Monday, May 30, 2011

667: Makcik Yang Keliru, Atau Aku Yang Keliru?

Salam sume! Aku tak suka Salma menang. Sekian ayat penyata saya. Kita sambung cite lain lak.

Semalam, aku dengan mak ke Ekonsef di Puncak Alam. Sajelah mak aku ade barang nak beli. Aku pun ape banyak bunyik, bawak jelah. Heh.

Dah bayau pe sume, aku suruh mak tunggu jap sebab aku nak amek barang kat guard. Ala.. kan kalau nak masuk, barang-barang lain kene tinggal. So.. begitulah. Lepas dah kutip barang, aku pun pegilah ke lokasi asal. Eh takde plak mak aku.

Berposak laa aku cari beliau. Mana pegi tah. Pusing-pusing aku cari sampai sempatlah beli air secawan. Last-last aku try masuk balik kot laa mak aku tunggu kat dalam. Kadang-kadang mak aku ni boleh tahan gak kaki merayau, tak padan dengan sakit kaki tuh. Huhu. Oleh kerana aku suruh dia tunggu kat area tempat keluar tu, terpaksa la aku masuk kat area keluar tu jugak. Korang paham ke ape aku cakap ni? Huuuuuu.

Ok ulang balik. Pintu masuk dengan pintu keluar kan asing-asing. Alaaa korang pahamlah eh. Malas giler nak explain ni tapi nak cite gak.

Baru je dua belah kaki aku jejak kat tempat keluar tu, sorang makcik yang keje situ cakap kat aku.

kak, sini pintu keluar. pintu masuk kat sana

Aku tercengang 2 saat, pastu aku cakaplah nak cari mak aku jap. Ok jumpe pun. Ok pikir balik.

KAK dia panggil aku? Makcik ni.. tataulah aku nak komen ape dah. Hahahahaha. Mebi keyakinan dia terlampau tinggi. Agaknya kalau aku memang bahasakan diri aku 'kakak' kat dia, haruslah dia apply jadi pramugari hari tu jugak. Ke.. memang dia muda tapi muka je tua? Tua sangat tu nampaknya *pandang body makcik atas bawah*. Isk. Takpelah.

Friday, May 27, 2011

666: bukan aku je kot?


Tapi tataulah.

Aku kan. Kalau dengar berita pasal kematian, kemalangan atau perkara-perkara yang sewaktu dengannya - selalu akan fikirkan kat mana aku ada masa kejadian. Contohnya masa kejadian tanah runtuh kat Hulu Langat tu. Mende tu jadi pukul 2.30 petang hari sabtu kan? Lebih kurang masa tu la. Jadinya otometik aku akan berfikir, kat mana aku berada pada masa tu, apa yang aku buat.

Masa tu, aku kat mekdi seksyen 3 tengah lunch. Belum solat zohor lagi T_T

Pastu dulu. Masa abah meninggal. Dorang kata around 10++ pagi dia pergi. Aku pun fikir lagi. Ah.. masa tu aku tengah mandi. Kat kolejlah. Hmmm~

Sebenarnya bila berfikir macam tu, buat aku cuak-cuak buah. *sigh*

Korang pun macam tu jugak ke?

# tengok nombor entry 666. macam cite hantu daaa.. T___T

Wednesday, May 25, 2011

665: Met Ultah bak kata orang Indo. haha

blogger-emoticon.blogspot.com

Hari ni birthday Abang Sham yang ke 32 tahun. I wonder how is he now. Can anybody tell me? Hmmm. Tak kisahlah.

Di mana saja, yang pasti kita di bawah langit yang sama - cuma mungkin jenis awan je berbeza-beza. Di tempat kamu berawan nano, di tempat aku berawan kumulus nimbus mungkin. Beralaskan bumi yang sama. Cuma jenis tanah pula berlainan. Di lokasi kamu, mungkin terhampar simen, di bawah telapak kakiku pula mungkin banyak batu refleksologi.

Apapun. Selamat Ulangtahun ya..

Siapa Abang Sham? Nah baca kat sini.

