Wednesday, December 26, 2012

842: Aku faham

Aritu masa aku naik tren. Masa tu tren tu stop kat satu stesen ni. Entah cemana aku ternampak di bangku seberang sana. Sorang budak pompan India, eh takde la budak. Dah 20 plus plus la umur dia rasanya. Sorang. Memula aku nampak dia gosok-gosok hidung. Selsema kot, kata aku dalam hati. Kemdian aku nampak dia bukak Kit Kat laju-laju, dan sambil tu dia gosok-gosok mata. Aku dah rasa semacam. Bila dah berjaya bukak coklat tu, dia pun gigit.

Kali ni sambil makan coklat Kit Kat, dia menangis.

Dia cuba tahan sebenarnya, aku nampak. Sebab ada orang dekat bangku sebelah. Tapi masih lagi aku nampak dia mengelap airmata sebelum jatuh ke pipi. Dia teruskan menggigit Kit Kat tu. Masih lagi, airmata tetap jatuh. Dengan lengan baju pulak dia lap airmata kali ni.

Sentap dalam hati. Terus bergenang airmata aku. Kenapa, dik? Kenapa menangis? Kenapa sorang-sorang?

Sedih. Aku faham rasa tu. Bila sebenarnya perasaan untuk menangis tu keterlaluan, tapi kau berada di tempat yang tak sesuai. Jadi kau cuba tahan. Tapi mata ni degil, aku faham tu. 

Tren pun bergerak. Mata aku masih lagi memandang dia. Dan dia masih lagi cuba melawan perasaan, dan dah tentu bukan mudah untuk dia. Hati aku direntap, tertinggal di stesen itu. Bertahanlah, dik. Bertahanlah.

Terima kasih, Kit Kat. Awak temankan dia bila dia sedih.

Japanese Green Tea Kit Kat. errrrr....

Monday, December 24, 2012

841: Hati-hati uolss


Salam semorang!

Sabtu lepas, kat surau yang dekat foodcourt MV belah bawah tu. Masa tu aku dah sudah solat dah, tengah nak pakai tudung. Memang ramai giler time asar tu, so aku takde la hadap cermin - hadap tiang sajork konon-konon nampak pantulan muka aku la kat situ hahaha.

Tengah syok membetul tudung, tetobe ade sorang minah ni jerit 'eh mana beg kat sini?'. Eh? Beg ape pulak? Pastu ade sorang lagi minah dekat situ cakap 'bukan tadi ade kawan awak ambik ke?'. Ater rupenye masa nak semayang tadi, dia dengan kawannye udah letak beg dorang kat tepi tiang tu. Letak gitu jeee awakkkk... bukan ade orang tolong jagakan. Sekali dua-dua beg sudah lesap. Haaa sudah. Panik semorang tak memasal. Pastu ade la sorang makcik tu cakap, kat surau ni memang ade je kepala penyamun datang curik beg. 

Haaaaaaaa panik tak kalau kao bah?

Kadang-kadang kita ni bukan apa. Terlalu bersangka baik. Ah.. takkan la dalam surau orang nak mencuri. Eh.. zaman sekarang ni jangan cakap weh. Dekat surau pon orang berani berzina tak pedulik kene panah petir kappe (penah masuk paper kan kes ni), inikan pulak mencuri. Lagipun bukan semorang yang masuk surau tu nak semayang.. haaa.. lagi pulak dengan ramai giler orang aritu. Sesak giler. Makin besau le peluang dorang nak menyamun. Huhu.

Apepun kita seme jadikan iktibar la. Bukan tak elok bersangka baik, tapi kene ingat keliling kita bukan semuanya orang baik. Tak salah sesekali jadi paranoid. Biar nampak cam sengal, asalkan selamat. Kalau dah kita berusaha pastu kene curik jugak, nak buat cemana. At least kita dah usaha.. tak gitu?

Harapnye dapatlah ditemui semula beg awak dan kawan awak tu ye.. huhu~

Friday, December 21, 2012

840: Saye ok jeeee, percayalah. bluweeek~

 nampak macam kurus pulak. berkat tak selera makan seminggu

Kali ni rasa yang tak best pada bos tu cepat hilang
Cepat dari kebiasaan la maksud aku
Tatau la kot tetibe aku dah jadi lebih pemaaf
Atau lebih lembut hati
Atau aku dah malas nak pikir
Atau memang salah aku
Atau dah buang tebiat nok mapuh

Apa-apa jelah

Walaupun takde plak kata maaf daripada bos
(macam biasalah - rasanya)
Tapi bila aku cepat recover
Rasanya bos pun macam 'lega'
Takpelah bos
Memang akar kemarahan bos tu macam bangang
Tapi ujung-ujungnya memang point yang dia cakap tu
Adalah kelemahan aku
So aku jadi berbelah bagi

Tengok.
Aku dah terasa hati ni pon ade masa lagi nak pikir hati orang
-_-"

Aku ade point untuk marah
Tapi bos pun ade point jugak
Silapnye adelah permulaannye tu je

Lain kali kan bos
Kalau nak marah saya atas sebab kelemahan saya
Silelah gunakan saluran yang betul
Janganlah main petik je kejadian yang takde kaitan
Pastu... haa...

Bos tau marah
Bos tau pulak pikir opismet lain kecik ati dengan saya (kononnya)
Tapi bos lupa
Saya pun ade hati gak, yang boleh kecik gak
Dan ade jugak rasa sedih, marah
Yang selalu saya sorokkan
Saya kecik ati, ade orang lain kesah? Takde kan.

Takpelah.
Semua salah saya.
Abes cite.

Apa nak buat minggu ni?
Mood macam dah baik sikit
Macam laa...

Wednesday, December 19, 2012

839 : Lacuran Gambar Di Jambanan


Baju Poplook yang aku macam menyesal beli aritu
Tapi bila pakai, eh eh ok pulak
So bole la beli lagi ni?
Kihkihkihkih

Apsal aku tetobe nampak pendek dalam gambo ni
Ni seme salah jamban Putrajaya!

Monday, December 17, 2012

838 : Hari ni..


Saje la letak pic ni buat kenang-kenangan
Bukan aku gatal ke ape
L dah balik kampung dah pun
So lepas ni segala spekulasi murahan seme dah boleh dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Aku kena paham
Ada masanya kebaikan aku pada orang akan disalah anggap as flirting
Takpelah
Aku cuba la paham pemikiran macam ni
Aku cuba la

Dorang ni..
Ingat aku amende la eh
Dengan segala objek aku nak flirt
Dah macam takde mende lain nak buat

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Baidewei
Dah dapat anak buah baru laswik
Meh aku tepek sat gambau dia

Nur Humairah
Busu blom jumpe awak lagi
Asek yellow fever je Busu dengau aritu
Harap-harap dah sihat la yee...

Balik nanti Busu gomol awak eh sayang.. *kunyah pipi iye*

Friday, December 14, 2012

837: K

Memang kekadang tu
Kata-kata maaf tu tak cukup
Mungkin kena melutut ke
Kene cium kaki ke
Tataulah..

Memang kekadang tu
Kita ada reason untuk terus merajuk
Ke sakit ati ke
Tapi kita tolak tepi mende tu
Sebab macam malas nak panjang cerita
Tapi
Tataulah..

Memang kekadang tu
Rasa begitulah..

Dia senyap
Nampak tak kisah je
Aku buat kesimpulan mudah la..

Itu tandanya dia sihat - alhamdulillah
Sebab kalau tak sihat, insyaallah dia cari
Nak mengadu, walaupun tau aku takleh buat apa

Dan itu tandanya dia cukup kasih sayang - alhamdulillah
Sebab kalau tak cukup..
Sile kopipes balik dua baris ayat selepas perenggan di atas

Kalau gitu, takpelah... (sebut dalam hati)
Tapi ye ke takpe.
Mestilah tak.

Sedih.
Rindu.

T____T sambung nanges sampai tahun depan


Friday, November 30, 2012

835: Pasal L lagi. Kahkahkah

Lately blog aku ni cam bosan kan. Aku tengok pon bosan.

Nak cite ape pon tatau.
Mebi sebab mostly dah terluah dekat tempat lain.
FB misalnya.
Tuider misalnya.
Dalam hati misalnya.

