Friday, August 26, 2011

699: Cuti Raya

kat Geylang aritu

Aku cuti hari ni. Ni auto-publish entry. Dah lama tak buat ha..

Takde ape nak cakap, hanya.. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Datang Melaka, jangan call aku. Eh. Hahahahaa.

Have a nice Eid eberibadeh!

Wednesday, August 24, 2011

698: Iftar Geng Memuah Tahun Ketiga :)

haaa pic ni laa yang Keri kata muka aku cam Fazura tu. Faz tak kisah...~ :))

Rasanya betullah kan tahun ketiga? Yang 1st, kat Nyonya Kitchen, 2nd kat padang belakang mesjid Shah Alam. Betul betul. Dah dua tahun berturut-turut ni aku yang uruskan (kalau tak silaplah, rasanya ye), iftar kali ni dianjurkan oleh blogger retis kita, Jard heheheh. Kali ini, Little Pantry di IOI Puchong menjadi pilihan.

Dah beberapa kali aku tengok tempat ni sebenarnya, tapi tak pernah jengah. Mebi sebab decorationnye yang girly² tu membuatkan tak terasa nak singgah (cakap jelah takde bajet HAHAHAHAH). So.. Jard selaku penganjur telah sudi menaja RM120 bagi keseluruhan bil. Alamak ayat macam tambi. Macam ni.. Jard sponsor RM120 hari tu. Means kalau yang datang tu hanya aku je ke, kira makan free la. Lagi ramai yang join, lagi kuranglah jumlah sponsor untuk tiap sorang, jelas? Ke tak jelas? Hahahaha.

Kali ni, hanya Bella dengan Zona je yang tak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat disangkal lagi. Yang lain semua ada, alhamdulillah. Bawak partner plak tu! Aku dengan Keri jelah flying solo. Cadang nak bawah Aeril Zafrel tapi dia bizi la pulak.. lagipun kang orang kempius, ingatkan dia anak ikan ke ape.


Aku sampai kat IOI dalam pukul 6 petang la jugak, ke lebih2 lagi gitulah. Takmo lambat nau, kang tak dapat tempat parking best². Namun begitu alhamdulillah lagi sekali, aku dapat spot yang terbaeeekkk hehe. Jalan-jalan cuci mata sementara menunggu yang lain tiba. Menjelang pukul 7, aku, Wafa dan partner serta Aima dan suami dah menunggu depan LP. Tak lama lepas tu, datang pulak Erina dan suami, Jard pulak rupanya dah ade dalam LP. Masa tu tak pasanlah Keri dah siap-siap kat dalam ke ape. Lupe sudeh. Anul plak dah siap-siap tunggu kat surau.

Sebelum azan, mamat pekerja situ datang dan menyarankan kitorang (kitorang ke aku sorang? time ni memang agak kempius hahaha) gi amek makanan sesiap, aterrrr buffet katanya kan. Lalu.. kami pun menerjah.

menggiurkan. tapi aku tak tamak, aku amek sebijik je mafin. sedap tahap terajang BBNU

keri takut tetamu-tetamu yang lain menghabiskan makanan. hahahaha

aku tak nampak makanan sedap kat meja ni, so begitulah muka aku.

tapi sebab dah bayar, baik amek jelah pape pun. mana tau kot sedap ke *edisi sedapkan hati*

Variety makanan dikira ok la, cuma bab air je.. Tapi baguslah, bagi air masak je. Kan banyak makanan manis-manis.. kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman *cough cough*. Sementara tunggu waktu berbuka, kami pun bertukar-tukar kad raya (sape yang bawak jelah), fridge magnet (sape yang bawak jelah) dan mini tart (sape yang bawak jelah).

mini blueberry cheese tart a.k.a The Stressed Tart pemberian Aima. siap tulis nama kitorang lagi :) thanks!!

Dah masuk waktu, makanlah! Kemdian Anul dan wife tiba, dan makan. Dan mereka yang lain bergilir-gilir solat dan sambung makan. Yes. Tiada sekatan untuk solat. Lagi gambar.


Dah setel makan, tibalah masa untuk selebret sebeday Keri yang dah terlepas 2-3 hari sebelum tu. Kek ditaja oleh Wafa Sdn. Bhd. dan dimakan dengan penuh adab sopan serta kesyukuran oleh Geng Memuah Groups (M) Sdn Bhd.