Abang Sham 1
Abang Sham 2
Abang Sham 3
Abang Sham Finale


Nak bagi hadiah, tak dapat. Maka saya hadiahkan gaya ini untuk abang sebagai pengganti diri. Itupun kalau abang baca blog ni which I doubt..... Heheh. Kita enjoy!!!!

blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, May 23, 2011

664: Ah... Ah.. Ah.. Ahmaadddd~


Jumaat lepas, aku dan mengkawan yang berdua tu menerjah Fraser's Hill. Nyaris nak tukau tempat last minit bila sorang demi sorang tarik diri atas sebab-sebab kerja dan hal peribadi. Tapi akhirnya proceed je dengan rancangan asal. Heh.


Perjalanan nak naik tu punyelah ________ (isi tempat kosong bagi mereka yang dah pernah pegi). The hell sungguh. Mujurlah bukan aku yang drive. Aku pun merungut-rungut.

ni sapelah punye idea nak pegi Fraser's Hill ni? menyusahkan betul!

Semua pakat terdiam. Setelah dicek kat inbox fesbuk, idea aku rupanya. Demmit! Hahahaha. Ok lah. Layan gambar. Sambil tengok gambau, sambil citelah ye tak. Jimat masa.




Eh aku bengang betul tengok subinier² kat sane. Ade ke main conteng-conteng FRASER'S HILL atas mendelah tu sume? &^$*)(_)&%%$#^%&^( macam siot.






Makan chicken grilled + mashed potato + coleslaw. Murah je rasanya - RM15 dapat air free. Air plak boleh pilih je pape, termasuklah smoothies. Murah la tu kan? Tapi aku order air epal sajork, malas nak stock perut banyak-banyak sebab sebelum tu kitorang dah tapau kat tempat lain. Ini adalah akibat tersalah tempat.

Punyelah teruja muka aku dapat makanan. Macamlah lapau nau. Padahal baru je melantak megi kap kat bilik sebelum tu. Heh. Sejuklah weh, perut cepat lapau. Dah laa takde stabak, aku ni time² sejuk dok teringat kopi je. Sikret resipi pun takde. Sedihlah. Takmo keje kat sini *tetibe*

Ni time dah petang. Giler berkabus, memang feel-feel Korea. Rugi laa tak beli mafela ke ape jadah namanya tu. Macam nak nanges je bila angin bertiup dan kabus berarak. Bukan terharu, tapi kesal sebab tak mengkaji kawasan ni sebelum pegi. Ingatkan sejuk² manja macam Cameron je, rupenye _______ (isi tempat kosong bagi mereka yang dah pernah pegi).

Malam. Sambil layan tv, sambil main Old Maid. To be honest, aku ni kalau main mendelah ni sume, kompem kalahlah. Memuah, ingat tak kita main Saidina aritu? T_T Tapi kali ni tidak ye. Aku menang banyak kali. Ini sungguh mengharukan. Sob sob sob~

Pengalaman time tido malam tu, takpelah. Menseramkan. Takmo ingat T___T

Esoknya, main Old Maid untuk terakhir kalinya. Sebab ade sorang tu tak menang-menang dari malam tadi LOL. Last ni pun tak menang gak, tapi tak kalah jugak. Sebab aku yang kalah kali ni. Aiceh. Stendetlah. Hero memang kalah awal (?). Tapi aku kalah last eh. Okthankxbye.




Time balik, aku drive. Tak sampai doplohpatjam pun kat atas tu. Sekian. Hehehehehe.

#bila belek-belek pic kat sana, terpasan samting. apsal macam aku sorang je yang menggedik, orang lain sopan semacangggg je? T__T okbai.

blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, May 19, 2011

663: Entry Ini SANGAT PERLUKAN PERHATIAN.

Salam semua..

Harinie aku nak kongsikan sesuatu. Dan mohon perhatian korang semua. Andai ada antara kita yang dapat membantu, aku amat berbesar hati mengalu-alukannya.

Sebelum tu, harap luangkan masa untuk membaca di sini. Bacalah, aku melutut pada korang - tolonglah baca.

Dah baca?

