Monday, October 31, 2011

722: Perbelanjaan Tak Terancang

Aku beli tipon ni haa Sabtu aritu. Macam bagus-bagus je kan? Rege RM300 je, pajadah kalau aku tak beli ye tak. Samsung Galaxy Mini yang aku aim tu pon dah nak dekat RM600. Half aku dapat save ni. Hebaklah aku (perasan).

Padahal baru je simpan duit dalam RM150 je. Over bajet dah aku bulan ni T_T Takpe-takpe.. insyaallah selagi panjang umur aku, ade la tu rejeki aku di mana-mana kan kan. Aku redha. Dan aku suke! Koff koff koffffff~

Hari ni aku rasa nak demam pulak. Tataulah. Aku syak ade dua sebab :

1. sebab dah terover bajet dek kerana membeli hempon inniew; atau
2. aku rindu hempon aku ittew. aku masih pakai hempon lama sebab belom beli lagi baju untuk hempon baru. macam sayang boipren kayaknya ni! takot kotor, takot calar. takot hoi!

Kepada hempon baru kakak,
bebaik dok umah tu ye.. jangan lompat turun rak tu pulak.. jangan mandai-mandai pegi dapur kot nak mop lantai ke ape. jangan nak gi angkat baju kakak kat ampaian tu, biar je. jangan nak ngade-ngade. dok situ dendiam, petang kang kita jumpe ye? i miss you sayang.

Sekian aduan rakyat saye.

Friday, October 28, 2011

721: Bayi!

Pertama sekali, berjuta-juta lemon ucapan tahniah aku taburkan kepada Anul dan isteri di atas kelahiran Xiyad Asytar (tu dia namaaaaaaa.. X-Men betei namanya kan) pada 26 Oktober baru-baru ni. Baby Deepavali githooooo...

Xiyad Asytar yang diperkatakan ittewwww.. ;)

Aku.. personally. Takut banget-banget bab nak beranak ni. Oklah dah penah cerita dah dalam entry² sebelum ni. Bukan nak cite pasal ni sebenarnya. Tapi nak cerita benda lain.

Dulu laa kan. Kakak ipau aku pernah bersalin kat rumah aku. Rumah mak apak aku la, bukan rumah aku. Bukan sebab tak sempat nak bawak ke spital ke ape, tapi memang dia (ke abang aku?) yang teringin nak merasa beranak kat rumah, voley githoo?

Kalau tak silap masa tu aku baru Darjah 6 ke Form 1 tah. Ahhh lupe lah. Yang pastinya, aku baru balik sekolah masa tu, doktor pe sume dah ade kat rumah. Kakak ipau aku dah dok dendiam dalam bilik ujung tu (bilik aku laa tu tapi masa tu blom jadi kepunyaan aku lagi). Bila tau je yang dia nak beranak, aku memang tak stay lama laaa.. Amek je baju aku mana yang berkaitan pastu pakat nak melarikan diri. Eh.. rupanya dah beranak pun. Cessssss..

Dah siap kemas-kemaskan baby tu, bapak aku bawak keluar. Pastu terus suruh aku pegang. Ape motip ni???? T____________T

takmolahlaa
apsal plak, pegang la cepat, kata abah
takmoooo.. budak ni kecik nau, kang jatuh kang
jangan la kasik jatuh. cepatlah!

Errr.. aku dengan separuh hati pun amek jelah baby tu. Hmmmm.. In my hands, I'm holding this tiny 2-hours-old baby. Takut woo.. Aku takut aku salah pegang, jadinya aku duduk je dendiam sambil pangku beliau. Keciknya.. hmmmmm.. wangi plak tu. Nak cium pun takut-takut, sebab muda sangat baby ni! Hahaha!!

Sekarang dah besau panjang dahhhh..

bila dah beso, pakai baju pink. sebelum pakai siap tanye,'busu, ok ke orang pakai pink? tak kelakau ke?'. hahaha!

Monday, October 24, 2011

720: Darah


Akak ni darah O ye? tanye budak kedai El-li-yan-to yang mulutnya sedikit berbau pada aku. Aku hentikan tarikan napas sebentar.
Ntah, akak tak tau la pulak darah akak O ke A ke. kenapa? tanye aku penuh naif.
Sebab orang yang berdarah O kalau pakai lipstik, lama-lama kaler lipstik tu jadi pepel² sket, kata budak kedai tu. Aku menahan napas sedikit.

Betul ke eh?