Keri terharu lettewwwww hahahhaa

Dah siap makan kek pe seme, ape lagi.. challohlah! Tapi sebelum tu, kena laa berpicture-picturean. Tindakan ini sejajar dengan Undang-Undang Memuah yang telah digariskan sebelum ini yang berbunyi "sebarang perjumpaan dan pertembungan antara mana-mana memuah perlu disertakan dengan bukti berbentuk gambar pegun. COMPULSORY. denda akan dikenakan sekiranya gagal berbuat demikian". Undang-undang ini adalah yang pertama sebelum kewajipan membeli fridge magnet dikuatkuasakan dan berada di tempat kedua.

satu je sudah. banyak-banyak kang habislah kertas dalam blog aku. nanti cemne nak apdet lagi? hehe

Mekasih semua! Mekasih Jard sponsor sorang RM8, mekasih Aima bagi The Stressed Tart, mekasih Wafa bawak kek, mekasih Ena bagi kad raya, kat Keri nak terima kasih pasal ape eh? HAHAHAHAH!! (ok pembetulan. mekasih Keri bagi fridge magnet Bandung!) Aaaaahhh yang lain-lain tu, mekasih sebab datang!

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang gigi emas boleh dibayar (eh eh)
Hutang budi dibawa mati.

Sekian, pantun yang ade kene mengena sket dengan entry andai kau fahami sebagai penutup. Hehe.


#pic dari koleksi Jard, Anul dan Wafa.

Monday, August 22, 2011

697: Hmmmmmmmmmmmm...


Macam-macam dalam pikiran.

Nak gunting rambut. Bajet = RM18.
Status = Pending.

Nak sebis kete. Bajet = RM100++.
Status = Pending.

Nak beli tudung. Bajet = RM10 - RM20.
Status = Pending.

Yang lain tak terjangkau di fikiran. Peninglah.
blogger-emoticon.blogspot.com


Berbuka dengan Geng Memuah sabtu aritu kat Little Pantry, IOI Puchong. Cerita akan diapdet sejurus aku mendapat gambar-gambar daripada mereka yang berkenaan. Kat sapetah pic aku yang macam Fazura tu. Hmmmmm...

Friday, August 19, 2011

696: Kalau korang, ape korang buat?


Ok la mende ni dah lama dah. Dah hampir setahun la kot.

Untuk yang dah folo blog ni dari tahun lepas, tau kan tahun lepas aku wat umrah bulan 3? Aku pun ade buat entry yang berjela-jela tentang tu. Tapi ade seperkara yang aku tak cerita. Sebab macam malas nak cite. Tetibe tahun ni baru nak cite, hahahahaha.

Kat sana, aku bertemu dengan seorang orang (memang laaa). Lelaki, muda, hensem tapi dah bergelar Haji *cough cough*. Sebenarnya dia kerja dengan travel agent yang bawak kitorang ni, cumanya dia handle group yang awal beberapa jam daripada kitorang. Group kaya (kalau diteliti laa). Aku terperasan kewujudan dia masa di Madinah. Ingatkan salah seorang jemaah, rupanya staff..

Memula ingatkan aku yang perasan, tapi bila seorang opismate aku bagitau.. memang betullah ada masanya dia curi-curi pandang. Mak cuak. Sebab mak datang nak buat umroh, bukan nak mengurat uols. Lagipun.. selalunya stok-stok cenggini haruslah dah ade yang punye, ye dop? Dan berdasarkan risikan sapetah, memang mamat tu dah kawen. Frust? Aaaaa.. tataulah.

TAPI! Dia pernah kawen. Means, sekarang dia dudaaa dudaaaa. Anak dah dua ye.

Hari terakhir di Madinah. Aku dan kakak opismate pergi membeli belah sementara nak tunggu Zohor. Masa berjalan-jalan dalam shopping kompleks tu, tetibe ternampak beliau kat ruang legar level B. Dia pun nampak kitorang, tegur sapa biasa-biasa jelah. Pastu kitorang nak balik kena la naik tingkat atas (G). Tengah jalan menuju pintu keluar, tetibe terdengar orang berlari kat belakang kitorang, aku pun dah siap ketepi sambil pandang belakang. Rupanya mamat tu, dia kejar uols.