Nak aku cite pasal L lagi ke? Koff koff
Oklah. Hahahaha

Kelmarin kitorang kind of having dinner (tetibe)
Dinner la sangat pukul 6 petang tu
Tak kisahlah

Borak
Antaranya pasal keinginan hangat-hangat buah aku
Yang macam nak folo Bellan migrate ke obersi
Ok bukan migrate amende pun, keje obersi la gitu lebih kurang
Gilerr... aku tak sekompiden tu -_-

So untuk kali kedua ke ntah ke berapa
Dia dok 'pujuk' aku gi Melben - oh dia orang sane
Katanya don't worry
Dia ade kat sana, boleh jaga aku
Boleh bawak aku gi makan, gi jenjalan
Jadi bodigad dan sebagainya hahahaha
Comel la kau ni budak

Ntah la
Aku tak memikirkan sangat mende ni
Tunggu laa eh kot tetibe datang angin aku
Terus benti keje, angkat kaki gi Melben
Jangan time tu ko takde plak!

Pastu
Cite pasal planning pulak
Cite pasal Malaysiaku oh Malaysiaku
Yang sungai di KLnye yang kotor itu
Dan macamana dia melihat rakyat Malaysia
Yang ambik mudah dengan hal-hal kebersihan
Sampah la senang cakap

Dan keluarlah soalan
'bukan ke Malaysia ni negara Islam? bukan ke Islam ada kaitan dengan kebersihan?'
Gitulah lebih kurang ayat dia
Errrkkkkkk <-- aku="aku" br="br" la="la" ni="ni">
Lalu aku pun tershadap di situ
Banyak perkataan dalam kepala, semua berterabur
Aku boleh jawab, tapi jawapan tu mebi akan nampak macam..
Denial.

Maaflah rakyat Malaysia negara Islam
Aku gagal untuk defend korang
Termasuklah diri aku sendiri -_-"

Tsssskkkk~


Thursday, November 29, 2012

834: Kim Jong Kook Malaysia

Rupanya bukan aku sorang yang pasan hal ni. Hohi. Sumber gambar dari gugel.


Serupa sangat kan? Mohon Running Man datang Malaysia dan panggil Abam Rahmat Mega kita. Mesti comel ngaaakkk. Hahahahaha!

Tuesday, November 27, 2012

834: L

So dah hampir sebulan si Ell bersama kitorang di sini. Eceh. Kehkeh.

Aku ni selalu kesian dengan dia. Yelah aku tengok orang keliling macam tak berapa nak bercakap dengan dia. Nebes la kot semorang kan nak cakap omputeh. Aku pon sama hahahaha. Tapi start masa gi Penang aritu, aku paksa-paksa gak la mulut aku ni bercakap omputeh gak. Lantaklah. Aku kesian tengok laaa.

Dah balik dari Penang aritu, macam serupa jugak. Hmmmmm.

Sekarang ni dia gi opis jalan kaki je. Ekcely penat gak tu sebenarnya, tapi.. alaaa aku dulu masa takde kete pun camtu gak la. Ok je so.. ok lah. Cumanya kekadang aku harap ade la sape-sape kat opis ni yang akan anto dia balik. Aku cakap ni macam ade agenda je kan, padahal takde pun. Kesian weh. Bayangkan kalau kita di tempat orang, eieieieiei kesianlah.

Beberapa minggu lepas, Kak Bebola Ikan ade mention pasal mamat ni biasanya akan turun KL lepas keje ari Jumaat. Selalu tu dia tak sempat pun nak cakap dengan aku untuk tumpang gi stesen komuter sebab aku kan balik tajam pukul 5 hahaha. So last week masa lunch tu, aku pun tanye la dia - nak gi memana ke wiken ni. Nak turun KL ke. Kalau nak, aku boleh anto gi stesen komuter gituuu. Tapi dia macam tak cakap pape. Ok...

Petang tu saje la aku tunggu sampai 5.30. Masa nak kuar tu, aku tanye dia - amacam, nak gi dok? *cakap omputeh laa hahahaah*. Dia kata nak singgah umah dulu, takpe ke? Aku ni.. dah alang-alang nak tolong, balun jelah kan. Panjang la cite ni, malas lak nak taip hahaha.

Semalam pun macam tu gak. Tetibe dia tanye kot aku bole anto dia gi Plaza Masalam, aku ok jelah. Rupanya dia nak gi makan, so aku agaknye yang tanye dia nak aku temankan dia makan tak? *aku tak ingat sape ajak sape, aku kot?*. So yeaah.. dinner la kitorang sambil berbual-bual sampai tak dapat anto Bellan hehehe.


Apsal tah aku cite pasal mende ni pon tataulah. Dah la ayat cam tahpape HAHAHAHAHA. Takde idea nak cite ape. Hanya ade cerita omputeh yang ensem dan wangi ni je. Lulzzzz~

More to come, uols! Kalau jadi laaaaa...

#dia dah beberapa kali sebut aku ni liberal. maksud?

Thursday, November 22, 2012

833: Kebangangan Abadi Yang Tiada Tolok Bandingnya

Setakat ni la kan
Menjadi single
Ade jelah cabarannye

Itu biasalah
Aku tak merungut pun

Tapi ade la satu keadaan ni
Yang aku tatau nak cakap cemana nak respon

Contoh la eh

Ramai-ramai pegi kenduri ke
Or ade staff lelaki baru join ke
Budak praktikal lelaki baru masuk ke
Or masa pegi meeting ke
Dan kebetulan dalam keadaan-keadaan tu seme
Melibatkan susuk jantan bujangan dalam adegan tersebut

Nanti adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa je mata-mata manusia yang akan
Pandang aku
Dengan pandangan yang berbunyik
"haaaa ni ade jantan ni sure ko nak ngorat lettewwww nanti"

"tengok, dia dok borak dengan lelaki - memang sah nak ngorat lettewww"

Like..
Korang ingat aku ni takde keje lain ke
Asal berjalan je nak mengenyam
Pantang nampak laki, nak ngendeng
Eh eh

Lubang qubul korang tu
Nak kene sumbat buah nenas eh????
Huh.

Tuesday, November 20, 2012

832: Saksi Hidup

Selama dah 32 tahun aku bernyawa ni
Macam-macam kisah dah aku saksikan

Bercinta, kemdian putus
Bertunang, kemdian putus
Kawen, kemdian cerai
Dah cerai, kemdian kawen balik

Kecuali line terakhir tu
Yang lainnya aku sambut dengan hati yang sempit
(aku nak sebut 'dada yang sempit' tapi kang dak Anul sure pikir bukan-bukan :p)

Tapi nak kata apa
Itu bahagian masing-masing
At least sebelum putus,
pernah merasa bercinta dan bertunang
Sebelum cerai,
penah merasa kawen

Ada macam-macam kisah
Ada yang rasa pahit dulu, manis kemdian
Ada yang rasa manis dulu, pahit kemdian
Standard kehidupan, tak gitu?

Masalahnya aku je sekarang ni
Pahit ke
Manis ke
Tawar ke
Payau ke
Aku pun tak tahu

Setakat hari ni
Masih tak nampak lagi apa akhirnya
Awak rasa macamana?

Nak stop?
Nak teruskan?
Sayang saya lagi?
Sayang sampai bila?
Sayang je, tapi takde nak buat ape?
Ok yang tu masalah aku jugak tu.

Hmmmmmm
Hmmmmmm


Friday, November 16, 2012

831: It's been a while since my last update. eceh.

Dah seminggu rupanya aku tak apdet blog eh. Ater cemana nak apdetnya. Jemaat lepas aku apdet, ahadnye aku gi Penang sampai Rabu. Keje cuols.. bukan berjalan lalalala ke ape. Tapi sempat jugaklah jumpe Zona. Aaa jap jap kita cerita ikut turutan walaupun takde orang kisah pun kalau aku cite ikut sukati ke ape hehe.

Hari senin, aku dengan Kak Bebola Ikan pegi kutip info. Memula pegi kat Muzium Negeri. Inilah antara sebab kenapa aku sangat suka dengan keje aku. Di samping buat keje, aku boleh buat jugak mende yang aku suke. Yeeee.. aku suke gi muzium. Hehehehe.


