATKAN CE'EGU MAZNAAAHHHHH
ALLAH SELAMATKAN KAMUUUUUUUUUUUUUU~
blogger-emoticon.blogspot.com

Mak,
Macam tahun-tahun yang sebelum ni,
orang akan jadi anak mak yang tak dapat hadiahkan mak apa-apa
tapi orang selalu dan akan sentiasa doa untuk mak
moga Allah panjangkan usia mak
moga Allah kurniakan kesihatan untuk mak
moga Allah makbulkan semua doa mak tiap-tiap hari
moga mak selalu senang hati walaupun dapat anak perempuan yang macam ni..

Mak,
mak nak apa tahun ni?
kalau orang belikan rak cermin untuk bilik air tu, mak suka tak?
errr... nantilah kita beli sama-sama
kang ilang kisah nak buat seprais, orang plak yang kene marah nanti

Ai lefyu mak!

Salam manis (macam mak selalu cakap sebelum letak telefon),
anak bongsu mak yang boleh la dikatakan agak hot and spicy~

Monday, April 18, 2011

652 : I'm Not Happy, But I'm Not Sad Either.

Salam sume~

Aku rasa macam nak mengeluh-ngeluh dengan kehidupan aku sekarang ni, tapi tak eloklah kan. Rasa macam nak menyoal-nyoal, pun tak elok jugak. Rasa macam nak kerut-kerut dahi, tak elok. Rasa.......

It' not that hard to pretend that everything' ok. But can I force my heart to do so?

Friday, April 15, 2011

651: I Had A Dream..


Suria berlegar-legar di depan aku. Tapi sikit pun dia tak menegur. Tak pasti sama ada dia sengaja atau sememangnya dia tidak perasan keberadaanku di situ. Aku pula, berfikir-fikir antara nak menegur atau tak. Aku bimbang akan reaksinya. Sambil berfikir, aku berbual-bual dengan teman yang bersamaku dari tadi.

Dia lalu lagi di depanku dengan wajah yang keruh. Kali ini aku kuatkan hati, lalu dengan spontan lengannya ku sambar dengan lembut.

"Acik, kau dah makan ke belum?" tanyaku. Dia berhenti dan menatap mataku. Tersenyum nipis saja. Wajahnya kemerahan berbekas kesan tangisan, tapi masih kelihatan tenang.

"Dah.. kau dah ke? Sorilah tak tegur tadi..", balasnya perlahan.
"Takpe.. aku pun take time tadi nak tegur kau tadi, sori eh... Kau dah ok tak ni?"

Dia menarik nafas. Senyum lagi. "Ok la.. boleh laa.. hmmm..". Aku renung wajahnya. Masih tersisa kesedihan itu. Hatiku pun terus-terusan terpenjara dalam rasa bersalah. Lengannya aku peluk erat, "Aku mintak maaf..".

Dan terjaga. Aku mimpi.

Dalam hati memang ada rasa bersalah. Ada rasa tak kena. Aku...

Dia perlukan masa. Dan ruang. Ya aku tau.. Harapnya, aku tak dilihat sebagai seorang yang langsung tak endahkan sahabat tatkala kesedihan. Aku bukan macam tu, beb. Hang in there! T__T


# malam tadi diet aku jahanam!!


Wednesday, April 13, 2011

650: Susah


"lelaki yang baik tak datang selalu", kata kakak opismate.

Aku pun termangu.

Monday, April 11, 2011

649: Takziah, Sahabat..

