Friday, September 30, 2011

710: Menstrual Cycle like a bicycle

muka Penyu dimekapkan atas sebab-sebab keselamatan


Hormon aku macam tak berapa nak betullah lately. Aku rasalah.

Mana yang tau, hmmm.. menstrual cycle aku macam tak berapa nak betul sangat. Kejap kang bulan ni ade, pastu bulan depan takde, bulan satu lagi ade, pehtu 2 bulan takde. Haaaaa biol tak biol. Kalau dah berlaki ni, haruslah tetiap bulan mak mertua aku kecewa sebab ingatkan aku pregnant. Tapi mende ni memang sejak azalinya lagi.. so tataulah nak komen ape.

Dulu kalau tanye doktel, jawapan dia simple but hurts - "awak kawen je". HAHAHAHAHA! Hurt laa sangat, takdelah. Cumanya macam.. ok... kawen tu boleh tak beli kat kedai hardware? Kalau boleh, sekarang gak saya besit Fahrin pegi beli kawen tu, siap beli lebih nak sedekah kat member-member lagi. Huhu.

Dan melalui kawan-kawan yang pakar, ada yang mensajeskan aku untuk amek pil perancang (so kalau housemate ko ade simpan pil perancang, jangan terus jump into conclusion - mebi dia ade masalah period jugek ok). Sorang lagi kawan aku pulak kata jangan!! Nanti jadi gemok. Ok terus batalkan niat secara serta merta berkuatkuasa hari itu jugek.

Orang kata antara punca menstrual cycle terganggu ni adalah kerana stress la apa laa. Makanya aku cubalah jugak untuk tidak menstresskan diri (macam la selalu stress pon?). Tapi sama je jugek. Lama-lama malas nak layan, aku biarkan jelah.

Kemdian tahun ni macam mengada-ngada pulak dia. Cycle macam ok tapi meleret-leret sebab 'minor bleeding' (if you know what I mean). Menyampah ok tapi takleh komplen nanti kang Allah stopkan sampai bila-bila baru padan muka aku. Untuk problem ni, macam-macam gaklah aku cuba. Minum coke, makan nenas, merentas desa, bertukang, menjala ikan, menebar roti canai, menyangkul tanah dan membajak sawah. Tapi semuanya nyata gagal. Selain itu, aku turut mencuba Jamu Mak-Takde-Dara, bole laaaa.. tapi tetaplah efeknye lambat.

Sekarang ni lain pulak.

Start bulan pose aritu la. Dibuatnya hal lagi. Dah laaaa minor bleeding, meleret-leret pun satu hal. Pastu dua kali lak tu! Ehhhhhhhhhhhhhh biadap ni.. kakak cubit nak? (nak cubit ape pun tatau T__T). Tapi itulah... lumrah alami so takleh nak bising-bising sangat. Elok je dah raya ketiga, beliau tiba lagi. Kali ni bleeding yang sederhana, tapi tetaaaaaaaaaaaaplah meleret-leret sampai nak dekat 2 minggu. Bila macam ni, ade sedikit gusarlah. Bukan gusar amendelah kan.. takut tak dapat nak buat puasa 6 macam tahun lepas T__________T huhuhu. Tu sebabnya bila abes je MC ni, aku terus puasa 1 hari selang, 5 hari dairek. Elok² je abes puasa 6, aku MC lagi!

*pengsan*

Sekarang ni tengah MC ni la. Bila tengah piyet ni kan.. memang sugar craving satu macamlah. Aku tahan-tahan gak tapi ade harinya terlajak juga. Balas balik dengan air masak tu dah semestinya. Tapi tengah hormon ko meledak-ledak ni kan.. macam.. takde.. apa-apa.. perubahan pown.

So semalam Mr. Sivaji bising, katanya aku dah gemuk balik T___T Aritu masa puasa dah kurus dah kata beliau. Hukhuk. Salahkan MC saye, please. Salahkan diaaaaa jangan salahkan kuuuuuuu *nyanyi*.