Perkataan GINJAL ni kelakaulah. Otometik teringat abang aku. Dan jugak sinetron indon yang tajuknya ada kaitan dengan ginjal ni tapi tak ingat tajuk panjangnye hehe.

Pic pengantin tu. Ensem kan pengantin lelaki tu? Tu gambau zaman 20-an. Mesti keturunannye sekarang ramai gak yang ensem-ensem. Githoo.

Dah setel kat muzium, terus naik shuttle ke MPPP. Not much info so sekejap jelah kat situ. Kebetulan kat luar opisnye ade pameran public consultation ni, apalagas.. kita layan seround.


Oleh kerana buta gorilla jalan,so kitorang naik teksi ke Penang Art Gallery. Walhal bila tengok map, alaaah takde la jauh nau. Lantaklah. Bukan duit aku pon naik teksi tu hahahaha.Terus ke bahagian rujukan, adik yang keje kat situ pun banyak tolong tunjukkan buku-buku yang berkaitan. So duduk jelah kat situ cari info, fotostat. Menjelang pukul 1 gitu kitorang kene kuar sebab dah time rehat dorang kan.. Lepas makan, kitorang pun mencuci mata laa sebab ade pameran tengah berlangsung tu. Uissshhh memang suka sangatlah aku!

Sampai 2.30 petang je sempat tengok sebab nak sambung keje balik -_- Tak dapat nak tengok pameran kat tingkat atas. Huwaaaaaaa.

Esoknya barulah kuar buat survey. Ape la malang nasib aku. Biasanya mana-mana aku pegi mesti bawak spek itang. Boleh plak kali ni tak bawak. Dah la tetobe Penang panas berdentang aritu. Berpinau otak den. Namun ku redho.. Sampai itam muka la pendek kata buat keje tengah panas terik ni. Again, aku redho..


I like this. Tapi lepas snap, ade mix feeling. Aku suka warna-warni, but.. on heritage building? Tempat lain tolonglah jangan buat gini pliss. Bangunan baru takpelah.

Tengahari lepas setel keje, sms Zona. Kemain mengimul budak ni ajak jumpe so aku tunaikanlah hajat beliau hihi. Kononnye dia nak bawak aku makan kat Jemputree dekat-dekat hotel 1929 (ke 1926?) yang berhantu tu, sekali kedai tu bukak lepas pukul 6 petang daaaaaa. Zona la frust, aku ilek je sebab dalam otak aku ni nak makan mekdi je hahahaha.

Last-last Zona bawak aku ke Straits Quay. Macam tempat baru je gayanya ni, takasima mek. Cantekkk. Sayangnye tak bawak Elliot, kot tak boleh berkongsi perasaan honeymoon. Eh eh eh. Masalahnye tempat ni memang cantek, tapi mostly tempat makannye tak halal. Cissss. 

Akhirnye makan kat Pappa Rich je. Rupanya Zona nak belanje makan. Kalau aku tauuu.. aku heret je dia pi kat kedai seblah tu.. Blue apetah, makan western hihihi. Apepon mekasih ye Zona :)


Sori.. Takde gambau dengan Elliot, sekian terima kasih *kesal*. Hehehe.

Friday, November 09, 2012

Tuesday, November 06, 2012

830: Piknik Bday Xiyad. giler lampi lah entry ni baru nak up hahaha

Untuk entry bergambau, aku nasihatkan korang ke blog Anul dan Erina (1 dan 2). Aku datang lenggang kangkung bawak badan dan makanan jeww. Hehehe.

Piknik tersebut dilangsungkan pada 20hb, tapi malamnye aku dengan Keri dah bergerak-gerakhas ke rumah Ena. Tido sana je senang. Lepas berjam-jam tunggu Keri yang kene tunggu kek rainbow memuah 7 petala lapis sampai kat umah dia, akhirnya kitorang pon chow la. Sampai umah Ena ntah pukul berapa, aku memang dah lapau tahap putnam gandaan 25 petir. So sesampai di tempat kejadian, terjah makan dulu. Ena buat makaroni ke apetah. Dah makan.. lepak borak pastu aku terus buat coleslaw dan simpan dalam peti es. Dalam pukul 1 lebih gak la baru tido.

Esoknya dalam pukul 8 aku dah siap bangun dah tapi tengok semorang tido lagi. Rupanya malam tadi Aqil macam tak sedap badan kot so lambatlah tido - mengakibatkan mak apak eh pon lambat la tido. Hehehe. Tapi tak lama pastu Ena bangun, kitorang pon terus terjah dapor.

Aku dok tolong Ena masak bihun, sambil tu tengok-tengok dia buat sandwich. Masa tunggu Ena bangun tu aku dah bedal popia goreng belen malam tadi ahahahaha. Ok la potong la cite bahagian ni, memanjangkan karangan je hehe.

Bla bla bla tetibe kitorang dah sampai kat tempat piknik tersebut setelah melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Best best best. Sayangnya tak dapat nak mandi lama-lama sebab petang tu aku dah kene pegi Penang - naik bas lak tu. Naik kat KL lak tu. Huhu. So memang bebetul enjoykan diri jelah dalam beberapa jam yang ade tu. Makanan seme sedap-sedap. Senarai makanan adelah seperti berikut :

Bihun, sandwich = Ena bawak
Coleslaw = Aku bawak
Kek besday = Keri bawak tapi Wafa yang sponsor hehe
Ayam BBQ, puding laici = Anul bawak tapi Cembam yang buat hihihi
Air ting pelbagai perisa = Keri beli on the spot

Banyak giler okeh makanan! Yang datang hanyalah kami je seperti yang tersenarai. Baiklah ade daripada takde ye tak? Tapi kalau semorang iaitu semua ahlil geng #memuah ade, alangkah heavennya. Ape nak buat.. tait kambing bulat-bulat. Huhu~

Alkisah ade la kejadian berlaku. 

Macam dalam entry Anul, ade cite pasal aku nyaris hanyut. Hahaha bila ingat memang rasa nak gelak, tapi masa menghadapi tu rasa macam nak arwah je. Sebenarnya aku ala-ala tergelincir kat satu area ni, padahal sebelum tu baguih dok ada aku lepak kat celah batu tu. Boleh plak seken taim, tergelincir. 

Sebelum hanyut jauh, sempat la aku pacak kaki aku kat celah-celah batu tu, tapi memang takleh nak naik daripada dalam air tu sebab aku tersangkut kat tempat air deras menderu-deru. Deswai la aku dok jerit nama Anul sebab dia orang terakhir (yang aku kenal kat situ) yang aku nampak. Sibbaik la ade makcik tu pasan dan aku suruh le dia panggilkan Anul. Hehehehe. 

Makcik tu suruh aku lepaskan je kaki aku, sebab memang kalau aku lepaskan pun.. ade tali kat bawah sane yang aku boleh paut kemdian. Masalahnye makcik.. saye ni cepat panik kalau kepala saye masuk dalam air. Walaupun katalah aku dah set dalam kepala otak aku yang aku kena grab tali tu nanti, tapi once kepala aku dah tenggelam dalam air, memang lupe la semua. Aku tau laaa sebab aku penah jadi camtu time naik banana boat kat Pangkor dulu hehehe. 

So.. sementara nak tunggu Anul perasan yang aku ni dok panggil dia, nak tunggu dia sampai kat aku lagi - keadaan kaki aku memang split la ala-ala gymnast tu walhal di alam nyata ni kalau aku buat memang tak dapeklah. Rasa nak terkoyak kangkang aku ni weeehhh.. dengan sakitnye kaki yang tersangkut tu, sakit kangkang lagi. Eieieieiei. Aku dah sampai satu tahap yang aku pikir kalau aku tak tahan ni, aku lepaskan jelah kaki aku ni. Matilaaah aku -____-"

Akibatnya memang 2-3 hari gak aku sakit badan. Sakit amat-amat. Mujurlah tak demam ke ape huhu. Apepon mekasih la Anul sebab dalam dok gelak-gelak tu hang tolong gak aku. Maaflah aku berat nau cam seladang, terjojol urat ko menarik aku ke daratan ye hahahaha. Sori eh Cembam, terpaksa bersentuhan dengan suamimu, ni namanya darurat. Untunglaah Cembam ade suami cenggini.. huahahahahahah!!