'dah abes shopping ke?', tanya dia. Pastu ade la borak sikit-sikit sambil jalan keluar. Tapi takdelah pulang ke hotel bersama, sebab rasanya dia memang nak jumpe member. Eh lupe nak cite.. mamat ni memang familynya tinggal kat Mekah, dan dia pun lahirnya di Madinah. Habis kisah kat situ. Kita sambung cerita di Mekah plak.

Di Mekah, group kitorang dengan group yang mamat ni bawak dah tak sehotel (kan aku cakap, dia bawak jemaah kaya. so duduk kat hotel yang up sket laa). So masa kat Mekah ni, dah susah nak nampak dia, tak macam kat Madinah - tetiap masa adeeeeeeeeeee je nampak. Hahahaah. Tapi sesekali dia datang jugak kat hotel kitorang ni, makan ke ape ke. Check jemaah ke ape, tatau la aku.

Hari ke berapa tah yang kitorang pegi ziarah sekitar Madinah. Program haritu bergabung meletup dengan group kaya tu so adelah mamat tu kan. Dah la pegi sekali, naik bas pun sekali. Aku macam tak yakin je boleh muat sebab yelah.. dua group tapi satu bas, giler tak giler. Tapi sebelum buat keputusan, aku naik dulu bas tu - kot laa ade seat kosong. Elok je masuk bas, mamat ni terus lambai-lambai aku, pastu tunjuk seat kosong dekat dia. Owh. Dah cop sesiap ke? Hmmmm.

Sepanjang perjalanan, mamat ni berdiri je seblah aku. Sambil tanya itu itu. Sambil berbual-bual. Aku tak ingat keseluruhan. Tapi ade sekali tu, bas kitorang lalu kat area fun fair (ko jangan tak percaya kat sana ade fun fair hahahaha). Mamat ni kata, orang lelaki kalau nak pegi situ kene bawak isteri, gepren tak boleh. Pastu dia tanya aku,

nak pegi?

Errkkk.

Ok la banyak lagi kisahnya tapi malaslah aku nak cite detail, dah la ingat-ingat lupe ni. Sekarang kita ke kisah yang aku nak tanya korang ni.

Tahun lepas kita raya bulan brape? 10 kot eh. Ok.. Satu hari tu, aku dapat sms. Jemputan ke rumah terbuka Big Boss travel agent umrah ni. Dekat Shah Alam ni ha je.. dekat je. Tapi aku ignore sms tu sebab.. alaaaa.. Mr Sivaji pegi la tu kot, malaslah aku. Pastu aku pun terlupa nak tanya opismate aku yang lain, kot laaa dorang pegi.

Isnin. Aku tanye la opismates aku. Rupanya sorang pun tak dapat sms tu voley??? Aku macam.. okkkk..... takpe aku tanye Mr Sivaji plak. Sekali Mr Sivaji pun tak dapat sms tu ok! Apekah? So masa tu, semua orang assumed yang mamat tu laaa sebenarnya yang sms aku. Aku plak tatau nak buat ape. Makanya sms tu terpendinglah tak berjawab sampai sekarang.

Kalau korang. Korang balas tak sms tu? Aku simpan lagi sms tu, dengan nombor-nombor alternative lain yang turut dismskan pada aku.

Amacam?


#berdasarkan kata-kata staff travel agent tu, muka aku sebenarnya ade iras-iras ex wife dia. voleyyyy???

Wednesday, August 17, 2011

Monday, August 15, 2011

694:Cepat sikit bole tak???!


Sabtu haritu, aku dan geng-geng sekolah pergi berjimba sebelum berbuka puasa beramai-ramai. Lepas bersesak di Jalan TAR, kami bergegaslah nak ke Putrajaya, rancangan berbuka puasanya di Alamanda.

Dari Jalan TAR nak dekat zohor, so aku memang rasa resah je sebab nak jalan jauh ni tapi tak solat lagi. Dari area Sogo, terus ke Bandar Tasik Selatan sebab nak naik ERL pulak ke Putrajaya. Kire cepatlah sikit sampainya. Sampai kat kaunter tiket ERL, lengang je. Masa tu dah pukul 2.15 petang kot. Ada sorang budak pompuan tengah beli tiket. Aku tengok jadual, lagi 2 minit ERL akan tiba. Sempat ni, kata aku dalam hati.

