Wednesday, June 29, 2011

Monday, June 27, 2011

677:Apa-apa jelah.


Hmmmmm...
Jumaat lepas, aku bergegas pulang ke Melaka dalam keadaan nak demam.
Nak selsema.
Nak batuk.
Mujur tak jadi demam.
Mak tak berapa sihat dari minggu lepas.
Bila call, cakap pun dah lain macam je.
Sebik-sebik macam nak nanges, cakap pun merapu je tahpape sungguh laaa...
SMS Along, mintak dia belikan jelah ape yang mak nak tu.
Letih aku pening-pening kepala pasal perangai orang.
Letih memikir, letih lagi nak nanges.
Tekak pun rasa tak sedap.
Jumaat tu aku lunch makan dadih Abang Long je.
Sampai Melaka malam tu. Along anak beranak dah selamat ke Ganu.
Duduk kejap, cadang nak happy-happy.
Letih belum hilang, hati jadi sakit pulak.
Rasa nak cakap, tapi tersekat. Macam nak nanges pulak.
Malas aku. Terus terjah bilik air.
Sambil mandi, tutup mata. Tarik napas panjang-panjang.
Sabarlah Masyita. Sabarlah.
Iman ko tu dah la sikit, sabar tu kasik banyak la. Kot boleh topap.
Esok lepas subuh, buat sarapan. Sambung tidor.
Tengahari masak lauk kari ayam. Dah lama tak masak neh.
Mujurlah sedap. Mak makan siap bertambah.
Anak-anak buah aku yang berdua tu pun selera nampaknya.
Alhamdulillah.
Lepas masak, teman mak makan walaupun takde selera sangat.
Rehat kejap, gi mandi.
Sambil basuhkan kain-kain batik yang terkena kencing mak aritu.
Dengan cadar lagi.
Abes sume aku bantai basuh manual.
Pastu cuci bilik air skali.
Dah sudah, siap sidai semua.
Kemas bilik mak pulak. Kakak ipau no 5 ade lelah, habuk² ni kang sian kat dia.
Petang. Abang no 5 balik.
Esoknya macam tu jugaklah.
Bangun buat sarapan untuk mak je.
Tengahari tak payah masak sebab dok balun satar.
Nak dekat-dekat balik Shah Alam, hati sentap lagi.
Bencilah macam ni.
Tak boleh ke tahan sikit ayat-ayat tu?
Aku ni bukan nak mengungkit ke ape, ape yang aku buat pun bukan banyak mana.
Tapi takleh ke jaga sikit hati aku? Susah sangat ke nak paham?
Tiap-tiap benda yang aku buat 2-3 hari tu, sumenye sebab nak jaga hati.
Nak berbakti laa senang cakap.
Tapi.......... T___T
Ingat dapat la balik Shah Alam dengan hati licin, ujung-ujung hati komot ni jugak aku bawak balik.
Mak hulur duit minyak, aku geleng je.
Memang aku tak gaji lagi. Takpelah.
Kat rumah aku tahan-tahan lagi.
Paksa diri senyum-senyum padahal skru muka dah ketat habis.
Dalam kete, meleleh gak airmata.
Aku bukan nak merungut, bukan nak simpati ke ape.
Tapi sedihlah.

Mana laaa bakal asben saya ni,
saye nak ngadu dengan awak.
Tapi celah mana la awak menyorok kat dunia yang fana ni.
Sampai sekarang saya tak jumpa.
Saya letih.
Saya penat.
Sedih-kecewa-tertekan-stweesss-benci!
Kalau nama awak Fahrin Ahmad, meh la sini.
Banyak benda saya nak cite ni..

T_________________T

Thursday, June 23, 2011

676: Memuah Putnam's Trip ke Utagha - Part Last

first time jumpe dan kenal dengan Ezzati & Mooney. pic divert credit to Anul d' Pervert


Flite kami pagi-pagi adam, tapi lewat sket la daripada masa nak datang tu. Macam simbolik lak. Datang nak cepat-cepat, balik nak lambat-lambat. Tapi tak lambat mana laaa kalau 8.15 pagi, ketebang dah gerak. Heheh. Pukul 6.30 pagi kitorang dah chow kit road daripada tempat penginapan. Parking, jalan masuk, beli mekdi, tapau makan lepas check in, naik ketebang, tidoooooooooooo.

