Friday, July 29, 2011

688: Singapore - Last Day!

Hari last, gerak awal pagi sebab nak ke tempat yang kitorang pegi malam tadi (sila rujuk entry yang berkaitan). Kali ni nak tengok scenery time siang pulop...~

Hari ni kitorang tak makan dah kat kedai nasik lemak hijau SD2 tu.. hari ni terjah kedai mamak. Macam hari 1st aritu, aku mintak roti paratha mushroom cheese. Wahhh sedap sunggoh ahh terkenang jua dibuatnya. Air patutnya tak payah order laa macam biasa kan, dah minum kat bilik. Tapi ntah apsal tah mulut aku melatah-latah order kopi ais T______T bodoh laaa macam ketiak ayam!!!!

Lama nau lak lepak kat kedai nie. Malas laa nak elaborate ape sebabnya. Hahaha. Senang cakap, jalan-jalan dengan rakan sebaya lebih seronok. Eh eh eh.

Naik MRT cam biasa. Sampai di Marina Bay, jalan-jalan kat area situ. Ingat nak gi sampai kat Merlion ke apetah nama kepala singa tu tapi yelah.. malas lagi nak elaborate. So round area Marina Bay Sand tu jelah.





Tu bangunan belakang aku tu, atas tu ade taman. Aku punye le eksaited nak naik, tapi kene bayau SD20 laaa plak. Banyak tu, lenkali jelah T______________________T

Dari situ, dicadangkan oleh sapetah (orang kat situ laa bukan kitorang) supaya naik bas ke stesen MRT tu, SD1 je katanya. Tapi nak dapat bas punye la tensi. Bukan sebab takde bas, bas banyak. Masalahnya driver bas laaaa, kejap kata tunggu sana. Bila gi seberang, driver sana kata tunggu kat seberang pulak &^$#&*^**(_)&*$$##$&^* jilaka beteeeii!!!! Tau tak panas?????!!!

Akhirnya dapatlah naik bas. Pehtu naik MRT. Pastu memula Kak Bebola Ikan nak soh aku temankan dia gi Mebeng sebab duit sangkut semalam (malas nak cite mende ni) tapi aku cam penat, tak birak lagi per sume. So aku pun balik laaa...

Birak, mandi lagi skali, tido jap, tengok Star World..puas la berehat. Pukul 5 petang kitorang pun cekidaout..~ Naik van yang dichartered ke epot. Flite malam pukul 8.20 kalau tak silap aku. Pungpangpungpang sampai umah rasanya pukul 11 gak kot. Lupe dah.

Fuhhhhhhhh abes pon! Hahahaha. Next week bole cite pasal Vietnam!

Eh aku tak cite pun pasal tempat kitorang stay tu eh. Kitorang stay kat Geylang. Petang-petang pelacur dah keluar lalu lalang cari makan kat depan hotel aku. "Dua dolar dua dolar", kata dorang kat opismate aku, voley? LOL

Nampak tak pic aku dalam tv CCTV tuh? Sape tak nampak, vontot dia kelabu.

Thursday, July 28, 2011

687: Vietnam Trip - Sneak Peak


Singapore trip pun tak abes cerita lagi, dah nak cite pasal Vietnam pulak?
Nanti esok aku abeskan cite Singapore, minggu depan cite pasal Vietnam heh.
Abeslah semua cite tak basi woi..!
Blog pon dah malap-malap takde orang datang. Hahahaha

Padan muka aku.

Friday, July 22, 2011

686: Padan Muka!

Hari nie aku tak berapa nak ade mood.
Benci benci benci.

Pastu Mr. Sivaji masuk plak, panggil meeting plak.
Dia dan beberapa orang opismate baru balik dari Guilin, China.
Aku dengki!
Marah dan jeles!
Apsal tak bawak aku?
HUH!!!!!!!

Pastu dia bebel.
"I bagi keje daripada aritu tak siap-siap lagi bla bla bla"
Aku muncung.
"sape suruh tak bawak saye pegi Guilin".
Mr. Sivaji terdiam.
"alaaaaaa.... yelah yelaaaahh.. nah amek ni, mahal ni I beli kat epot"


Padan muka. Sebut lagi. Huh!!!

Wednesday, July 20, 2011

685: Singapore Trip - Day 2


ok sambung.

Hari kedua di Kota Temasik dimulakan dengan bersarap di kedai SD2 semalam tu, kali ni tetap jugak makan nasik lemak hijau - cuma hari ni amek Set B. Set B ade sosej, telur mata dengan daging ayam sekeping2 tu.. apetah namanya. Dan masih lagi macam semalam, nasik itu tak cukup matang untuk dimakan. Namun aku redhaaaaaaaaaaa.. Tak order air sebab sebelum keluar tadi, aku dah minum Oligo go-go sesiap kat hotel. Jimat jimat.