#tapi memang lipstik yang aku try tu kaler pepel-pepel sket. budak ni kelentong akukah?

Friday, October 21, 2011

719: ini bukan entry sentap taw awak

Orang kebanyakannya suka tanye aku.

- Tak sunyi ke tak kawen lagi?
- Tak rasa ke macam takde halatuju hidup? Yelah kan.. orang dah kawen kan komit kat famili, balik umah ade anak-anak sambut, ade asben di sisi. Bila berbelanja tu selalu terpikirkan orang-orang kat umah, kiranya bermakna aaaaa hidup tu sket daripada orang bujang yang balik umah, bukan ade orang sambut pun. Gi mana-mana pun takde orang kisah, nak berbelanja pun untuk diri sendiri je. Pendek kata, memang lone rangerlah. (ni dalam bahasa kasarnya, ala-ala tak guna la hidup tu kalau tak kawen).
- Dah tua tak kawen lagi.. kang susah lak nak beranak.

Dan macam-macam lagilah. Hmmm..

Bila aku terlalu memikirkan kata-kata orang camni, siyes boleh merundum keyakinan aku nak idup lama tau tak? Tu kalau pikir la, I choose not to think about it too much. Sikit-sikit sudeh. Bende-bende cemni kalau aku jawab depan-depan, nanti kang mendatangkan komplikasi pulak pada kesihatan hati sendirik, dan kalau dapat pendengarnye jenis jiwa nipis, bole koyak rabak gak aku kerjakan (tak sengaja uols).

Camnilah. Yang bertanya-tanya soklan ittew.

Awak tau tak betapa bergunanya saye dalam famili? Ok la tak tau la ye tak sebab memang awak bukan famili saye. Awak tau tak saye ni sangat berguna pada mak saye. Walaupun dari segi material, saye ni memang tak berkemampuan nak bagi mak saye duit banyak-banyak, tapi saye ade banyak masa untuk dia. Dia boleh call saye bila-bila dan mintak saye cuti. Saye sorang je yang boleh wat keputusan on the spot macam tu, awak tau? Sebab saye takde suami so tak payahlah nak tanye bole ke tak, dia free ke tak. So mak saye rasa senang dengan saye. Dan mak saye memang lebih suka kuar berjalan dengan saye berdua-duaan, kalau anak buah saye nak folo pon sume kene halau. Sebab dia suke jalan dengan saye. Walaupun saye jahat T_T

Awak tau tak kalau mak kita meredhai hidup kita, hidup kita akan senang?

Saye perasan tau awak, memang ade masanya saye rasa tersepit sangat bab-bab kewangan ni. Rasa cam nak termenung je kalau kena time semput tu. Tapi alhamdulillah.. tak pernah lagi saye jadi kurus sebab tak makan akibat tak berduit. Tak penah lagi saye pegi keje jalan kaki sebab takde duit nak isi minyak. Tak pernah lagi, awak. Mebi Allah kesiankan saye, mebi doa mak saye, mebi rasa senang hati mak pada saye yang buat Allah Taala layan saye baik macam ni. Walaupun saye jahat T_T

Awak tau tak, dunia ni takkan pernah buat kita sunyi?

Awak pernah ke jumpa satu tempat yang sangat-sangat sunyi? Kalau ada, bak meh bagitau saye. Saye tak pernah lagi rasa sunyi keterlaluan. Cuba awak duduk dalam rumah sorang-sorang, tutup tv, tutup lampu, tutup kipas semuanya. Awak rasa sunyi? Betul ke? Awak tak dengar bunyik cengkerik, bunyi angin yang bertiup kat luar, bunyik kereta, bunyi orang main guli kat atas rumah (ok itu hantu) - awak tak dengar? Mesti awak tak perasan kan. Sebab awak fokus sangat pada kesunyian tu, sampai bunyik-bunyik lain yang temankan awak tu pun awak tak perasan.

Sunyi tu kan awak.. dalam hati kita. Kita yang pilih untuk rasa sunyi, kenapa pilih rasa itu?

Tapi saye paham maksud awak tu. Mekasih sebab ambil berat tentang kesunyian saye. Tapi jangan difikirkan sangat laa awak. Tak dinafikan ada masanya saye rasa macam tu. Bila nampak couple sorong baby dalam stroller, orang upload pic anak kat fb kat blog kat tuiter kat mana-manalah ruang yang ade dalam internet, tengok couple yang dah tua - saye terasa jugak kadang-kadang. Tapi itu kan bahagian orang. Awak tau tak betapa ramai kawan-kawan saye yang dah berkahwin tu jeleskan kehidupan saye? Awak tak pelik? Awak fikir dorang tak sunyi, tapi dorang pandang kehidupan saye sangat menyeronokkan. Awak tak pelik?