Sampai LCTT bak kata Bella pukul 8.50 pagi. Bapak laju pilot kita kali ni. Guna gear 6 kot LOL. Tunggu asben Ena datang kutip, sempat la aku menjawab panggilan alam sat. Tiba kat rumah pukul berapa eh.. lupe dah.

Mekasih untuk semua.
Mekasih Zona sebab jadi host yang berjaya. Berjaya jugak jadi hostage kitorang hehehe.
Mekasih Wafa sebab belanja tiket ketebang. Kalau ade betik di ladang, bolehlah kita nek ketebang lagi. Hihihi.
Mekasih Bella sebab sediakan penginapan. Eh bukan free tau, tapi at least murah laa daripada dok hotel kan.
Mekasih Anul sebab sudi jadi driver kitorang a.k.a photog jugek.
Mekasih Keri sebab jadi photog. Dan terima kasih sebab berdengkur dalam van hahahaha
Mekasih Erina (dan kezen dan asben) sebab tumpangkan ahkak pegi dan balik tanpa bayaran.
Mekasih Jard untuk kek red velvet yang sedap tahap terajang bontot mamak Line Clear.
Mekasih 13may sebab belanja kitorang makan dan minum kat Pulau Aman.

Phewwwwww~ What a vacation!! Apa lagi nak cakap? Hehehe.

Aku compile gambar-gambar yang menarik. Ekcely sume menarik tapi letih la nak masuk sume. Hehehe.








Entry-entry lain bolehlah ke blog mereka. Yang berdua ni je dah apdet, yang lain pending² lagi. Malas lettewwwww~


Klik kat link atas tu, jangan malas²! :)

Tuesday, June 21, 2011

675: Memuah Putnam's Trip ke Utagha - Part 2

sambung..

Zona kata dia tak reti sangat jalan, tapi nampak ok je dia tunjuk jalan. Aku rasa kalau laa aku yang jadi host (kot la tetobe Memuah nak gi terjah Melaka), haruslah menuju ke jalan yang mungkar je. Err maksud aku, potensi nak sesat tu ade la sket-sket. Tapi.. ok kot. Eh ok sambung sambung.

Pagi hari kedua. Aku, Wafa dan Jard terus menerjunkan diri ke dalam pool selepas solat subuh. Best! Takde la sejuk pon.. suam² kuku Aima je. Tapi tak lama pun kitorang lepak dalam tu, ade laa setengah jam je. Pastu naik atas, mandi-mandi and sambung tidor hahaha. Aku tido kat hall je, dalam bilik sejuk nok mapuh! Itu pun sejam je tido, pastu bangun borak-borak sambil tengok tv. Pukul 10 ke 11 tah baru kitorang sume keluar.

Dah lambat tu, takde makne la nak sarapan kan. So.. we all heading to Jeti Batu Musang ke ape namanya - correct me if I'm wrong (correct eh bukan korek :p) - untuk ke Pulau Aman. Sebelum tu, kami mengutip 13May (eh kutip ke? ntah tatau camne nak cakap) kat tol. Pastu baru berdedai-dedai ke jeti sanun...

Sampai kat jeti aku pun tak tengok jam, ntah pukul brape tah. Sementara menunggu bot (ntah ye tidak la aku pun tak sure hahahaha), kitorang decide untuk mengabadikan kenangan trip kali ni dalam bentuk badge - giler ah skema ayat ni. Aku suka sebut button. Sila sebut dengan gaya kelly yang tebal. BUTTON. Amma *gelek² kepala*. Sebanyak 10 bijik button ditempah oleh kami dengan penuh keyakinan dan harapan yang tinggi.


Dua ahli geng yang sedang memikirkan cemne cara terbaik untuk menggabungkan segala keseronokan dalam satu butang. Button maksud aku.

So kita tinggalkan adik kedai button untuk menyetelkan keje beliau, dan kami terus menaiki bot - yang pada awalnya disebut feri oleh Zona - menuju ke Pulau Aman - yang pada awalnya diwar-warkan sebagai Pulau Ketam oleh Anul dalam thread memuah. HAHAHAHAHAAH sengal! Tengok, cemne laa kitorang tak bergelak macam resaksa tiap kali jumpe? Adeeee je point nak gelak. Hahahahah!! Yang si Wafa dengan Erina plak tak sudah-sudah dengan 4squarenye. Tak sure Bella join ke tak. Hehehe.