Kena setap lagi sekali piknik ni, tak puas ah mandi sungai aritu. Banyak gangguan, rasa nak terajang je semorang yang mengganggu ni. Huh!!!

kami yang terbabit :)

Apepon, mekasih la pada semua yang hadir. Secara keseluruhannya, saye berpuas hati dan berbahagia pada hari kejadian. Nanti kita buat lagi ok :) Hopefully masa tu semorang boleh datang memeriah mejelis. Hehehe~

Wednesday, October 31, 2012

Monday, October 29, 2012

828: Hmmmmmmm : episod sejuta

Balik raya kali ni
Makin hebat pulak desakan supaya aku kawen
Desakan yang mendesak sangat-sangat
Sampai aku ni ibaratnya..
ade kat simpang empat
pastu kereta dari semua simpang dok himpit aku
siap ade motor pon main cilok-cilok keliling

Saye ni..
takde orang nak buat bini, bole paham tak?
-_-




Friday, October 19, 2012

826: Hari Ini, 12 Tahun Lepas

Hari ini, 12 tahun lepas, hari Khamis. Aku masih belajar di UiTM. Masa tu lagi 2 hari nak start final exam untuk semester 4. Aku ni biasalah. Paper lagi 2 hari, baru aku nak study. Malas aku nak study awal-awal, kang lupe huhu.

Bangun pagi macam biasa, lepas mandi cadangnya nak minum pastu nak lepak tepi padang - amek mood nak study la konon-konon. Tengah dok berkemban (ini pon nak cerita kaaaa) sambil pilih baju nak pakai, tetibe pintu bilik dibukak. Oh. Kakak ipar no 4 datang rupanya.

Ta, jom.
Aku terpinga. Nak gi mana
balik Melaka
Motip nak ajak aku balik arinie? Kalau ujung minggu iyelah. 
Malaslah, orang ade exam ni nanti.. kata aku lagi.
Abah dah meninggal, kata kakak ipau lagi.
Aku pandang dia. Abah sape?
Abah awaklah, terus kakak ipau aku menangis.
Huh?
Awak siap-siaplah, Kak Chik dengan Abang Chik tunggu kat depan. Cepat sket tau.
Ok..~

Dengan terpinga-pinga dan blur, aku pun bersiap. Tapi tak bergegas, sebab serius aku blur dan tak mengerti. Abah.. abah aku meninggal? Baru je dua tiga hari lepas aku dengar suara dia dalam telefon, dia dah takde? Eh betul ke ni.. ke abah kakak ipau aku yang meninggal. Eh.. tapi memang abah dia dah lama meninggal pun. So.. betul la ni, betul la bapak aku yang meninggal ni?

Tangan memilih baju. Masuk dalam beg. Blur.

eh kak c'tah nak pegi mana? tegur roomate aku
nak balik kampung
kenapa? bukan akak ade exam ke?
ha'ah. bapak akak meninggal.

Terus dia memeluk aku. Barulah aku menangis. Sungguh-sungguh. Betul ke ape aku cakap ni? Bapak aku dah takde, serius????!!!

Masa ni aku belum ade hempon lagi. Macamana nak bagitau member-member? Aku berlari ke Blok 2. Cari Mek Za. Sebenarnya nak berlari pun aku dah takde daya, tapi lari jugak. Dan sudah tentulah.. kawan-kawan aku mana sempat jumpa semuanya terkejut. Aku. Yang diorang kenal 2 tahun, tak pernah menangis walau macamana pressure sekalipun - sekarang dah macam apedah menangis tak berhenti.

Sebelum sampai ke kereta Abang Chik, aku lap habis-habis airmata. Jangan tunjuk, jangan. Sepanjang perjalanan - hati aku berdoa. Moga ini semua tipu. Aku rela ditipu, diprank, diAprilFoolkan walaupun masa tu bulan Oktober - asalkan balik nanti tetap ade abah menunggu aku di depan pintu. Walaupun aku paling benci ditipu, tapi kali ini aku berharap. Tolonglah tipu aku kali ni, tolonglah!

Abang Chik yang selalunya sopan dan berhati-hati di jalanraya, kali ni habis dilanggarnya lampu merah sepanjang perjalanan. So.. betul ke ni? 

Masuk ke kawasan kediaman, kereta dah banyak diparking tepi-tepi rumah aku - merebak sampai ke rumah jiran bawah. Aaaa.. jantung aku dah hilang. Aku keluar dari kereta, yang pertama menyambut aku ialah Along. Dia  muram, tapi tak menangis. Peluk aku sekali, dan menyuruh aku masuk. Sebenarnya pandangan dah kabur, pintu rumah nampak berbalam..

Langkah pun terhenti depan pintu. Aku nampak jasad abah, ditutup kain batik. Ya Allah.. betul ke ni? Betul? Abah tak tipu??? Tangan menggigil berpaut di grill, aku dah tak mampu nak angkat kaki. Di situ jugak airmata menderu. Terduduk. Kemudian datang abang-abangku yang lain, kakak ipar no 5 datang memeluk. Memujuk.

Jangan nangis, Ta.. abah pegi tadi tenang je, tenang sangat..  bisik kakak ipar.

Aku nampak mak. Tenang dia membaca Yasin, tak macam mak yang aku kenal - cembengnya bukan main. Tapi kali ni takde airmata. Mak hulur Yasin.

orang takleh baca, period. airmata luruh lagi. Fahamkah anda.. perasaan aku. Aku mahu bacakan untuk abah, tapi aku tak boleh T____________________T

Sembahyang jenazah untuk abah dibuat dua kali. Sekali di rumah, dan sekali lagi dibuat atas permintaan jemaah surau untuk sembahyangkan abah di surau yang abah kunjungi tiap hari. Dibawa ke tanah perkuburan dengan menaiki kenderaan tentera - trak kecik ke jip aku pun dah tak ingat. Sampai ke kubur aku ikut.

Dari jauh aku perhati.. abah dikebumikan. Kemudian aku nampak Pak Imam menggamit aku datang ke sana. Eh boleh ke? Aku kan period? Tapi dah Pak Imam panggil, aku pergilah.

siram kubur abah ye.. untuk kali terahir..

Siram. Siram. Dan kami 6 beradik duduk mengelilingi kubur Abah. Semua terdiam. Aku perhatikan seorang demi seorang abang-abang aku. Inilah yang tinggal untuk aku sekarang. Mereka inilah abah aku sekarang. Di situ kami berbincang ringkas. Siapa akan jaga mak. Siapa yang perlu berkorban. 

Mekasih, Along..

----

Sebenarnya, keadaan paling tough untuk aku adalah.. untuk berhadapan dengan semua kawan-kawan aku. Sepanjang masa aku di Melaka (Khamis sampai Jumaat je), ada jugak kawan-kawan yang call rumah. Menenangkan. Ucap takziah. Tapi ada satu ayat yang sorang junior aku sebut masa call tu, buat aku rasa bertanggungjawab untuk menutup perasaan sedih bila dah sampai UiTM nanti.

akak jangan sedih.. saya takut nak bayangkan nanti saya tengok akak dah tak ceria macam dulu..

Makanya sesampai di kolej, aku buat seperti biasa. Tidaklah ketawa berdekah-dekah, tapi sekurang-kurangnya aku tidaklah meratap menangis depan mereka. Masih lagi tersenyum dan ketawa bila beramai-ramai, tapi setiap hari aku menangis sambil mandi. 2 kali sehari aku mandi, means at least 2 kali aku menangis tiap-tiap hari.

Pun masih, aku terima sms dari seorang classmate lelaki yang mengatakan kekagumannya melihat aku cool je dengan keadaan ini. Entahlah. Mungkin sebab aku terlalu banyak berfikir tentang kemungkinan, dan salah satu kemungkinan yang pernah terlintas dalam kepala otak aku dulu adalah.. macamana reaksi aku kalau ada orang datang ke studio dan bagitau bapak aku meninggal? 

Aneh. Dalam tak sedar rupanya aku pernah menyiapkan mental aku untuk keadaan seperti ini. Tapi tetaplah.. gagal.