Bahagia ni kan awak.. dalam diri kita. Macamana kita nak berbahagia, dengan apa yang kita ada. Jangan bersedih dengan apa yang kita tak ada.

Suami.. anak. Ini semua dah ada untuk saye, saye percaya ada bahagian ini untuk saye. Cumanya tak ditemukan lagi. Tak diserempakkan lagi dalam kehidupan saye. Saye tak cukup usaha? Saye tak berdoa? Saye tak cari peluang? Saye memilih? Eh mestilah. Saye mesti pileyyyy!!! Opss. Awak tau kan.. ada yang dah kawen bertahun-tahun pun tak dapat anak, ada yang baruuu je kawen terus dapat anak. Ada yang tak kawen pun boleh beranak (eh?). Tiada jaminan langsung sebenarnya bab anak ni tau. Kalau Allah kata ada, adalah. Kalau takde? Apa lagi, takdelah.

Ini semua kan awak.. ada. Awak percaya kan Qada' dan Qadar? Awak percaya kan rukun Islam? Awak hafal tak Rukun Negara? Ingat apa Rukun yang pertama? KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. Negara kita pun meletakkan kepercayaan kepada Tuhan pada tempat pertama, takkan awak terlupa?

Macam saye cakap dulu. Daripada awak tanye saye soalan-soalan yang amat berilmiah ni, apa kata awak carikan calon untuk saye? Ciri-cirinya ada pada lelaki ini.. lebih kurang la eh.

malas nak elaborate. hehe.

Wednesday, October 19, 2011

718: Tahun Ke 11 Tanpa Dia

Alfatihah untuk almarhum ayahanda tercinta T_T


Sebenarnya
Aku bercadang nak bercerita
Sepenuhnya pengalaman aku
11 tahun lalu masa menerima berita kehilangan

Minggu lepas
Sebelum tidur
Aku mengarang-ngarang ayat
Sambil mengorek-ngorek memori
Aku susun patah perkataan dalam kepala

Akhirnya.
Sampai pukul 2 pagi tak boleh tidur
Dan dalam gelap malam
Dalam mata terpejam
Airmata mengalir panjang.

Lain kali jelah aku cerita.
Huhu

Monday, October 17, 2011

717: Holiday @ Good Widow

Sabtu aritu, geng bujangan dah bertolak ke Good Widow a.k.a Janda Baik. Saje je nak jalan-jalan tengok pemandangan. Bajet semuanya di bawah RM100 untuk setiap seorang, RM55 jeww termasuk minyak kete dan tol (agaknyelah). Ye kot. Hehehe.

Gerak pukul 12 lebih gak kot.. sampai kat Janda Baik ngam-ngam nak zohor. Masuk je bilik, terus azan. Tapi tah apsal aku tak semayang terus.


Ada gambau cantek aku snap kat area reception sana tapi acik ni lupe nak upload kot. Malas aku nak tunggu hehe. So inilah tempatnye. Kete takleh masuk ye. Kene jalan kaki sebab tempat ni garden concept katanyaa... Oh ye. Chalet sebijik yang kitorang sewa tu berharga RM125 semalam, ade 5 buah katil, peti es, bilik air siap heater, aircond ade, kipas ade. Tapi tv je takde. Sediiiiiiihhhh *gaya Azwana Alia lagi*

Dalam pukul 2 lebih, kitorang tak menyabau nak mandi sungai. Ekcely belakang chalet kitorang ade sungai. So pegilah ke sanun... Namun begitu, aku terkesima...


Terkesima sebab sungai tak macam sungai sangat. Macam longkang jewwww T_T Try gak nak mandi tapi asik tereuuwww-euwww bila pijak batu. Last-last cari port lain. Kebetulan kakak chalet tu nampak kitorang terkial-kial cam sial kat situ, dia pun bagitaulah katne ade sungai yang layak untuk dimandikan. Eh. Untuk kitorang memandikan diri.

So.. basah-basah gitu, naik kete terus zoom... cari tempat yang berkenaan. Dan jumpa!