Kemdian, kami pun berbondong-bondong menuju ke Universal Studio. Masih menggunakan khidmat MRT untuk sampai ke sana. Sesampai di sana, turun kat Vivo. Pastu memula dorang nak naik train ape tu nak ke Pulau Sentosa sebab kesiankan yang ade anak pinak ni. Aku plak prefer kitorang jalan kaki sebab nak lalu kat Sentosa Boardwalk tu, balik nanti dah penat-penat baru la naik tren. Syukurlah ideaku diterimapakai.

Owh sebelum tu kotlah ade yang tatau, Universal Studio tu dalam Pulau Sentosa. Kat Pulau Sentosa tu sendiri ade macam-macam. Gugellah ye.



Sepanjang perjalanan. Kecuali tang pokok tipu tu, tu dah masuk kat area Pulau Sentosa.

Kitorang pegi ni gamble je dengan tak beli tiket lagi. Kata pak gad Pulau Sentosa tu, kitorang sangatlah bertuah kerana hari tu pengunjung tidaklah seramai hari-hari biasa. Maka dengan itu aku cadangkan untuk korang, kalau nak pegi USS nanti, silalah pergi pada hari Rabu ye. Ingat. HARI RABU.


Memang tak lama pun kitorang dapat tiket. Pastu apa lagi, terjah arrr. Letak pic jelah ye.



Perkara pertama yang aku nampak lantas teruja seperti seroja adalah ini.


Berkobar-kobar mau naik! Dan berjaya menaiki kedua-duanya ya. Merah dan biru. Wihooooo!!!!! Mak girang!!!! Secara keseluruhannya, aku hanya berjaya menaiki 3 roller coaster saje. Tak puas hati. Kene pegi lagi ni.


Singgah makan kat Oasis ke apetah nama tempat tu. Ye kot. Amek wedges dengan air mineral saje. Wedges = SD4.90, air mineral = SD2. Makan untuk alas perut je..

Berada di dalam USS sampai petang. Ekcely.. malamlah jugak rasanya. Teman Kakak PA singgah Hard Rock. Aku tengok jelah. Macam biasa. Hehehehe.

Lepas tu, yang ade anak pinak dan sorang lagi staff terus balik hotel sebab penat. Kitorang yang lain meneruskan perjalanan ke Promenade sane. Nak gi tengok area Marina Bay waktu malam. Ok ini adalah tugas. Keje punya portion, takleh skip. Aku la rasa camtu, cam berdosa plak walaupun Mr. Sivaji takde.

Kaki sangat sakit tapi jalan jugak. Lawa area situ malam-malam. Dan agak happening. Gambar banyak tapi malas nak letak, boleh?

Dok jalan-jalan amek pic kat area tu dalam sejam dua kot. Takleh lama-lama sebab nak kumpul tenaga. Esok nak jalan lagi T________T

Aku kalau dah penat, akan duduk di mana saje tanpa mempedulikan pandangan masyarakat. Ada peduli sket laa.. sebab kalau tak peduli, aku baring je terus. Penat sungguh-sungguh weh, kaki sangat sakit! Balik hotel terus mandi sambil berlunjur kaki. Nak berdiri pun tak daya.

bersambung lagi. huhu~


Monday, July 18, 2011

684: Geram!!!

Sebenarnya.
Aku nak apdet cite pasal Singapore daripada hari Jumaat aritu. Tapi macam-macam hal lah!

Photoscape problem!
Aku dah uninstall, dah install balik.
Ok gud.

Sekarang external aku plak problem!
Nak mintak format la tu.
Kang kalau aku format, ilang laaa sume pic dalam tu!!!!!

Cilake tak? Cilake tak?
GRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

Wednesday, July 13, 2011

683: Rabu Bisu


T_______T

Monday, July 11, 2011

682: Singapore Trip - Day 1

Minggu lepas, kami seopis telah meramboskan diri ke Singapore. Aku tatau laa nak consider trip ni as opis trip kaaa or trip keje kaa. Mr. Sivaji plak tak pegi last menet. Saje laa tu nak ngelak kitorang paw duit makan. Huhuhu.

Dari KL, naik flite pukul 6.15 pagi. Giler ah, kedai pun tak bukak lagi agaknye kat sana. Oleh kerana aku takleh solat so takde masalah, yang kesiannye dorang ni la. Hangus solat subuh sebab memang tak kene timingnye. Moga diampunkan insyaallah huhu.

Dalam setengah jam gitu dah sampai Changi Airport. Cer kalau naik bas, rasanya setengah jam tu mau la tak gerak lagi kot. Dari Changi kitorang naik MRT menuju ke stesen Aljunied. Dua kali tukau tren kalau tak silap. Lama tak lama gaklah perjalanan sebab sume orang kan macam anak ayam yatim piatu takde mak (mak = Mr.Sivaji). Ala-ala tercengang bangang gitu tapi kita berjaya menempuhinya. Congtazzz eberibareh! (ni perkataan si Qas ni hehe).