Ok taknak sambung lagi. Penatlah sambil taip sambil nak lap airmata -_-" hukhuk~

akan selalu rindu
abah saye yang kelakar
abah saye yang garang
abah saye yang berilmu
abah saye yang penyayang
abah saye yang hemskem
abah saye yang power
abah saye yang tegas
abah saye yang best

akan selalu..

Wednesday, October 17, 2012

Monday, October 15, 2012

824: Dermalogica - Launching Event

Salam semua!

Laswik, aku dengan Jard dan CikLilyPutih telah dijemput ke Aster Spring, One Utama untuk launching set Dermalogica. Ekcely yang dijemput tu diorang berdua tu je, tapi aku la yang sibuk nak folo sebab DERMALOGICA. Kalau mende lain, mebi tak kot.

Sebenarnya, aku pernah guna produk ni. First time masa 2005, masa tu takde komitmen ape sangat. So.. berbulan-bulan gak aku pegi buat facial, ade gak la beli produknye tapi takde la beli banyak. Ater.. bukannya murah weh. Tapi aku suka Dermalogica ni sebab dia bukannya nak repair kulit aku jadi putih kaa ape kaa.. mende ni memang untuk kesihatan kulit la gitu. Kulit muka aku ni kan pesen kering bagaikan dataran kontang, so bila kena dengan produk yang sesuai.. kulitku kemain tersenyum girang. Servis pun ok (untuk aku ok la, untuk orang lain aku tak pasti). Kalau nasib baik, lepas facial siap dorang mekap free lagi hihihi. Tetibe terkenang kes pegi pasar ramadhan dengan muka lengkap bermekap dulu, rasa nak pakai topeng je hahaha!!

Kalau aku ni berduit memang aku stick to this produk tapi.. yelah.. *belek-belek belen duit dalam akaun*

So pada hari kejadian, pergilah kami secara separate tapi berjumpa jua di Aster Spring. Masa aku sampai tu around 6 pm, ramai gak aku tengok orang dah datang untuk try barang-barang dorang ni. Eieieieie geramnye aku tengok, rasa nak hulur je muka aku yang kekeringan ni untuk ditesting. Sabo baby sabooooo.

Pukul 7 lebih lepas maghrib, program pon bermula. Dimulakan dengan slide presentation pengenalan produk daripada.. alamak lupe plak namanya.. isk. Sekejap je presentationnye, dalam 5 menet je hehehe. Kemdian surprise untuk kami yang datang ni.. dapatlah sorang satu paper bag yang berisi....


travel pouch - worth RM298! *pengsan*

 dan jugak voucher untuk wat facial - worth RM198! sekarang uols paham kan kenapa aku tak dapat nak teruskan facial kat situ huhu

bogel menuju kecantikan abadi. huahaha kemain lagi ayat aku

Mak oiii happynya aku cam Happy Meal!! Dah la dapat makan sedap, dapat barang free lagi. Tetibe sayang nak guna, bole gitu? Huhu. Apepon mekasih untuk CikLilyPutih + Jard skali yang mensajeskan namaku pada pihak di sana supaya menjemput diriku pacal yang hina ini dan jugak pihak Aster Spring yang sudi menjemput dengan ucapan.. kalau ade launching lagi, panggil la lagi ye hehehe.

Mekasih bebanyak! So rerakan mana yang dapat bonus tu, apalagi... moh beli! Tawaran terhad sementara stok masih ada! *ayat marketing*. Nah baca ni..

Sambutlah musim perayaan dengan set hadiah untuk wajah yang sihat dan berseri daripada Dermalogica®, sama ada untuk anda, sahabat atau orang tersayang. Dermalogica® mula memilih produk jualan terbaiknya menjadi set hadiah perayaan pada tahun lepas dan menerima sambutan yang hangat daripada pengguna.  Set perayaan kini kembali semula atas permintaan ramai – kali ini dalam beg pelbagai warna yang menarik! Set Hadiah Perayaan Dermalogica® 2012 terdapat dalam tiga reka bentuk beg menarik yang berbeza serta berlainan warna. Setiap beg mengandungi gabungan produk yang sesuai dengan pilihan setiap individu dan menjadikannya hadiah yang amat sesuai untuk anda atau sesiapa sahaja.


Semua yang anda perlukan daripada Dermalogica® untuk wajah yang sihat dan berseri terdapat di dalam Beg Carry-All Dermalogica®.  Bermula dengan pembersihan, set perayaan ini mengandungi Essential Cleansing Solution bersaiz 500ml dan Daily Microfoliant bersaiz 13gm; bagi tona dan kelembapan kulit, beg ini juga mengandungi Multi-active Toner dalam saiz 250ml dan Skin Smoothing Cream bersaiz 100ml, semuanya di dalam beg yang cantik dan sedia dibawa ke mana-mana sahaja. Set produk yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit ini direka untuk pemakaian harian, siang dan malam.


Anda pasti gembira dengan produk kegemaran Dermalogica® yang terdapat di dalam set hadiah Travel Pouch bersaiz medium yang mempunyai 7 produk kegemaran pengguna.  Beg yang mudah dibawa ini mengandungi 150ml Pre-cleanse, 50ml Multi-active Toner, 10ml Gentle Cream Exfoliant, 4ml Intensive Eye Repair, dan 10ml Solar Defense Booster SPF50. Selain itu, set ini menyediakan pilihan 50ml Essential Cleansing Solution dan 22ml Intensive Moisture Balance untuk kulit kering; 50ml Special Cleansing Gel dan 22ml Skin Smoothing Cream untuk kulit normal dan kulit kering. Mana-mana satu pilihan ini akan melengkapkan segala keperluan kulit anda bagi memperoleh wajah yang cantik berseri sepanjang musim perayaan ini.


Bagi anda yang gemar memanjakan kulit serta mengekalkannya segar dan lembap sepanjang hari, anda pasti teruja mendapati Conditioning Body Wash (75ml) dan Body Hydrating Cream (75ml) disertakan di dalam set Beg Kembara bersaiz kecil Dermalogica®.  Kedua-dua produk terdapat di dalam beg kecil yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja untuk memberikan terapi tubuh yang diperlukan bagi mereka yang sentiasa sibuk.  Kedua-duanya sesuai untuk semua jenis kulit.  Ia boleh digunakan pada waktu siang dan malam untuk hasil yang lebih baik.

Set hadiah besar Dermalogica® dalam Beg Carry-All dijual pada harga RM520.00 (harga asal produk dalam set ini adalah RM699.00); set hadiah bersaiz sederhana dalam Beg Travel Pouch dijual pada harga RM298.00 (harga asal produk dalam set ini adalah RM418.00) dan set hadiah bersaiz kecil dalam Beg Kembara dijual pada harga RM88.00.  Semua beg hadiah terdapat dalam warna-warna oren ceria, magenta menawan dan hijau segar bagi menyerikan lagi hari anda.

Set Hadiah Perayaan Dermalogica® 2012 dalam beg berwarna-warni dijual di semua outlet AsterSpring Signature, AsterSpring dan Dermalogica® Consultation Pod serta pengedar  Dermalogica® yang sah di seluruh negara.

Mengenai Esthetics International

Esthetics International Group Berhad (EIG) adalah sebuah syarikat ternama dan terkemuka dengan pengalaman lebih dua puluh lapan (28) tahun di bidang penjagaan kulit, kesihatan, kosmetik serta kebugaran dan kecantikan. EIG merupakan pengedar eksklusif produk  Dermalogica® di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Brunei dan kawasan selatan negara China serta pembekal produk Dermalogica® untuk Vietnam dan Kemboja.  EIG turut terlibat dalam pengurusan dan pengendalian rangkaian lebih 60 buah pusat rawatan penjagaan kulit profesional (AsterSpring), 14 buah Pod Rundingan Dermalogica® dan membekal kepada lebih  1,000 pengedar Dermalogica® yang sah di seluruh rantau ini.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan rangkaian Dermalogica®, temuramah dengan Dermalogica®, sampel produk atau imej, sila hubungi:

Jane Wong
Mobile Number: 016.224.1427
E-mail: jane@bridgespr.com.my  

Wednesday, October 10, 2012

Monday, October 08, 2012

831: Minggu lepas punye kisah..