MASALAHNYA! Pompuan tu tanya macam-macam pulak kat mamat kaunter tu. Cemne nak naik bas laaaa, ape laaaaaa. Yang mamat tu pulak, bila member aku dah depan muka dia, boleh pulak dia bantai borak dengan geng dia. BOLEH????!

Aku pandang jadual lagi sekali. 1 minit. OK sekarang aku dah panas hati.

"Bang! Cepat laaa sket bole tak? *tepuk tangan dua kali*. Kitorang tak semayang zohor lagi ni! Nak borak ke apa, karang-karang laaa"

Kan dah kena. Huh!!

Friday, August 12, 2011

693: ?

Tak terasa ghairah untuk apdet.
Aku malas nak cerita apa-apa, sebab aku mahu kau tanya pada aku.
Bukan kutip maklumat kat sini, pastu buat senyap.
So.
Takde apdet untuk minggu ni.
Sekian....

-guayangsentaptapibuatbuatcoolmacamtakdepapeyangberlaku-

Wednesday, August 10, 2011

Monday, August 08, 2011

691: Vietnam - Part Last

The only masjid yang aku jumpa kat sana. macam pesen kat Singapore gak, masjid celah-celah bangunan..

Hari last di Vietnam. Bangun takdelah gegas-gegas macam hari-hari sebelum ni, chill je. Pegi sarapan pukul 7.30 pagi, pehtu rilek-rilek. Malam tadi dah kemas pun barang-barang sume.. so.. layan tv, layan tido sket.. best tuuuuu katil hotel. Bantal best. Bukan senang nak jumpe hotel besau yang berbantal mengikut spesifikasi hati aku.

Pagi tu, aku dok terai baju yang ditempah aritu tuu.. Baju pesen Vietnam aku siap lambat, malam tadi baru dorang hantar kat hotel. So.. pagi tu pegi amek kat reception, terus terai kat bilik makcik-makcik sekelian. Mek sukeeerrr!!!!!! Ni yang tak sabo nak raya ni. Hep hep!

Sebelum balik bilik, terserempak dengan cleaner bilik tu hah. Apalagi aku.. terus mintak kopi ("kami bertiga mintak kopi, makciiiikkkkk.." - Pendekar Bujang Lapok). Ade ke patut semalam dorang tak topap kopi dalam bilik aku. Mana boleh! Dah la sedap, sukat-sukat plak huhu.

kopi ganja. kau tetap dalam anganku..

Kitorang kene check out pukul 12 tengahari, tapi mintak tambah sejam sebab nak solat siap-siap kat bilik. Yelah kat tempat orang ni bukan macam negara kita, ade surau di mana-mana. Lagipun dalam pukul 12.30 tu dah masuk waktu, makanya gitulah. Tambah sejam tu pun untuk satu bilik je, nak jimat uols. Sejam tu dicharge USD10 (x3= RM30 /5 orang = RM6 sorang). Disyaki budak hotel ni mandai-mandai letak harga. Korang nanti kalau pegi, hati-hatilah ye.

Pukul 1, keluarlah kami berdedai-dedai naik teksi. Aku tak taulah pulak brape kene bayau sebab dah bagi VND 100,000 (/6,330 = RM15.80) siap-siap kat makcik sekelian untuk setelkan. Tu siap dengan tip skalilah. Brape tah, nanti aku tanya.

Sepanjang perjalanan, kita layan pic sajork.




Dah sampai epot!

Sampai awal. Berkulat menunggu nak tunggu kaunter drop luggage tu bukak. Kata bukak kaunter pukul 2.20 petang, memang tepat-tepat lee deme bukak kaunter. Ade dorang kesah ko dah bertahun kat depan tu? Hahaha T_T

Nampak tak tv dalam luggage tu? 2 in 1 la kiranya. Macam ala-ala signboard tapi dimanfaatkan oleh dorang untuk letak tv sementara nak tunggu orang datang mintak wrapkan luggage :) Pandai angat-angat!

Patutnya departure pukul 4.20 petang, tapi delayed ke 4.45 macam tu. Stendetlah AA. Tapi memang cuaca tak berapa memberangsangkan pun..