Pulau Aman jauh ke tengah


Tujuan utama ke Pulau Aman semata-mata untuk menikmati mee udang yang dikatakan lazat bebenau tu. Bila dah sebut 'semata-mata' tu maknanya tempat lain dalam map di atas tu memang tak pegilah. Memandangkan hubungan antara aku dan udang tu suam-suam je, takde la beriya nau. Cumanya aku lapau, dan aku suka naik bot pegi pulau. Awal-awal je rasa macam biasa, dapat mee udang tu ku balun gak macam nak rak! Sedap! Mekasih Zona selaku mak angkat kerana sudi mengopekkan kulit udang untuk aku. Ahhh sebut pasal kopek udang ni, teringat benda lain pulak. HAHAHAHAHAHAAHAHHAAH demyuh geng memuah!! :))

Lepas makan, tunggu bot untuk ke daratan semula. Ingatkan dah siap button tu, rupanya belum lagi. Tapi yelah.. aku rasa adik button tu bajet kitorang jalan-jalan dulu la kot. Mana la nak sangka kitorang gi makan je hehehe. Makanya kena la tunggu.. dah la takde kipas kat jeti tu. Hadoihhhh. Mujur baju ai nipis je, kuranglah perpeluhan di situ. Dan kami dengan 13May berpisah di sini. Ada hal la tu agaknye. Apepun thanks 13May sebab belanje kitorang makan kat Pulau Aman tu (dalam hati aku : save bajet gua. hahahahah).

Perjalanan diteruskan dengan aktiviti permakanan lagi. Kali ni ke rumah Zona. Nak makan durian dengan buah moktan. Aku terpikir gak dalam cuaca yang panas ni, selera ke aku nak makan benda-benda ni. Tapi bak kata pepatah Ibnu Masy, barang yang lepas jangan dikenang, yang didepan mata jangan dibuang. Makan jugak tuh! Makan sambil menonton estro. Makan makan makan.

Dah setel tanggungjawab di rumah Zona, cadang nak pi Line Clear. Tapi on the way tu aku sebut pasal Muzium Perang yang diadu-dombakan oleh 13may sebelum tu. Nak gak tengok! Nak masuk kalau bole laaaa. Makanya Ahmad Anul pun U-turn semula dan memanjatlah van kami akan bukit yang dimaksudkan untuk ke muzium berkenaan. Ayat ni macam putnam kan? Bukit ape? Berkenaan ape? Hahahaah malas aku nak betulkan.

owhhhhhh~~ i wanna go i wanna goo


Tapi apakan daya. Dapat amek pic je. Bukan sebab takleh masuk, tapi sebab rege teketnye mencekik darah period! RM20 uols. Aku tengok atas meja tu ade pakej-pakej, paling murah RM5. Aku pun dah beriya la ni, skali nyonya maneer tu kata tak valid pulak. Waklu laaa nyonya. Tak valid kalu, jangan laa letak atas meja tu lagi. Pi laa campak dalam laut. Mensakitkan jiwa raga je!! T__________________T

Bakal asben - whoever you are - baby nak pegi sini nanti tau? Tak kira!!!!!!!! *meroyan*

Oleh kerana dah gagal, kita teruskan jelah spice route ni ke tempat lain. Line Clear kembali ke landasan. Ok la secara jujur. Aku ni pegi Penang ntah la berapa puluh kali pun tak ingat (eh eh sure ke puluh? belas kot) - tapi tak pernah pun makan kat Line Clear ni. Hahahaha. Tataulah apsal. Mr. Sivaji tak penah ajak pun. So.. bila Erina tergedik-gedik tahap putnam nak ke Line Clear, aku cam eksaited gak la. Tapi tak menggedik sangat sebab tenaga dah habis masa dok sedih-sedih tak dapat masuk muzium tu. Wuwuwuwuw~

Mintak nasik separuh, tapi nasik banyak macam sepinggan gak. Kalau mintak sepinggan, tatau la banyak mana agaknya. Dapat bahagian ayam yang digemari iaitu di bahagian pinggang. Ok tipu je. Peha laa.. hehe. Bertuah sungguh rasanya jika dibandingkan dengan Keri yang bernasib malang. Hehe. Makan dengan syahdu diiringi petikan gitar dan tiupan seruling abang musician kat situ. Masa dia tiup seruling, terus aku feel-feel macam dalam cite Pendekar Bujang Lapok. Dah la makan kat lorong, memang epiklah. Heheh.