Last week, aku gi oustation lagi.
2 hari je, ke Pulau Tuba.
Backpack je
Terkejut mereka tengok keringkasan aku hahaha


Ekcely aku pegi dalam keadaan
jiwa a bit kacau
Tak tenang
Tapi buat-buat jelah macam rileks

Keje is keje,
am I right?
Sape cakap tak, dia pelapik tandas
Hahahaha


Nothing much
I met this cat
Di mulut aku panggil dia Garfield
Di hati, aku panggil dia lain
The moment dia cakau tangan aku
Terkeluarlah nama yang aku sebut dalam hati tu

AQIL!!!!
kantoi. hahahaha
Asal nampak kucing gemuk je, terbayang Aqil
Jangan marah, mama Ena hehe

wuweeekk!!!

Esoknya jalan-jalan survey
Naik motor
Aku yang hanya ade lesen kete JERRR, motor takdek
Naik dengan Kak Bebola Ikan
Motor pon cam harom skek

Kemdian jatuh motor
Baguih dok ada
Jatuh kat kawasan cerun bukit
Sebelah kiri cerun terus ke laut
Sibbaik tak jatuh dalam laut -_-
Kitorang takde pape
Motor jelah jahnang sket
Dah laa semedang takde line -_-
Sabo jelah
Inilah kisah hidup dan pengorbanan saurang perancang bandar
Tsssskkk~


Makan kat sana pun murah lagi
Neskepe tarik RM1
Roti canai kosong 70 sen
Mee kuah yang ade udang fresh dari laut dalam 4 - 5 ekor tu baru RM5
Pitaaaaaaam

Tapi takde apelah kat situ

Dah, tu je entry aku arinie
Takde idea weh
Kalau ade pon,
Idea nak marah-marah je hahahahahahahha
Esok lusalah aku apdet mende lain

Bye sayang!

Monday, October 01, 2012

830: Saye Sebuah External Hard Disk

Assalamualaikum semua..

Saye adelah sebuah external hard disk. Jenama Samsung dan berkaler merah yang amat anggun sekali. Comel molek je barangnye saye ni kalau awak nak tau. Kalau tak molek, takkanlah tuan saye yang mampan tu pon boleh terpikat dengan sekali pandang je ke saye ni. 

Saye tahu, tuan saye tu kemain suke lagi dengan bende-bende Korea ni. Dia tak tahu agaknye yang saye ni boleh je berbahasa Melayu. Selain itu, saye jugak paham sket-sket bahasa Cina. Ni semua berkat saye duduk kat kedai di Low Yatt.. jadi macam-macamlah bahasa dapat saye belajar sepanjang saye di situ.

ni gambar masa saye kat Korea lagi, nebes saye sebab ini pestaim saye mengadap orang ramai *blushing*

Seingat saye, tuan saye tu memang dah berkenan ke saye masa memula sampai kat kedai tu. Tapi dia macam nak try cari pesen lain plak katanya. Masa saye nampak dia pegi meninggalkan saye, terus saye memanjat doa moga dibukakan pintu hatinya agar kembali senyum.. eh.. kembali ke kedai ini dan membawa saye pulang. Saye bukan ape.. lemaslah tempat ni. Asap rokok sane sini.. saye tak suka. Masa kat Korea dulu, elok je udaranya *hmmmpphhhh*

Alhamdulillah.. doa saye dimakbulkan. Tuan saye..eh masa tu belum lagi. Bakal tuan saye pun datang balik. Fuuhhhh nebesnyeee saye.. terus saye tegakkan badan dan menunjukkan sikap yang boleh dipercayai. Masa tuan saye tu tak nampak, sempat lagi saye tacap-tacap badan saye agar lebih bersinar dan mampu menarik perhatian beliau. Setelah beberapa ketika dia membelek-belek tubuh saye dan menego-nego dengan pekedai yang kerek tak masal-masal tu, akhirnyaaaaaaaaa dapat gak saye memfolo dia pulang. Yeaaaayyy!!!

Sepanjang saye bersama tuan saye, kemain saye digunakan dengan sepenuh hati. Saye jugek memberi khidmat sepenuh hard disk kepada beliau. Semua gambau-gambau posing dan jalan-jalan, dia suruh saye simpan. Selain itu, lagu-lagu, music video, games dan cite-cite Korea turut diamanahkan kepada saye untuk menyimpannya. Sebagai pencacai penyimpan barang, saye lakukan segalanya dengan penuh gembira dan bersyukur. Sememangnya slogan Janji Ditepati saye sematkan ke dalam hati dan tiap janji tersebut saye lunaskan bersungguh-sungguh demi kepuasan pelanggan iaitu tuan saye yang kemain comel tu. Eieieiei geram saye tengok dia kadang-kadang. Hahahaha.

 masa ni saye kene paksa dok depan. teruklah dorang yang lain tu.. saye ni dah la pemalu. iskkk

Tapi.. satu hari...

Entah macamana tah, tetobe je saye jadi macam bangang-bangang. Tuan saye daripada berwajah bidadari, bertukar sedikit demi sedikit menjadi bidadara. Huhuhuuh mesti dia bengang! Saye dengar, kawan-kawan dia suruh beli baru je, tapi dia takmo. Yelah dia tu bukannya berduit sangat *flipdisk*. Saye ni pon dia beli sebab abang dia bagi duit - adiah besday katanya. Pastu saye dengar lagi, tuan saye kata dia tak kisah takat nak beli baru, cumanya dia sayang laa gambo-gambo dalam simpanan saye ni. Eh betul gak kan.. kenangan tu seme. Alahai kesiannye T____T

Lama dah tuan saye tu peram saye. Lagi laa saye sedih. Sayang nau nampaknya dia ke saye. Eh ke.. sayang ke gambau-gambau tu? Ah lantak. Lepas beberapa bulan, saye berjaya dibaikpulih oleh salah sorang opismate tuan saye. Dan tuan saye pon kembali senyooooommmmmmm

kemain hepi lagi dia masa tu!

Namun begitu.. bak kata Erra Fazira - Yang Terindah Hanya Sementara.

Semasa tuan saye seronok-seronok mengkopi Running Man dan macam-macam lagi cerita Korea, tetobe saye jadi cam bangang-bangang balik. Huwaaaaa!!!! SORRY BOSS!!!! Saye pon tatau kenapa saye jadi cenggini -___________________________- Bos saye kembali bersedih..

hingga sekarang. 

Kejap kang dia hepi, kejap kang dia sedih. Saye pon tensen. Ade sape-sape boleh tolong betulkan saye tak?


Saye dah tak larat nak tengok muka tuan saye cenggini. Help me plisssssss!!!

Wednesday, September 26, 2012

Monday, September 24, 2012

828 : Persediaan Mengerjakan Umroh

Salam semuaaaa..

Tetibe je nak up pasal persediaan mengerjakan umroh sejak terbaca kat tuiter yang beberapa geng #memuah ada cadangan untuk mengerjakannye. Wafa dan Jard laa to be exact. Anul pun nampak macam berminat gak tu. Yang lain-lain ada niat tapi mebi diam-diam ubi keledek hehehe.

Aku trylah share berdasarkan pengalaman, mana-mana yang masih ingatlah..

Kita cerita pasal pakej umroh dulu, ok?

Harga pakej umroh ni berbeza-beza, bergantung bulan berapa korang pegi. Pegi time cuti sekolah dan bulan puasa memang mahal berbanding bulan-bulan biasa, beza dalam RM1k jugak rasanya. Tapi kalau korang rajin cari, mungkin korang akan keliru - kenapa ada pakej yang mahal, ada pakej yang murah padahal sama je  jumlah hari stay kat sana. Sebenarnya, pakej ni jadi murah atau mahal ni sebab bergantung pada jarak hotel ke masjid. Makin dekat hotel tu dengan masjid, makin mahal la pakejnya. So kalau korang dapat RM5k, padahal orang lain bayau RM6.5k contohnya untuk pakej yang lebih kurang sama, kena bersedialah menerima hotel yang jauh dari masjid. 