Sepanjang perjalanan, ntah berapa kali plane terhoyong-hayang macam jin mabuk minum todi.

Tammaattttttttt.......~ :) *pheeewww*

Thursday, August 04, 2011

690: Vietnam - Part 2

Hari kedua. Berpecah kejap sebab hanya aku dan sorang kakak iaitu Kak Hijau (bukan nama sebenar LOL) yang berminat nak buat mende lain selain soping. Malam tadi kitorang dah cakap kat budak hotel tu yang kitorang nak gi jalang-jalang. Kat hotel ni ade disediakan pakej-pakej untuk pelancong nak jalang-jalang. Kitorang amek yang paling murah dan setengah hari sajork. Kene bayar USD11 = RM33 hengget. Kami nak ke Cu Chi Tunnel, tempatnye tu macam War Museum kat Penang tu la..

Sebelum pegi, sarap dulu. Nampak tu breakfast start from 6.00 am. Huhu. Lepas tu naik van, kutip peserta² lain dari hotel² sekitar dan bergerak-gerak khas.

Aku tengok dalam list, ade Irish, Australian, Mexican, lagi sape eh.. Yang dok seblah aku tu Irish. Dan dia racist, dia ingat aku tak perasan apa dia cakap dan apa dia buat. Terus hati aku terasa sedih dan terguris. Dan dalam diam-diam, sedikit mood nak berjalan aku terbang ke angkasaraya T_T

Perjalanan nak ke tunnel tu lebih kurang 2 jam, tapi kitorang tak terjah terus la ke sana. Singgah dulu kat tempat orang handicapped buat handicrafts. Spent time kat situ dalam setengah jam kot. Mengagumkanlah. Dorang ni kreatif tu.. Buat kraftangan guna kulit telur. Paling kreatif yang penah aku tengok orang buat kraftangan guna kulit telur ni adalah arwah nenek aku la, dia letak kulit telur kat ujung daun pokok lidah buaya laa.. buat gantung2 macam lampu laaa.. Adekah arwah nenek aku orang Vietnam? Ok merepek.


Yang corak bunga-bunga atas ni, haaa sume guna kulit telurlah tu. Orang tu aku tengok dia kobet sket² kulit telur tu guna kuku dia, pehtu gam buat bentuk cantik-cantik. Aku tengok pun rasa letih seluruh badan. Kagumssssss....

Dah habis kat situ, gerak ke kawasan tunnel tu. 45 minit gaklah perjalanan. Aku melayan perasaan jelah. Aku ni macam takleh handle sangat kot penolakan orang, nak-nak plak kalau strangers. Acaner nak keje obersi ni kalau asek kecik ati je keje mek? Hmmmm..

Dah sampai. Oh ye. Dalam van tadi dah siap-siap bagi duit tiket kat tour guide tu. VND80,000 = RM12++ la lebih kurang. Tengok tu amek pic pun tak ceria. Siyes terganggu betul perasaan aku ni hahahaha.

Lalu pengembaraan Upin dan Ipin pun bermula.. Aku letak pic je sambil cite sket, pape tak paham tanyelah ye.

Antara lubang tunnel yang ada.. sempit-sempit tu tak kuaser la aku nak try masuk, kang takleh kuar satu hal lak.

Hok macam busut tu sebenarnya lubang pengudaraan. Cerdik hoh dorang.

Ni sume trap yang dorang buat sendiri untuk perang. Bayangkan ketiak ko kene paku? Pergghhhhh terus bulu ketiak merajuk takmo tumbuh dah.

Kat shooting range ni boleh laa kalau ko nak merasa menembak guna M16 kaa apa kaa guna peluru betul. Tapi satu peluru = USD1. Minimum ko kene beli adelah 10 bijik bullet. Sekian terima kasih. Tapi perasaan masa tu memang macam berperanglah. Tanjat-tanjat boboi dengar bunyik pengpengpeng. Aku ni walaupun dari kecik duduk dekat-dekat kem sojar, skolah pun dalam kem, tapi takde laaaa dengar bunyik tembak² camni punye kuat. Huhuhu~

Lapar. Makan cekelat je. Nak kuar bekal roti, malu la plak. Dan rasa terhina tadi tak abes lagi. Poyolah aku. Mende kecik je sebenarnya tapi tetaplah aku tersentips.

