Friday, February 03, 2012

754: Kes Makcik Langgau Kedai Motor

Aku rasa korang seme dah tengok kot video makcik yang nak lari sebab dah terlanggau kete volvo apetah, pehtu end up pegi lanyak kedai motor. Sibbaik takde yang mati weh makcik.

Aku dah tengok dua videonya pagi ni. Thanks to Penyu sebab bagi link. Dan aku masih takleh hadam kejadian ni. Aku cuba meletakkan diri aku di tempat makcik tu, tapi masih gagal lagi mencari dan meneka kenapa agaknya dia bertindak macam tu.

Panik?

Ni pendapat aku la eh. Panik akan menyebabkan kita ni jadi buntu. Takde idea nak buat apa. Ala-ala terbodoh la kejap. Nak kata makcik ni panik.. entahlah. Kalau panik, apsal aku tengok dia boleh je lagi alih gear tu depan belakang, sampai kete tu pun gohead gostan macam kerasukan ablasa. Ke dia buat tu sebab panik? Bukan ke kalau panik, akan tak tahu nak buat apa. I mean.. kata la dia dah terlanggau kete volvo tu pehtu nak lari kan, pehtu terlanggar motor yang 1st tu kan, patutnya dah bertambah panik - akhirnya tindakan tu akan menyebabkan dia tershadap kat situ. Tapi tak shadap pun. Still nak lari lagi ke ape? Hmmm.

Mungkinkah melatah? Hmmm.

apakah???

Pitam?

Korang ingat lagi entry aku pasal makcik mendakwa pitam semasa memandu yang langgar kedai seblah opis aku tu? Haaa tu contoh kes orang pitam. Dia langgau SEKALI je, bukan dua tiga kali. Makanya pitam tu bukan alasan yang bijak dan betul.

Ok la itu dah satu hal la kan. Cuma yang aku tak faham.. kenapa makcik tu nak gerakkan kete tu di tempat pertama (at the first place). Kenapa? Why why why? Padahal katanya kete tu diletakkan di tepi oleh asben beliau sebab nak pegi beli barang. So, kenapa makcik nak alihkan kete tu? Kenapa kenapa?

Mungkinkah sebab dia block parking orang, dan orang tu nak keluar so makcik bercadang nak alihkan kereta. Agaknya. Berdasarkan kejadian terlanggar-terlanggar ni, aku agak makcik ni tak reti la agaknya bawak kete laki dia ni. Kalau betul lah, aku sajes. Sape-sapelah. Kalau ko tak reti bawak kereta tu, mohon janganlah nak tunjuk pandai ke nak buat baik hati ke gatal tangan ke nak alihkan. Plislah. Mintak la tolong kat sape-sape kat situ untuk alihkan. Takut salah orang? Mintak tolong je kat tuan punya kereta yang kita block tu. Kalau dia bawak lari kete kita, kita larikanlah kete dia pulak. Kan. Bukan susah sangat pun. Lari berlari amalan kita.

Aku cuba untuk memahami. Tapi masih tak jumpa-jumpa lagi point untuk faham. Selain dari alasan "benda nak jadi" atau "ada hikmah di sebaliknya" which is so lame, aku tak nampak apa lagi alasannya. Dan silalah jangan nak kata "bayangkan makcik tu mak kau, apa ko rasa", kerana mak aku sure tak macam tu. Kalau dia tak reti, dia akan cakap dia tak reti - dan bukanlah memandai-mandai tunjuk pandai nak alihkan kenderaan yang dia tak reti nak handle.

Aku nak kesian kat makcik tu tapi takde point lepas tengok video-video tu. Aku lebih kesiankan suami makcik tu, dan tuan punya kedai, dan tuan punya motor.

Aku cuba lagi ni.

#bila makcik nak gi mintak maap kat mangsa-mangsa kejadian tu? takkan panik lagi kot?

13 comments:

syah shah said...

kadang kalau panik buat kita jadi gelabah and ulang-ulang buat sesuatu dengan harapan it will turn out better. I guess that's the reason in this makcik's case laa..

makcik tak datang lagi mintak maaf pasal pakcik pitam berkali-kali kat umah mikior camne nak buat dengan kereta beliau.. hoho~ :P

Pitam haku nengokkan video tersebut.. Hahahahah

Mr PenyuBiru said...

teori aku,makcik ni tak reti bawak kete.dia alihkan kereta sebab kereta dia blok kereta org.bila dia terlanggar kete volvo tu,dia dah mula hilang kawalan, cuba tuk stopkan kereta wpun dia sendiri tak tau camne nak stopkan kereta.tu yg bertambah worst tu.

aku simpati pada pemilik kedai tu yg terpaksa menanggung kerugian ratusan ribu.

Masy said...

ni lah masalah orang yang tak reti pastu tak reti2 nak mintak tolong kat org yg reti.

aku takleh paham lagi ape yang makcik tu pikir. kalau budak2 buat pangai camni pandai la kan makcik2 nak marah. heh.

Irfa said...

dulu..dulu laaaaaaaaaaaaa.zaman akak tak reti drive.akak kuar deting dan bekas pakwe block keta org.akak boleh kuar keta dan suh org tu alihkan keta bekas pakwe itu..muka org tu dah la gengster.yang best akak duk dalam keta tu sekali..sib baik la tak dilarikan akak dan kereta tu sekali.

bekas itu pun tergamam bila akak citer.hehe

ops.itu sudah jd sejarah.

Masy said...

kak irfa,
dah terpaksa nk buat cemana.. huhuhu

Super Nia Hana said...

mkcik tu gabra or gelabah la tuh.
haihh minta minta la jgn jadi dikalangan family or kengkawan kita.

mode ustazah sbb jumaat.ahahah

Masy said...

hana,
gelabah betei abes kedai org disapunya bertubi2. hahahahahah

Erina Asmawani said...

ena rasa macik tu melatah la kak..dah langgar volvo terus latah..oohh.langgar lagi..langgar lagi..langgar moto..gitula gamaknya teori ena..hehe

Masy said...

ena,
bahye giler kalau pesen melatah camni.. hahahaah

Mak Su said...

takut gaks ngan masalah panik ni..cool cool , calm

zonaku said...

jap.. masa aku eksiden kali first tu, mmg gigil tahap gaban. tp aku keluar lari duduk kat divider.

kalu kedua, aku tahap amukan drakulat gak la. gigil tetap gigil!

tapi x penah terpikir nk langgar berkali2 pulak.


blh apply ke teori 'fight or flight'? dia cuba flight d scene...





.



.



dengan GAGALnya.........!

kakLuna said...

akak rasa dia terpengaruh citer dlm tv. kalau scene penjahat nk lari dr polis dorang langgar je apa yg ada...asalkan lepas. tapi, makcik tu lupa, yg dlm tv tu penerbit yg bayar...hahaha

Masy said...

maksu,
saya rasa dia melatah la maksu, semacam je panik mcm tu.. hehe

zona,
kan? hahahahahha

kakluna,
hahaaha! mebi jugak tu