Tuesday, November 29, 2011

733: Kemalangan Yang Bizzare

Selasa lepas. 22 haribulan November, 2011.

Macam biasa, aku keseorangan kat opis pagi-pagi. Memang selagi belum jejak 8.30 - 9 pagi, takde orang pun yang sampai kat opis tu. Aku je yang datang awal. Hehe.

Dalam pukul 8.15 pagi gitu, tetibe je aku terdengar sepesen bunyik yang bapak segala kuatnya. Ok tipu. Tapi.. camne eh nak cakap. Macam orang tarik shutter opis tapi 4 kali ganda kuatnya. Aku dok terpikir, sape pulak dok tarik shutter ni. Kan tadi aku dah tarik siap-siap. Pastu aku dengar bunyik kecoh-kecoh, macam orang menjerit-jerit pun ade. Ah sudah! Ade orang terlanggau kete aku ke????!! Apa lagi, berdesup aku berlari keluar.

Sekali tengok.

Apakah??!!!! Even worst! Kereta makcik sudah menyodok kedai runcit sebelah opis aku rupanya. Hamagadddddd. Masa aku snap ni, ade sorang lelaki dah tolong mereversekan kete tu. Demmmm lambat aku ni. Kalau masa dengar bunyik berdentum tu aku terus keluar, mesti dapat tengok situasi yang sebenar.

Yes. Tabrak masuk kedai orang, siap terlanggau orang lagi. Aku syak kete ni sudah terlenyek kaki kakak tu. Sebab sampai koyak. Koyak stokin laaa... bukan kulit dia. Memang takde darah tapi kakak tu sampai takleh bangun pada asalnya, terpaksa orang ramai tolong dia bangun dan dudukkan atas kusi tu. Sian dia nanges-nanges.

Jangan panik. Minyak hitam, bukan darah ye.


Asal kedudukan rak kat nombol 1 tu adalah di nombol 2 tu ye. Tong eskrem tu pon berganjak kedudukannya. Pergghhhh.

Cemne laaaa sampai boleh lintas longkang ye. Punye la pecut gaknye.


Masa ni orang ramai dah mula bersurai. Polis dah bawak kakak yang kene lenyek tu gi klinik. Tinggallah orang kedai runcit terkapai-kapai memikirkan masa depan. Hmmmmm. Dengar cerita, makcik yang bawak kete tu sebenarnya nak parking sebab macam nak pitam, pastu gaknya tersalah tekan minyak lettewww instead of break kan. Tu lah padahnya bawak kete auto (eh eh). Kalau bawak manual cam aku, insyaallah takde kejadian macam ni. Insyaallah laaaaaa...

Bak kata opismate aku - makcik ni nak meraikan kemenangan gol Malaysia (yang lawan Indon tu) agaknya, terus dia pun masuk gol dalam kedai mamak ni LOL.

blogger-emoticon.blogspot.com
Sekian laporan saye. Hehe.

Friday, November 25, 2011

732: Sindrom Hati Lembut


Rentetan peristiwa ini.

Petang semalam, Kakak Insurans call. Menyampaikan berita bahawa bukan duit aku je yang kene sapu dek Minah J, ex-staff dia tu. Baru sebentar tadi, duit kawan dia (Kakak Insurans) tu pun dikesan dah kena songlap. RM8k++. Giler.

Kawan dia macam nak buat report polis. Dalam hal aku, aku memang tunggu masa je nak buat report. Memang duit aku yang disonglap tak sebanyak kawan Kakak Insurans, dalam RM900 tu but still, duit aku kan? Hak aku kan? Yang paling aku marah sebenarnya sebab Minah J tiru tandatangan aku untuk buat polisi insurans baru untuk cover balik polisi pertama yang dah lapse sebab dia amek duit aku tu!

Rascal sangat kan kau tu?!

Aritu aku dah cakap dengan Kakak Insurans, suruh Minah J tu call aku. Aku nak cakap sendiri dengan dia. Aku nak dengar suara perempuan yang dah pecah amanah, pencuri, pensonglap, perampok dan segala macam peeeeeee tu. Aku nak cakap dengan dia!! Aku dah kata, kalau dia tak call, kita jumpa jelah kat akhirat nanti.