Dah setel makan, balik ke apartment laju-laju. Ade dua hajat nak dilunaskan. Pertamanya nak solat, keduanya nak terjun pool lagi. Aku siap pinjam swimsuit Zona lagi. Waaa pestaim pakai swimsuit ni, teruja mek! Muahaahahaha. Nak beli satu laaa nanti. Petang tu hanya aku, Jard, Keri dan Zona yang terjun. Penuh la pulak, aterrr dah sabtu. Ramai le orang huhu.

Lepas mandi manda, balik ke sarang. Rilek-rilek.. Bagi can driver menguruskan hal kekeluargaan beliau. Menjelang pukul 9, kitorang keluar lagi. Memula cadang nak pegi Toy Museum, skali tutup pulaaaaaaakkk T____T Kuciva lagi wuwuwuw.

Ok lupekan. Sekarang nak cari makan, kali ni ke pantai ape hah. Alamak lupe pulak. Deym. Tapi makan kat pantai tu la.. Giler kerek abang waiter tu, nak je aku tampor muka dia dengan menu. Huh! Aku order kerang bakar je, dah malas nak makan ape lagi. Kenyang nasik kandaq tak abes lagi hehe. Pastu datang kawan-kawan Jard, lepak kat situ sampai pukul 11. Kompem abang waiter tu annoying giler agaknya. Ade mek kesah?? #flipmenu.

Siyes masa tu rasa dah lowbatt habes. So rasanya tak dapatlah nak singgah Hard Rock. Aku pun pakat lelaplah dalam van. Skali open-open eyes, aik.. dah sampai Hard Rock. Hehehe. Nak camwhore je uols, tak padan dengan ngantok.

Aku camwhore kat kamera orang lain, kamera sendiri sunyi sepi amek pic kosong-kosong je heheheh.

Kembali ke apartment. Siap packing-packing barang, dan tidur menjelang pukul 1 pagi.

SAMVONGS LAGI....~

update daripada memuah lain:

ANUL - 1 dan 2
ERINA - 1 dan 2
ZONA - 1 dan 2
JARD - 1 dan 2
WAFA - baru 1 hehe

Monday, June 20, 2011

674: Memuah Putnam's Trip ke Utagha - Part 1

The best thing about Memuah, everytime we met, we laughed ourselves hard. There would be many sources of laughing stocks and you won't be able to guess what's gonna be blurted out by them. Hahahahahaha!!! - Anul, The Master of Keji
:)

Penatnyee!!! Aku ngantok lagi ni hehe.

Setelah merancang selama hampir setahun, dengan thread di FB melangkau jumlah 1000, on off beberapa orang ahli dan pelbagai rintangan lain. Akhirnya. Jumaat lepas, kami - ahli Geng Memuah telah bergerak ke Penang untuk menemui seorang lagi ahli Geng Memuah cawangan Utara iaitu Zonaku. Kitorang ke sana dengan flite, tiket ditaja oleh Wafa yang baek hati. Metacih Aunty Fafa! *cium pipi melanton bertalu²*. Trip kali ini dihadiri oleh aku, Erina, Bella, Wafa, Jard, Keri, Anul dan wife beliau. Aima terpaksa menarik diri saat-saat akhir kerana pembawakan budak.. huhu. Takpelah, next trip kita plan molek² lagi ok? ;) Kapten tak pegi tu biasalah.. #dasarputnam. Hahaha!!!

Memandangkan flite pukul 6.50 pagi, maka aku, Ena, Bella dan Keri telah sepakat membawa berkat untuk tidur kat epot. Inilah lumrah orang tak berboipren (ini aku je la). Nak soh sape plak antau pagi-pagi buta tu kan? Hehe. Menjelang pukul 1 pagi, kitorang dah start melepak makan dan minum kat mekdi. Ramai plak orang tido kat epot masa tu. Nak cari port pun susah. Surau kunci pulak (or that's what we thought). Akhirnya kitorang tido je kat lantai sebab aku nak gak baring. Ade mek kesah? Hahahaha.

Tapi sejuk uols. Pukul 4 pagi kitorang bangkit, cari port lain. Alhamdulillah surau dah bukak (ke memang bukak pun sebab ade orang lain dah tido dulu). Sambung tido sampai 5.30 pagi. Lepas solat, berkumpul dengan dorang yang lain. Masuk flite, tido lagi. Hahaha.