Pagi sabtu, sebelum aku bergerak pulang ke Melaka, Che' telefon.

ko ada dengar berita apa-apa tak?
berita ape?
pasal Oya (Suria)
hari ni takde la.. nape?
mak orang call tadi, bagitau anak Pakcik Leman eksiden kat Seremban, cucu dia meninggal. Oya dok Seremban kan?
ha'ah, dia jelah yang dok Seremban. errrr....
dia ke ah?
ntah.. ape kata ko pegi call dia
orait
eh pape kang bagitau aku tau, aku tunggu
ok

Beberapa minit berlalu. Che' telefon lagi.

betul la Cheet.. Oya eksiden, anak sulung dia meninggal..
innalillah..
orang call tadi dia tengah nangis², kat hospital so tak dapat nak tanya sangat

Dan aku teruskan perjalanan. Aku terfikir-fikir. Rasa serabut kepala. Dalam hati, aku bercadang untuk singgah di Seremban. Masalahnya aku bukan tau kat mana hospital tu. Boleh nak tanya orang.. tapi.. aku fikir lagi. Mesti dia serabut sekarang, mesti dia sibuk nak uruskan jenazah. Aku pulak dah janji dengan mak. Haihhhhhhh.. yang mana satu ni....

Singgah
Tunggu kat Sg Udang
Singgah
Tunggu kat Sg Udang

Akhirnya aku putuskan. Biarlah aku tunggu di Sg Udang. Entah kenapa yakin sangat jenazah akan dibawa pulang. Aku sms Ieta, sms takziah pada Suria. Dan langsung terkedu sendirian, tak tahu nak buat apa lagi. Petang, aku dan mak pergi ke rumah famili Suria. Kosong, lampu luar menyala.

Sampai sekarang. Aku tak tahu detailnya macamana. Eksiden dengan apa, bagaimana, pukul berapa, siapa yang terlibat, dan segalanya. Aku tak sampai hati nak call dia. Jiwa aku ni pun boleh tahan rapuh bila sampai bab-bab macam ni.

Suria,
Yang aku teringin nak cakap. Tabahlah, sahabat. Aku takkan mampu memahami perasaan kau bila berhadapan dengan kehilangan yang begini sebab aku tak berada di tempat kau. Tapi aku benar-benar berharap, kau dan suami akan kuat menghadapi dugaan ini. Anak ini adalah saham kalian di akhirat, insyaallah.. *hugs*

Moga dikuatkan iman mereka, Ya Allah.. Kurniakanlah sahabat²ku ini kesabaran dan ketenangan dalam menghadapi ujianMu..


tunggu Umi dan Abah di syurga ye sayang.. kalau sudi, tunggu aunty skali T____T

blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, April 08, 2011

648 : Yang Aku Harap..

Yang aku harap..
Aku tak mengalami sakit-sakit kronik, yang membataskan aku untuk membuat apa saja yang aku suka (selagi tak melanggar batas)
Kerana aku memang gilakan kebebasan (again : selagi tak melanggar batas)

Yang aku harap..
Aku tak terserempak dengan hantu dan mana-mana entiti setandingnya, yang membuatkan aku ketakutan hingga tertinja-tinja
Kerana aku memang tak hingin nak jumpa dorang ni sume.

Yang aku harap..
Aku tak ditangkap lalu dihumban dalam lokap gara-gara tak bayau lagi utang PiTiPiTiEn, yang bakal memisahkan aku dengan dunia luar
Kerana aku takmo 'membuang' dalam sel lokap tu depan orang ramai (kalau dalam filem, diorang tunjuk gitulah. kuaser aku! mau sembelit 2-3 tahun T__T)

Yang aku harap..
Aku tak disogok dengan Red Velvet, Caramel Cream Cheese, Cheese Cake ataupun makanan-makanan yang sekufu dengannya
Kerana aku masih mahu berdiet dengan ketat.. (tapi sekali seminggu terlajak tu normal kot? aku kan insan yang lemah... ahhanya mampu berserah..)

Yang aku harap..
Aku disepraiskan dengan..

Ok itu jelah harapan aku. Sekian.


Saya Yang Berharap,
baby masy~
blogger-emoticon.blogspot.com

(bold+ warna merah = menunjukkan pengharapan yang tinggi kuikui)

Wednesday, April 06, 2011

647: Rabu Tak Berperkataan (Wordless Wednesday)

stop and stare. pick and eat. and burn my diet to ashes.