Sekian. Penjelasan panjang lebar kenapa aku gemok sekarang. Sape tanya lagi, siap! Aku buat semayang hajat, doakan korang pulak gemok 10 kali ganda daripada aku. Huh!

haa tu ade Redmummy. korang suke nau eh aku ubuh nama dia. meh aku letak dengan pic siap. hahahahah!

Monday, September 26, 2011

708: Redmummy Berlagak


Aku memang nak sangat cite pasal aktviti wiken baru ni.
Tapi kan.
Kekangan laa..
Pic tak banyak. Baru dapat daripada Penyu je.
Tengah tunggu daripada Jard dan Kak Mya sayam pulak.
Pastu nanti baru aku apdet.

Lagipun.
Kakak PA cuti sampai rabu.
Dan seperti biasa..
Aku sebagai Ahli Mangku Negara kenalah memangku kerja-kerja beliau.
Sampai rabu.
Huhu.

Pic kat atas tu masa kat umah Penyu.
Seblah aku tu si Kapten.
Tengah menghayati kekayaan rakan-rakan.
Aku nak dok sini gaklah.
Tapi tunggu berlaki.
Berlaki yang berkemampuan lewwww...
Kot gaji lebih kurang aku je, beli tapak parking jelah kat situ
Tido dalam kete.

Ok tajuk takde kene mengena.
Saje nak tarik traffik HAHAHAHAHAHA!!!
Harap-harap kak Redmummy tak marahlah ye.
Sebab mempergunakan nama dia nak tarik trafik.
Saya dapat idea pun daripada Kak Mya.
HAHAHAHAHAHHA

Friday, September 23, 2011

707: Kisah Tacing Di Hari Raya


Orang lain dah abis cerita pasal raya, aku baru nak cerita ye. Hihihih.

Sebenarnya raya kali ni ok-ok je, macam biasalah aku. Tapi aku terspot dua perkara yang agak tacing untuk aku.. ahh.. ngade kan aku. Heheh.

1. Ramai anak-anak sepupu aku yang umur tak jauh pun dari aku. Siap ada yang panggil aku 'akak' instead of 'busu' walaupun dah banyak kali aku cakappp.. aku ni sepupu mak kau, apsal ko degil nau nak panggil aku akak? Awkward ok. Yang sebaya dan lebih tua dari aku pun ada hahahaah. Jangan pelik sangat, kan sepupu-sepupu aku mostly sebaya abang-abang aku. Yang 80's kid macam aku ni boleh kira dengan jari sebelah tangan (kid la sangat).

Anak buah sepupulah kiranya budak-budak ni kan. Ada yang memang aku dah biasa huhahuha sebab pembawakan diri budak-budak tu yang pandai menonjolkan diri depan aku. Means bila beraya tu reti laa cari mak sedara ni haa kat dapur. Kot yang pesen bersantai-santai seperti di tepi pantai tu mungkin takdelah close sangat gitu.

Tapi ada jugak yang aku jarang sangat jumpa - maksudnya setahun sekali pun belum tentu jumpa - pun rupanya ada yang masih ingat dan sayang mak sedara dia ni. Siyesly aku tak sangka mende ni ok. Ada lah yang sorang ni, rasanya last aku jumpa tahun lepas kot. Kalau ditelusuri sejarah lama, mebi dia rasa rapat dengan aku sebab masa kecik-kecik dulu, memang kitorang ni ala-ala teman sepermainan tiap kali aku ke rumah arwah nenek.

Mengejutkan bila pagi raya pertama tu masa aku tengah sibuk kat dapur, tetibe anak buah (anak abang aku le) datang dan bagitau, "busu, ade orang cari busu". Sape pulak sedara yang beriya benau nak jumpe aku, pacal yang hina ni kan huhuh. Bila pandang ke pintu dapur, rupanya budak ni. Terus dia datang bersalam cium tangan dan peluk aku sungguh-sungguh. Peluk macam peluk orang yang rindu, ko paham tak? Bukan peluk manja-manja je.