Buat selipar pakai tayar je. Ade strategi peperangan jugak tu dorangnye selipar ni. Kemdian kitorang ke tempat seterusnya untuk aktiviti sebenar, iaitu masuk dalam tunnel tu. Sempit uols tunnel tu. Nak berjalan dalam tu kene cangkung pehtu bongkok, dan jalan macam tu. Ala-ala jalan itik tapi kene bongkok. Sakit ok kaki aku! Peluh toksah cakap laaaa.. bergarus-garus!

Dah laa sempit, gelap. Ko kalau ade fobia tempat sempit ni, toklah le ngade nak masuk. Takde turning back once dah masuk, ko kene jalaaaan je jugak. Seminit je pun mende tu, tapi untuk aku bagaikan setahun lamanya *over*.

Dah kuar dari lubang puaka tu, kami dijamu dengan makanan rasmi pejuang-pejuang kebebasan Vietnam pada suatu masa dulu (ayattttt) - ubi kayu rebus cicah kacang tumbuk+ gula dan teh pandan. Kalau laaa ade sambal, alangkah heavennya. Ubi kayu itu tak sedap sebab tak cukup empuk. Macam tu laaa agaknya dorang makan eh. Kesian....

Dah habis sume.. baliklah! Takleh tidur pun dalam perjalanan tu sebab lapar. Sambil dengar orang-orang putih yang lain berborak. Sedihlah. Hmmmmm..

Balik hotel, rehat sket terus bedal roti dengan serunding. Mak lapar nyah! Petang tu shopping lagi so.. takde lah pic. Hehehe.

Bersambungg.....

Monday, August 01, 2011

689: Vietnam - Part 1

Sebelum bercerita dengan lebih lanjut, salam ramadhan untuk anda semua (kalau ade orang baca laaaaaa blog ni ha. macam dah sunyi je blog gua, ala-ala kawasan perkuburan). Puasa, puasa jugak, solat janganlah ditinggalkan.

Jom cite pasal trip Vietnam!

Ekcely dah plan trip ni daripada tahun lepas. Kak Bebola Ikan ajak join, tapi soh resiakan daripada budak opis. Seswatuh sunggoh aih, tak pasal-pasal aku pun kene menipu T_T Rasanya ini 2nd trip yang aku pergi sendiri dan bayar semua. Yang lain sume manja.. Mr Sivaji yang tanggung. Hahahahaa.

Flite pukul 7.20 malam hari Ahad, 24 Julai 2011. Amek kaw detail. Setelah dikaji dan diteliti, akhirnya aku dihantar ke airport oleh Grunge. Mekasih la bebanyak heheheh. Perjalanan dari KL ke Vietnam mengambil masa 2 jam sajork. Malam tu asik gegau-gegau sebab nak ujan. Touch down di Ho Chin Minh, dah hujan pun...

Owh. Aku beli tiket masa promotion, so dalam RM200++ jew pegi balik..

Inilah epot derang. Sunyi sepi deh. Taklah sesepi sekuntum mawar merah, tapi tak semeriah LCCT laaaa.. Dari situ, kitorang naik cab ke hotel. Tak sempat nak snap gambau cab. Apsal tah, lupe dah. Huhu.

Sampai dah kat hotel, tak lama sangat rasanya perjalanan. Setengah jam lebih kurang. Beza waktu Vietnam dengan Malaysia adalah hanya sejam sajork. Vietnam awal sejam. Aku tak ubah pun jam aku, malas. Eh lawa kan bilik hotelku? Besau tuuu.. Katil king tuuuu.. Aku cuma perlu membayar RM180 sajork untuk 3 hari 3 malam tu ya, murah kan? Tapi bukanlah RM180 tu aku sorang, berdua tu. Tapi ok la jugek, kayak tinggal di Indonesia juga lebih kurang.

Pungpangpungpang tidorrr, esok banyak kedrat nak guna neh.