Kalau pegi secara berkumpulan dan bercampur peringkat umur, kena tengok keadaan jemaah paling tua. Kalau macam mak aku pesen sakit kaki dan takleh semayang duduk, sa'ei kena pakai kerusi roda dan sebagainya keuzuran orang tua, digalakkan dan sebenarnya aku mohon - ameklah pakej yang mahal tu. Orang tua nak pegi buat umroh mestilah nak gi masjid, kalau dah hotel jauh pastu dorang tak larat nak pegi - apelah ertinya, takkan nak stay dalam bilik je? Huhu. Kalau semua jemaah muda-muda dan sihat belaka, tak salah nak berjimat dan amek pakej murah.

Pengalaman aku, waktu terbaik untuk pergi menunaikan umroh ialah around Mac - April. Masa tu baru lepas musim sejuk dan baru nak masuk musim panas. So cuacanya just nice je. Just nice pun.. bila sejuk, sejuk jugak. Bila panas, panas jugak. Hehehe. Tapi seriously, memang cuaca time ni canteklah. Kalau pegi ujung tahun, merasaaaaa musim sejuk. Ekstrem. 

Untuk first timer, dah tentu-tentu eksaitednye Allah saje yang tahu. Dan kadang-kadang dalam ke'eksaited'an ini, kita jadi blank dan tak tahu mana yang penting, mana yang ada-ke-takde-ke-takde-beza, atau mana yang tak perlu langsung. So.. ni aku senaraikan barang-barang yang perlu - setakat yang aku ingatlah tau.

1. Pakaian yang menepati syarak : tak semestinya jubah. Kalau ada, boleh bawak. Kalau takde, sebenarnya tak perlu beli baru.. sebab bila dah tiba di Mekah dan Madinah, sure akan beli di sana. T shirt labuh yang longgar, seluar slack, seluar track, seluar bell bottom ke ape boleh je, asalkan tutup aurat dan longgar. 

Ada di antara mereka yang aku kenal, sampai sanggup beli jubah / baju ala-ala kurta dengan seluar sampai nak dekat RM100 harganya. Tak salah asalkan pakaian tu dipakai lagi dan lagi, tapi kebanyakannya memang beli semata-mata untuk umroh pastu tatau ntah bila nak pakai balik. Tak ke membazir namanya.. So aku cadangkan bawak je ape yang ada (melainkan dalam koleksi pakaian ko memang takde langsung pakaian yang menutup aurat, then silalah beli..). Macam aku aritu, blaus labuh yang kain jarang tu pon aku bawak. Bila pakai yang jarang, takde la bukak² telekung tu hehehe. 

Pakaian yang jarang dan nipis ni perlu gak dibawak. Kenapa? Nanti ai eksplen ye.. :) Tapi bila dah jarang tu, stoking tangan dilupe jangan ye.. 

baju jarang + nipis tapi pakai inner, dan selipar RM3 keww~

2. Sweater, spek itam : cuaca di sana sangat ekstrem, terutamanya Madinah. Bila pagi, sangat-sangat sejuk, bila tengahari pulak sangat-sangat panas. Makanya sweater adalah super penting. Ekcely sweater tu dalam flite pun ko akan pakai gak sebab sejuk - flite berbelas jam kan.. mana tahan cuols. Spek itam tu penting bila rombongan buat ziarah ke tempat-tempat sekitar Mekah dan Madinah. Siyesly, silelah bawak. Panas wehhh..

3. Penjagaan diri : untuk yang berkulit sensitif, kering dan sebagainya, dinasihatkan bawak la krim ke losyen ke. Kalau bimbang dengan kehalalan krim tu seme, ade dijual krim dan losyen khas untuk menunaikan umroh. Banyakkan minum air, jangan lupe jaga kesihatan. Bab mandi, digalakkan mandi sekali je sehari di sana sebab cuaca kat sana sangat berbeza. Kalau mandi banyak kali nanti takut demam. Tapi kan.. aku takleh arr. Aku mesti mandi 2 kali macam biasa, huhuhuuhhuhuhu. Tapi jangan takut. Walaupun korang mandi sekali je, badan takkan busuk. Betul ni..

4. Kelengkapan lain : Selain stokin tangan untuk dipadankan dengan mana-mana pakaian yang jarang / tak cukup kepanjangan di tangan, stokin di kaki jugak jangan dilupa. Bukan sahaja untuk menutup aurat, tapi sangat penting bila di Mekah masa mengerjakan tawaf dan sa'ei. Eh betul ke aku eja tu? Stokin ni untuk pompuan jelah. Masa tawaf mungkin rasa boleh tahan, tapi bila sa'ei, kaki akan rasa penat dan sakit. Aku penah tengok jemaah lelaki Arab sampai berdarah-darah kakinya masa sa'ei. Orang lelaki kena la redho je sebab dorang takleh pakai pakaian yang berjahit. Yang pompuan ni boleh, ape lagi - pakailah. Kalau nak lebih padu, boleh beli alas kaki ala-ala stokin tapi lebih tebal di sana. Dia macam kasut tapi macam stokin tapi eh.. entahlah tak reti nak eksplen. Mende ni memang seswai dipakai masa tawaf dan sa'ei. Nantilah aku snap pic.

Jangan lupe jugak bawak selipar sepasang dan sandal / kasut sepasang. Kasut flat je, bertutup lagi bagus. Tapi kaki aku tak 'reti' pakai kasut bertutup ni so aku pakai sandal je, janji boleh pakai stokin. Selipar ni aku pakai untuk ke masjid, sandal / kasut flat untuk dipakai bila ziarah. Kalau ada crocs pon boleh gak. Aku beli selipar RM3 je aritu, pastu nak balik aku tinggalkan je kat hotel buat wakaf hehehe.

5. Duit belanja : ikut kehendak dan kemampuan masing-masing. Tapi diingatkan janganlah ditanamkan niat nak bersoping melebihi niat nak beribadah. Takut kang orang lain balik dapat pahala berkapal-kapal, kita ni bawak balik sauh kapal je lulzzzz. Taklah. Boleh je shopping, takde hal. Bersederhanalah.

Nilai duit kita dengan duit dorang hampir sama je. Singgit kita seriyal dorang, or lebih sket je. So senang la belanja tu bole kira-kira sendiri. Kalau korang ada masa dan mempunyai tahap kerajinan yang tinggi, boleh jalan jauh sket untuk beli barang. Setakat pengalaman aku, makin jauh kedai tu dengan masjid, makin murah harga ko bole dapat. Contoh macam alas kaki ala kasut ala stokin tu. Kalau dekat-dekat masjid, sepasang mebi dalam 5 riyal, tapi kalau jalan jauh sket boleh la untung cam aku beli 10 pasang = 10 riyal. Hehehe.

Macam ironi je kan - makin jauh dari masjid, makin murah? *insaf*

Takut tak boleh tawar menawar sebab tak reti bahse arab? Don't worry.. ramai peniaga yang dah reti cakap Melayu hehe. Kalau tahu simple Arabic bagus gak sebab memang bukan semua peniaga reti cakap Melayu, apetah lagi English. Kalau tak puas hati masa bargain tu, ko cakap je HARAM. Sure dorang revise balik. Hahahahaahaha!

--------

Kenapa aku kata perlu gak baju nipis dan jarang?

1. Cuaca yang panas. Bila panas, ko jadi rimas. Bila rimas ko sure asik nak mandi padahal dah dinasihatkan mandi sekali je tiap-tiap hari. Bila ko asek la nak mandi, nanti ko demam. Bila ko demam, ibadah dah terganggu. Bila ibadah dah terganggu, mesti ko tensen - betul tak? Bila dah tensen, cemana nak ikhlas dalam beribadah? Haaaa nampak tak kaitannye tu seme..

Tapi jangan pulak dah pakai baju nipis jarang, ko nak seksi-seksi pulak. Pandai-pandai la pakai telekung tu ke, inner nipis ke, tudung labuh ke. Aaaaa.. pandai-pandailah..