Monday, April 04, 2011

646: Hujung Minggu Yang Memuaskan Di Dalam Gagal

SABTU, 2 APRIL 2011

gambar oleh Anul de Kronikel


Yes.. Kami, Geng Memuah yang disegani di kalangan kami je telah pun menghadhirkan diri ke majlis penyatuan dua insan yang penuh bergelodak jiwa dengan rasa chenta yang membuak-buak; satu lagi projek Kerajaan Mesia ni ye. Inilah dia Geng Memuah yang ketiga menamatkan zaman bujang iaitu Erina ;)

Kami sume sebulat tulisan memakai persalinan pink demi menyapot kaler tema perkahwinan beliau walaupun aku tak nampak kat celah mana yang ade kaler pink (pelamin : merah putih, baju pengantin : pepel hitam. kenapa pink eh Ena? kakak kempius). Namun begitu, takde hal lah. Janji hepi hehehehhee.

Dan di majlis nan indah dan meriah inilah, program diet atkinsku musnah terhempas ke bumi. Mana tidaknya, dah laaa meja dekat dengan tempat pengantin potong kek, elok je lepas pengantin potong kek - tinggggggggggg - sepiring kek yang dah siap dikerat indah muncul atas meja. Sugar icing yang membaluti tubuh kek tu macam dibubuh ubat guna-guna yang memanggil namaku agar menjamahnya. Paling tak menahan, kapkek kat keliling kek tu. Sekali si Keri sudu je, RED VELVET tuuu! (aku agak la sebab kaler merah). Mana tahaaaaaaaan T__T
blogger-emoticon.blogspot.com
Dan begitulah. Diet berhari-hari hancur begitu sahaja. Bak kata pepatah, kerana kek kawen Ena setitik, rosak diet atkins sebelanga. Huhu.

Selamat Pengantin Baru, Ena~ Moga bahagia hingga ke akhir hayat masing-masing. Btw, mana sepupu Ena yang macam Hans Isaac tu? Tak nampak pon.. hahahahah~


AHAD, 3 APRIL 2011

Semangat berkobar-kobar nak mensetelkan apa yang patut memandangkan semua orang balik kampung. Yeayyy!! Aku memang suka buat keje rumah time takde orang kat rumah. Senang nak bergerak dan berseksi-seksi hahahaha. Makanya, selepas siap masak dan makan sarapan bertema atkins, aku pun mula basuh baju dan kemas rumah. Kemas dalam ertikata yang sebenarnya. Huh.

Baru rehat jap, Kak Ila call ajak lunch kat rumah dia. Aku tolak mulanya sebab nak stick dengan diet atkinsku, tapi macam tak elok laa plak menghampakan jemputan orang (sila refer pepatah aku kat entry sebelum ini). So.. lepas mandi dan solat zohor, aku pegi laa ke rumah dia. Jamah je kueytiaw goreng beliau itu. Serius jamah je sebab tak topap pun walau aku kelaparan sket T__T Kendian layan DVD sebanyak 2 keping. Menjelang asar, aku pun merambos balik rumah. Dalam kepala, nak basuh toilet pulak lepas solat.

Tapi..

Baru je nak angkat takbir untuk solat asar, Kak Ila call - ajak gi Empire Subang. Haigoh! Hahahahaha macam tetau je aku teringin nak pegi situ. So.. lepas solat, terus shoot ke Empire!

cilok kat tenet la.. mana lagi kan

Takde buat apa pun.. Jalan-jalan je since aku kan menjakunkan diri, pestaim masuk laa katakan hehe. Pastu elooooooook je Kak Ila gi corner masuk Coffee Bean T____T

sori Massssssssssss
ko memang laaaa, saje je nak rosakkan diet aku huhu. Eh, ade Red Velvet!

Hancur lagi untuk kesekian kalinya T____T
blogger-emoticon.blogspot.com

Natijah meminum Cafe Caramel bersaiz regular pada pukul 5.00++ petang, aku tak boleh tidur langsung malam tadi. Sampai pukul 4.30 pagi laa last aku cek jam pagi tadi. Agaknya nak dekat pukul 5 pagi kot baru dapat lelap. Dan sekarang saya mengantuk. Dan pening kepala.
blogger-emoticon.blogspot.com

Sekian, terima kasih.