*tarik napas*

Hati aku meronta-ronta mahu membantu. Seusai mesej diterima melalui FB daripada Abang Long, bersegera aku menghubungi seorang rakan. Ketika itu juga diminta resume, tapi feedback masih tiada sampai sekarang. Aku berfikir-fikir lagi di manakah mahu aku cuba tanyakan. Buntu.

Bidang berbeza, dan tentunya rakan-rakan yang berada dalam bahagian perkapalan tak termasuk dalam 'line' aku.

Tadi. Aku cuba letakkan di FB. Alhamdulillah.. walaupun belum ada feedback, sekurang-kurangnya ramai juga rakan-rakan aku yang 'menampal notis' di dinding mereka, ada yang mintak dikirimkan resume Abang Long. Harap benar ada rezeki dia nanti. Namun masih aku rasa usaha ini tidak mencukupi.

Sekarang.

Aku paparkan di blog. Sementelah medium perkenalan aku dan Abang Long adalah blog ini. Walau tak pernah sekalipun aku bertemu dengan dia, tapi tetaplah terasa bagaikan keluarga sendiri. Tetap rasa bertanggungjawab. Abang Long berkali-kali email pada aku, sikitpun aku tak rasa terbeban. Cuma rasa sangat bersalah bila tidak berbuat apa-apa. Rasa berdosa bila aku hanya membaca, dan hati sedih - tapi langsung tak berusaha untuk dia.

Sekarang.

Aku mohon. Marilah kita sama-sama membantu dia. Paling penting. Dapatkan dia kerja tetap. Yang kedua. Usaha untuk membayarkan yuran tahfiz anak-anaknya yang bertiga itu. Aku dah tanya, kosnya RM600 untuk 3 orang (RM200 seorang). Tadi aku terfikir untuk buatkan tabung untuk anak-anak dia, tapi macam tak patut. Nampak tak ikhlas. Lebih baik kita terus berikan bantuan pada orangnya.

Nah. Ini nombor akaun Maybank Abang Long - 112045101747 (Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini). Kau kaya? Duit Nuffnang beribu-ribu tiap bulan pastu tak tahu nak buat apa lantas membeli handbag mahal-mahal? Marilah tolong abang saya ini. Keluarga dia lebih memerlukan. Ingatlah, dalam setiap rezeki yang Allah kurniakan untuk kita, ada bahagian untuk mereka yang kesusahan. Hari ni dia yang susah, tak mustahil suatu hari nanti kita yang berada di tempat dia..

Serius. Menyuap makanan ke mulut hari ni pun aku rasa bersalah..
blogger-emoticon.blogspot.com


# btw, sesiapa yang mahukan resume Abang Long, boleh tinggalkan email di kotak komen, nanti aku forwardkan. terima kasih..

Wednesday, May 18, 2011

662: Rabu. Yang. Silent.

(via tumblr)

Wednesday, May 11, 2011

Monday, May 09, 2011

660: Errrr...

Jiran saya suka buang kondom luar tingkap. Jiran awak?

(tak lalu nak letak gambau kondom. pi laa gugel kalau teringin nau nak tengok)
blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, May 05, 2011

Tuesday, May 03, 2011

658: My Little Kak Nam

Ahad petang, lepas zohor. Mak call, suruh aku kutip dia kat rumah jiran di taman depan sane tuh. Baru je bukak pintu kereta, makcik kepoh a.k.a anak buah aku, Sa'adah dah terjengul depan pintu rumah.

Busu nak pegi mana?
nak gi amek nenek jap
kat mana?
kat umah orang.. ade kenduri
oo...

Sebelah kaki dah masuk dalam kereta, bila tiba-tiba dia menyambung.

kalau Busu nak balik hari ni kan, baik Busu balik cepat-cepat. esok tak sekolah, nanti mesti ramai orang
iye ke?
ha'ah ler.. Adah sekolah je pon dah tau (maksudnya dia budak sekolah je, tapi tau la pasal hal-hal jem ni sume)

Ni lah padahnya ada anak buah yang cerdik nau. Mengeceh pun bukan main lagi dah macam kak nam aku tengokkan. Saboo jelah makcik sedara yang cantik ni. Huhu. Kau ni bukan nak menghalau Busu kan Adah?

blogger-emoticon.blogspot.com

me, Adah and her little brother, Muslim