Nak balik pun macam tu jugak, siap cium pipi berbagai. Mek terharuuewwwwww tak sangke ade gak anak buah yang cenggitu yeww *kesat ingos*

2. Adik-beradik aku semuanya dah diajar dari kecik, bila bersalam dengan mak, abah, mak sedara / pak sedara, selain salam dan cium tangan, kene gak cium pipi / dahi atau kedua-duanya sekali. Ok aku dulu tak pandai cium bapak aku, sekarang menyesal ok (tapi at least beberapa tahun sebelum abah meninggal, aku ade gak belajar cium pipi dia. bukan ape, aku malu siot!). Jadinya bila aku dah ada anak buah yang berkoyan ni, macam tertunggu-tunggu pulak budak-budak ni buat benda yang sama.

Tapi memang takde la. Dapat dorang salam cium tangan tu pun dah kira syukur. Kadang tu bukan reti nak salam, tunggu aku panggil baru nak salam cium tangan. Lalu depan orang nak tundukkan badan tu lagi laaaa, boleh kira sape je anak buah aku yang buat cemtu. Haihhhhh... Tataulah kot sebab aku ni yang macam ais ke sampai budak-budak ni macam tu, tatau la. Rasanya takde laa ais sangat kot?

Tapi tahun ni ade kejutan sket. Ada sorang anak buah aku kali ni salam, cium tangan, cium pipi dan dahi! Complete set ok.

Oklah tu. Wakil untuk semua. Nak tunggu semua buat cemtu, mebi dorang nak tunggu aku dah kawen la kot. Baru la ade feel nak salam cium dahi mak sedara. Kot tak rasa macam salam kakak sendiri je, ye tak? HAHAHAHAHAH~

Wednesday, September 21, 2011

Monday, September 19, 2011

705: Hari Ini Tetaplah Dalam Sejarah


Aku mimpikan dia beberapa kali dalam minggu ni.
Aku mimpikan dia.
Tak pelik pun.
Mungkin hati rasa tercari-cari,
maka ditemukanNya dalam mimpi.
Seperti realitinya pun begitu.

There's something about today that makes my day a bit gloomy.
Hmmm...

Maafkan.. saya bukannya cuba menjadikan awak kelihatan kejam.
It's just me.
Benda-benda sebegini bukan semudah itu untuk saya lupakan.
Samalah macam apa yang saya rasa.
Ingat, ini bukan salah sesiapa.
Bukan salah kita, bukan salah Dia.

Hanya itu saja.. :)


#seriously, aku pun tataulah kenapa otak aku suka sangat ingat benda-benda yang tak perlu
blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, September 12, 2011

703: Everlasting Smile


A lot to share, a lot to tell.
But then, I have nothing to update.

Dan saya masih macam ni.
Tetap comel di muka.
Walau comot di jiwa.

Ecececeh.

Friday, September 09, 2011

702: Terima Kasih, Makcik Bibah

Sebelum bergerak pulang ke Melaka, aku ke bengkel dulu. Fahrin dah mula nak meragam sikit-sikit. Sebelum dia meragam secara besar-besaran, baiklah aku bawak dia jumpa doktor.

Sejam. Dua jam. Tiga jam. Nasib baik aku bawak buku sebijik, bolehlah baca. Lama-lama sengal gak punggung yang eksotik ni bila menunggu. Kebetulan ada seorang makcik baru sampai. Servis kereta jugak. Aku pandang dia, dia pandang aku. Aku senyum, dia senyum. Ok, saya suka pesen macam ni. Pesen yang kita senyum pastu pandang kita macam kita mintak sedekah memang pesen manusia mintak sup selipar.

Aku beralih tempat. Dekat sikit pada makcik tu. Makcik pun tegur. Aku balas. Bila lama-lama sangat menunggu ni ada masanya membangkitkan semangat aku untuk berbual dengan strangers.