Tapi sampai ke saat Kakak Insurans tu call semalam, masih lagi takde panggilan. Dan aku benci mendengar dialog-dialog dia pada Kakak Insurans (yang diceritakan semula pada aku oleh Kakak Insurans) tu. Siyesly, apsal aku tak rasa macam kau menyesal? Macam benda tak ada apa sangat je?

Badawa rascal sangat ye kau ni??!

Aku cakap dengan Kakak Insurans. Aku bagi masa sampai Ahad ni je untuk dia call aku. Ahad ni. Kalau tidak, dengan tanpa ragu-ragu dan kesian, aku akan buat report polis. Aku peduli apa kau ada famili, peduli apa kau ada anak-anak??

Tak lama lepas tu, Kakak Insurans sms.

'Masyita... dia ada dgn akak ni. Tengah menangis. jap lagi akak suruh dia ckp dgn Masyita ya'. Ok, aku balas. Selang beberapa saat lepas aku reply, Kakak Insurans call. Dan passkan telefon dia pada Minah J tu. Aku tunggu.

Menangis. Dia menangis sampai tak boleh cakap. Aku diam, aku tunggu dia cakap 'hello' dulu. Akhirnya dia bersuara dengan tersedu-sedu, dengan tersekat-sekat. Soalan pertama aku ialah.

'Saya nak tau dengan siapa saya bercakap ni'. Dua kali dia terpaksa ulang sebab aku tak dengar dia sebut nama dia. Yelah tengah nangis bersungguh-sungguh la kan.

'Kak.. betul ke akak nak report polis? Tolonglah kak.. jangan buat report polis..' dan panjang lagi dialog dia merayu-rayu. Aku nak marah pun jadi tertahan-tahan. Tapi aku bersuara jugak. Cumanya takdelah sampai menengking, sampai tinggi suara. Aku sebut dua tiga point kenapa aku rasa marah sangat, kenapa aku rasa perlu buat report.

1. Kalau aku diamkan, dan semua orang yang duitnya dirampok oleh minah ni mendiamkan diri, lepas ni macamana? Amek duit orang, nangis sket, mintak maap - dah. Setel. Macam tu? Wah wah wah. Banyak jelita kau punya perangai.

2. Insurans aku sampai LAPSE pasal kau. Kalau dah lapse, maknanya takde coverage untuk aku la kan? Kalau apa-apa jadi kat aku masa insurans tu lapse, macamana? Kau nak tanggung semua bil kat spital tu? Kau nak cakap apa kat waris aku???

3. Tiru tandatangan. Pemalsuan dokumen namanya ye adik (itu pun kalau betul kau tu adik). Ni dah memang kes ni. Sign aku yang begitu pun kau pandai tiru ye. Belajar dengan ex-staff opis aku ke? (ok ni kes lain). Bahaya ni.

Lagi teruk dia menangis-nangis. Dan kau tau apa jadi pada aku? Aku jadi tak sampai hati (ketuk kepala sendiri). Aku jadi kesian. Sebab? Sebelum aku ceramahkan dia kaw-kaw sampai tahap keluar ayat 'awak sanggup bagi anak-anak makan duit haram' tu, aku tanya dia satu soalan yang betul-betul aku nak tahu selain daripada nama dia.

'Awak amek duit tu sebenarnya untuk apa?'

Untuk anak-anak. Suami dia penagih, dah masuk pusat pemulihan. &^@%^#@%@#*@#)(@#^ Aku nak marah. Kau ada kerja kan? Bila aku tanya, ada adik beradik lain tak? Kenapa tak mintak dengan diorang? Kenapa lebih sanggup curi duit orang daripada mintak kat sedara sendiri? Dia ada jawab tapi aku tak dengar. Aku lebih dengar tangisan dia daripada jawapan dia yang tersekat-sekat tu. Malas nak suruh dia ulang.

Aku cakap, aku masih tak tahu lagi macamana. Lupakan semua ni ataupun tetap buat report polis. Dah abis cakap, letak telefon. Aku termenung.... Kemudian SMS masuk. Daripada Minah J.

