Sekarang semua orang dok pulun tengok Tentang Dhia ye? Atau bak kata member aku, sebenarnya Tentang Mak Mertua Dhia. Hahahaha. Ntahlah, aku rasa macam dah lama gak tak folo sinetron melayu tv3 ni sejak-sejak time dia ke udara tu clash of titans dengan cerita cina kegemaran aku kat 8tv. Maaf, ada masanya memang aku takleh nak bertoleransi dengan keadaan ini. Dilema. Dan aku memilih untuk menonton cerita cina.
Sebab cerita melayu ni kang musti ade kat tonton.com, cerita cina aku sekali putar je. Takde repeat-peat-peat-peat-peat. Racist ah tonton.com! *tetibe* Hahaha.
So semalam berdasarkan makian di tuiter, aku jengah jugaklah kejap Tentang Dhia since Tentang Cerita Cina aku tuh dah abes dah dan cerita baru ni aku cuba untuk tidak folo. Aterrr.. Dhia kena kanser? Hahahaha!! Semedang je kanser! Kanser ape tatau. Cite sket.

aik tadi sihat je cik, ni pehal pengsan kat sini neh?
Tipikal. Aku rasa laaa kebanyakan cerita melayu (ke mana-mana pun sama je?), penyakit yang sering dijadikan alasan untuk mati cepat adalah seperti berikut :
- kanser
- sakit jantung
- lagi senang - mati eksiden
Memula sihat kemain lagi, dah ujung-ujung.. ehhhh.. sakit kanser rupanya. Kesian budak ni. Ataupun.. memula tadi kemain lantang suara bertekak sampai tegang-tegang urat, alih-alih terkejang atas stretcher sebab sakit jantung. De hell... Kemonlah. Dalam dunia ni ade macam-macam penyakit berbahaya yang boleh membawa kematian ok.
- batuk kering
- kanser prostat (errr bayangkan tetibe hero mati sebab kanser prostat? hmm)
- koronari arteri
- kegagalan ginjal
- hepatitis virus fulminan (gugel untuk keterangan lanjut)
- meningitis bacteria
- tumor otak benigna
dan macam-macam lagilah. Aku dapat seme ni pun dari gugel. Dan berdasarkan gugel jugaklah, memang kanser dan sakit jantung tu jenis penyakit yang menjadi penyebab utama kematian. Kira dalam top ranking la. Hmmmm. Ok fine. Tapi kan ade banyak jenis penyakit, kenapa yang dua tu je yang dihighlight? Aku assume orang yang terbabit maleh nak pikir panjang, buat research pasal penyakit-penyakit ni la agaknye. Hihihi.
Tu pasal punca mati.
Kalau bab kerjaya pulak. Biasalah, korporat semedang. Balik-balik kerjanya..
- bisnesman
- arkitek
- doktor
- bisnes bisnes bisnes tapi banyak plak masa nak bercinta berbanding keje, tapi tetaplah kaya rete melimpah ruah!

walaupun tatau amende bisnes yang kita buat, yang penting mesti nampak kaya dan hebat
Kesian. Kakak ipau aku kalau tengok scene arkitek buat keje rilek-rilek, dia gelak je. Ade keeeee arkitek boleh rilek-rilek cenggitu? Memang heavenlah. Ini semua memberi signal palsu pada orang ramai bahawa kerja-kerja ni boleh buat orang kaya sambil goyang prostat.. opssss.. kaki.
Saya nak cadangkan, cuba tengok skop kerja lain. Contohnya..
- perancang bandar (hah nak jugak tu letak keje aku! hahaha!)
- pegawai kerajaan
- pustakawan
- pegawai zakat
- pegawai tadbir dan diplomatik (pandang Rozan. hahahah!!)
- PA
- arkitek landskap
- nelayan laut dalam
- tauke kedai emas
dan sebagainya. Banyak tuu sebenarnya. Dan janganlah pulak kalau dah pilih jenis-jenis keje tu untuk diterapkan dalam drama or filim, tak buat research plak. Aku ingat lagi drama bersiri melayu yang nak tiru stail ER dulu, orang tu sakit macam nak pengsan, si nurse tanye doktor nak bagi ubat ape? Doktor jawab :
PARACETAMOL
Aku yang takde medic background pun tau apekejadahnya paracetamol tu. Takat itu je, baik orang sakit tu singgah beli panadol kat 7 Eleven je daripada susah payah pegi spital. Haigohhhhhhh. Daripada nak cemas, terus jadi cerita lawak lak.
Itu jelah kot. Yang lain rasanya dah nak ok la tu cerita melayu. Korang rasa ape lagi yang klise?