Ternampak sekampung batu tengah sungai tu, agak cantek gak kalau bercamping kat situ. Nampak biasa je kan. Tapi azab gaklah nak menyampai kat tengah tu. Banyak batu kecik-kecik, yang beso-beso lak aku tereuwww-euww sebab geli banyak lumut hahahaha!! Macam buat refleksologi je T_T Tapi demi kepuasan maksima, mak redha!

Motip sangat letak-letak je bontot terus masak megi. Aku ni dah la tak menyabau nak mandi tapi dorang soh makan dulu. Keciiiiiii..~ Masak megi dua bungkus + telur 3 butir + sosej black pepper 2 ketoi sorang. Mantapppp....! (tapi kalau ade sos mesti lagi sedap. hehe)

Pastu apa lagi, berendamlah. Sejuk nok mapuh cam biasa laaa.. kata sungai. Nak panas-panas gi la mandi air panas ye tak.

Oleh kerana tak solat lagi, pukul 5 macam tu aku dah menggelupur ajak dorang balik. Tu laaa.. Kalau tadi dah solat sesiap, boleh berendam sampai pukul 7 ye tak. Rugi-rugi. Huhu.

Aku suka pic ni. Nampak langsing. Hai.. my name is Bluunis.

Malam tu kitorang keluar cari makan. Aku kene drive sebab driver pening paler pulak. Makan biasa-biasa je. Semorang kat kedai dok layan bola. Tapi masa masuk kedai tu, giler senyap sunyi padahal orang penuh. Nyaris-nyaris aku nak menyangka yang kitorang ni terrrmasuk kedai orang bunian ke. Huhu.

Lepas makan, lepak kat hall area chalet tu tengok tv. Takde wifi, sedihhh lagi skali tapi takpe. Kitorang bertiga je yang tengok tv pun. Aku plak belajau main angry bird. Tapi bird tak angry, aku yang angry lelebih. Huh!!!!! Sebab?

Giler tak logik kan?????!! Boleh plak dia bertahan macam tu. Di alam nyata ni, patut dah berderai dah semua. Bongok nye angry bird! Angry aku dibuatnya!

Pukul 12 lebih dah tido. Aku suka. Dapat tido nyenyak.. Alhamdulillah.. :) Siap dengar bunyik sungai kat belakang. Hohoho.

Esoknya, bangun rilek-rilek je. Masak air, buat vanilla latte dengan air coklat. Memasing blur tatau nak watpe dengan belen-belen sosej semalam. Nak masak, stove dah simpan dalam kete. So.. aku mencadangkan. Masak je dalam cerek letrik tu. Bwahahahahah!!

Kan setel. Sempurna sarapanku.

Menjelang pukul 1, dah gerak nak balik KL. Amek pics buat kenang-kenangan terindah.


Aku menggedik kata member aku. Maaflah, saya baru nak remaja. Jerawat pun baru nak tumbuh. Maaf ye kak..

Terus shoot ke KL. Wangsa Walk laa senang cakap. Nak tengok muvie. Sampai, dapat parking - alhamdulillah rejeki tu. Terus terjah tiket, solat, makan!

Cite Al Hijab ni.. ermmm.. ok laaa. Sapetah punya idea tu. Hehehe.

Sampai kat umah Shah Alam pukul 6.50 petang (ke malam?). Sekian cerita saye. Ada soklan?

Friday, October 14, 2011

716: Mimpi yang... errr...



Korang,

Semalam aku mimpi. Punyalah aku beriya nak ingat sampaikan siap catit lagi detail mimpi ni ha masa meeting semalam. Ahahahahaa.

Aku mimpi pergi Langkawi untuk opis trip. Dok kat hotel ala-ala chalet, ntah cemne ntah nak describe pun tak reti. Hotel 5 bintang, tp ade chalet skalik. Ah lantak. So masa aku round-round kat lobi tu, tetobe aku disapa oleh Razif Hashim. Dia ade shooting camtu laa kat situ. Ha? Tak kenal Razif Hashim? Korang ni memanglah sediiiiiiihhhhh *gaya Azwana Alia*

ni ha dia

Kiranya macam dia terfall-in-love at the first sightlah dengan aku yang manis ni. Komdian dia ajak dinner, cam candle lite dinner gitulah. Aku pun on je. Tetobe dah time dinner kan walhal masa sampai tadi kanmain siang. Haha. Lepas order makan dan minum, dia pi sambung shooting plak (watdehel sangat kan kau ni tengah dating dengan aku tapi kejap-kejap lari pi shooting). Pehtu air pun sampai... air je sampai kesudah kau. Dia siap tunjuk kat aku bil - RM45.90 means memang dah order makanan skali. Giler ah cheapskate punye dinner hahaah!! Tapi takde la aku rasa dia macam tu. Tapi dalam hati aku macam terasa sket sebab aku lapau ni!