'Assalamualaikum kak. Ni ** (nama dia). Ni no tepon saya. Saya minta maaf ya kakak'

Aku termenung lagi. Aku mencari balik kewarasan. Aku punggah balik rasa kemanusiaan. Aku bayangkan aku di tempat dia. Aihhh susah. Sebab setakat ni, tak pernah pulak aku teringin nak amek duit orang walaupun tiap-tiap bulan aku dapat duit sewa rumah tu. Nak guna kejap kendian ganti pun tak pernah lagi. Walaupun budak umah aku sendiri pernah suruh aku buat macam tu masa aku sesak-sesak dulu.

Aku bayangkan lain. Bayangkan dia adalah orang yang aku kenal. Kakak² ipar aku misalnya. Sedihnya kalau dicaci maki walaupun dah mintak maaf. Sedihnya kalau dah meletakkan rasa malu di tapak kaki tapi tetap tak diendahkan. Aku tak mahu. Kalau ada kesilapan dan tersilap langkah yang dibuat oleh kakak² ipar aku pada orang (ni konon-konon), aku pun mahu diorang dimaafkan.

Kesian. Jadi kesian.

Aku tanya Kakak Insurans, kawannya yang disonglap RM8k++ tu buat report tak? Tak, katanya. Kalau yang ditipu lebih banyak daripada aku pun sanggup memaafkan, takkan aku tak boleh? Kalau aku di tempat dia yang membuat kejahatan atas dasar terdesak, pun dah tentu aku kepingin dimaafkan, dilepaskan.

Hmmmmm...

Minah J,
bergembiralah awak - jangan sedih lagi. Akak lepaskan awak kali ni. Janjilah, lepas ni janganlah buat lagi. Macam akak cakap semalam, awak nak ke anak-anak awak buat macam ni pada orang lain bila dorang dah besar? Awak sanggup ke nak tanggung malu atas kelakuan dorang, sedangkan yang mendorong dorang dengan rezeki haram tu adalah awak?

Aku mohon padaMu ya Allah. Ikhlaskanlah hati aku.

Monday, November 21, 2011

730: Serangan Psikologi

Malam ni, Malaysia vs Negara-Kurang-Adab. Aku doakan yang terbaik. Barracuda ke, Anaconda ke - biarkan saja.

doa jelah senjata kita, Harimau Muda! padaNya kita serahkan segalanya

Dan kalau ditakdirkan kita di tempat kedua (aku takmo sebut kalah. eh dah tersebut lak), tenangkan hati. Tonton video di bawah - dan gelak kuat-kuat.



Kesian.

Friday, November 18, 2011

729: Salam 1-0! Wkwkwkwkwk

lepat labu. siyes ai suke kuih ni. eh ape je yang aku tak suke ye tak? haha


Tahniah Malaysia! Itu je aku nak cakap. Haters seberang diharap dapat mengawal kata-kata. Ingatlah, makin banyak anda mencemuh, makin terserlah ke..ermmm.. ke-tidakpandai-an anda. Dan ke-tidakbertamadun-an anda jua. Malah ia tidak akan mengubah apa-apa kecuali pandangan luar terhadap peribadi anda. Ckckckckckckck.

OK la, cerita lain.

..

..

..

Ah. Takde idea nak cerita lain. Hahahahaha!!

nama kuih ini Nagasari. dulu aku gugel macam nak rak tak dapat. nah, the only Nagasari's pic kat internet!

Wednesday, November 16, 2011

728: Kak Bebola Ikan in action. LOL

Petang semalam..
Kan hujan kat Shah Alam
Masing-masing kelaparan
Aku takpe, aku ade roti
Hahhaha

Kak Bebola Ikan sudah mengidam nak makan gorpis
Tau tak amende gorpis tu?
Goreng pisang lewww..
Tu pun tatau, lemp-punk kunk.

Nak ke gerai tu kene seberang jalan kecik je
Tapi sebab takde payung
So.. akan kene hujanlah jugak kan

Maka Kak Bebola Ikan sudah menyatakan hasratnya
Untuk pinjam sesuatu milik Adik Kenteng
Kitorang terkesima bagai tak percaya
Biar rosmah Kak Bebola Ikan ni????

Ingatkan dia main-main
Sekali betei-betei laaaaa dia buat

Hamagaadddddddd!
blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, November 14, 2011

727: Skunk? Cow niew bar-ngunk kew?