2. Beg jadi ringan. So bole shopping banyak-banyak. Eh eh. Hehehehhe~

-----

Persiapan Rohani (bak kata Keri)

Persiapan rohani ni macam yang kita tahu, mensucikanlah akan diri kita dari hening dosa sebelum berangkat. Jika boleh, taubat nasuha terus. Macam aku makhluk yang lemah, belum lagi sampai taubat nasuha T__T my bad. Seeloknya sebelum pergi, try selesaikan perkara-perkara berikut :

1. Hutang (terasaaaaa hutang PTPTN tak setel pun masa pegi huhuh)
2. Dosa dengan ibu bapa, famili, kawan-kawan - ah dengan sape-sapelah. Ingat, memang penting untuk kita memohon maaf. Tapi kalau tak dimaafkan, macamana? Itu sudah jadi urusan orang itu dengan Allah. Yang penting, bahagian kita dah setel.
3. Buat solat taubat - moga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan permudahkan perjalanan.

Banyakkan bertanya dengan mereka yang dah pernah pegi kalau ada yang tak faham. Kursus umroh jangan skip - walaupun awak dah pernah pegi umroh. Jangan sombong dengan ilmu, tak semestinya apa yang kita pernah tahu tu relevan lagi sampai sekarang. Tak salah pun kalau pegi lagi, kan? 

Kalau ada sedara ke sape-sape yang ade buku doa yang spesel untuk umroh tu, boleh la pinjam ke mintak ke, ke nak beli sendiri pon boleh. Untuk memudahkan ibadat, beli yang pesen flip dari bawah ke atas tu. Aku tak beli pun buku tu, rasa rugi plak sebab hal seremeh itu sebenarnya lebih memudahkan korang untuk beribadah. Imagine masa tawaf dan sa'ei. nak selak dari kiri ke kanan pastu nak pegang dua² belah muka tu sebenarnya a bit leceh. Kalau flip dari bawah ke atas, boleh pegang sebelah tangan je.

Bila dah sampai masa nak pegi dan hati rasa takut, gelisah dan sebagainya - jangan risau. Doa banyak-banyak dan percayalah, Allah takkan aniaya kita. Kalau adapun perkara-perkara yang tak diingini terjadi kat sana, terima je dengan redho, banyakkan bersabar (dengan orang Arab pun ko kene sabau banyak-banyak), dan anggap je semua tu ada hikmahnya. Jangan pikir hal-hal keje, hal rumahtangga, anak ke laki ke bini ke (kalau dorang tak ikot), hal cinta, hal kereta, rumah, harta, bla bla. Tak payah pikir. Pusatkan niat kita hanya untuk beribadah di sana. 

Tahukah anda, sangat tenang berada di sana? Sikitpun tak gelisah, dan anda hanya akan sibuk beribadah :)

Oh satu lagi tips, eh boleh kira tips ke ape ni tataulah. Di sana nanti, kalau boleh peruntukkan duit untuk beli Al Quran untuk diwakafkan di masjid. Harga Al Quran di Madinah murah sket dari di Mekah, tapi jangan kira tu sume. Kalau di Madinah, beli di Madinah. Di Mekah, sebelum beli tu kena bagitau siap-siap kat orang kedai tu yang korang nak beli untuk wakaf di Masjidil Haram. Sebab ada dua jenis Al Quran, satu jenis tu memang akan diletakkan dalam Masjidil Haram, yang satu jenis lagi diorang akan hantar ke masjid-masjid lain seluruh Mekah. Kalau takut salah beli, pegi masuk dulu dalam Masjidil Haram. Perhatikan kat rak-rak besi tu, cemana rupa Al Qurannya. Memang kalau korang beli yang pesen kedua tu dan letak kat situ, ok je. Tapi kat dalam Masjidil Haram, dorang dah standardize satu jenis ni je. Yang lelain tu nanti dorang kutip dan hantar tempat lain.


Satu lagi cara nak bersedekah kat sana ialah dengan sedekah pada pekerja-pekerja dalam masjid tu. Tak silapnya dorang ni takde gaji. Eh ke salah? Tapi ini salah satulah cara untuk bersedekah. Pahala dorang banyak tuuuuu bekerja membersihkan masjid, kalau kita sedekah kat dorang? Moga-moga terpalit la sket pahala dorang tu ke kita, insyaallah :)

Apa lagi? Ade soklan? Kalau boleh saye jawab, saye jawablah.. kalau tak, sama-samalah kita bertanye ke lebai gugel. Hehehehehhe~

Thursday, September 20, 2012

827 : Memuah Trip - Bali Kecak Style Final!

Hari terakhir di Bali. Tsssk. 

Bangun seawal 2 pagi sebab nak bertolak ke airport pukul 4 pagi gitu. Sebelum pukul 4, kita try to make it! Terima kasih untuk pihak hotel yang sudi meng'arrange' sarapan mengikut jadual kitorang. Pukul 3 pagi, kitorang dah ready untuk sarapan! Walaupun tak semewah biasa, alhamdulillah.. janji ada untuk alas perut.

Makan roti pandan! Sedap cuolssss. 


Dah setel semua, kita gerak ke airport.

Alhamdulillah perjalanan pun smooth. Sampai sana, kene tunggu plak gate tu dibukak. Sabo jelah. Alang-alang dah ade orang menunggu ni, bukak jelah patutnye. Kat Msia pun macam ni gak ke? Aku tak ingatlah. Dah setel cek in pe sume, bergegaslah nak cari surau. Punye laaa jauh ya amat. Mujurlah dekat je dengan gate untuk boarding. Dekat tak dekat pun, kene menapak jauh skek nak amek wuduk sebab paip dalam surau tu jahnang. Hmmmm..

Usai solat, konon sempatlah nak birak. Tengah syiok pujuk tinja, tetibe Zona panggil - nak nek ketebang dah! Adoyaiiii.. separuh jalan jeeee urusan aku. Tak sempat plak tu nak snap pic 'Kotak Keluhan' kat situ. Rugi dah satu entry WW. Hahahahaahha.


Kena naik bas dulu nak gi masuk ketebang. Kemain.. mujur tak suruh lari-lari kan. Kot tau mau yang dikendong dalam perut ni berciciran. 

Masuk ketebang, aku dok sebelah mamat Korea *blushing* Sempat 'good morning' jelah, sebab pastu adik pramu soh anjak ke depan - seat tengah takde orang. Tak sempat nak berkenalan dengan oppa gangnam style. Errr macamlah aku berani pun nak borak-borak dengan dia. Ai kan gugup kalau berhadapan dengan spesis kacak tak bertempat ni hehe.

Masa ni dah pukul 6 lebih, dah start lapau balik. Ye ye aku dengan Bellan cadang nak perabih rupiah, konon nak beli Chatime. Skali takdeeeeeee... sedddiiiiihhhhh. Tak pasal-pasal minum teh pucuk perasa jasmine tu. Feeling macam berkumur dengan seorang kelly jeee.. huhu.

Akhirnya ketebang mendarat dengan selamat di LCCT menjelang pukul 8.45 pagi gitu. 1st thing 1st. Terus mencari jamban. Kemdian melilau2 menunggu encik supirtenden. Yang berfamili dikutip oleh Encik Atan, yang bujangan pulak Encik Keri. Aterrr Keri baru bangun masa aku call, so tunggu la kejap. Dari situ, terus ke umah Anul. Konon nak rehat-rehat dulu sebelum serbu Open House Nando's Style yang dibiayai oleh Jard, memang takdelah rehat tu seme. Makan roti canai sepam - Anul belanje agaknye. Pastu around 12++ gitu gerak ke Alamanda. 

Sampai Alamanda, chop tempat dulu. Bila sorang sorang bebudak Memuah ni sampai, aku, Bellan dengan Jard stret masuk gear reverse - cari surau nak solat zohor. Lepas solat boleh plak bertembung dengan Keri. Masuk Nando's tengok dah setel pun order, tinggal nak order air je.

Makan-makan, sembang-sembang. Tapi tak amek gambau pon - aku langsung tak kuar kamera. Malas dah nak mengulit kamera, penat! Hehehehe.

Gambo ni jelah ade, kredit ke Anul.



Pukul 3 lebih gitu kami pun bersurai.. Aku balik ke Shah Alam si Keri anto. Mekasih laa banyak-banyak ye heehehehehhe. Maka tamat sudah trip Memuah untuk tahun ni....

Tahun depan ke mana pulak cuolss?? Mihmihmih~