Sampai Penang hampir pukul 8 pagi. Sempat lagi aku, Wafa dan Ena tapau cool blog tu. Tapi kecewa sket. Issokay. Jumpa Zona, terus amek van (Anul jadi driver berkelajuan tinggi LOL) dan ke destinasi pertama. Sarapan kat Restoran Kayu apetah. Aku terus terjah kek Red Velvet yang Jard bawak. Auummm sedapnye!! Mekasih Jard :) Brekpes memuah pagi tu ditaja oleh Zona. Alhamdulillah.. Mekasih Zona :D

Abes makan, kitorang bergerak gempur. Sekarang masa untuk menapau jeruk :) Orang lain jelah tapau, aku tengok je. Ai tak minat sangat uols. Tapi kalau ade, ai makan je. Membeli jauh sekali.

Memandangkan takleh nak check in lagi, kitorang letak jelah barang² dulu. Kitorang stay kat TM Resort. Aterrrrr.. Kata ade staff TM kat celah-celah kitorang ni kan.. Tukar-tukar subinier dulu. Owh. Kitorang ada banyak ritual sebenarnya. Salah satunya ni lah. Kalau pegi melancong, haruslah belikan subinier untuk Geng Memuah. Kalau gi obersi, dah jatuh hukum wajib! Hehe.

Lepas dah setel mengagihkan harta karun, kitorang pun gerak. Ke Bukit Bendera yeop! (eh?)


Kat sini baru laa terbuka hati nak kuarkan kamera sendiri. Yang lain-lain tu selit kat kamera dorang je. Hehehe. Tak baik membazir kodak.

Train ke trem ke hape nama benda ni kanmain laju lagi mencanak naik. Beza laa daripada hok yang aku naik 3-4 tahun lepas. Bagus bagus. Rege tiket RM8. Rege 3-4 tahun lepas aku tatau sebab Abang Kamarul yang bayarkan. Hehe.


Aku ade dalam pic ni.. Betul laaa.. Kene cari kat dalam cermin tu lah tapinya. Ade tuuuuuu *sambil tunjuk²*.

Nak dekat pukul 3 petang jugak baru kitorang check in. Mandi, solat, rehat². Pukul 5 petang camtu, kitorang gerak lagi. Kali ni ke Taman Botani pulak. Sebelum masuk, nampak pakcik jual eskrem. Kita serbuuuuuuuuuu~

Aku tak gemar sangat eskrem coklat. Aneh tak? Milo suka, cekelat suka berganda², kek cekelat apatah lagi. Tapi eskrem cekelat tak brape minat. Namun begitu, atas rupa parasnya yang menggoda - aku beli gaklah. Eskrem cekelat celup kacang. Giler best ah ding dong. Kalau eskrem tu tukau jadi eskrem vanila ke, haruslah meletopsss pakcik!

Dah makan, start jalan-jalan kat taman tu.. Best walaupun tak sure apa yang best. Pemandangan cantik mek suker. Tapi macam biasa, pic sume kat kamera orang lain. Hahahahaah!!

Setel. Sekarang masa untuk makan lagi. Kali ni ke Gurney Drive kot nama tempat tu. Hahaha yelah rasanya. Dorang dok order macam-macam. Laksa laaaa... Char Kueytiaw laaa... Sate laaa.. Aku? Order air je sebab tatau nak makan ape. Tak minat sangat laksa, char kueytiaw suka gak tapi tak lapau nau. Tapi ujung-ujung aku kenyang giler gak macam anakonda makan sekandang kambin (ni stail orang Penang sebut).

Dah setel makan, kitorang terjah Night Market plak. Waaaaa aku suka ni! Aku suka pasau malam. Hahahahaa. Sakit kaki pun aku gagahkan jugek! Jalan sampai kaki menangis airmata darah. Aku beli T-shirt dengan suau pendek je. Nak mandi kat pool nanti. Takde laaa aku nak mandi pakai suau pendek tu je lerrr.. Aku bawak legging, segan nak pakai dia sajork. Hehe.

Puas berjalan, kitorang pun pulanglah. Tak larat dah kaki weh.. Tu pun kat bilik bukan tidor terus, tengok tv lagi. Borak lagi. Tapi tak tidor lambat sangatlah sebab dah plan nak bangun awal untuk mandi kat pool pagi esok. Hohohohoo!!!!

BERSAMVONGSSSS~

Wednesday, June 15, 2011

Friday, June 10, 2011

672: Seri Pengapit?