Entah macamana. Terkeluar cerita pasal bujang-tak-bujang. Aku pun tak taulah apsal kalau borak dengan makcik-makcik, 8 out of 10 mesti akan keluarkan topik ni. Memang topik wajib kot?

datang sorang je?, tanya makcik.
ha'ah
tak ajak kawan-kawan ke mintak temankan, kata makcik lagi
semua keje cik.. saya je yang cuti ni hehe
yang lelaki ke..
ha?
suami tak temankan?, makcik kata lagi
kalau ada bolehlah nak ajak hehehe, kata aku
owh.. boipren?
Aku geleng kepala sambil senyum.
kirenya tengah mencari la ni....?, makcik pandang aku.
hmmm.. lebih kurang macam tu lah, aku senyum

Makcik pun berbicara pasal anak-anak dia. Semuanya lelaki. Yang sulung berumur 28 tahun, bujang lagi. Yang nombor 2, kerja chef. Yang bongsu masih belajar. Pandai budaknya. Makcik tu laa yang kata. Tapi gaya makcik bercerita langsung tak menjengkelkan. Sekadar bercerita, bukan nak membangga diri. Haa macam tulah. Kadang-kadang ada pesen yang bercerita tu sebab nak bangga-bangga. Sebenarnya kan, aku macam nak panggil dia 'akak', tapi dah dia bahasakan diri dia 'acik', aku layan jelah.

takpe kalau tak kawen lagi.. ada kereta sendiri, boleh jaga diri sendiri tak susahkan orang, kata makcik
betul betul, aku angguk-angguk
awak pun muda lagi kan..
muda tak muda jugaklah heheheheh
tapi tak sampai 30 lagi kan.. kata makcik lagi
err.. saya dah 31 dah cik

Makcik ternganga. Pandang aku tepat-tepat.

iye??? tapi nampak muda je.. acik ingatkan baru umur 27 tadi.

Owh. Patutlah dari tadi makcik dok sebut-sebut pasal anak sulung makcik umur 28 tu tak kawen lagi eh? Hehehe.



aku bawak buku ni pada hari kejadian. tataulah ada kaitan ke tak dengan kejadian di atas

Monday, September 05, 2011

700: Raya Yang Menggiurkan

lepas semayang raya kat masjid penjara, sengodang, melaka.


Salam semua! Salam Monday Blues! Salam dunia.. Salam sejahtera.. Salam hari raya..

Bermula raya pertama sampai raya ke 5, hari-hari aku ada program. Raya, raya, kenduri, raya, kenduri. Haaa macam tu lah. Hehehe. Malam raya pun sempat lagi aku jahit baju selai - dengan bimbingan mak aku laa. Aku nak menjahit sendirik-sendirik memang tidaklah.

Yang positipnya raya kali ni adalah bila kaler baju-baju raya aku diluluskan dengan cemerlang oleh mak aku. Malah beliau menambah sepasang lagi baju raya untuk aku. Ni mesti kes kesian kat aku ni huhuhu metacih mak!

Baju raya kedua. Aku suka pic ni sebab aku nampak kurus dan comel. Harap-harap bakal mak mertua di JB akan terstumble down di sini dan menerima saya seadanya. Mekasih mak(cik) :) Saya saaaaaaayang anak makcik sangat-sangat. HOHOHOHOOOHOO

Waris-waris sekelian. Dah besau dah woi anak-anak buah aku. Sok kalau aku beranak, takde sepupu sebaya laaa nanti. Kesian anak aku.


Aku suke pic ni sebab aku nampak kurus. Like seriously kurus! Walhal.......... (tambah sendiri).

Aku, mak, kakak-kakak ipau dan anak-anak buah pompan plak. Yang tudung kuning tu menantu abang aku. Haaaaa anak buah pun dah menikah, acaner??? Hehe.


Abang-abang aku (bukan semua) dengan sepupus dan pak sedara.


Hok baju itang tu mak aku, seblah beliau adalah adik beliau. Kami tinggal di taman perumahan yang sama. Tu diaaa ayat UPSR.


Kat umah Mak Itam ade air botol yang femes kat Melaka tu. Apetah namanya lupe dah. YAMSENG!! Opssss..



Yang lain nanti aku cite kendianlah ye :)