Esoknya aku bangun pukul 5.45 pagi, nak solat subuh laa kekonon. Skalik tengok.. memanglah betul pukul 5.45 pagi, tapi kat luar punya laaa terang macam dah pukul 7.30 pagi! Tengok kat luar, orang ramai dah mula bersenam kat padang depan tu. Aiseeeehhh... ni kira qada' la ni? T_T

Breakfast kat hotel, aku banyak mamam dragon fruit. Sedappppppppp. Pastu bedal roti, cereal, sayur, kentang goreng.. mende-mende gitu jelah. Nasik goreng pun ade, tapi tak makan - takot ade vavi racik dalam tu. Lepas makan, kami terus terjah ke Ben Tharn Market yang cuma 10 langkah daripada hotel. Pagi ni pun dah start hujan, tapi redah jelah.


Kedai 1st aku lalu tu, peniaganya gila perengus. Sibbaik masa aku taip entry ni bulan puasa, kot tak dah berkati aku maki. Huh. Oleh kerana makcik-makcik ni dah biasa pegi, so senanglah kita terjah je kedai yang berkaitan. Bagus kedai yang makcik ni terjah, peniaga dia very the menjaga pelanggan. Ko hado pegi kedai orang bagi air kelapa free? Bukan air kelapa plastik tu. Tapi yelah kan.. kat sana murah-murah kot air kelapa ni. Hmm.

Beli kain kat situ, terus tailornya datang ukur badan. Esok siap berjahit katanya, dan bakal dihantar ke hotel. Wihuuuuuuuu~

Jalan kat luar pulak... Hujan. Trafik kat sana ala-ala giler gak. Motor kan main banyak berjujut-jujut cam konvoi. Nisbahnya lebih kurang 30 motor : 1 kereta. Nantilah next entry aku cite pasal trafik dorang. Hok baju hijau tu pak guard kalau tak silap aku. Aku snap pic ni curi-curi pun dorang pasan, sengal....~


Aku tak selera sangat nak posing atas beberapa sebab. Antaranya.. masa aku mintak tolong Kak Bebola Ikan snap pic aku ni, ade laaa sorang mamat ni tengok. Bukan tengok gitu je, siap tengok kat kamera aku lagi masa aku tengah posing tu. Saiko sunggoh la ko ni pakcik!

Jalan lagi jalan lagi jalan lagi sampai tercabut kaki huhu. Pastu balik hotel nak lunch. Makcik sorang ni dah siap masak nasik kat bilik hehehe. Sebelum naik ke bilik, kita singgah beli simkad dulu. Sempat sms satu hari je pehtu kredit abes. Gaknye mahal kot sms ke Malaysia? T___T Benci benci benciiiiiiiii!

Lepas solat, sambung lagi jalan-jalan. Dan soping-soping. Aku sebok nak cari telekung sebab kakak PA kirim. Hmmmm. Murah uols!


Ini kedai telekung tersebut. Tapi ni kedai kedua. Aku beli kat kedai yang pertama (Hong Anh gak tajuk kedai tu). Kedai yang 2nd ni pekerja cam pinggul khinzir. Dorang ni punye stail bercakap ala-ala Thai sket, irritating sungguh di telinga aku. Macam nak marah-marah orang je, gua lempang kang sajeee je kan. Sudahnya aku turun je bawah (dorang soping kat 2nd floor) pehtu lepak-lepak makan gegola. Petang pun hujan gak, haruslah aku pun ditimpa jua.

Balik hotel lepak-lepak jap. Memula ingat nak mandi, tapi kang kompem kene mandi lagi. So.. terus jelah terjah night market. Kat bawah hotel aku je pun. Kalau dicomparekan, besau lagi pasau malam kat Seksyen 19 sanun. Time ni kepala aku dah denyut-denyut dah.. sakit paler laa kene hujan tadi huhu.

Hah yang tergantung tu bukan bra ye, itu adelah penutup mulut untuk penunggang motorsikal. Kalau dah ade jual stail² gitu, korang nampak tak bahawa motorsikal merupakan kenderaan ruji di Vietnam. Helmet dorang pun lawa-lawa, siap bentuk topi Adidas la hape. Kalau bentuk topi tu aku tataulah bleh pakai ke tak kat Malaysia. Kalau boleh, aku akan cadangkan dorang buat helmet bentuk serban pulak.

Balik tu aku terus mandi, sakit giler dah kepala aku neeehhhhhh. Minum kopi Vietnam secawan, terus tidor. Terus tidor tuuuuuuuuuuuuuu.. cer kat Malaysia, mau terbeliak mata aku sampai pagi.

bersambung......~