Sesampainye kitorang kat stesen Aljunied, cari makan dulu sebab sume orang tak sarap lagi walhal masa tu dah nak pukul 11 kot. Alhamdulillah ade kedai makanan halal dan murah lak tu. Aku beli nasik lemak + ayam goweng + telur mata = SD2 je. Bajet tak bajet. Air kopi ais tu tak silap aku SD1.30 kot. Masa nak beli makanan pagi tu, aku cuba tidak menkonvetkan nilainya dengan matawang Malaysia. Kot tak ade yang tak lalu nak makan nanti.

Ye, nasik lemak itu berkaler hijau.


Dari stesen MRT nak ke hotel bukan dekat sangat. Jalan terhegeh-hegeh makan 15 menet la jugak. Hari 1st lagi laa lama time berjalan tu sebab tatau lorong yang sebenar. Tu laa.. ade map kat stesen tadi tanak hapal sesiap. Hahaha. Sibbaik jugak le handcarry gua ade roda. Aku seret sampai terkoyak beg tu hah. Dasarputnam punye beg.

Sampai kat Hotel 81 Geylang tu, check in dan terus berehat-rehat. Giler laaa lama kitorang rehat sampai pukul 3 petang hahahaha. Patutnya lepas check in tu, kitorang kene pegi URA dan HDB. Ni kalau pegi kira urusan keje la ni, tapi oleh kerana bos besau takde... kita kensellah sesuka hati. Hoho.

Petang, kuar makan jap kat kedai mamak. Layan roti paratha mushroom cheese. Harganya SD2.80. Kalau kat Geylang Serai, SD2.50. Eh siap tau pulak. Sebelum makan, sempat lagi beli simkad Singapore. Ada orang tu cakap, SD8 je. Tapi kat aku kena pulak SD10. Huhuh. Lepas makan, balik mandi. Siap-siap nak gi Night Safari. Kalau ikutkan jadual, patutnya kitorang ke sana naik bas. Giler ah. Bukan kerek takmo naik bas, tapi mengenangkan nak berjalan kaki tu.. Insaf.

Makanya, dengan persetujuan bersama, kami pun menchartered sebijik van. Lagi beso van ni daripada van yang disewa masa kat Penang aritu. Hehehe. Best-best.


Masuk Night Safari. Ada show apetah dengan binatang-binatang sekelian. Ok la best la jugak.



Pastu beratur berjela-jelan nak naik trem untuk jalan kat dalam tu. Lengoh kaki woi.

Ada kisah masa kat Night Safari ni. Dah berbuih-buih mulut dorang cakap jangan pakai flash. JANGAN PAKAI FLASH. Tapi ramai gak mangkuk-mangkuk jamban yang tak reti bahasa. Masa tengok show tu, ade mamat depan aku ni pakai-pakai flash. Nak je aku sepak kepala botak dia tu. Bodoh laa kau ni. Kalau nak sangat mati kene baham ghimau, bole tak jangan libatkan aku? Brengsekkkkk!!!

Pehtu masa naik trem pun ade gak putnam-putnam tak paham bahasa. Amoi ni dok pakai flash jugak. Kau ni dah kenapa haaa? Aku tau laaa ko ade DSLR, tak payah pakai flash pon orang tau laa bongok. Dah laa binatang kat dalam tu main lepas je macam kat Afrika, bongok sungguh!

Ok, hari kedua dan ketiga bakal menyusul kemdian. Hehe.

Friday, July 08, 2011

681: Bila kau baca ni, wajah siapa di mata kau sekarang?


Aku bersaksi
Segala apa yang aku ucapkan
Tatkala kau terbungkus dalam dakapan
Adalah benar belaka

Bila ku kata aku rindukan kau,
Itu adalah benar
Kemudian aku bilang aku sayang,
Itu juga benar
Dan aku sambung lagi - aku cintakan kau
Yang itu juga benar

Aku bersaksi
Bahawa segala apa yang aku katakan itu
Adalah benar semuanya
Sesungguhnya
Itu semua adalah benar
Tiada yang tidak benar
Melainkan benar-benar belaka..

-070711, perjalanan pulang dari Kota Temasik-


Penatlah aku! Rasa nak demam, selsema, jangan batuk sudahlah huhu.

Minggu depan aku cerita ye :)

Monday, July 04, 2011

680: Sorok Menyorok



Apa yang kita lihat di permukaan, tak semestinya menggambarkan di dasaran.
Macam bongkah aisberg.
Di atasnya kita nampak 5 kaki, di bawah ade beratus-ratus kaki lagi yang tak ketahuan.
Bukan bermuka-muka.
Itu namanya skill menyorok kenyataan.
Penting untuk kesejahteraan bersama.
Penting untuk kesejahteraan sendiri.
Penting untuk orang-orang yang berkepentingan.

Macam dasarnya rasa sayang.
Yang terlihat 10%.
Yang tersimpan 100%.

Kau tau?

Friday, July 01, 2011

679: Mimpi Manis (mungkin)


Beberapa kali dalam minggu ni, aku dok mimpi menginap di hotel. Hotel mewah kebanyakannya. Paling besau, adalah yang aku mimpikan malam tadi. Macam sewa satu bangunan je gayanya. Heh.

Harap-harap petanda baik.
blogger-emoticon.blogspot.com