Pehtu dia panggil orang kat situ soh anto makanan cepat. Pastu dia pi sambung shooting (GRRRRRRRR). Ujung-ujung cafe tu sampai dah tutup, makanan tak sampai-sampai lagi T___T Last-last aku pegi tengok dia shooting, pehtu agaknya dia perasan aku cam majuk sebab lapau, so dia panggil chef cafe tu. Masa nak bercakap dengan chef tu, kitorang tengah duduk, aku dok belakang dia. Pehtu dia macam mengendeng ke belakang kat aku pastu bisik,

saya bagitau dia awak girlfriend saya eh?
apsal pulak?
nanti boleh dapat diskaun

Hahaahahahhh!!! So masa chef tu sampai, dia pun cakap,

you boleh tak masak cepat sikit? GIRLFRIEND saya ni dah lapar...

Hahahahahahah macam siak! Blushing-blushing ai rasa. Masalahnya dia dah cakap camtu pun tetaplah makanan tu tak sampai-sampai. Last-last aku majuk. Lari. Pi menyorok kat serambi (tetobe laa ade rumah yang ada serambi pulak kat situ), sambil baring-baring dalam selimut. Tapi aku nampaklah dia dok cari-cari.. kesian la pulak. Pehtu dia berjaya la jumpa aku, tapi aku lari. Malu malu.

Beriya-iya aku lari. Susup sasap masuk celah kampung la pe seme. Pehtu tetobe nampak orang ramai dok berkerumun tepi pantai. Aku pun pegi la tengok. Rupanya ada budak lemas, so ade mamat ni tengah buat CPR. Eh aku macam kenal je mamat ni. Ex asben member aku rupanya. Jadi baywatch kat situ. Hahahaha! (Tapi di alam nyata ade sket kaitan la.. sebab ex asben dia ni memang kaki scuba).

Ok sebenarnya masa pegi Langkawi ni, ade lagi sorang skandal aku (ntah sape-sape tah aku tak ingat) pun folo. Skandal dalam mimpi ni laaaaa. So aku macam cuak-cuak gak la kot dia tau yang tadi aku berdating dengan si Razif Hashim tew. Tapi ntah macamana, memang nyarissssssss nak terkantoi dah. Kiranya si Razif ni jumpa gak aku, pastu dia tarik aku gi lari (agaknya nak sambung dinner kot? HAHAHAHA). Pastu krew-krew shooting dia pun folo, termasuk la si skandal misteri aku ni. Ntah macamana aku boleh terjatuh cemtu, pastu si skandal tu pun tolong la angkat. Bila dia pandang je aku, tetibe aku bertukar menjadi Awal Ashaari.

HAHAHAHAAHHA ok banganglah mimpi ni. Aku takleh blah bila diri aku sendiri berada di celah-celah orang ramai tu, dan menyaksikan 'aku' bertukar jadi Awal Ashaari. I was like, 'eh.. apsal aku jadi Awal ni?'. Padahal aku ade kat celah-celah orang ni. Hmmmm bongek.

Itu jelah mimpi aku. Sekian. Hihi.

Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 10, 2011

714: camnew teww? cew citeww

Minggu lepas, jumpe sorang kakak ni.
Memula dia kata dia kawan abang aku masa kat MRSM dulu.
Sekali rupanya adik angkat abang aku.
Ngade tak abang aku, dah ade adik pompan pun nak ade adik angkat pompan lagi watpe?
LOL
Tapi nak cakap orang, macam laa aku takde abang angkat time skolah dulu.
Lagi ngade.

Abang dah ade 5 orang, lagi nak ada abang angkat.
LOL x 25 ratos.

Pastu kakak tu cakap.
Eh muka sama laa dengan abang.
Bulu mata pun sama.
Well.. kalau aku dengan beliau tu.
Memang ye kot muka cam lebih kurang.
Kira yang terpaling hampirlah rasanya.

Pastu kakak tu cakap lagi.
Tak pernah tau pun abang aku ada adik.
Errrrrr......
Abang saye memang perahsia orangnya T___T

Pastu kakak tu cakap lagi.
Cantek-cantek camni takkan takde boipren lagi?

