Monday, January 16, 2012

748: Selebret Belated Birthday

Sabtu lepas, macam biasalah aku bersama rakan-rakan bujanganku dan sepasang yang dah kawen tu sudah ke PD untuk berjimba. Sekali laa nak selebret besday aku. Hehehe. Kitorang check in kat Ristec je since dak Liana ade share kat situ hihi. Ok letteww kan.. penginapan free gitu. Save bajet. I laikkk.

Siang tu takde buat ape sangatlah. Lunch dekat kedai yang hasil masakan dan minumannya mengecewakan. Sape nak tau nanti laa aku bagitau. Cumanya aku tak sampai hati nak marah sangat sebab pakcik yang amek dan hantau order tu kelihatan sangat humble. Kesian betul. Punyalah aku kesian sampaikan kalau boleh biarlah aku tolong basuhkan pinggan untuk dia.

Empati sangat.

Petang lepas asar, kitorang pun memulakan misi pengembaraan Upin dan Ipin ke Tanjung Tuan. Neves kawan-kawan aku nak ajak pegi ni sebab takut aku bising-bising macam masa ke Broga dulu. "naik lemas aku nak dengar dia bebel-bebel ni kang", kata salah seorang dari mereka. Hahahhaah! So untuk mengurangkan bebelanku, kitorang naik guna jalan tar instead of jalan hutan. Haa.. ade jalan mudah nak buat ape guna jalan susah. Boleh makan guna tangan apsal nak suap guna kaki jugak? Haa begitulah bidalannya.

"treat" laaa sangat kan. hahaha!

Aku bayangkan jauh laa sangat kan, rupanya tidaklah begitu. Tak sempat nak memantunkan carutan, tetobe dah sampai dah kat atas. Snap pic satuewwww.

tetobe nampak kuros pulak dalam pic ni

Aku punye la eksaited. Sekali tengok hek eleeehhh.. takleh masuk kat dalam tu. Boleh pusing keliling jewwww.. Pajadah betei. Sekali lagi aku bebel-bebel sampai budak-budak ni seme tak larat nak layan hahaha! Hoi nasib baik tambang masuk singgit tu Liana bayau hoi, kot tak lagi panjang aku bebel ni. Penat aku memanjat ni takleh masuk lak.

Posinglah.





Dah petang pukul berapa tah kitorang pun turun le.. Pastu terus terjah cari air dulu ape-ape hal. Makanya ke Teluk Kemanglah kami. Aku ternampak sainbod Coconut Shake, terus ajak dorang minum kat situ je hihihi.

percayalah. far way better than coconut shake Klebang. aku dah rasa aku tau la. tapi... ikut tekak orang jugaklah kot.

Sambil tu, dorang order sate untuk malam tu. Hoho teruja. Semorang tanya aku nak makan ape, ape lagi aku teringin. Nasib baiklah nafsu makan aku tengah merundum ni so aku rekues nak kek dengan sate je. Untung laaa korang. Hahahahaha. Balik tu singgah pasar malam PD, dorang nak topap apetah lagi. Beli rangka ayam laa, murtabak laaa. Aku cuaaak je tengok. Ni kang sape nak perabis ni? Muka sesekor yakin je boleh makan seme kaaaannn... aku plak yakin kompem tak abes ni, tapi takpe kita layankan je.

So.. malam tu lepas maghrib (ke lepas isyak tah), kitorang pun turunlah ke pool. Kemain poolside party ye hahahahah!! Dorang tanya pulak nak minum air apa. Wah. Kemain lagi boleh order². Teh O panas jelah. Baik betei ati aku pada hari kejadian. Hahaha! Komdian kita.. selebretlah!

*muka terharu malu-malu tak biasa diperlakukan sebegini*

Komdian hadiah sebeday pun diserahkan. Adiah adalah berdasarkan permintaan. Aku ni siyeslah tak reti nak mintak. Sebenarnya bukan tak reti, cuma tatau nak mintak apa. Sebab mende-mende yang critical nak tu seme dah dapat. So... kita mintak jajan-jajan jelah. Hehehehe. Lagipun malu nak susahkan kawan-kawan (stetment nasyid).

So untuk memudahkan aku. Aku mintak benda yang aku macam teringin nak ada tapi malas nak beli. Walaupun sebenarnya boleh je nak beli sendiri. Kahkahkah.

gelang kaki, mug stabak dengan jam tangan jewww.. mekasih mengkawans!

Setakat arinie, dah pakai mug dah. Jam dengan gelang kaki tu kene kecikkan sket baru la boleh pakai. Can't wait betei! Owh. Beberapa hari sebelum tu, aku dapat parcel. Hadiah sebeday dari jauuuuuuhhh.. all the way from Singapore. Adalah suatu benda yang aku memang mahu.


yeayyy!!! mekasih Benny!!

Ada sape lagi nak bagi adiah? Aku macam ade je list back-up kalau nak bagi laa. Kalau laa. Hehehe.

16 comments:

Mr PenyuBiru said...

aku ada nak bagi hadiah kat ko tapi bila tengok hadiah yg kekawan ko bagi, eh sama lah plak. so aku simpan kat org lain la. hahaha

*SiRibenMerah said...

kita pon x penah dating.. menciiii tau...

Masy said...

penyu,
eleeeeeeeeeeeh dan2 hahahah

iyra,
ntahnye. bila nk deting ni???

achik said...

bestnya.. untung dpt kengkawan pemurah gitu.. :)

Masy said...

achik,
alhamdulillah.. :)

zonaku said...

baju pun bertema ke?????

Masy said...

zona,
aaa masa nak gi Tg Tuan tu pakai baju sama.. bli kat CH aritu hehehehe

Super Nia Hana said...

happy belated bday!

wish lagi..wish byk kali manatau jdoh turun dari langit ala fahrin ahmad

Masy said...

hana,
mekasih mekasih.. amiinnn!!!

Erina Asmawani said...

kokonat shekkk! Oh maii...aritu ena beli kat tepi cimb 18 tu, x sedap kak..bak kata amir, rasanya kelaka.uhuk. Adiah beday kita belanja akak Fradoo la..bley? hhehe

Masy said...

ena,
sedap gak tu hihihi bole sajeeeee :)

HEMY said...

tanjung tuan ni kat PD ke? huhuhu tak pernah tau

Masy said...

anul,
ye betei.. sekarang dah tau, bole la pegi heheh

Lifesaver Hamzah said...

happy birhtday yang ke berapa?jeng2!!!hehehe..btw, ko ada kawan yang best lofa! eh! lofa plak!

syah shah said...

uih syoknya sambut besdei... siap nak panjat tembok takleh blah betoll gambau tersebot... hahahahah :P

eh, tak penah rasa coconut shake.. sedap sangat ke?

Masy said...

lifesaver,
yang ke 23.. jenggggggg.. ahahahaah!! mmg best, cam lofa gak!

syah shah,
hahaha tu mber akk, akk tukang tahan je hehee

sedap! kalau kene gayanya mmg sedap hehe