Semenjak aku bersetuju untuk jadi pengapit ni, compliments telah datang secara bertalu-talu dan mengundang rasa hairan pulak.

Aritu mak call. Semata-mata nak cakap aku cantek. Motip tak mak aku? Apekah.. hahahahah. Jawapan aku rileks je, "mak baru tau ke? orang dah lama dah tau..". Hahahahah.

Pastu Yonna pulak kata pic aku kat previous entry ni macam budak-budak. Comel. Ok la yang comel tu aku tambah sendiri tapi kalau dah kata macam budak-budak, comel la kan. Takkan budak-budak jelita pulak. Gojes apetah lagi. Macam tak mecing.

Yang agak tak menahan, kakak opis aku ni la. Pagi tu aku duduk depan PC, tetibe dia datang terjah dengan muka teruja. Aku pandang dia sambil angkat kening.

nape kak?

Dia datang dekat lagi, tengok aku atas bawah. Aku pun tengok diri aku atas bawah. ?????

takde.. bukan main lawa arinie..

Lawa???? Aku pakai selekeh ni. T-shirt, jaket jeans dan suar jeans jugak. Ntah celah mana yang lawa pun tatau. Huhu.

Tapi kan. Petua yang aku tau la.. Orang bagitau aku, kalau ada orang puji kita - jangan tolak. Maksudnya jangan cakap "ehh.. mana ade.. eh... takdelah bla bla bla bla". Ni orang kata. Jawapan yang patut diberi ialah "terima kasih..". Kadang-kadang aku pun tertolak gak. Tapi bila ingat, betulkanlah balik. Bukan apa, kalau fikir logik pun.. kira macam jangan menolak tuah laa kiranya. Hehe.

tapi malu tu malu la kan. tetaaaapppp

Oklah uols.. terima kasih! I'm sorryyyyyyyyyy~

Wednesday, June 08, 2011

671: Pengepit


Ini kisah benar ok.

Aku tak pernah jadi pengapit sesiapa. Tak pernah walau sekali. Tak pernah setuju walau sekali bila dilamar oleh kekawan yang nak kawen. Bukan sombong, kerek, angkuh, berlagak ataupun perasan gud-gud seperti putnam - tapi aku segan. Malu. Shy. Tersipu. Eh eh macam tak masuk plak.

Tapi kali ni lain.

Oleh kerana ini kawan baik aku. Yang paling lama dalam sejarah, yang aku kenal sejak darjah 1. Minah yang kuat batuk masa kecik, kaki jeles, suka marah, kuat mengamuk jugak - tapi dalam semua tu, dia sangat protective. Kalau ade budak-budak lelaki yang mengacau aku, haa siap-siap jelah tubuh badan tu. Hahaha. Dan begitulah sebaliknya yang aku lakukan untuk dia.

Rapat. Sampai cikgu-cikgu pun panggil kitorang kembau tak seiras. Haruslah tak seiras. Dia putih melepak, aku hitam melepak jugak. Macam kaler Kungfu Pandalah senang cite. Hehe.

Oh. Dia akan kawen. Hari Sabtu ni. Minggu lepas dia tanya, kalau aku sudi menjadi pengapit dia. 2 hari berfikir, aku tolak 'lamaran' dia. Aku seganlah! Bukan main-main punya segan ni. Tapi dalam hati rasa sangat bersalah dan berdosa kecil *ketuk kepala sendiri*

Hujung minggu. Mak call. Rupanya mak dia mintak mak aku pujuk aku supaya setuju. Aiseh.. sebenarnya aku pun berkira-kira untuk berkata ya sebelum tu. Dan begitulah akhirnya.....

Aku setuju :) Tindakan ini adalah eksklusif. Hanya untuk kau sorang je weh!

(dari kiri) Anji si bride-to-be, aku dan Rembo. owh dia pun bestpren aku gak ;)

Baju dah dapat. Pinjam dari Erina ehem ehem.

Soklannya sekarang.

Aku kena buat ape weh?
Aku kena buat ape?
Jadi pengepit tu cemne weh?

Sape-sape yang ade pengalaman tu, please please please.. cite sket. Aku nak ada idea sebelum jadi pengepit minggu ni. Mak nebes uols!!!! Macamlah mak yang nak kawen pon! T___T

Monday, June 06, 2011

670: Hilang

Aku ni ada masalah hilang ingatan sejak akhir-akhir ni. Ok la ngaku, bukan baru pun hehe.