Kalau semorang kata saye cantek,
pastu semorang tak percaya saye takde boipren,
agak-agak cemne la saye nak ade boipren yep?

Hmmmm hmmmmmmmm~

Friday, October 07, 2011

713: kalau kau dah taknak jumpa aku lagi, aku akan paham..


I wish you would step back from that ledge, my friend
You could cut ties with all the lies
That you've been living in
And if you do not want to see me again
I would understand
I would understand

The angry boy, a bit too insane
Icing over a secret pain
You know you don't belong
You're the first to fight
You're way too loud
You're the flash of light
On a burial shroud
I know something's wrong
Well everyone I know has got a reason
To say
Put the past away

I wish you would step back from that ledge, my friend
You could cut ties with all the lies
That you've been living in
And if you do not want to see me again
I would understand
I would understand

Well, he's on the table
And he's gone to code
And I do not think anyone knows
What they are doing here
And your friends have left
You've been dismissed
I never thought it would come to this
And I
I want you to know
Everyone's got to face down the demons
Maybe today
We can put the past away

I wish you would step back from that ledge, my friend
You could cut ties with all the lies
That you've been living in
And if you do not want to see me again
I would understand
I would understand
I would understand

Can you put the past away
I wish you would step back from that ledge, my friend
I would understand..

'Jumper' - Third Eye Blind

Wednesday, October 05, 2011

712: bila rindu..

sumber : gugel

bila rindu
jari taip-taip
tekan-tekan butang empat segi
lebih kurang 10 kesemuanya

cari dalam internet

bila rindu
jari taip-taip
tekan-tekan butang empat segi
cuma satu

'like' dalam facebook

bila rindu
jari taip-taip
tekan-tekan butang empat segi
ada senyum, ada airmata

hantar sms ke nombor dia

bila rindu
jari taip-taip
tekan-tekan butang empat segi
lebih banyak, lebih panjang

jadi entry dalam blog

itulah
bila rindu
zaman sekarang

#Masy#
blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, October 03, 2011

711: Kemaafan Yang Tertunda

Selamat Pengantin Baru, Rozan! aku tujukan lagu berikut.. satu persatu temaannn.. ada di sekelilingku.. satu persatulah juaaa tinggalkan dirikuuuuuuu LOL!!

Instead of nak bercerita pasal dak Rozan kawen, aku skip gi cerita benda lain. Hah biasalah aku akhir-akhir ni. Fokus pada benda minor.

Kisahnya.

Sabtu baru ni, aku nemenin mak aku gi kenduri kawen jiran tu hah. Bawak skali anak-anak buah dan kakak ipau. Cam biasalah. Sampai, parking kete, terus terjah nasik.

Lepas dah setel ubuh lauk pe sume, aku pun melilau-lilaulah mencari mana le Cikgu Jenah a.k.a mak aku ni duduk. Tetobe jeee aku ternampak beliau - dan sorang pompan di sebelah beliau. Wah berderau darah aku! Daripada elok aku nak parking pinggul sebelah mak aku, terus ku kensel! Buat U-Turn baeeeekk punya, dan duduk di kalangan kakak ipau dan anak-anak buah aku sajork.

Sapekah pompan ittewww?

Cikgu aku. Ala.. aku penah cite pasal dia dulu dalam blog ni.. alaaaa.. yang telah mendropkan my water face kat dalam kelas crush aku dulu tuuu hahahaha. Malas aku nak linkkan, korang carilah sendiri.

Apelah aku ni. Hmmm. Tapi gitulah. Nak cakap macamana lagi. Aku memang takleh dah nak tengok muka dia. Keji giler aku. Mak kata aku pendendam, dia soh maafkan je. Tapi camne nak maafkan kalau dia tak pernah pun nak mintak maaf?

Eh. Tapi kawan aku tu dulu pun mana ade mintak maaf dengan aku, boleh pulak aku maafkan dia. Boleh je kawan baik sampai sekarang (ok cerita ni pun ade dalam blog ni tapi malas nak carik). Ke sebab dia member aku, so aku boleh je mengalah dengan dia? Ke ke ke? Hmmmmm.

Cikgu saye yang saye marah nau tu,
Mebi kemaafan tu ada, tapi tertangguh-tangguh bila terserempak muka cikgu. Bolehkah cikgu pindah tempat lain? Saya cadangkan cikgu cari tempat lain ke.. (eh suka-suka aku je hahaha!!).

Yang Berharap,
saya, anak murid yang teraniaya (1991 - 1992)