Skunks (in the United States, occasionally called polecats) are mammals best known for their ability to secrete a liquid with a strong, foulodor. General appearance varies from species to species, from black-and-white to brown or cream colored. Skunks belong to the family Mephitidae[1][2] and to the order Carnivora. There are twelve species of skunks, which are divided into four genera: Mephitis (hooded and striped skunks, two species), Spilogale (spotted skunks, four species), Mydaus (stink badgers, two species), and Conepatus (hog-nosed skunks, four species).

The two skunk species in the Mydaus genus inhabit Indonesia and the Philippines; all other skunks inhabit the Americas from Canada to central South America. Skunks had been classified as a subfamily within the family Mustelidae, which includes ferrets, weasels, otters and badgers. However, recentgenetic evidence suggests that skunks are not as closely related to the mustelids as previously thought; they are now classified in their own family.

Skunk species vary in size from about 15.6 to 37 inches (40 to 94 cm) and in weight from about 1.1 pounds (0.50 kg) (spotted skunks) to 18 pounds (8.2 kg) (hog-nosed skunks). They have a moderately elongated body with relatively short, well-muscled legs, and long front claws for digging. Although the most common fur color is black and white, some skunks are brown or grey, and a few are cream-colored. All skunks are striped, even from birth. They may have a single thick stripe across back and tail, two thinner stripes, or a series of white spots and broken stripes (in the case of the spotted skunk). Some also have stripes on their legs.


Skunks are crepuscular and are solitary animals when not breeding, though in the colder parts of their range they may gather in communal dens for warmth. During the day, they shelter in burrows that they dig with their powerful front claws, or in other man-made or natural hollows as the opportunity arises. Both genders occupy overlapping home ranges through the greater part of the year; typically 2 to 4 square kilometres (0.77 to 1.5 sq mi) for females, up to 20 square kilometres (7.7 sq mi) for males.

Skunks are not true hibernators in the winter, but do den up for extended periods of time. However, they remain generally inactive and feed rarely, going through a dormant stage. Overwinter multiple (as many as twelve) females huddle together. Males often den alone. The same winter den is often repeatedly used. Although they have excellent senses of smell and hearing – vital attributes in a crepuscular omnivore – they have poor vision. They cannot see, with any clarity, objects more than about 3 metres (10 ft) away, making them vulnerable to death by road traffic. They are short-lived animals: Fewer than 10% survive for longer than three years.


.. dan banyak lagi, sila cari kat Wikipedia. Nah link, leh baca terus.

Bebudak SKUNK suke nau kan cakap SKUNK SKUNK ni? Cow tow keww are-men-der SKUNK two? Skunk cow dar tow? Bar-ghost!

Friday, November 11, 2011

726: 11.11.11, mari kaplabanakan orang

ASSALAMUALAIKUM SEMORANG!

Aku ni marah ni, tapi semalam la. Cuma kalau diingat lagi, memang rasa nak marah lagi.

Hmmmmmm.......

Wednesday, November 09, 2011

Friday, November 04, 2011

724: Tahpapetah

Aritu aku MC. Selalunya kalau MC tu memang maksudnya aku tak daya betei laa nak bekerja. Tapi hari yang aku dapat MC tu sebenarnya aku nak keje. Sebab memang tengah banyak keje masa tu. Huhu.

So.. bila doktel tanya..

nak ubat ngantuk ke nak ubat tak ngantuk?

Aku jawab - kalau saye MC, yang ngantuk pun takpe
Pastu doktel tanye lagi..
nak MC ke nak keje?

Aku jawab - saye nak keje.. tapi.. ntahlah (lepas berpikir-pikir kondisi diri)
Doktel senyum je. Pehtu dia kata..
macam ni la.. saya bagi awak MC dalam tangan, kalau nak guna, gunalah.. kalau taknak guna pun takpe..


Dia ulang ayat ni dua kali ok. Hehehehe.

Akhirnya. Aku MC. Pada hari kejadian.

Tapi kan.. malam tu.. Kak Bebola Ikan call. Aku ingatkan nak tanya aku dah sihat ke belum ke. Rupanya..

datang opis tak malam ni?


WTF.

Wednesday, November 02, 2011