Berapa banyak barang aku yang dah MIA (missing in action)?
Pen.
Cincin.
Jam.
Brooch.

Ah macam-macamlah kalau nak disenaraikan. Ada yang jumpa, ada yang langsung tak dapat dikesan sampai sekarang. Sedih ok.

Tapi yang terbaru.
Passport T_T


Ini sangat meresahkan okeh.
Bulan depan dah nak guna neh. Gi mana tu nanti-nantilah kita cite.
Passport ni.
Kali terakhir yang aku ingat, aku bersama beliau di atas katil.
Biasalah aku. Intim dengan barang-barang sendiri :p

Pastu aku lupa.
Aku campak dalam beg ke, dalam paper bag ke, dalam paper box ke.
Mana tah aku letak T_T

ni risau 2 in 1. hehehe

Makanya hujung minggu dihabiskan dengan treasure hunt.
Korek-korek bawah katil.
Habis sume kotak aku korek.
Walaupun rasa mustahil giler boleh jumpe passport dalam kotak² tu sume.
Sebab aku takkan bubuh passport aku dalam tempat-tempat yang sukar digapai.

Hari Sabtu.
Korek punya korek, selongkar punya selongkar.
Sekali jumpa! Dalam fail (errrrr? bila tah aku letak)
Dah bawak ke depan dah, tunjuk kat Anne.
Sekali..
Rupanya cover je, isinya takde!!!! T________T
*(&^%%*((_)&*^%$##%^(*&())(_)%^$#@#@#@%*(&^%%*((_)&*^%$##%^(*&())(_)%^$#@#@#@%$&^&*$^&Q%@$!#@!!!
amp;^&*$^&Q%@$!#@!!!
Ayat di atas bermaksud "cilake!!!!! penat aku happy, akhirnya kecewa semula".

Sedih.

Hari Ahad.
Korek lagi tempat-tempat yang sama.
Bilik aku je pun. Sekangkang beruang panda je, bukan laa besau nau.
Korek handbag² lama.
Sekali..
Jumpa cincin mutiara! YES!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kat sini rupanya adik menyorok. Tau tak kakak susah hati? Sibbaik mak tak tanye tau!

Happy tapi sedih.
Mana passport aku ni?????

Petang. Dah petang sangat.
Aku duduk diam-diam dalam bilik.
Berfikir sedalam-dalamnya.
Korek otak dan fikiran.
Ah!

Aku tarik handbag ke sisi.
Sentuh compartment tengah². Senyum.
Tarik zip.
Passport tersenyum sambil makan gula-gula (?)

Haiiihhhh!!!!!!!!!! Dalam handbag je rupanya!!!
&*^!@&*#@*()#&^$^%#!$@^%!&$#*($
Maksudnya.. begitulah.
Tapi takleh nak marah, sebab..
Kalau tak kerana aku lupa kat mana passport ni berada, mesti aku tak korek-korek.
Kalau tak korek-korek, mesti tak jumpa cincin mutiara tu kan? Heeee~

aaaahhhhh... senangnya dalam hatii...

Sekarang,
Nak korek ingatan lagi. Kat mana aku letak cincin intan pemberian arwah nenek aku tu?
Wuwuwuwuwuwu~
blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, June 03, 2011

669: Putnamese


Aku takde idea sekarang.
Ade pulak yang tetiap hari jadi wordless ni kang.

Macam-macamlah sekarang ni.
Mimpi pun macam-macam.

Tapi kan.
Ada sekali tu aku mimpi kawen.
Kenduri kawen la.
Kenduri aku la.
Tapi tak sempat pulak nak skodeng siapa lelaki yang bertuah tu.

Bertuah ok.
Sebab aku tak kenal pun siapa dia.
Pastu sudi pulak aku berkawen dengan dia.
Bertuah la tu.

Baru-baru ni aku mimpi berdarah.
Aku la yang berdarah tu.
'Berdarah'. Paham la kan.
Gila heavy flow. Tapi takde la pulak mencemarkan kain dan baju.
Hak dalam tu je yang cemar tahap putnam.
Ape laa maksud mimpi tu eh.

Hmmmm.

ABC kat atas tu masa kat Perlis.
Bapak la besau kan?
Rasa ok-ok la.
Sedap lagi ABC Fradoo si Ena. Ehem!

Sekian. Jom tengok wayang, putnam-putnam sekelian!

blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, June 01, 2011